2010–2019
Wahyu Berterusan
Oktober 2014


17:30

Wahyu Berterusan

Pertimbangan manusia dan pemikiran logik tidak chukup untuk terima jawaban bagi soalan yang paling penting dalam kehidupan ini. Kita memerlukan wahyu dari Tuhan.

Saya harap pada hari ini kita semua boleh merasa kasih-sayang dan keterangan dari Tuhan. Ramai yang mendengar suara saya hari ini rasa keperluan besar untuk terima wahyu peribadi dari Bapa Syurgawi kita yang mengasihi.

Seorang presiden misi, mungkin berdoa kuat agar dia boleh faham bagimana mendorong seorang mubaligh yang menghadapi kesusahan. Seorang bapa atau ibu di kawasan yang berperang, ada keperluan besar untuk tahu jika mereka patut pindahkan keluarga mereka ke tempat yang aman, ataupun tepat di tempat yang sama. Beratus-ratus presiden pancang dan uskup sedang berdoa untuk faham bagimana menolong Tuhan menyelamtkan seekor domba yang sesat. Bagi seorang nabi, dia berkeperluan tahu apa yang Tuhan ingin dia mengucap kepada Gereja-Nya dan kepada dunia ini yang dalam kegawatan.

Kita semua tahu pertimbangan menusia dan pemikiran logik tidak cukup untuk terima jawaban bagi soalan yang paling penting dalam hidup ini. Kita memerlukan wahyu dari Tuhan. Dan bukan sahaja satu kilatan cahaya dan ketenangan, kita memerlukan berkat yang berterusan iatu komunikasi dengan Tuhan.

Kewujudan Gereja ini berasal dari seorang lelaki mudah yang tahu itulah benar. Joseph Smith yang muda sudah tahu dia tidak dapat tahu gereja yang mana dia harus ikut dari pengetahuan dia sendiri. Oleh itu dia tanya Tuhan, sama seperti dia belajar dari buku Yakobus. Bapa Syurgawi dan Putra-Nya Terkasihi muncul kepadanya dalam hutan kecil. Mereka menjawab soalan itu yang Joseph tidak berkebolehan menjawab.

Kemudian dia dipanggil dari Tuhan, bukan sahaja untuk mendirikan Gereja Yesus Kristus yang benar, tetapi dengan Gereja-Nya dia memulihkan kuasa untuk mengunakan Roh Kudus agar wahyu dari Tuhan boleh berterusan.

President Boyd K. Packer mengambarkan peristiwa itu yang mengenal pasti Gereja yang benar secara ini: “Wahyu berterusan dalam Gereja ini: si nabi menerimanya bagi semua Gereja; presiden bagi pancangnya, misinya, atau kuorumnya; uskup bagi bahagiannya; bapa bagi keluarganya; individu bagi diri sendiri.”1

Proses wahyu yang begitu hebat bermula, tamat, dan berterusan semasa kita menerima wahyu peribadi. Marilah kita mencontohi Nefi, anak Lehi. Bapanya bermimpi. Orang lain dalam keluarga Nefi anggap mimpi Lehi sebagai bukti bagi kekeliruan mental dia. Termasuk dalam mimpi itu ada suatu perintah dari Tuhan bagi anak-anak Lehi yang suruh mereka pulang ke Yerusalem untuk mendapat kepingan yang berisi firman Tuhan, agar mereka boleh membawanya semasa perjalanan mereka ke negeri yang dijanjikan.

Sering kali kita memetik pengisytiharan Nefi yang berani apabila bapanya minta mereka pulang ke Yerusalem. Kamu ingat katanya: “Aku akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan.” 2

Apabila Lehi dengar Nefi ucap kata-kata itu, mengikut tulisan suci, “dia berasa tersangat gembira.”3 Dia gembira kerana dia tahu Nefi telah diberkati dengan wahyu yang mengesahkan bahawa mimpi bapanya komunikasi dari Tuhan yang benar. Nefi tidak berkata, “Aku akan pergi dan melaksanakan apa yang Bapa-ku suruh.” Sebaliknya dia berkata, “Aku akan pergi dan melaksanakan hal-hal yang telah Tuhan perintahkan.”

Dari pengalaman kamu dalam keluarga kamu sendiri, kamu pun faham kenapa Lehi, “tersangat gembira.” Kegembiraannya datang dari pengetahuan bahawa Nefi telah menerima wahyu mengesahkan.

Ramai ibubapa telah beri perintah berkurung. Tetapi bayangkanlah kegembiraan ibubapa berasa apabila mereka dapat tahu, sama seperti ibubapa lain berberapa minggu yang lalu, bahawa anak mereka yang baru-baru tinggalkan rumah buat perintah berkurung untuk dia sendiri dan kuduskan hari Sabat sama seperti dia diajar di rumah. Wahyu dari ibubapa ada kesan yang bertahan dalam wahyu peribadi berterusan dalam anaknya.

Semestinya ibu saya faham prinsip wahyu itu. Sebagai remaja, saya selalu tutup pintu secara senyap apabila saya balik rumah lewat pada waktu malam. Saya kena limpas bilik ibu-ku dalam perjalanan ke bilik saya. Walaupun saya berjalan tenang, sesudah saya sampai dekat pintunya yang setengah buka, saya selalu dengar namaku dibisik, “Hal. Masuk sekejap.”

Saya selalu masuk dan duduk di tepi katil dia. Bilik dia gelap. Jika kamu dengar, mungkin kamu ingat perbualan kami cuma perbualan di antara dua kawan tentang kehidupan. Tetapi apa yang dia cakap masih masuk minda saya dengan kuasa yang sama saya rasa apabila saya membaca berkat bapa bangsaku.

Saya tidak tahu apa yang dia minta dalam doanya semasa dia tunggu saya balik dulu. Munkin bahagian doanya untuk keselamatan saya. Tetapi saya pasti dia berdoa sama seperti bapa bangsa berdoa sebelum dia bagi berkat. Dia berdoa agar katanya akan datang kepada sesiapa yang menerima berkat itu sebagai kata-kata Tuhan, bukan kata-kata dia. Permintaan ibuku dalam doanya diberi kepada saya. 40 tahun sudah dia tinggal di dunia roh. Saya pasti dia tersangat gembira kerana saya diberkati, sama seperti dia minta, untuk dengar nasihat dia dan ikut perintah Tuhan. Saya berusaha untuk buat kehendak dia.

Saya telah melihat mukjizat iatu wahyu berterusan dalam para presiden pancang dan uskup dalam Gereja ini. Dan, sama seperti wahyu kepada pemimpin keluarga, nilai wahyu itu bergantung pada sesiapa dipimpin, mereka mesti terima wahyu mengesahkan.

Saya melihat mukjizat wahyu itu selapas kehancuran Empangan Teton di Idaho pada tahun 1976. Ramai dari kamu ingat ceritanya. Tetapi contoh wahyu berterusan yang diterima oleh seorang presiden pancang boleh memberkati kita semua dalam masa akan datang.

Beribu-ribu orang dipindahkan semasa rumahnya dihancur. Presiden pancang itu bertanggungjawab memimpin usahan pertolongan. Saya berada di bilik kelas di Ricks College berberapa hari selapas bencana itu. Seorang pemimpin dari agensi bencana persekutuan sudah sampai. Dia bersama para penolong dia datang ke bilik besar di mana presiden pancang sudah kumpulkan berberapa uskup dan pemimpin dari gereja lain tempatan. Saya berada di sana sebab ramai yang terselamat sedang berada dan dijaga di kampus college itu dimana saya presiden.

Apabila pertemuan itu bermula, wakil itu dari agensi bencana persekutuan berdiri dan mula jelaskan dengan kuasa apa yang patut dilaksanakan. Selapas dia beri 5 atau 6 perkara yang semestinya dilaksanakan, presiden pancang itu membalas secara tenang, “Kami sudah selesai semuanya.”

Berberapa minit kemudian, lelaki itu dari agensi bencana persekutuan sebut, “Mungkin saya akan duduk dan menonton saja.” Kemudian dia bersama penolongnya mendengar semasa uskup-uskup dan presiden-presiden kuorum penatua melaporkan apa yang mereka sudah buat. Mereka mengambarkan tugas yang mereka terima dan ikut dari pemimpin mereka. Mereka pun bincang mengenai inspirasi mereka terima semasa mereka melaksanakan tugas mereka untuk mencari keluarga-keluarga dan menolongnya. Harinya sudah makin lewat. Mereka terlalu letih untuk tunjukkan banyak emosi kecuali sayang bagi orang yang mereka menolong.

Presiden pancang it beri arahan kepada para uskup, dan kemudian dia mengumumkan masa untuk pertemuan mengikutinya, awal besok pagi.

Besok pagi pemimpin dari pasukan federal sampai 20 minit sebelum pertemuan itu dijadual bermula. Saya dengar dia berkata secara tenang kepada presiden pancang itu, “Presiden, kamu hendak pasukan saya buat apa?”

Apa yang orang itu melihat saya telah melihat semasa kecemasan dan cobaan di seluruh dunia. Kata-kata Presiden Packer betul. Wahyu berterusan datang kepada presiden pancang untuk mengankat mereka atas bijaksana dan kebolehan mereka. Lagi pun, Tuhan beri saksi menyesahkan kepada orang yang mereka memimpin bahawa utusan dia datang dari Tuhan melalui Roh Kudus kepada seorang menusia yang tidak sempurna.

Saya diberkati dengan kesempatan ikut pemimpin yang diinspirasi sepanjang kehidupan saya. Semasa lelaki muda, saya dipanggil sebagai penasihat kepada presiden kuorum penatua. Selapas itu saya dipanggil untuk melayani sebagai penasihat kepada dua presiden daerah, Uskup utama Gereja, sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul, dan sebagai penasihat kepada dua Presiden Gereja. Saya telah melihat wahyu yang diberi kepada mereka dan mengesahkannya kepada pengikut mereka.

Menerima wahyu peribadi, seperti kita semua inginkan, tidak datang secara senang, dan tidak akan datang jika kita cuma minta. Tuhan memberi standar ini untuk kebolehan terima saksi macam itu dari Tuhan. Ialah panduan bagi sesiapa yang mencari wahyu perbadi, dan kita semua harus buat demikian.

“Biarlah sanubarimu juga penuh kasih amal terhadap semua orang, dan kepada kaum beriman, dan biarlah kebajikan mengisi fikiranmu dengan tidak ada hentinya; maka rasa percayamu akan menjadi kuat di hadiran Tuhan; dan ajaran keimamatan akan menitik ke atas jiwamu bagaikan embun dari langit.

“Roh Kudus akan menjadi rekanmu terus-menerus.” 4

Dari itu saya ambil nasihat bagi kita semua. Janganlah mengambil mudah perasaan kasih-sayang kamu rasa bagi nabi Tuhan. Di mana pun saya pergi bagi pihak Gereja, sesiapa dipanggil sebagai nabi pada waktu itu, ahli gereja akan tanya, “Apabila kamu pulang ke ibu pejabat Gereja, bolehkah kamu bagitahu si nabi betapa banyak kami mengasihi dia?

Itu jauh beza dan lebih besar daripada perasaan agum kami rasa kepada seorang wira. Itulah karunia dari Tuhan. Dengannya kamu akan terima dengan lebih senang karunia wahyu mengesahkan apabila dia mengucap dari pejabat dia sebagai nabi Tuhan. Kasih-sayang yang kamu rasa adalah kasih-sayang Tuhan mempunyai bagi sesiapa jurucakap dia.

Bukan senang merasa begitu berterusan kerana Tuhan sering kali suruh para nabi-Nya bagi nasihat yang susah diterima. Musuh jiwa kita akan cuba buat kita ambil hati dan merayu-rayu akan panggilan nabi dari Tuhan.

Saya telah melihat bagimana Roh Kudus bolen menyentuh dan lembutkan hati untuk melindungi seorang murid Yesus Kristus yang rendah hati dengan wahyu mengesahkan.

Si nabi mengutuskan saya untuk beri kuasa pemeterian kepada seorang lelaki di kota kecil. Cuma nabi Tuhan pegang kunci-kunci untuk memutuskan siapa akan terima kuasa kudus yang Tuhan memberi kepada Petrus, rasul ketua. Saya sudah terima kuasa pemeterian itu yang sama, tetapi cuma di bawa arahan Presiden Gereja saya boleh memberinya kepada orang lain.

Jadi, di bilik kecil di bangunan gereja jahu dari Salt Lake, saya meletakkan tangan saya di atas kepala seorang yang dipilih oleh si nabi untuk terima kuasa pemeterian. Tangannya keras kerena dia kerja keras sepanjang hidup dia sebagai petani untuk dapatkan gaji kecil. Isteri kecil dia duduk di sebelah dia. Dia pun kelihatan seperti dia kerja keras di sebelah suaminya.

Saya mengucap kata-kata diberi saya oleh si nabi: “Di bawah arahan, keizinan dan tanggunjawab dari,” nama nabi pada masa itu, “yang pegang semua kunci immat di dunia pada masa ini, saya memberi kuasa pemeterain kepada,” dan saya sebut nama dia dan kemudian bait suci di mana dia akan melayani sebagai juru pemeterian.

Air mata mengilir dari mata dia. Saya nampak isteri dia pun menangis. Saya tunggu mereka berhenti. Isteri dia berdiri dan datang kepada saya. Dia melihat atas dan kemudian berkata dengan suara kecil bahawa dia gembira dan sedih pun. Dia pun cakap bahawa dia sangat suka pergi bait suci dengan suami dia, tetapi sekarang dia rasa macam dia tidak patut pergi bersama dia ke bait suci kerana Tuhan memilih dia untuk jabatan itu yang begitu kudus. Dia jelaskan perasaan kekurangan itu disebabkan dia tidak pandai membaca atau menulis.

Saya yakinkan dia bahawa suami dia akan dihormati oleh rakanan dia di bait suci sebab kuasa rohani dia yang hebat. Sebaik mungkin dengan pengetahuan kecil dalam bahasa dia, saya bagitahu dia bahwa Tuahan telah mewahyukan banyak hal lebih hebat dari pendidikan duniawi.

Dia tahu melalui kurunia Roh bahawa Tuhan tela memberi melalui nabi-Nya tugas besar kepada suaminya yang dia mengasihi. Dia tahu bagi dia sendiri bahawa kunci untuk memberi kuasa pemeterian itu dipegang oleh seorang yang dia tidak pernah melihat, tetapi dia tahu bahawa dia nabi yang hidup dari Tuhan. Dia tahu, tanpa kesaksian dari saksi yang hidup, bahawa nabi telah berdoa tentang nama suaminya. Dia tahu untuk diri dia bahawa tuhan buat panggilan itu.

Dia pun tahu bahawa tata cara yang suami dia akan melaksanakan akan ikatkan orang untuk kekekalan di kerajaan selestial. Dia sudah pastikan di minda dan hatinya bahawa janji yang Tuhan memberi kepada Petrus masih berterusan delam Gereja: Whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in heaven.”5 Itu dia tahu untuk diri dia, oleh wahyu, dari Tuhan.

Marilah kita kembali ke permulaan kita. “Wahyu berterusan dalam Gereja ini: si nabi menerimanya bagi semua Gereja; presiden bagi pancangnya, misinya, atau kuorumnya; uskup bagi bahagiannya; bapa bagi keluarganya; individu bagi diri sendiri.”6

Saya bersaksi bahawa ini benar. Bapa Syurgawi dengar doamu, Dia mengasihi kamu, dan Dia tahu namamu. Yesus adalah Kristus, Putra Tuhan, dan Penebus kita. Dia mengasihi kamu lebih daripada kamu boleh faham.

Tuhan memberi wahyu, melalui Roh Kudus, kepada anak-anak-Nya. Dia mengucap kepada nabi-Nya di bumi pada hari ini iaitu Thomas S. Monson. Saya bersaksi bahawa dia memegang dan mengunakan semua kunci imamat pada bumi ini.

Semasa kamu mendengar kata-kata dari mereka yang Tuhan telah memanggil untuk mengucap bagi pihak dia semasa persindangan ini, saya berdoa agar kamu akan terima wahyu mengesahkan yang kamu memerlukan untuk kembali dan tinggal bersama Dia dalam keluarga kekal. Dalam nama suci Yesus Kristus, amin.