2010–2019
Hidup Mengikut Kata Para Nabi
Oktober 2014


10:41

Hidup Mengikut Kata Para Nabi

Untuk berharmoni dengan tujuan syurgawi, kita mendukung nabi dan pilih untuk hidup mengikut katanya.

Bapa Syurgawi menyayangi semua anak-Nya dan ingin mereka tahu dan memahami rancangan kegembiraan-Nya. Jadi, Dia panggilkan nabi, orang yang sudah ditahbis dengan kuasa dan wewenang untuk bertindak dalam nama Tuhan demi penyelamatan anak-anak-Nya. Nabi ialah utusan kesolehan, saksi kepada Yesus Kristus dan kepada kuasa Penubusan-Nya yang tidak terbatas. Mereka memegang kunci-kunci kerajaan Tuhan pada bumi ini dan membenarkan pelaksanaan tatacara penyelamatan.

Dalam Gereja benar Tuhan, “tidak pernah ada selain satu orang di atas bumi pada suatu masa ke atas siapa kuasa ini dan kunci-kunci imamat ini dianugerahkan.”1 Kita mendukung Thomas S. Monson sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu kita. Dia mewahyukan firman Tuhan untuk membimbing dan mengarah seluruh Gereja. Presiden J. Reuben Clark menjelas bahawa, “Hanya Presiden Gereja  … berkuasa untuk menerima wahyu untuk Gereja..”2

Mengenai nabi hidup, Tuhan memerintah umat Gereja-Nya:

“Engkau akan mengindahkan segala perkataan dan perintahnya yang akan dia berikan kepadamu ketika dia menerimanya, berjalan dalam segala kekudusan di hadapan-Ku;

“Kerana perkataan akan kamu terima, seolah-olah dari mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman.

“Kerana dengan melakukan hal-hal ini gerbang-gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu.”3

Untuk berharmoni dengan tujuan syurgawi, kita mendukung nabi dan pilih untuk hidup mengikut katanya.

Kita juga mendukung penasihat-penasihat Presiden Monson dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu. “Mereka mempunyai hak kuasa, dan wewenang untuk mengisytiharkan keinginan [Tuhan] … , di bawah arahan … Presiden Gereja.”4 Mereka berucap dalam nama Yesus Kristus. Kita dapat dengar suara Tuhan boleh merasa kasih sayang Juruselamat dalam kata mereka. “Dan apa pun yang akan mereka ucapkan ketika digerakkan oleh Roh Kudus akan menjadi tulisan suci, dan kuasa Tuhan ke atas penyelamatan.”5 “Melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.”6

Kita bersyukur ke atas satu gereja yang“dibina di atas asas yang diletakkan oleh para rasul dan nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu asasnya.”7 Rumah Tuhan ialah satu rumah yang beratur, dan kita tidak harus ditipu tentang arahan untuk mencarikan jawapan untuk soalan kita atau berasa tidak pasti tentang suara apakah yang harus kita ikut. Kita tidak perlu “diumbang ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin arajan orang licik.”8 Tuhan mewahyukan firman-Nya melalui para hamba-Nya yang ditahbiskan, “supaya umat-Tuhan dapat melakukan pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan. Dengan demikian kita menjadi satu oleh iman yang sama dan pengertian yang sama tentang Anak Tuhan.”9 Apabila kita memilih untuk mematuhi kata para nabi, kita berjalan pada perjalanan perjanjian yang menuju ke arah kesempurnaan abadi.

Kita boleh belajar erti untuk mendukung seorang nabi dari seorang balu yang berjuang untuk hidup semasa satu musim kebuluran. Tuhan mengarah Elia untuk pergi ke Sarfat, di mana dia akan menemui seorang balu yang sudah Tuhan panggil untuk mendukung dia. Apabila Elia dekat ke bandar, dia ternampak balu itu sedang mengumpul kayu api. Dia memanggil dia, “Tolong beri saya air minum.”10

“Apabila balu itu hendak pergi untuk mengambil air, Elia berkata lagi, ‘Dan tolonglah beri saya roti juga.

“Balu itu menjawab, ‘Demi Tuhan yang hidup, Tuhan yang tuan sembah, saya bersumpah bahawa saya tidak mempunyai roti. Saya hanya mempunyai segenggam tepung gandum di dalam mangkuk dan sedikit minyak zaitun di dalam botol. Saya sedang mengumpulkan sedikit kayu api untuk dibawa pulang supaya saya dapat memasak bahan yang tinggal itu untuk saya dan anak saya. Itulah makanan kami yang terakhir, setelah itu kami akan menunggu maut sahaja.”

Elia membalas, “Jangan khuatir. Pergilah sediakan makananmu. Tetapi sebelum itu, mula-mula buatlah roti daripada tepung dan minyak itu dahulu,dan hantarlah kepada saya. Kemudian buatlah roti untukmu dan anakmu.”11

Gambarkan kesusahan ini yang diminta oleh nabi kepada seorang ibu yang lapar. Pastinya, Tuhan boleh membekalkan makanan kepada hamba-Nya yang beriman. Tetapi bertindak dalam nama Tuhan, Elia mengikut arahan, menanya seorang anak perempuan Tuhan untuk mengorban milikannya--untuk mendukung seorang nabi.

Tetapi Elia juga jaminkan satu berkat kepatuhan: “Tepung di dalam mangkuk itu tidak akan habis dan minyak di dalam botol itu tidak akan berkurang sehingga tiba saatnya Aku, Tuhan, menurunkan hujan.”12 Tuhan berikan balu itu satu peluang untuk mempercayai dan mematuhi kata nabi.

Dalam dunia yang diancam kebuluran kesolehan dan kerohanian, kita sudah diperintah untuk mendukung nabi. Apabila kita mendengar, menyokong, dan mengesahkan kata-kata nabi, kita bersaksi bahawa kita beriman untuk menyerah kepada kehendak, kebijaksanaandan waktu Tuhan dengan rendah hati.

Kita mematuhi kata nabi walaupun nampaknya munasabah, sangat menyusahkan, dan sukar diikut. Menurut standard duniawi, untuk mengikut nabi mungkin satu perkara yang tidak popular, tak patut secara politik, atau tidak boleh diterima secara sosial. Tetapi mengikut nabi ialah satu perkara yang betul. “Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikirmu”13 “Percayalah kepada Tuhan dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.”14

Tuhan menghormati dan mengemari mereka yang akan mengikut arahan nabi. Bagi balu di Sarfat, kepatuhan kepada Elia menyelematkan nyawanya dan pada akhirnya nyawa anaknya juga. Seperti yang sudah dijanji oleh nabi, “mereka … mempunyai cukup makanan berhari-hari lamanya… menurut firman Tuhan melalui Elia.”15

“Tuhan akan memberi makanan kepada orang yang mempercayai Dia.”16 Kata-kata nabi adalah seperti makanan untuk jiwa kita. Apabila kita makan, kita diberkati, dilindungi, dan dijaga secara jasmani dan rohani.

Elder Bruce R. McConkie tulis bahawa melalui para nabi “Tuhan mewahyukan kebenaran penyelamatan, … penyelamatan berada dalam Kristus; dan Dia menentukan … jalan yang menuju ke hidup abadi. … Dalam setiap zaman, Tuhan berikan umat-Nya arahan yang mereka perlukan pada masa kebahayaan mereka. Dan tentunya pada masa depan akan tibalah masa apabila hanya kebijaksanaan Tuhan, yang turun dari syurga dan diucap oleh nabi, dapat menyelamatkan umat-Nya.”17

Bagi saya, kata-kata nabi yang diajar oleh pengajar Laurel saya berikan saya satu gambaran perhubungan perkahwinan perjanjian. Kata-kata nabi berikan saya iman dan harapan bahawa saya boleh bersedia dan memperolehi satu keluarga yang bahagia. Kajian ajaran nabi yang berterusan, mahupun nabi zaman purba atau modern, menyokong saya semasa saya membesarkan tujuh orang anak. Kata-kata nabi dari mimbar ini ialah kata kesenangan, kasih sayang, kekuatan, dan kegembiraan untuk kita semua.

Apabila kita mengikut kata nabi, kita binakan rumah kita dan kehidupan kita di atas satu dasar abadi, “batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, … ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir.”18

Kita boleh pilih. Kita boleh pilih untuk tidak mempedulikan, mengecilkan, atau menentang firman Kristus yang diucap oleh pada hamba-Nya yang sudah ditahbiskan. Tetapi Juruselamat mengajar bahawa mereka yang buat demikian akan disingkir dari orang perjanjian-Nya.19

Semasa kita membaca dan mengkaji kata nabi dengan beriman kepada Kristus, dengan hati yang tulus, Roh Kudus akan ucapkan kebenaran kepada minda dan hati kita. Semoga kita buka telinga untuk mendengar, hati untuk memahami, dan fikiran agar misteri-misteri Tuhan boleh dibentangkan kepada pandangan kita.20

Saya bersaksi bahawa Joseph Smith ialah nabi yang dipanggil oleh Tuhan untuk memulihkan injil Yesus Kristus dan imamat-Nya ke bumi. Dan saya bersaksi bahawa kita dipimpin oleh seorang nabi Tuhan yang benar hari ini, iaitu Presiden Monson. Semoga kita memilih untuk berdiri bersama para nabi dan mematuhi kata-kata mereka sehingga kita boleh bersatu dalam iman, disucikan dalam Kristus, dan dipenuh dengan ilmu Putera Tuhan. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.