2010–2019
Buku
Oktober 2014


11:37

Buku

Sejarah keluarga dan kerja bait suci harus menjadi bahagian biasa dalam kehidupan rohani kamu.

Sebagai pengakap muda yang berumur 12 tahun, saya menerima tambahan untuk alatan pengakap sebagai hadiah. Kapak itu ada penutup kulit berat! Satu malam semasa kami berkhemah, kami tiba di perkhemahan selepas sudah gelap dan kami sangat basah dan sejuk dari salji. Saya mahu membangunkan api besar supaya kami tidak sejuk lagi. Saya bermula memotong pokok yang sudah jatuh dengan kapak baru saya. Semasa saya menebang, saya kecewa kerana kapak tidak memotong dengan baik. Saya mencuba bekerja lebih keras. Dengan kekecewaan, saya balik perkhemahan dengan hanya beberapa keping kayu. Dari cahaya api orang lain, saya menyedari masalah saya. Saya lupa mengeluarkan penutup dari kapak. Kerana saya mencuba memotong kayu dengan penutup, itu dihancurkan. Saya menyedari bahawa saya menjadi terganggu dengan perkara lain.

Semasa kita berusaha ke arah kemuliaan, kita mesti bekerja untuk mencapai semua keperluhan dan kita tidak boleh berfokus pada satu atau dua perluahan saja. Mencari kerajaan Tuhan akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan.1 Kita mesti sanggup berubah kalau diperlukan. Perubahan untuk kebaikan yang kecil dan biasa lebih senang dan kurang menyakitkan daripada perubahan besar.

Tidak lama dahulu, Saya dan Sister Packer berjalan ke beberapa negara asing. Kami menyediakan pasport kita dan dokumen lain. Kami mendapatkan suntikan, peperiksaan kesihatan, visa dan cap. Semasa kami tiba, dokumen kami diperiksa dan selepas semua keperluhan dipenuhi, kami dibenarkan masuk.

Pencapaian kelayakan kemuliaan adalah seperti masuk negara. Kita mesti mendapatkan pasport rohani. Kita tidak menentukan kelayakan, tetapi kita mesti mencapai semuanya. Rancangan Penyelematan mengandungi semua ajaran, peraturan, perintah, dan tatacara yang diperlukan oleh semuaorang untuk mencapai kelayakan kemuliaan.2 Dan “melalui Korban Tebusan [Yesus] Kristus, semua dapat diselamatkan.” 3 Gereja membantu kita, tetapi tidak dapat membuat ini untuk kita. Kita berusaha sepanjang hidup kita untuk mencapai kelayakan kemuliaan.

Yesus menubuhkan Gereja-Nya untuk menolong kita. Dia telah memanggil 15 lelaki yang kita menyokong sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu untuk membimbing Gereja dan untuk mengajar semua orang. Presidensi Utama4 dan Kuorum Dua Belas Rasul5 memegang kuasa dan wewenang6 yang sama dan Rasul kanan yang ditetapkan sebagai Presiden Gereja. Kuorum Tujuh Puluh dipanggil untuk membantu dengan kerja rohani ini.7 Pemimpin tidak menentukan kelayakan untuk keselamatan. Tuhan yang menentukannya! Pemimpin ini dipanggil untuk mengajar, menjelaskan, menasihati, dan juga memberi amaransupaya kita terus dalam perjalanan kesolehan.8

Seperti yang dijelaskan dalam buku panduan arahan: “Dalam melaksanakan tujuannya untuk membantu orang dan keluarga mencapai kelayakan kemuliaan, Gereja berfokus pada tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan. Ini termasuk membantu orang ikut injil Yesus Kristus, mengumpul Israel melalui kerja mubaligh, menjaga miskin dan yang memerlukan, membolehkan penyelematan orang mati dengan membina bait suci dan melaksanakan tatacara untuk mereka.”9 Empat perkara ini dan semua peraturan, perintah, dan tatacara adalah diperlukan dan bukan pilihan. Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan dengan melaksanakan perkara ini, kita menambahkan cap wajib ke dalam pasport rohani kita.

Dalam persidangan ini kita diajar tentang perubahan yang akan membantu kita semua untuk lebih bersedia.

Keluarga adalah pusat Rancangan Penyelamatan dan mungkin sebabnya itu juga dikenali sebagai “rancangan kegembiraan.”10 Presiden Boyd K. Packer telah berkata, “Hujung utama aktiviti dalam Gereja adalah suami dan isteri dan anak-anak mereka boleh gembira di rumah.”11

Presiden Spencer W. Kimball berkata, “Kejayaan kami sebagai individu dan sebagai Gereja akan ditentukan oleh keimanan kita dengan mengikuti injil di rumah.”12 Kerja bait suci dan sejarah keluarga adalah sebahagian mengikuti injil di rumah. Kerja ini harus menjadi lebih macam aktiviti keluarga daripada aktiviti Gereja.

Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sering mengingatkan kita tentang sejarah keluarga dan kerja bait suci.13 Pembalasan kamu dengan peringatan ini akan meningkatkan kegembiraan dan kebahagiaan individu dan keluarga.

Dalam Ajaran dan Perjanjian kita baca: “Lihatlah, hari Tuhan yang besar di depan mata; ….Marilah kita, oleh karena itu, sebagai sebuah gereja dan suatu umat, dan sebagai para Orang Suci Zaman Akhir, mempersembahkan bagi Tuhan suatu persembahan dalam kesalehan; dan marilah kita menyajikan di dalam bait suci-Nya yang kudus… sebuah kitab yang memuat catatan tentang orang mati kita, yang akan layak untuk segala penerimaan.”14

“Buku” ini akan disiapkan dari laporan nama dan laporan tatacara yang berada di tempat simpanan Pokok Keluarga Gereja

Saya banyak memeriksa dan menambahkan laporan ke dalam tempat simpanan Pokok Keluarga ini kerana saya mahu semua nama orang yang saya menyayangi dalam buku itu. Kamu mahu yang sama bukan?

Ajaran dan Perjanjian bahagian 128 mengatakan, “Karena kita [tanpa mereka] tidak dapat dijadikan sempurna; tidak juga dapatlah mereka tanpa kita dijadikan sempurna. Tidak juga mereka tidak juga kita dapat dijadikan sempurna.”15

Sejarah keluarga lebih daripada peraturan, nama, tarikh, dan tempat. Itu lebih daripada berfokus pada masa lepas. Masa sekarang termasuk dalam sejarah keluarga semasa kita menciptakan sejarah kita sendiri. Masa depan juga termasuk dengan sejarah keluarga semasa kita membentuk sejarah yang akan datang dari keturunan kita. Ibu muda boleh membuat sejarah keluarga semasa berkongsi cerita keluarga dan gambar bersama anak-anak dia.

Seperti mengambil sakramen, menghadir perjumpaan, membaca tulisan suci, dan doa peribadi, membuat sejarah keluarga dan kerja bait suci harus menjadi sebahagian biasa dalam kehidupan rohani kita. Pembalasan dari para remaja dan lain ke perjemputan sangat inspirasi dan membuktikan kerja ini boleh dan harus dilaksanakan oleh setiap ahli gereja di setiap umur.

Seperti Elder Quentin L. Cook berkata, “Kita [sekarang] mempunyai ajaran, bait suci dan teknologi.”16 Membuat perkerjaannya sekarang lebih senang dan cuma dihad oleh ahli gereja yang mengutamakannya. Perkerjaannya masih mengambil masa dan pengorbanan, tetapi semua boleh melaksankannya, lebih senang dari berberapa tahun yang lalu.

Untuk menolong ahli Gereja, Gereja telah mengumpulkan catatan dan menyediakan alat supaya kebanyakan perkerjaan boleh diselasaikan dalam rumah kita sendiri atau bangunan bahagian dan dalam bait suci. Kebanyakan halangan telah dikeluarkan. Apa-apa persepsi kamu dahulu, ia sudah berubah!

Walaubagaimanapun, adalah satu halangan yang Gereja tidak boleh dikeluarkan. Itu ialah individu yang teragak-agak untuk melaksanakan perkerjaan. Dia cuma memerlukan suatu keputusan dan sedikit usaha. Dia tidak memerlukan masa yang panjang. Cuma sedikit masa dengan konsistan akan memberi kegembiraan dalam perkerjaannya. Memutuskan untuk mengambil satu langkah, untuk belajar dan minta pertolongan dari orang lain. Mereka akan menolong! Nama-nama yang kamu dapat dan membawa ke bait suci akan menjadi laporan dalam “buku” itu.17

Dengan perkembangan dramatik dalam penyertaan ahli gereja, masih berberapa ahli gereja sahaja yang selalu mencari nama dan membuat tatacara dalam bait suci untuk keluarga mereka.18 Ini memerlukan perubahan dalam keutamaan kita. Janganlah melawan perubahan, peluk dia! Perubahan adalah sebahagian rancangan kegembiraan yang agung.

Perkerjaan ini perlu dilakukan, bukanlah untuk feadah Gereja tetapi untuk mereka yang sudah meninggal dan untuk kita sendiri. Kita bersama nenek-moyang kita yang sudah meninggal memerlukan cap dalam pasport rohani kita.

“Pengikatan”19 keluarga kita, sepanjang generasi dapat dilakukan hanya dengan tatacara pemeterian dalam bait suci. Langkahnya sederhana: dapatkan nama dan bawanya ke bait suci. Nanti kamu boleh menolong orang lain buat demikian juga.

Dengan beberapa pengecualian sahaja, semua orang—semua orang— boleh membuat ini.

Ada berkat yang benar yang menyertai perkerjaan ini. Ramai ibubapa dan pemimpin risau tentang keadaan bumi ini dan kesannya pada keluarga dan remaja.

Elder David A. Bednar telah berjanji: “Saya menjemput orang remaja dalam Gereja untuk belajar dan mengalami Roh Elijah. … Saya janji [bahawa] kamu akan dilindungi dari pengaruh musuh yang semakin kuat. Semasa kamu mengasihi dan ambil bahagian dalam perkerjaan ini yang suci, kamu akan dilindungi dalam waktu remaja kamu dan sepanjang kehidupan kamu.”20

Suadara saudari, masanya sudah tiba untuk membuka kapak kita dan mula berkerja. Kita tidak boleh mengorbankan penyelamatan kita atau keluarga kita untuk minat yang kurang penting.

Inilah perkerjaan Tuhan, untuk dilaksanakan oleh ahli gereja dan orang biasa bersama, muda dan tua, lelaki dan perempuan.

Saya menutup dengan memetik ayat dari nyanyian rohani 324, mengubahkan satu perkataan:

“Berangkat, O [Orang Suci] Tuhan!

Kita telah berjaya dengan kekurangan.

Memberilah hati dan jiwa dan minda dan kekuatan

Untuk melayani Raja dari Raja.” 21

Yesus Kristus adalah Raja! Saya bersaksi semua ini dalam nama Yesus Kristus, amin.