2010–2019
Pelayanan Peribadi Kita
Oktober 2014


10:23

Pelayanan Peribadi Kita

Kasih sayang Yesus Kristus haruslah menjadi bimbingan kita jika kita hendak menjadi sedar tentang keperluan orang yang boleh kita tolong.

Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita diberi peluang dan berkat peribadi untuk melayan. Semenjak saya menjadi ahli Gereja, saya sudah melayan dalam banyak cara. Seperti Saudara Udine Falabella, bapa Elder Enrique Falabella, kata, “Orang yang melayan berguna, orang yang tidak melayan tidak berguna.” Kita harus ingatkan kata-kata ini dalam jiwa dan hati kita.

Saya perlu carikan bimbingan semasa melayan, saya berasa senang hati dengan mengingati bahawa Juruselamat berfokus pada individual dan keluarga. Kasih sayang-Nya dan perhatian kepada individu ajarkan saya bahawa Dia mengenali nilai setiap anak Bapa Syurgawi dan adalah penting bagi kita untuk memastikan setiap individu dilayani dan diperkukuhkan oleh injil Yesus Kristus.

Dalam kitab suci kita baca:

“Ingatlah nilai jiwa adalah mahal dalam pandangan Tuhan.

“Dan jika demikian halnya bahawa kamu akan bekerja sepanjang hidupmu … dan membawa, meski hanya satu jiwa kepada-Ku, betapa akan besar sukacitamu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!”1

Setiap jiwa sangat bernilai kepada Tuhan, kerana kita anak-Nya dan kita berpotensi untuk menjadi seperti Dia.8

Kasih sayang Yesus Kristus haruslah menjadi bimbingan kita jika kita hendak menjadi sedar tentang keperluan orang yang boleh kita tolong. Ajaran Tuhan kita, Yesus Kristus, tunjukkan kita jalan itu. Inilah cara pelayanan peribadi kita bermula: mencarikan keperluan, kemudian menemui keperluan itu. Seperti yang dikatakan oleh Sister Linda  K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan, “Memerhati dahula, melayan kemudian.”3

Presiden Thomas S.Monson ialah satu teladan yang baik tentang prinsip ini. Pada bulan Januari tahun 2005, dia mengerusi satu pertemuan kepimpinan imamat di Puerto Rico apabila dia menunjukkan bagaimana Juruselamat dan para hamba-Nya memberi pelayanan melalui pelayanan peribadi. Pada ketamatan pertemuan itu, Presiden Monson mula memberi salam kepada semua pemimpin imamat yang hadir. Dia memerhati salah seorang dari mereka bersendirian dan memandang dari jauh.

Presiden Monson tinggalkan kumpulan itu, dan menuju ke arah saudara itu, dan berucap kepada dia. Dengan penuh emosi, José   Zayas memberitahu dia bahawa ini ialah mukjizat bahawa Presiden Monson mendekati dia dan satu jawapan kepada doanya dan isterinya, Yolanda. Dia beritahu Presiden Monson bahawa anak perempuannya sangat sakit dan dia sudah bawakan satu surat dari isterinya yang dia ingin berikan kepada Presiden Monson. Saudara Zayas sudah beritahu isterinya bahawa ini satu perkata yang mustahil kerana Presiden Monson sangat sibuk. Presiden Monson dengar cerita itu dan minta dia berikan surat itu. Dan dia baca dengan diam-diam. Kemudian dia masukkan surat itu dalam poketnya dan beritahu saudara Zayas bahawa dia akan melakukan permintaan mereka.

Oleh kerana ini, keluarga itu dipengaruhi oleh Tuhan kita, Yesus Kristus, melalui hamba-Nya. Saya percaya kata Juruselamat dalam perumpamaan orang Samaria yang baik hati boleh diaplikasi ke atas kita: “ Pergilah dan berbuatlah demikian!”4

Pada tahun 1988, taufan George berlaku di Puerto Rico, dan mengakibatkan kemusnahan yang besar. Sister Martinez, lima orang anak kami, dan saya tetap selamat dari ribut dan angin yang kuat dengan berada dalam rumah kami. Tetapi, kami tidak ada air dan elektrik selama dua minggu.

Apabila bekalan air kami habis, adalah sangat susah untuk memperolehi air lain. Saya tidak akan lupakan saudara yang melayan kami dengan membekalkan air, dan para saudari yang melayan kami dengan penuh kasih sayang.

Germán Colón bawa ke rumah kami satu bekas air yang besar dengan lorinya. Dia beritahu kami dia buat demikian, kerana, dalam katanya, “Saya tahu kamu ada anak-anak yang kecil yang perlukan air.” Beberapa hari kemudian, Saudara Muñoz and Gómez letakkan tiga tangki air besar dalam lori mereka. Mereka datang ke rumah kami dan isikan setiap botol air, dan juga menjemput jiran-jiran kami untuk buat demikian.

Doa kami dijawab oleh pelayanan mereka. Wajah tiga orang saudara ini menggambarkan kasih sayang Yesus Kristus kepada kami, dan pelayanan mereka bawakan lebih daripada air ke hidup kami sahaja. Untuk setiap anak Tuhan, pengetahuan bahawa ada orang mengambil berat dan menjaga kebajikanya adalah penting.

Saya bersaksi kepada kamu bahawa Bapa Syurgawi dan Tuhan kita, Yesus Kristus, mengenali kita secara individu dan peribadi. Sebab itu, Mereka membekalkan apa yang kita perlukan supaya kita berpeluang untuk mencapai potensi ilahi kita. Sepanjang perjalanan itu, Mereka menempatkan orang yang akan menolong kita. Kemudian, kita menjadi alat dalam tangan Mereka, kita dapat melayan orang yang Mereka tunjuk kepada kita melalui wahyu.

Dengan demikian, Tuhan Yesus Kristus akan mencapai semua anak Bapa Syugawi. Gembala yang Baik akan mengumpulkan domba-Nya. Dia akan lakukan ini satu demi satu apabila mereka gunakan hak pilihan moral dengan baik-selepas mendengar suara para hamba-Nya dan menerima pelayanan mereka. Kemudian mereka akan mengenali suara-Nya, dan mereka akan mengikut Dia. Pelayanan peribadi ini satu bahagian penting dalam kepatuhan perjanjian pembaptisan kita.

Menjadi satu teladan seorang pengikut Yesus Kristus ialah pengenalan yang paling baik dengan orang yang boleh kita kongsikan injil-Nya. Apabila kita buka mulut dan kongsikan injil yang sudah dipulih oleh Yesus Kristus, kita menjadi “rakan kongsi-Nya, ditugas untuk memelihara domba dan biri-biri-Nya, “5; kita menjadi “penjala orang” 6“yang lemah dan yang sederhana.”7

Perkhidmatan dan pelayanan peribadi kita tidak terhad kepada orang yang hidup di bumi ini. Kita juga boleh lakukan kerja bagi orang yang sudah mati--bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menerima tatacara penyelamatan injil Yesus Kristus semasa kefanaan. Kita juga boleh menyimpan satu jurnal dan catatkan sejarah keluarga kita untuk mendamaikan manusia--dan juga untuk mendamaikan orang yang masih hidup dengan orang yang sudah mati . Ini perkara yang mengikatkan keluarga kita secara abadi, satu generasi demi satu generasi. Apabila kita buat demikian, kita menjadi penyelamat di atas Bukit Sion.8

Kita berpeluang untuk menjadi alat dalam tangan-Nya. Kita boleh buat demikian dalam perkahwinan kita, keluarga kita, dengan rakan kita, dan dengan saudara saudari ktia. Inilah pelayanan peribadi kita sebagai pengikut Yesus Kristus yang benar.

“Umat manusia di bumi ini akan dikumpulkan di hadapan-Nya. Kemudian Dia akan memisahkan mereka menjadi dua kumpulan, seperti gembala memisahkan domba daripada kambing.

“Anak manusia akan mengumpulkan orang yang melakukan kehendak Tuhan di sebelah kanan-Nya dan yang lain di sebelah kiri-Nya.

“Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Hai kamu yang diberkati Bapa-ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Tuhan yang telah disediakan oleh Tuhan untuk kamu sejak dunia ini dicipta-Nya.

“Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu.

“Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. Aku dipenjarakan, dan kamu melawat Aku.

“Tetapi mereka yang melakukan kehendak Tuhan berkata, ‘Ya, Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum?

“Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami, atau melihat Tuhan tidak berpakaian lalu memberi Tuhan pakaian?

“Bilakah kami nampak Tuhan sakit lalu merawat Tuhan? Bilakah kami melawat Tuhan di penjara?

“Raja itu akan manjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!”9

Saya berdoa supaya kita buat demikian, dalam nama Yesus Kristus, amin.