2010–2019
Jangan Main-main dengan Hal Kudus
Oktober 2014


10:43

Jangan Main-main dengan Hal Kudus

Periksa pilihan kamu dengan menanya diri sendiri, “Adakah keputusan saya berakar dalam tanah injil Yesus Kristus?

Saudara saudari, keputusan yang kita buat dalam kehidupan ini mempengaruhi jalan hidup abadi kita. Wujudnya kuasa yang boleh ternampak dan yang tidak boleh ternampak yang mempengaruhi pilihan kita. Ini berlaku kepada saya lima tahun lalu dan hampir musnahkan saya.

Kami pergi berlancong ke selatan Oman bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami buat keputusan untuk berehat pada satu pantai sepanjang tepi Laut Indian. Tidak lama selepas kami sampai, anak perempuan saya yang berumur 16 tahun, Nellie, tanya jika dia boleh berenang ke satu pulau pasir kecil. Kerana saya nampak ombak yang besar, saya beritahu dia saya akan pergi dahulu, mungkin ada arus yang bahaya.

Selepas berenang buat sekejap, saya panggil isteri saya, tanya dia adakah saya dekat ke pulau pasir itu. Dia membalas, “Kamu sudah melampaui ia.” Saya tidak sedar bahawa saya ditangkap dalam satu arus bertentangan1 dan ditarik ke laut.

Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya hanya boleh fikir tentang pusing balik ke pantai. Itu satu kesalahan. Saya berasa tak berdaya. Kuasa di luar kawalan saya menarik saya lebih jauh ke laut. Lebih teruk lagi, isteri saya mempercayai saya dan mengikut saya.

Saudara saudari, saya fikir saya mungkin akan mati dan kerana keputusan saya, mungkin isteri saya juga akan mati. Selepas berusaha dengan hebat dan saya percaya adanya intervensi ilahi, kaki kami dapat sentuh tanah pasir dan kami berupaya untuk jalan balik ke rakan-rakan dan anak perempuan kami.

Adanya banyak arus dalam hidup ini -- ada yang selamat dan ada yang tidak. Presiden Spencer W. Kimball ajar bahawa adanya kuasa-kuasa dalam kehidupan kita seperti arus yang tidak dapat dinampak dalam laut.2 Kuasa-kuasa ini wujud. Kita tidak harus mengecilkan kuasa-kuasa itu.

Saya ingin berucap tentang satu arus lain, arus ilahi, yang banyak memberkati hidup saya. Saya seorang penganut Gereja. Sebelum saya dibaptiskan, cita-cita saya adalah untuk ski dan saya selepas Sekolah Menengah saya pun pindah ke Eropah untuk mengejarkan cita-cita itu. Selepas beberapa bulan yang seronok, saya rasa saya harus tinggalkan tempat itu. Pada masa itu saya tidak faham tentang sumber perasaan itu, tetapi saya bertindak. Saya pergi ke Provo, Utah, bersama beberapa orang rakan, seperti saya, bukan ahli Gereja juga.

Apabila di Provo, saya menemui orang yang mengikut cara hidup yang berbeza dengan saya. Saya tertarik oleh mereka, tetapi saya tidak faham mengapa. Pada mulaya, saya menolak perasaan itu, tetapi saya mendapati ketenangan dan kesenangan hati yang tidak pernah saya rasa. Saya mula memeluk arus yang berbeza--arus yang mendatangkan kefahaman tentang seorang Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Saya dibaptiskas pada tahun 1972 bersama rakan-rakan saya. Arus baru ini, iaitu injil Yesus Kristus, memberi arahan dan erti kepada kehidupan saya. Tetapi, adanya cabaran. Ini semua hal yang baru bagi saya. Kadang kala saya berasa keliru. Soalan dan cabaran datang dari rakan-rakan dan keluarga saya.

Saya mesti buat satu keputusan. Soalan mereka merekakan keraguan dan ketidakpastian. Keputusan ini sangat penting. Di mana saya boleh mendapat jawapan? Ada banyak orang yang hendak meyakinkan saya tentang kesilapan saya--“arus bertentangan” yang bertekad untuk menarik saya dari arus ketenangan yang sudah menjadi satu sumber kegembiraan. Saya belajar tentang prinsip “pertentangan di dalam segala hal” dan kepentingan untuk bertindak bagi diri sendiri dan tidak meninggalkan hak pilihan saya. 3

Saya menanya diri sendiri, “Mengapa saya hendak menjauhkan diri daripada perkara yang sudah mendatangkan ketenangan kepada saya?” Tuhan memperingatkan Oliver Cowdery, “Apakah Aku tidak memfirmankan kedamaian pada fikiranmu mengenai masalah ini?” 4 Pegalaman saya serupa dengan ini. Jadi, saya berpaling kepada Bapa Syurgawi, kepada kitab suci, dan kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai, dengan komitmen yang lebih besar.

Tetapi, masih ada banyak soalan yang tidak dapat saya jawab. Bagaimana saya boleh mengatasi ketidakpastian itu? Sebalik daripada membenarkan hal ini menghapuskan ketenangan dan kegembiraan, saya pilih untuk mengetepikan ketidakpastian itu buat satu masa, dan beriman bahawa pada masa yang betul, Tuhan akan mengemukan jawapan. saya memperolehi ketenangan dalam firman-Nya kepada Nabi Joseph: “Lihatlah, kamu adalah anak-anak kecil dan kamu tidak dapat menanggung segala sesuatu sekarang; kamu mesti tumbuh dalam kasih kurnia dan dalam pengetahuan tentang kebenaran.”5 Saya pilih untuk tidak meninggalkan kebenaran yang saya tahu dengan mengikut satu arus yang tidak pasti--satu potensi “arus bertentangan.” N.  Eldon Tanner kata bahawa : “adalah lebih baik bagi manusia untuk menerima kebenaran injil yang mudah … dan untuk menerima perkara yang tidak dia faham dengan beriman .”6

Adakah ini bererti kita tidak harus buat pertanyaan yang tulus? Tanyalah anak muda yang mencarikan perlindungan dalam dusun kudus yang ingin mengetahui gereja manakah harus dia menyertai. Peganglah Ajaran dan Perjanjian dalam tangan kamu, dan tahu bahawa perkara yang sudah diwahyukan dalam catatan berilham ini ialah hasil pencarian kebenaran yang rendah hati. Joseph mendapati bahawa, “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan memberikan kebijaksanaan kepadanya, kerana Tuhan memberikan dengan murah hati.” 7 Dengan menanya soalan yang tulus dan dengan mencarikan jawapan ilahi, kita belajar “baris demi baris, ajaran demi ajaran,”8 semasa pengetahuan dan kebijksanaan kita bertambah.

Ini bukan soalan tentang sama ada “harusnya adakah soalan yang tulus?” tetapi “dari manakah saya boleh mencarikan kebenaran apabila soalan-soalan ini timbul?” “Adakah saya cukup bijak untuk memegang tegas kepada kebenaran yang saya tahu walaupun saya ada soalan?” Saya bersaksi bahawa adanya satu sumber ilahi--Seorang yang mengetahui semua hal--dari permulaan ke ketamatan. Semua hal sudah dikemukakan di hadapan-Nya.9 Kitab suci bersaksi bahawa Dia “tidak berjalan di jalan yang berliku-liku, … tidak juga Dia berubah dari apa yang telah Dia firmankan.”10

Pada perjalanan fana ini, kita tidak harus fikir bahawa pilihan kita hanya mempengaruhi diri sendiri sahaja. Baru-baru ini, seorang lelaki melawat saya. Dia ada satu roh yang baik, tetapi saya rasa dia tidak aktif dalam Gereja. Dia beritahu saya bahawa dia dibesarkan dalam satu keluarga yang berpusat pada injil, sehingga bapanya menjadi tidak setia kepada ibunya, dan mengakibatkan penceraian dan mempengaruhi semua adik- beradiknya untuk mempersoalkan Gereja dan tinggalkan Gereja. Hati saya berat semasa saya berucap dengan bapa muda ini, yang sudah dipengaruhi oleh pilhan bapanya, sekarang membesarkan anak-anak yang berharga tanpa berkat injil Yesus Kristus.

Seorang saudara lagi yang saya kenali, ahli Gereja yang beriman, mempunyai soalan mengenai ajaran tertentu. Dia tidak menanya Bapa Syurgawi, dia pilih untuk bergantung pada sumber-sumber sekular. Hatinya berpaling ke arahan yang salah semasa dia mencarikan kehormatan manusia. Kesombongannya mungkin dipuaskan, buat satu masa, tetapi kuasa syurgawi ditarik dari dia. 11 Sebalik daripada mendapati kebenaran, dia kehilangan kesaksian dan bawahkan banyak keluarganya bersama dia.

Dua orang saudara ini ditangkap dalam arus bertentangan yang tidak ternampak dan bawakan banyak orang bersama mereka.

Sebaliknya, saya fikir tentang LaRue dan Louise Miller, ibu bapa isteri saya, buat keputusan untuk tidak hanya ajarkan ajaran tulen injil yang sudah dipulihkan kepada anak-anak mereka tetapi juga mematuhi injil setiap hari, walaupun mereka tidak kaya. Dengan membuat demikian mereka memberkati keturunan mereka dengan hasil injil dan harapan hidup abadi.

Dalam rumah mereka, mereka menubuhkan satu pola di mana imamat dihormati, di mana kasih sayang dan harmoni berlimpah-limpah, dan di mana prinsip injil mengarahkan kehidupan mereka. Louise dan LaRue, menunjukkan erti untuk mematuhi pola Yesus Kristus. Anak-anak mereka dapat melihat arus kehidupan apakah yang akan mendatangkan ketenangan dan kegembiraan dengan jelasnya. Dan mereka buat pilihan berdasarkan itu. Presiden Kimball ajar, “Jika kita boleh merekakan … satu arus yang kuat dan stabil mengalir ke arah matlamat hidup kesolehan, kita bersama anak-anak kita boleh dibawa ke depan walaupun adanya angin kesukaran, kekecewaan, [dan] godaan.12

Adakah pilihan kita penting? Adakah pilihan kita hanya mempengaruhi kita sendiri? Sudahkah kita menetapkan langkah dalam arus abadi injil yang dipulihkan?

Dari masa ke masa, saya ternampak satu imej yang menakutkan saya. Apa akan berlaku jika pada hari September itu, semasa berehat pada pantai Laut Indian, saya kata kepada anak perempuan saya, Nellie, “Ya, pergilah. Berenang ke pulau pasir itu.” Atau jika dia mengikut teladan saya dan tidak mampu untuk berenang balik ke pantai? Apakah yang akan berlaku jika saya hidup dengan pengetahuna bahawa teladan saya mengakibatkan dia ditarik oleh arus bertentangan, dan tidak dapat pulang?

Adakah arus yang kita pilih penting? Adakah teladan kita penting?

Bapa Syurgawi sudah memberkat kita dengan kurnia Roh Kudus untuk membimbing pilihan kita. Dia sudah janjikan kita inspirasi dan wahyu jika kita layak. Saya menjemput kamu untuk mengambil kurnia ilahi ini dan memeriksa pilihan kamu dengan menanya diri sendiri, “Adakah keputusan saya berakar dalam tanah injil Yesus Kristus?” Saya jemput kamu untuk membuatkan apa-apa pun pembetulan yang harus kamu buat, yang kecil atau yang besar, untuk memastikan berkat abadi rancangan Bapa Syurgawi bagi kamu dan orang yang kamu kasihi.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus kita. Saya bersaksi bahawa perjanjian yang kita buat dengan Dia adalah suci dan kudus. Kita mesti tidak bermain-main dengan hal kudus.13 Semoga kita tetap beriman, saya doa dalam nama Yesus Kristus, amin.