Tuhan Ada satu Rancangan Untuk Kita!
Jika kita terus hidup seperti sekarang, akankah berkat-berkat yang dijanjikan berlaku?
Ini memang satu peluang istimewa untuk mengambil bahagian dalam masa bersejarah ini di mana pengucap persidangan umum boleh berucap dalam bahasa asli mereka. Dahulu, saya risau tentang loghat bahasa Inggeris saya apabila saya berucap. Sekarang, saya risau bahawa kelajuan bahasa Portugis saya akan lebih cepat dari sari kata.
Kita semua mengalamai masa untuk membuat kepututsan penting dalam hidup kita. Haruskah saya ejarkan kerjaya ini atau yang lain? Haruskah saya melayani satu misi? Adakah ini orang yang harus saya kahwin?
Kadang-kala satu perubahan yang kecil dalam hidup kita boleh mendatangkan akibat yang besar pada masa depan. Presiden Dieter F. Uchtdorf kata: “Dalam masa pelayanan Tuhan …, saya belajar bahawa perbezaan di antara kegembiraan dan kesengsaraan individu, perkahwinan, dan keluarga biasanya bergantung pada satu kesilapan yang kecil. (A Matter of a Few Degree,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 58).
Bagaimana kita boleh mengelakkan kesilapan kecil?
Saya akan gunakan satu cerita peribadi untuk mengilustrasikan pesanan saya.
Pada akhir 1980-an, keluarga kami -- isteri saya, Mônica, dua orang anak kami, dan saya--tinggal di Sao Paulo, Brazil, dan saya bekerja di satu syarikat yang baik. Saya sudah habiskan pendidikan universiti dan baru dilepaskan sebagai seorang uskup bahagian kami. Hidup kami selesa, dan segala hal nampaknya lancur sehingga lawatan seorang rakan suatu hari.
Sebelum dia tinggalkan rumah saya, dia tanyakan satu soalan yang menimbulkan keraguan saya, “Carlos, semua hal nampatnya sangat selesa bagi kamu, keluarga kamu, kerjaya kamu, dan pelayanan kamu dalam Gereja, tetapi…”, “Jika kamu terus hidup seperti sekarang, akankah perjanjian dalam berkat bapa bangsa kamu berlaku??”
Saya tidak pernah renungkan berkat bapa bangsa saya dalam cara ini. Kadang-kala, saya bacakan ia tetapi bukan dengan niat untuk memandang depan ke berkat-berkat yang dijanjikan dan memeriksa cara hidup saya.
Selepas lawatannya, saya fikir tentang berkat bapa bangsa saya, “Jika kami terus hidup seperti sekarang, akankah berkat-berkat yang dijanjikan berlaku?” Selepas memikir tentang soalan ini, saya rasa saya perlu buat perubahan, terutamanya tentang pendidikan dan kerjaya saya.
Ini bukan satu keputusan tentang yang betul dan yang salah tetapi tentang yang baik dan yang lebih baik, seperti yang diajar oleh Elder Dallin H. Oaks: “Semasa kita merenung tentang pilihan, kita harus ingat bahawa hanya keputusan yang baik adalah tidak cukup. Ada juga pilihan yang lebih baik, dan yang paling baik” (“Good, Better, Best,” Ensignatau Liahona, Nov. 2007, 104–5).
Bagaimana kita boleh pastikan bahawa kita buat keputusan yang paling baik?
Berikut ialah beberapa prinsip yang sudah saya belajar:
Prinsip nombor satu: kita perlu menimbangkan pilihan kita dengan memikirkan akibatnya.
Untuk membuat keputusan yang akan mempengaruhi kehidupan kita dan orang yang kita kasihi tanpa satu penglihatan akibat yang lebih luas boleh mendatangkan risoko. Namun begitu, jika kita fikir tentang akibat-akibat yang mungkin berlaku pada masa depan, sekarang kita boleh lihat jalan yang paling baik dengan lebih jelas.
Untuk memahami siapakah kita, mengapa kita di sini, dan apakah yang Tuhan harapkan daripada kita dalam hidup ini akan menolong kita memperolehi penglihatan luas yang kita perlukan.
Kita boleh carikan cotoh tentang orang yang mempunyai penglihatan luas mengenai jalan yang harus mereka ambil dalam kitab Suci.
Musa berucap dengan Tuhan muka ke muka, belajar tentang rancangan penyelamatan, dan lebih memahami peranannya sebagai nabi yang menghimpunkan Israel..
“Dan Tuhan berfirman kepada Musa, memfirmankan: Lihatlah, Aku adalah Tuhan Yang Mahakuasa,…
“…Dan Aku akan perlihatkan kepadamu hasil karya tangan-Ku;…
“Dan Aku memiliki suatu pekerjaan bagimu, Musa, putera-ku”” (Musa 1:3–4, 6).
Dengan pemahaman ini, Musa dapat menahan kesukaran selama banyak tahun dalam gurun dan memimpin bangsa Israel pulang ke kampung mereka.
Lehi, seorang nabi Kitab Mormon, ada satu mimpi, dan dalam penglihatannya, dia belajar tentang misinya untuk memimpin keluarga ke tanah perjanjian.
“Dan terjadilah bahawa Tuhan memerintah bapaku, bahkan dalam sebuah mimpi, bahawa dia mesti membawa keluarganya dan berangkat ke dalam padang belantara.
“… Dan dia meninggalkan rumahnya, dan tanah warisannya, dan emasnya, dan peraknya, dan benda berharganya” (1 Nefi 2:2–4).
Lehi beriman kepada penglihatannya walaupun dia menemui kesukaran perjalanan dan mesti meninggalkan satu hidup yang senang di Yerusalem.
Nabi Joseph ialah satu lagi contoh yang baik. Melalui banyak wahyu, bermula dengan Penglihatan Pertama, dia dapat memenuhi misinya untuk memulihkan semua pekara (lihat Joseph Smith—History 1:1–26).
Bagaimana dengan kita? Apakah yang Tuhan harapkan daripada kita masing-masing?
Kita tidak perlu nampak seorang malaikat untuk memperolehi pemahaman. Kita ada kitab suci, bait suci, nabi hidup, berkat bapa bangsa, para pemimpin yang diilhamka, dan, terutamanya, hak untuk menerima wahyu peribadi untuk membimbing keputusan kita.
Prinsip nombor dua: kita perlu bersedia demi cabaran yang akan datang.
Jalan yang paling baik tidak mestinya jalan yang senang. Biasanya, ia jalan yang susah. Kita boleh lihat contoh para nabi yang sudah disebutkan.
Musa, Lehi, and Joseph Smith tidak ada perjalanan yang senang, walaupun mereka sudah buat keputusan yang betul.
Adakah kita rela untuk membayar harga tinggi demi keputusan kita? Adakah kita sedia untuk meninggalkan kesenangan kita untuk mencapai ssesuatu yang lebih baik?
Marilah kita lihat pengalaman saya dengan berkat bapa bangsa saya, saya buat keputusan bahawa saya harus carikan pendidikan selanjut dan memohon satu biasiswa dari satu universiti di Amerika Syarikat. Jika saya dipilih, saya mesti tinggalkan kerja saya, jualkan segala barang kami, dan pergi ke Amerika Syarikat untuk dua tahun.
Ujian TOEFL dan GMAT ialah cabaran pertama yang mesti diatasi. Saya buat persediaan selama tiga tahun, menemui banyak penolakan sebelum saya diterima oleh satu universiti. Saya masih ingat panggilan telefon pada hujung tiga tahun itu dari seorang yang bertanggungjawab ke atas biasiswa.
Dia kata, “Carlos, saya ada berita baik dan berita buruk. Berita baik ialah kamu salah seorang tiga peserta akhir tahun ini.” Hanya ada satu pembukaan pada masa itu. “Berita buruk ialah dua orang peserta lain ialah anak VIP, dan kamu bukan.”
Saya jawab dengan cepat, “Saya … saya seorang anak Tuhan.”
Nasib baik, asal usul duniawi bukan satu faktor keputusan, dan saya diterima pada tahun itu.
Kita anak-anak Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia ialah Bapa kita, Dia menyayangi kita, dan Dia adakan satu rancangan untuk kita. Kita tidak datang ke sini untuk membuang masa untuk menjadi tua dan mati sahaja. Dia hendak kita berkembang dan mencapai potensi kita.
Kata President Monson: “Kamu masing-masing, yang sudah kahwin atau belum, tidak kira apa usia kamu, berpeluang untuk belajar dan berkembang. Memperluaskan pengetahuna kamu, secara intelek dan rohani, untuk mencapai potensi ilahi sepenuh kamu”(“The Mighty Strength of the Relief Society,” Ensign, Nov. 1997, 95).
Prinsip nombor tiga: kita perlu kongsikan penglihatan ini dengan orang yang kita kasihi
Lehi buat banyak percubaan untuk menolong Laman dan Lemuel untuk memahami kepentingan perubahan yang mereka buat. Sebab mereka tidak kongsikan penglihatan bapa mereka, mereka mendesis sepanjang perjalanan. Sebaliknya, Nefi carikan Tuhan untuk melihat apa yang sudah bapanya lihat.
“Dan terjadilah bahawa setelah aku, Nefi, mendengar semua perkataan bapaku, berkenaan apa yang telah dia lihat dalam suatu penglihatan, … aku … berhasrat juga agar aku melihat, dan mendengar, dan mengetahui berkenaan hal-hal ini, melalui kuasa Roh Kudus” (1 Nefi 10:17).
Kerana penglihatan ini, Nefi tidak hanya dapat mengatasi cabaran perjalanan tetapi juga dapat memimpin keluarganya apabila diperlukan.
Apabila kita buat satu keputusan, orang yang kita kasihi akan dipengaruhi, dan ada orang yang mungkin akan kongsikan akibat dari keputusan itu. Kita harap mereka juga akan lihat hal yang kita lihat dan kongsika keyakinan kita. Ini bukan selalunya mungkin, tetapi apabila ini berlaku, perjalanan itu akan menjadi lebih senang.
Dalam pengalaman yang sudah sebut, saya perlukan sokongan isteri saya. Anak-anak kami pada masa itu masih kecil dan tidak boleh buat keputusan, tetapi sokongan isteri saya sangat penting. Saya ingat, pada mulanya Monica dan saya perlu berbincang dengan teliti tentang perubahan ini sehingga dia berasa senang hati dan bersetuju. Penglihatan yang kami kongsi ini menolong dia untuk menyokong perubahan itu dan juga menjadi sebahagian kejayaan rancangan itu.
Saya tahu bahawa Tuhan ada satu rancangan untuk kita. Dia tahu kita. Dia tahu hal yang paling baik bagi kita. Walaupun kehidupan kita senang, ia tidak bererti kita tidak menimbangkan sama ada mungkin adanya yang lebih baik. Jika kita terus hidup seperti sekarang, akankah berkat-berkat yang dijanjikan berlaku?
Tuhan hidup. Dialah Bapa kita. Juruselamat Yesus Kristus hidup, dan saya tahu bahawa melalui korban tebusan-Nya kita boleh mendapat kekuatan untuk mengatasi cabaran harian kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.