2010–2019
Imamat Persediaan
Oktober 2014


16:53

Imamat Persediaan

Dalam Penyediaan imamat, “tunjukkan kepada saya” lebih nilainya daripada “beritahu saya.”

Saya amat bersyukur untuk berkumpul dengan para imamat Tuhan, yang pada hari ini merentangi seluruh dunia. Saya amat menghargai iman kamu, perkhidmatan dan doa kamu.

Pesanan saya malam ini adalah tentang Imamat Harun. Ia adalah kepada kita semua yang menolong dalam merealisasikan janji Tuhan kepada mereka seperti yang ditulis dalam ayat suci sebagai “imamat yang lebih rendah” 1 Ia juga dipanggil Imamat Persediaan. Ia adalah tentang persediaan yang gemilang yang saya akan ucapkan malam ini

Pelan Tuhan untuk kerja-Nya dipenuhi dengan persediaan. Dia menyediakan dunia ini untuk kita mengalami ujian dan peluang dalam kefanaan ini. Sambil kita berada di sini, kita dalam apa yang dipanggil ayat suci sebagai “keadaan persiapan”2

Nabi Alma mengambarkan kepentingan persediaan untuk kehidupan abadi, di mana kita dapat hidup untuk selamanya dalam keluarga dengan Tuhan Bapa dan Yesus Kristus.

Dia menjelaskan keperluan untuk persediaan dalam cara sebegini: “Dan kita lihat bahawa kematian datang ke atas umat manusia, ya, kematian yang telah dibicarakan oleh Amulek, yang adalah kematian duniawi; walaupun demikian ada suatu masa yang diberikan kepada manusia tatkala dia boleh bertaubat; oleh itu kehidupan ini menjadi suatu keadaan percubaan; masa untuk bersiap menemui Tuhan; masa untuk bersiap bagi keadaan tanpa akhir itu yang telah dibicarakan oleh kita, yang adalah setelah kebangkitan orang mati.”3

Sama seperti masa yang diberikan untuk kita hidup dalam dunia ini untuk bersedia untuk bertemu Tuhan, masa yang diberikan untuk melayan dalam Imamat Harun ialah satu peluang untuk menyediakan kita untuk belajar bagaimana penting untuk menolong orang lain. Sama seperti Tuhan memberi kita pertolongan untuk kita melalui ujian hidup fana ini, Dia juga menghantar kita pertolongan dalam persediaan imamat.

Pesanan saya adalah kepada mereka yang Tuhan hantar untuk menolong dan juga sama kepada mereka yang memegang Imamat Harun. Saya bercakap kepada bapa. Saya bercakap kepada uskup. Dan saya bercakap kepada mereka dari Imamat Melkisedek yang dipercayakan untuk menjadi teman dan guru kepada remaja muda dalam imamat persediaan ini.

Saya bercakap dalam pujian dan terima kasih kepada yang ramai di seluruh dunia dan seluruh masa.

Saya akan lalai jika saya tidak berkata tentang seorang presiden cabang dan uskup dalam zaman remaja saya. Saya menjadi seorang deakon pada umur 12 di dalam sebuah cabang di bahagian timur Amerika Syarikat. Cabang itu sangat kecil sehinggakan abang saya dan saya adalah Imamat Persediaan yang ada di situ sehingga bapa saya, presiden cabang masa itu, menjemput seorang lelaki pertengahan umur untuk menyertai Gereja.

Ahli baru itu menerima Imamat Harun dan dengan itu, satu panggilan untuk menjaga ke atas Imamat Harun. Saya masih ingat, bagaikan ia kelmarin. Saya boleh ingat daun musim luruh yang cantik apabila ahli baru itu membawa abang dan saya untuk membuat sesuatu untuk seorang balu. Saya tidak ingat apa projek itu, tetapi saya mengingati perasaan bahawa kuasa imamat menyertai kami dalam apa yang saya belajar kemudian tentang apa yang Tuhan berkata untuk apa yang kita patut buat untuk mendapat dosa kita diampuni dan bersedia untuk menghadap-Nya.

Apabila saya melihat kembali, saya berasa terhutang budi kepada presiden cabang yang memanggil seorang ahli baru untuk menolong Tuhan menyediakan dua budak lelaki yang pada satu hari akan menjadi uskup yang diberi tugasan untuk menjaga yang miskin dan dalam keperluan dan mengetuai ke atas imamat persediaan.

Saya masih seorang deakon apabila keluarga saya pindah ke sebuah bahagian yang besar di Utah. Ia ialah kali pertama saya merasa kuasa kuorum penuh dalam Imamat Harun. Dan kemudiannya saya merasa untuk pertama kalinya kuasa dan berkat seorang uskup mengetuai kuorum imam.

Uskup memanggil saya untuk menjadi pembantu pertama dalam kuorum imam. Saya ingat dia mengajar kuorum itu sendiri – walaupun dia sibuk dan di mana dia boleh memanggil orang lain yang lebih berbabak dari nya. Dia meletakkan kerusi dalam kelas itu dalam bulatan . Dia membuat saya duduk di kerusi sebelah dengannya, di sebelah kanan dia.

Saya boleh melihat ke atas bahu dia apabila dia mengajar. Dia kadang-kadang melihat ke bawah ke nota dia yang ditaip dengan kemas dalam pengikat kulit diatas pangkuanya dan juga ke atas kitabnya yang digunakan dengan banyak yang terbuka di atas lututnya. Saya boleh mengingati keseronokan apabila dia menceritai cerita keberanian Daniel dan kesaksian dia dalam Penyelamat.

Saya akan sentiasa ingat bagaimana Tuhan menyediakan teman yang dipilih dengan teliti untuk pemegang imamatnya yang dalam persediaan.

Uskup saya mempunyai Penasihat yang amat berkuasa, dan untuk sebab yang saya tidak faham masa itu, lebih daripada sekali dia menelefon rumah saya dan berkata, “Hal saya perlukan kamu sebagai teman untuk melakukan beberapa lawatan.” Sekali, dia membawa saya melawat seorang balu yang tinggal berseorangan dan tanpa makanan. Dalam perjalanan pulang, dia memberhentikan keretanya dan membuka kitab dan mengajar saya kenapa dia melayan balu itu seperti dia bukan sahaja ada kuasa untuk menjaga dirinya tetapi juga untuk menolong orang lain pada satu hari di masa depan.

Satu lawatan adalah ke seorang lelaki yang sudah lama tak ke Gereja. Uskup saya menjemput dia pulang dengan Orang Suci. Saya merasa kasih saying uskup kepada dia yang untuk saya lelaki itu Nampak seperti seorang yang tidak dapat disayangi dan seorang musuh yang memberontak.

Dalam satu lagi keadaan kami melawat satu rumah di mana terdapat dua anak perempuan yang kecil yang dihantar oleh ibu bapa mereka yang pemabuk ke pintu. Anak kecil itu memberitahu kami melalui cermin di pintu bahawa ibu bapa mereka sedang tidur. Uskup terus bercakap dengan dua orang budak perempuan itu, bersenyum dan memuji kebaikan mereka, selama hampir 10 minit atau lebih. Sambil saya berjalan di tepi dia, dia berkata dengan berbisik bahawa, “Itu ialah satu lawatan yang bagus, dua orang anak kecil itu tidak akan lupa bahawa kita datang jumpa mereka.”

Dua berkat yang boleh diberi oleh pemegang imamat yang lebih berpengalaman ialah kepercayaan dan contoh seorang penyayang. Saya melihat perkara itu apabila anak lelaki saya telah diberi seorang teman pengajar rumah yang mempunyai pengalaman yang lebih luas berbanding dengan dia. Teman anak lelaki saya telah menjadi misi presiden sebanyak dua kali dan telah melayani banyak kedudukan sebagai pemimpin.

Sebelum mereka melawat keluarga yang ditugaskan kepada mereka, pemimpin imamat yang berpengalaman itu akan meminta untuk melawat anak saya di rumah kami dahulu. Mereka membenarkan saya untuk mendengar. Dia membuka dengan satu doa, meminta tolong. Kemudian dia akan berkata sesuatu seperti ini “Saya rasa kita harus mengajar satu pengajaran yangberbunyi seperti satu panggilan untuk bertaubat. Saya rasa mereka akan menerima ajaran itu lebih daripada kamu berbanding dengan saya. Apa yang kamu rasakan tentang itu?”

Saya masih boleh ingat melihat ketakutan dalam mata anak saya. Saya masih boleh rasa kegembiraan masa itu apabila anak saya menerima amanah itu.

Ia bukan satu sesuatu yang terjadi yang uskup meletakkan teman itu bersama. Ia melalui persediaan yang cermat yang teman berpengalaman itu telah mempelajari tentang perasaan keluarga itu yang mereka akan ajar. Ia adalah melalui inspirasi yang dia melangkah kebelakang dan mempercayai seorang remaja yang tidak berpengalaman untuk memanggil anak-anak Tuhan untuk bertaubat dan mendekati keselamatan.

Saya tidak tahu hasil lawatan mereka, tetapi saya tahu bahawa seorang uskup, seorang pemegang Imamat Melkisedek, dan Tuhan sedang menyediakan seorang budak lelaki untuk menjadi seorang imamat lelaki dan pada satu hari seorang uskup.

Sekarang, cerita sebegini dalam penyediaan imamat adalah biasa untuk kamu daripada apa yang kamu telah lihat atau apa yang kamu alami dalam hidup kamu. Kamu telah mengetahui dan telah menjadi seperti uskup, teman dan ibu bapa. Kamu telah melihat tangan Tuhan dalam penyediaan tanggungjawab seorang imamat yang Dia tahu akan berada di hadapan anda.

Semua daripada kita dalam imamat mempunyai satu kewajipan untuk menolong Tuhan menyediakan yang lain. Terdapat beberapa perkara yang kita boleh buat yang akan menjadi perkara paling penting. Lebih berkuasa daripada menggunakan kata-kata dalam pengajaran kami doktrin itu akan menjadi contoh kita menghidupi doktrin.

Yang paling penting dalam pelayanan imamat adalah menjemput orang untuk datang kepada Kristus melalui iman, pertaubatan, dan menerima Roh Kudus. Presiden Monson sebagai contoh, telah mengajar untuk mengacau hati kita dalam semua doktrin itu, tetapi apa yang saya tahu dia lakukan untuk orang dan mubaligh dan kawan kepada Gereja apabila dia mengetuai misi di Toronto memotivasikan saya untuk bertindak.

Dalam persediaan imamat, “tunjukkan saya” lebih penting daripada “beritahu saya”

Itulah sebabnya ayat suci amat penting untuk menyediakan kita dalam imamat. Ia dipenuhi dengan contoh. Saya rasa seperti saya boleh melihat Alma mengikut arahan malaikat dan kemudianya dengan cepat pulang balik dan mengajar orang kejam di Ammonihah yang telah menolak dia.4 Saya boleh rasa kesejukan penjara Joseph Smith apabila Tuhan memberitahu dia untuk beranikan diri dan dia diawasi dengan baik.5 Dengan ayat suci dalam minda kita, kita boleh bersedia untuk menempuhi dalam pelayanan kita apabila perkara nampak susah.

Seorang bapa atau uskup atau teman melawat rumah yang kanan yang menunjukkan kepercayaan kepada seorang pemegant imamat yang muda boleh menukar hidupnya. Bapa saya pernah diminta oleh seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul untuk menulis sebuah kertas pendek tentang sains dan agama. Bapa saya seorang saintis dan pemegang imamat yang beriman. Saya ingat masa dia memberi saya kertas yang ditulisnya itu dan berkata “Bacakan, sebelum saya menghantarnya kepada para Rasul, Saya mahu kamu baca. Kamu akan tahu jika ia adalah betul.” Dia 32 tahun lebih tua dari saya dan amat pintar dan bijak.

Saya diperkuatkan oleh kepercayaan daripada seorang bapa yang hebat dan lelaki imamat. Saya tahu bahawa kepercayaan itu bukan dalam saya tetapi bahawa Tuhan akan memberitahu saya jika ia benar. Kamu teman kanan boleh memberkati pemegang iamamt muda dalam persediaan mereka di mana sahaja kamu boleh menunjukkan kepercayaan itu. Ia akan membuatkanya percaya perasaan lemah lembut yang berinspirasi untuk dirinya apabila ia datang pada satu hari di mana dia meletakkan tanganya untuk memeteraikan satu berkat untuk menyembuhkan seorang budak yang doctor kata akan mati. Kepercayaan ini telah menolong saya lebih dari sekali.

Kejayaan kita untuk menyediakan orang lain dalam imamat akan datang dalam bahagian sebanyak mana kita menyayangi mereka. Ini adalah benar apabila kita perlu memperbetulkan mereka. Fikirkan masa apabila seorang pemegang Imamat Harun membuat kesilapan semasa melaksanakan satu tatacara. Itu ialah satu perkara yang serius. Kadang-kala kesilapan itu memerlukan pembetulan yang awam dengan kemungkinan kebencian, satu perasaan penghinaan dan mungkin perasaan ditolak.

Kamu akan mengingati nasihat Tuhan: “Menegur pada waktunya dengan ketajaman, ketika digerakkan oleh Roh Kudus; dan kemudian memperlihatkan sesudahnya peningkatan kasih terhadap dia yang telah engkau tegur, agar jangan dia menganggap engkau sebagai musuhnya;” 6

Perkataan Peningkatan mempunyai erti yang istimewa dalam persediaan pemegang imamat apabila mereka perlukan pembetulan. Perkataan itu mencadangkan satu peningkatan kasih saying yang sudah ada di situ. Yang “memperlihatkan” adalah tentang peningkatan. Kita yang menyediakan pemegang imamat tentunya akan melihat mereka melakukan kesilapan. Sebelum mereka menerima pembetulan daripada kamu, mereka harus merasa kasih-sayang kamu secara awal dan mantap. Mereka harus merasa pujian kamu yang ikhlas sebelum mereka menerima pembetulan kamu.

“Ke atas dirimu para hamba sesamaku, dalam nama Mesias aku menganugerahkan Imamat Harun, yang memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat, dan Injil pertaubatan, dan pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan akan dosa-dosa; dan ini tidak akan pernah diambil lagi dari bumi, sampai para putera Lewi mempersembahkan lagi suatu persembahan bagi Tuhan dalam kesolehan.”7

Imamat Harun ialah satu lampiran kepada Imamat Melkisedek yang lebih agung. 8 Sebagai presiden kepada semua imamat, Presiden Gereja mempengerusikan imamat persediaan juga. Mesejnya selang beberapa tahun ini untuk pergi dan menyelamatkan sesuai dengan mandat untuk membawa injil pertaubatan dan pembaptisan kepada kehidupan orang lain.

Kuorum deakon, pengajar, imam bermesyuarat untuk membawa ahli gereja dalam kuorum kepada Tuhan. Presidensi menugaskan ahli untuk menghulurkan tangan dengan iman dan kasih-sayang. Deakon menguruskan sakramen dengan penghormatan dan iman kepada ahli supaya mereka merasa kesan Penebusan dan berazam untuk menyimpan perintah Tuhan sambil mereka mengambil lambang sakramen.

Pengajar dan imamat berdoa dengan teman mereka untuk memenuhi tugasan mereka untuk menjaga Gereja, satu persatu. Dan persaudaraan rakan itu berdoa bersama sambil mereka belajar tentang keperluan dan harapan ketua setiap keluarga. Sambil mereka melakukanya mereka disediakan untuk hari yang gemilang itu apabila mereka mengetuai sebagai seorang bapa, dalam iman, dalam keluarga mereka sendiri.

Saya bersaksi bahawa semua yang melayani bersama dalam imamat menyediakan orang untuk kedatangan Tuhan Gereja ini. Tuhan Bapa hidup. Saya tahu bahawa Yesus ialah Kristus dan dia menyayangi kita. Presiden Thomas S. Monson ialah nabi-Nya yang hidup. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amen.