Kongsikan Cahaya Kamu
Kita harus berdiri tegas dalam iman kita dan angkatkan suara kita untuk mengisytiharkan ajaran benar.
Pada petang ini saya inging berbincang tentang dua tanggungjawab kita. Pertama, terus tambahkan cahaya injil ke dalam kehidupan kita, dan kedua, kongsikan cahaya itu dengan orang lain.
Tahukah kamu betapa penting kamu? Setiap orang kamu-sekarang-sangat berharga dan penting dalam rancangan Penyelamatan Bapa Syurgawi. Kita harus lakukan satu kerja. Kita tahu tentang kebenaran injil yang sudah dipulihkan. Adakah kita sedia menahan kebenaran ini? Kita perlu mematuhi kebenaran ini; kita perlu kongsikan ia. Kita harus berdiri tegas dalam iman kita dan angkatkan suara kita untuk mengisytiharkan ajaran benar.
Dalam majalah Ensign dan Liahona September 2014, Elder M. Russell Ballard menulis: “Kita perlukan pengaruhan dan iman istimewa kaum wanita. Kita perlu mereka untuk belajar ajaran dan untuk memahami yang kita fahami supaya mereka boleh memberi kesaksian tentang kebenaran tentang semua hal.”1
Para saudari, kamu memperkuatkan iman saya kepada Yesus Kristus. Saya sudah memerhati teladan kamu, sudah dengar kesaksian kamu, dan merasa iman kamu dari seluruh dunia. Kamu berupaya untuk mempengaruh orang di sekeliling kamu ke mana pun kamu pergi. Pengaruhan itu dirasai oleh orang yang dekat kamu-dari keluarga kamu ke hubungan dalam telefin bimbit kamu serta dari rakan media sosial ke mereka yang duduk di sebelah kamu petang ini. Sila pandang ke kiri dan kanan kamu dan senyum kepada satu sama lain. Lihatlah bagaimana pengaruhan kamu boleh menyentuh orang lain! Saya setuju dengan Sister Harriet Uchtdorf, yang menulis, “Kamu … teladan yang terang dan bertenaga dalam dunia ini yang semakain menjadi gelap apabila kamu menunjukkan bahawa injil ialah satu pesanan yang bahagia melalui cara kehidupan kamu.”2
Presiden Thomas S. Monson kata, “Jika kamu hendak kongsikan cahaya dengan orang lain, kamu mesti bersinar dahulu.”3 Bagaimana kita boleh terus menjaga cahaya kebenaran diri sendiri? Kadang-kala saya rasa saya satu mentol yang malap. Bagaimana saya boleh bersinar dengan lebih terang?
Kitab suci mengajar, “Apa yang dari Tuhan adalah terang; dan dia yang menerima terang, dan melanjutkan di daam Tuhan, menerima lebih banyak terang.”4 Kita mesti melanjut di dalam Tuhan seperti yang dikatakan dalam kitab suci. Kita mesti pergi ke sumber cahaya--ke Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kita juga boleh pergi ke bait suci, mengetahui bahawa semua hal dalam bangunan itu mengarah ke Kristus dan korban tebusan-Nya.
Fikir tentang kesan bait suci pada sekitarannya. Bait suci mengindahkan bandar; mereka bersinar dari bukit. Mengapa mereka mengindahkan dan bersinar? Kerana kitab suci kata, “Kebenaran bersinar,” 5 dan bait suci mengandungi kebenaran dan tujuan abadi; dan kamu juga.
Pada tahun 1877, Presiden George Q. Cannon kata:”Setiap Bait Suci … mengurangkan kuasa Setan pada bumi ini.”6Saya percaya bahawa setiap kali satu bait suci dibina pada bumi ini, ia tolakkan kegelapan. Tujuan bait suci adalah untuk melayan manusia dan berikan semua anak Bapa Syurgawi keupayaan untuk pulang dan hidup bersama Dia. Tidakkaht ujuan kita serupa dengan tujuan bangungan kudus ini, rumah Tuhan ini? Untuk melayan orang lain dan menolong mereka untuk menolak kegelapan dan pulang kepada cahaya Bapa Syurgawi?
Kerja bait suci yang kudus akan meningkatkan iman kita dalam Kristus, dan kemudian kita boleh mempengaruhi iman orang lain. Melalui roh bait suci, kita boleh belajar tentang realiti, kuasa, dan harapan Penebusan Juruselamat dalam hidup kita.
Banyak tahu lalu keluarga kami menemui satu cabaran yang besar. Saya pergi ke bait suci dan berdoa demi bantuan. Saya menerima kebenaran. Saya menerima satu tekanan yang jelas tentang kelemahan saya, dan saya terkejut. Pada waktu arahan itu, saya ternampak seorang wanita yang sombong, yang lakukan semua hal dengan cara diri sendiri, bukan cara Tuhan, dan mengambil kredit ke atas semua capaian. Saya tahu wanita itu ialah saya. Saya berseru dalam hati kepada Bapa Syurgawi, “Saya tidak hendak menjadi wanita itu, tetapi bagaimana saya boleh berubah?”
Melalui roh wahyu dalam bait suci, saya diajar tentang keperluan seorang Juruselamat. Saya berpaling ke Juruselamat Yesus Kristus dengan serta merta dan kedukaan saya hapus dan satu harapan muncul dalam hati saya. Dialah harapan saya, dan saya ingin memegang kepada Dia sahaja. Tentunya jelas kepada saya bahawa seorang wanita yang sombong “ialah musuh kepada Tuhan”6 dan kepada orang dalam di sekelilingnya. Hari itu dalam bait suci, saya belajar bahawa hanya melalui Penebusan Yesus Kristus sifat kesombongan saya boleh berubah dan saya boleh melakukan hal yang baik. Saya berasa kasih sayang-Nya dan tahu bahawa Dia akan ajarkan saya melaui Roh dan mengubahkan saya jika saya berikan seluruh hati saya kepada Dia.
Saya masih melawan kelemahan saya, tetapi saya percaya dalam bantuan ilahi Penebusan. Arahan ini datang kerana saya pergi ke bait suci, mencarikan kesenangan dan jawapan. Saya masuk ke bait suci berasa beban, dan saya tinggal dengan pengetahuan bahawa saya mempunyai seorang Juruselamat yang maha kuasa. Beban saya menjadi lebih ringan dan saya lebih bahagia kerana saya sudah menerima cahaya-Nya dan rancangan-Nya.
Berada di seluruh dunia, bait suci mempunyai keunikan di luar bangunan, tetapi di dalam bangunan-bangunan itu, mengandungi cahaya, tujuan dan kebenaran yang sama. Dalam 1 Korintus 3:16 kita baca, “Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman Tuhan, kerana Roh Tuhan tinggal di dalam kamu!” Kita sebagai anak perempuan Tuhan, dari seluruh dunia, unik dalam kewajahan, seperti bait suci. Kita juga memiliki cahaya rohani di dalam kita. Cahaya rohani ini ialah satu gambaran cahaya Juruselamat. Orang lain akan tertarik oleh terang ini.
Kita mempunyai peranan kita pada bumi ini--dari seorang anak, ibu, pemimpin, dan guru ke seorang kakak atau adik, pekerja, isteri, dan selanjutnya. Setiap peranan ini berpengaruhan. Setiap peranan ini berkuasa moral-- apabila kita menggambarkan kebenaran injil dan perjanjian bait suci dalam hidup kita.
Elder D. Todd Christofferson kata, “Dalam semuah hal, seorang ibulah yang paling berpengaruhan dari semua orang dalam semua perhubungan.”7
Semasa anak-anak kami masih kecil, saya rasa saya seperti pembantu kaptain satu kapal, bersama suami saya, David, dan saya gambarkan sebelas orang anak kami seperti sampan di sekeliling kami, berehat pada pelabuhan, sedia untuk pergi ke laut. David dan saya rasa keperluan untuk menerima arahan dari kompas Tuhan setiap hari untuk belayar bersama sampan-sampan kami.
Masa saya penuh dengan perkara yang tidak penting seperti cuci baju, baca buku kanak-kanak, dan masak. Ada masanya dalam rumah kami, kami tidak dapat lihat bahawa melalui perkara yang kecil ini, termasuk doa keluarga, kajian kitab suci, dan malam keluarga, hal besar didatangkan. Saya bersaksi bahawa hal-hal kecil ini mempunyai kepentingan abadi. Kebahagiaan datang apabila sampan-sampan kecil itu--anak-anak kami--menjadi kapal yang penuh dengan cahaya injil dan sedia untuk “mulai dalam pelayanan Tuhan.”9 Tindakan iman dan pelayanan kita yang kecil ialah cara kita melanjut dalam Tuhan dan akhirnya bawakan cahaya abadi dan kemuliaan kepada keluarga, rakan, dan perkenalan kami. Kamu memangnya boleh mempengaruhi orang di sekeliling kamu!
Fikir tentang pengaruhan iman seorang gadis Sekolah Primer ke atas keluarganya. Iman anak perempuan kami memberkat keluarga kami apabila anak lelaki kami hilang dalam satu taman hiburan. Kami semua cemas mencarikan dia. Anak perempuan kami yang berusia sepuluh tahun menarik lengan saya dan kata, “Emak, kita harus berdoa.” Dia betul sekali! Keluarga kami berhimpun pada tengah-tengah kalangan orang ramai dan berdoa. Kami dapat mencari dia. Semua gadis sekolah Primer, “Sila terus memperingatkan ibu bapa kamu untuk berdoa!”
Musim panas ini saya berpeluang untuk menghadiri perkhemahan sembilan ratus orang remaja puteri di Alaska. Pengaruhan mereka sangat hebat. Mereka datang sedia secara rohani, sudah habis baca Kitab Mormon dan hafazkan “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul.” Pada petang hari ketiga, semua remaja puteri itu berdiri bersama dan melafazkan dokumen itu dengan tepat.
Roh isikan bilik itu, dan saya ingin menyertai mereka. Tetapi saya tidak boleh. Saya belum ambil masa untuk menghafazkan dokumen itu.
Saya mulai menghafazkan “Kristus Yang Hidup” seperti para saudari itu, kerana pengaruhan mereka, saya lebih merasai perjanjian sakramen untuk selalu mengingatkan Juruselamat, semasa saya mengulangkan kesaksian para Rasul tentang Kristus. Sakramen lebih bermaksud bagi saya sekarang.
Saya harap untuk memberi Juruselamat satu hadiah Krismas tahun ini dengan menghafazkan “Kristus Yang Hidup” sebelum Desember 25. Saya harap saya boleh menjadi satu pengaruhan yang baik--seperti para saudari dari Alaska sudah mempengaruhi saya.
Bolehkah kamu nampak diri sendiri dalam kata-kata berikut dari “Kristus Yang Hidup” “Dia merayu semua orang untuk mengikut teladan-Nya. Dia berjalan kaki ke seluruh Filistea, memulihkan mereka yang sakit, membuka mata mereka yang buta, dan membangkitkan mereka yang sudah mati.”10
Kita saudari Gereja, tidak berjalan kaki ke seluruh Fiistea untuk menyembuhkan yang sakit, tetapi kita boleh berdoa dan mengaplikasikan kasih sayang sembuhan Penebusan ke atas satu perhubungan yang menderita.
Walaupun kita tidak mampu untuk memberi penglihatan kepada yang buta seperti Juruselamat, kita boleh memberi kesaksian tentang rancangan Penyelamatan kepada yang buta secara rohani. Kita boleh bukakan mata pemahaman mereka untuk melihat kepentingan kuasa imamat dalam perjanjian abadi.
Kita tidak akan membangkitkan yang mati seperti Juruselamat, tetapi kita boleh memberkat orang yang mati dengan melakukan kerja bait suci mereka. Dengan begitu kita akan membangkitkan mereka dari penjara roh dan berikan mereka satu jalan ke hidup abadi.
Saya bersaksi bahawa adanya seorang Juruselamat yang hidup, Yesus Kristus, dan dengan kuasa dan cahaya-Nya kita boleh menolak kegelapan dunia ini, berikan suara kepada kebenaran, dan mempengaruhi orang lain untuk datang kepada Dia. Dalam nama Yesus Kristus, amin.