Marilah Lihat
Gereja Yesus Kristus adalah Gereja Mubaligh.
Saya berucap kepada orang yang bukan ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saya harap saya boleh menjawab soalan yang ramai di antara kamu sering bertanya: “Kenapa Orang Suci Zaman Ahkir sangat semangat untuk memberitahu saya tentang kepercayaan mereka dan menjemput saya untuk belajar tentang gereja mereka?”
Saya berdoa supaya Roh Tuhan akan membantu saya menjelaskan ini dengan baik, dan juga supaya kamu boleh memahami dengan baik jawapan saya untuk soalan penting ini.
Komisen Ilahi
Murid Yesus Kristus yang setia adalah orang mubaligh. Seorang mubaligh adalah pengikut Kristus yang bersaksi Dia adalah Penebus dan juga menyebarkan kebenaran injil-Nya.
Gereja Yesus Kristus adalah gereja mubaligh. Ahli Gereja Kristus sebagai individu telah terima tugas penting untuk menolong dalam kerja yang diberikan oleh Tuhan kepada para Rasul-Nya yang dicatat dalam Perjanjian Baru:
“Pergilah engkau, dan mengajari semua orang, membaptiskan meraka dalam nama Bapa, dan Putera, dan Roh Khudus:
“Mengajari mereka selalu menaati segala hal yang saya perintahkan kepadamu: dan saya and menyertaimu selalu, bahakan sehingga hujung bumi. Amin” (Matius 28:19–20).
Orang Suci Zaman Akhir mengambil tanggunjawab ini dengan berat untuk mengajar semua orang di segala negara tentang Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan. Kami percaya bahawa Gereja yang diasaskan oleh Juruselemat kita pada zaman dulu telah dipulihkan oleh Dia dalam zaman akhir ini. Injil, ajaran, prinsip, wewenang imamat, tatacara, dan perjanjian injil-Nya dapat ditemukan dalam Gereja-Nya pada hari ini.
Semasa kami menjemput kamu datang ke gereja bersama kami atau belajar dengan mubaligh, kami tidak cuba menjual suatu produk. Sebagai ahli Gereja, kami tidak menerima hadiah atau mata ganjaran di pertandingan syurgawi. Kami tidak mencuba mengembangkan saiz Gereja. Dan yang paling penting, kami tidak cuba memaksa kamu peluk kepercayaan kami. Kami menjemput kamu untuk mendengar kebenaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan supaya kamu boleh menkaji, merenung, berdoa dan dapat tahu untuk diri kamu jika apa yang kami kongsi adalah benar.
Ada di antara kamu yang mungkin membalas “Saya sudah percaya kepada Yesus dan mengikuti ajaran-Nya,” atau pun “Saya tidak pasti kalau Tuhan benar-benar wujud.” Jemputan kami kepada kamu bukanlah usahan untuk mengurangkan tradisi agama atau pengalaman dalam hidup kamu. Membawa segala kepercayaan kamu yang benar, baik, dan layak dipuji- dan menguji mesej kami. Seperti Yesus memanggil dua murid-Nya untuk “marilah lihat” (Yohanes 1:39), kami pun menjemput kamu untuk datang dan lihat kalau injil dipulihkan Yesus Kristus membesarkan dan menambahkan ke kebenaran yang kamu sudah percaya.
Sesungguhnya kami rasa tanggungjawab besar menyebarkan mesej ini ke setiap negara, bangsa, bahasa dan orang. Dan itulah yang kami buat hari ini dengan lebih daripada 88,000 mubaligh penuh masa yang melayani dalam lebih daripada 150 negara di seluruh dunia. Orang hebat ini membantu ahli Gereja melaksanakan tanggungjawab ilahi dan individu yang kita semua mempunyai untuk mengisytiharkan injil Yesus Kristus.(rujuk A&P 68:1).
Lebih daripada Tugas Rohani.
Semangat kami untuk menyebarkan mesej ini bukanlah hasil dari rasa tugas rohani. Keinginan kami untuk berkongsi injil dipulihkan Yesus Kristus bersama kamu adalah renungan akan kepentingan kebenaran ini kepada kami. Saya boleh menggambarkan sebabnya kami sangat sanggup berkongsi kepercayaan kami bersama kamu dengan pengalaman yang saya dan isteri saya mengalami beberapa tahun yang lalu bersama dua anak lelaki kami.
Satu petang, saya dan Susan berdiri dekat cermin dalam rumah kami dan menonton dua anak lelaki kami yang muda bermain di luar. Semasa mereka bermain, anak yang lebih muda cedera sikit dalam kemalangan kecil. Kami menyedari dengan cepat bahawa dia tidak terluka teruk. Dan kami memutuskan untuk tidak memberikan bantuan segara. Kami mahu perhatikan dan melihat kalau perbincangan keluarga kami tentang kebaikan persaudaraan menentukan tindakan mereka. Apa yang berlaku seturusnya sangat menarik dan bermakna.
Lelaki yang lebih tua menghibur dan membantu adiknya masuk rumah. Susan dan saya berdiri dekat dapur supaya kami boleh melihat yang berlaku, dan kami siapkan diri untuk membantu dengan segera kalau kami rasa kemalangan serius akan terjadi.
Abang itu membawa kerusi ke sinki dapur. Dia memanjat di atas kerusi, membantu adiknya naik kerusi, buka air, dan terus mencurahkan banyak sabun pencuci pingan di atas lengan terluka adiknya. Dia cuba terbaik dia untuk membersihkan kotoran dengan lembut. Tindakan balas dari adik dia dengan ini hanyak dapat digambarkan dengan menggunakan ayat dari tulisan suci: “Dan mereka akan memiliki alasan untuk meraung-raung, dan menangis, dan meratap, dan mengertakkan gigi mereka”(Mosia 16:2). Dan anak mudah itu memang meraung!
Selepas sudah bersih, lengan itu dengan perhatian dikering dengan tuala. Akhirnya jeritan berhenti. Abang itu memanjat ke atas kaunter dapur, membuka kabinet, dan mendapati tiub baru ubat krim. Walaupun luka di lengan adiknya tidak besar atau luas, abang menggunakan hampir semua krim yang dalam tiub di atas suluruh lengan terluka. Jeritan itu tidak terus sebab adik itu memang lebih suka kesan menyenangkan dari krim ini daripada dia suka perasaan sakit dari pembersihan dengan sabun.
Abang membalik ke kabinet yang sama lagi dan mendapati kotak baru pembalut steril. Dia membuka kotak dan meletakkan pembalut di atas seluruh lengan adiknya- dari pergelangan tangan sampai ke siku. Selepas kecemasan diselesaikan, dan dengan buih sabun, krim dan pembungkus di seluruh dapur, Abang dan adik yang muda ini turun dari kerusi dengan senyuman besar dan muka gembira.
Apa yang berlaku seturusnya adalah yang paling penting. Adik yang sakit itu berkumpul pembalut baki dan tiub krim itu yang hampir kosong, dan dia keluar dapur lagi. Dia mencari kawan-kawannya dengan cepat dan bermula meletakkan krim dan pembalut di atas lengan mereka. Susan dan saya sangat hairan dengan keikhlasan, kesanggupan, dan kecapatn balasan dia.
Mengapa lelaki muda itu melakukan apa yang dia lakukan? Mestilah faham dan ingat bahawa dia serta-merta mahu memberi kawan-kawannya perkara yang sangat membantu dia semasa dia sakit. Anak lelaki muda itu tidak perlu dipujuk atau dicabar untuk bertindak. Keinginan dia untuk berkongsi adalah akibat dari pengalaman peribadi yang sangat baik dan berguna.
Ramai di antara kita sebagai orang dewasa berkelakuan dengan cara yang tetap sama bila kita menemui pembantuan atau ubat yang mengurangkan kesakitan yang kita sudah lama rasa, atau kita menerima nasihat yang membolehkan kita untuk menghadapi cabaran dengan keberanian dan kesusahan dengan kesabaran. Untuk berkongsi yang paling bermakna kepada kita atau berkongsi yang pernah membantu kita bersama orang lain tidak luar biasa.
Perlakuan yang sama terutamanya hadir dalam perkara kepentingan rohani dan akibat. Contohnya, satu laporan dalam tulisan suci yang dikenali sebagai Kitab Mormon menceritakan tentang sebuah mimpi yang diterima oleh seorang nabi dan pemimpin kuno bernama Lehi. Pusat mimpi Lehi adalah pokok kehidupan- yang mewakili “Kasih-sayang Tuhan yang lebih wajar dari segala hal” dan “paling mengembirakan kepada jiwa.” (1 Nefi 11:22–23; juga rujuk 1 Nefi 8:12, 15).
Lehi menjelaskan:
“Dan terjadilah bahawa aku pergi dan makan buahnya; dan aku nampak bahawa ianya paling manis, melebihi segala lain yang pernah aku rasai. Ya, dan aku nampak bahawa buahnya putih, melebihi segala keputihan yang pernah aku lihat.
“Dan sewaktu aku makan buahnya, ia memenuhi jiwaku dengan kebahagiaan yang tersangat besar; oleh kerana itu, aku mulai berhasrat bahawa keluargaku patut memakannya juga” (1 Nefi 8:11–12; penekanan ditambah).
Tunjukkan kasih saying Tuhan terhadap anak-anak-Nya adalah pelayanan duniawinya, Korban Tebusan, dan Kebangkitan Yesus Kristus. Buah di pokok itu melambankan berkat-berkat dari Korban Tebusan Yesus Kristus.
Tindakan serta-merta Lehi selepas dia makan buah dari pokok dan mengalami kedamaian indah adalah keinginannya ditingkatkan untuk melayan dan berkongsi bersama keluarganya. Sedemikiannya semasa dia berpaling kepada Kristus, dia juga berpaling ke yang lain dengan kasih sayang dan pelayanan.
Terjadian lagi yang penting dalam Kitab Mormon menggambarkan apa yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Enos selepas dia berdoa dengan ikhlas, dan Tuhan mendengar, dan menjawab dia.
Dia berkata:
“Dan jiwaku lapar; dan aku berlutut di hadapan Penciptaku, dan aku berseru kepada-Nya dalam doa yang membara dan permohonan bagi jiwaku sendiri; dan sepanjang hari itu aku berseru kepada-Nya; ya, ketika malam hari tiba aku masih menaikkan suaraku sehingga ia mencapai syurga.
“Dan datanglah suatu suara kepadaku, memfirmankan: Enos, dosa-dosamu diampuni bagimu, dan engkau akan diberkati.
“Dan aku, Enos, tahu bahawa Tuhan tidak dapat berdusta; oleh kerana itu, rasa bersalahku disapu bersih.
“Dan aku berkata: Tuhan, bagaimana itu terjadi?
“Dan Dia berfirman kepadaku: Kerana imanmu kepada Kristus, yang sebelum ini tidak pernah engkau dengar atau lihat… oleh kerana itu, pergilah, imanmu telah menjadikan engkau suci.
“Sekarang, terjadilah bahawa ketika aku telah mendengar firman ini aku mulai merasakan hasrat bagi kesejahteraan saudara-saudaraku, bangsa Nefi; oleh kerana itu, aku curahkan seluruh jiwaku kepada Tuhan bagi mereka” (Enos 1:4–9; penekanan ditambah).
Semasa Enos berpaling kepada Tuhan “dengan tujuan hati penuh” (2 Nefi 31:13), prihatian dia terhadap kebaikan keluarganya, kawannya, dan orang di keliling dia diangkatkan.
Pelajaran yang kita boleh belajar dari dua-dua cerita ini adalah kepentingan mengalami berkat dari Korban Tebusan Yesus Kristus dalam kehidupan kita sendiri sebelum kita memberi pelayanan ikhlas yang lebih luas dara cuma “membuat gerakannya.” Sama seperti Lehi, Enos, dan anak lelaki saya dalam ceritaku tadi, kita sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah merasa dukacita yang menyertai ketidakpastian rohani dan dosa. Kita pun telah mengalami pembersihan, kedamaian minda, penyembuhan rohani, dan panduan yang diperoleh cuma melalui belajar dan menjalankan prinsip-prinsip Injil Yesus Kristus.
Korban Tebusan Yesus Kristus menyediakan pencucian yang wajib untuk menjadi tulen dan bersih, penenangan untuk menyembuh luka rohani dan menghapus perasaan bersalah, dan perlingdungan yang membolehkan kita untuk beriman dalam waktu keamanan mahupun kecemasan.
Kebenaran tetap Wujud
Kepada ahli keluarga dan kawan yang belum ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, Saya telah berusaha untuk menjelaskan sebabnya kami orang mubaligh.
Kebenaran tetap wujud dalam dunia ini yang lebih dan lebih tidak suka dan tidak pentingkan hal yang tetap. Dalam masa yang akan datang, “setiap lutut akan berlutut” dan “setiap lidah akan mengaku bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan, kepada kemuliaan Tuhan Bapa” (Filipi 2:10–11). Yesus adalah Kristus, tentulah dia Anak Tunggal Bapa Syurgawi yang Abadi. Sebagai ahli Gereja-Nya, kami bersaksi Dia hidup dan Gereja-Nya telah dipulikan dalam kepenuhannya dalam zaman terakhir ini.
Perjemputan kami kepada kamu untuk belajar dan menguji mesaj kami berasal dari akibat baik dari injil Yesus Kristus yang kami pernah mengalami. Kadang- kala kami mungkin pelik atau tidak berhenti dalam usaha kami, tetapi keinginan kami adalah untuk berkongsi bersama kamu kebenaran yang paling ternilai kepada kami.
Sebagai Rasul Tuhan, dan dengan semua tenaga di jiwa saya, saya bersaksi tentang keilahian dan kewujudan-Nya. Saya menjemput kamu untuk “marilah lihat” (Yohanes 1:39), dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.