Ajaran dan Perjanjian 2021
7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63: “Apa yang Datang dari Atas Adalah Kudus”


“7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63: ‘Apa yang Datang dari Atas Adalah Kudus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“7–13 Jun. Ajaran dan Perjanjian 63,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
ladang Missouri

Spring Hill, Daviess County, Missouri, oleh Garth Robinson Oborn

7–13 Jun

Ajaran dan Perjanjian 63

“Apa yang Datang dari Atas Adalah Kudus”

Tuhan berfirman, “Kamu menerima Roh melalui doa” (Ajaran dan Perjanjian 63:64). Pertimbangkan untuk berdoa bagi Roh membimbing pengkajian anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Tapak bagi kota Sion telah dipilih. Para pemimpin Gereja telah mengunjungi kawasan itu dan membaktikannya sebagai tempat pengumpulan bagi para Orang suci. Mengikut sejarah Joseph Smith, “negeri Sion dipandang sebagai hal duniawi yang paling penting sekarang” (Ajaran dan Perjanjian 63, pengenalan bahagian). Tetapi pandangan mengenai Sion bercampur-aduk. Ramai Orang suci bersemangat untuk mula berkumpul di Missouri. Dan yang lain pula, orang seperti Ezra Booth kecewa dengan tanah Sion dan mengemukakan pandangan mereka. Ketika Joseph kembali ke Kirtland dari Missouri, dia mendapati bahawa pertengkaran dan kemurtadan telah masuk ke dalam Gereja sewaktu ketiadaannya. Dalam keadaan inilah wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian 63 telah diterima. Di sini Tuhan membahas tentang pembelian tanah dan memindahkan para Orang suci ke Missouri. Tetapi di antara perkara praktikal itu adalah peringatan yang tepat pada masanya: “Aku, Tuhan, menyuarakan suara-Ku, dan ia akan dipatuhi” (ayat 5). Suara-Nya, kehendak-Nya, perintah-Nya—semua “[datang] dari atas”—tidak boleh diperlakukan secara sinis atau bersahaja. Ia “adalah kudus, dan mesti diucapkan dengan cermat” (ayat 64).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 63:1–6, 32–37

Kemarahan Tuhan menyala terhadap yang jahat dan memberontak.

Apabila wahyu ini diterima, Joseph Smith menghadapi kritikan keras dari beberapa ahli Gereja yang telah menolaknya (lihat “Ezra Booth and Isaac Morley,” Revelations in Context, 130–36). Apakah amaran yang Tuhan berikan dalam Ajaran dan Perjanjian 63:1–6, 32–37 berkenan dengan “yang jahat dan memberontak”? Bagaimanakah amaran-amaran sedemikian membuktikan kasih Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 63:7–12

Tanda-tanda datang melalui iman dan kehendak Tuhan.

Tanda atau mukjizat sahaja tidak menghasilkan iman yang berkekalan. Awal tahun 1831 Ezra Booth, seorang pelayan rohani Methodist di Kirtland, memutuskan untuk dibaptiskan selepas dia melihat Joseph Smith secara ajaib menyembuhkan lengan kawan Booth iaitu Elsa Johnson.

Namun, dalam masa beberapa bulan, Booth kehilangan imannya dan sering mengkritik Nabi. Bagaimana ini terjadi, setelah keajaiban yang dia telah saksikan? Renungkan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 63:7–12. Anda juga boleh mempertimbangkan mengapa sesetengah orang menerima tanda-tanda “demi kebaikan manusia bagi kemuliaan [Tuhan]” (ayat 12) dan yang lain menerimanya “dalam … penghukuman” (ayat 11). Berdasarkan apa yang anda telah baca, apakah yang Tuhan mahu anda fikir dan rasakan tentang tanda-tanda?

Lihat juga Matius 16:1–4; Yohanes 12:37; Mormon 9:10–21; Eter 12:12, 18.

Ajaran dan Perjanjian 63:13–23

Kemurnian akhlak bermaksud memastikan fikiran dan tindakan saya suci.

Banyak orang mengetahui bahawa berzina adalah salah. Tetapi dalam Ajaran dan Perjanjian 63:13–19, Juruselamat menjelaskan bahawa fikiran berahi juga mempunyai kesan-kesan rohani yang serius. “Mengapakah nafsu berahi adalah satu maha dosa?” Elder Jeffrey R. Holland bertanya. “Selain itu, sebagai tambahan kepada kesan yang menghancurkan Roh sepenuhnya terhadap jiwa kita, saya fikir ia adalah satu dosa kerana ia mencemarkan hubungan tertinggi dan paling kudus yang diberikan Tuhan kepada kita di kefanaan—kasih yang lelaki dan wanita memiliki untuk satu sama lain dan hasrat pasangan itu untuk mempunyai anak-anak yang bertujuan untuk selamanya” (“Place No More for the Enemy of My Soul,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 44).

Apakah kesan-kesan yang Tuhan nyatakan dalam Ajaran dan Perjanjian 63:13–19 yang akan datang kepada mereka yang tidak bertaubat dari fikiran dan tindakan yang tidak berakhlak? Perhatikan berkat-berkat yang Juruselamat janjikan dalam ayat 20 dan 23 kepada mereka yang setia. Apakah berkat-berkat yang datang ke dalam hidup anda kerana mematuhi hukum kemurnian akhlak ? Bagaimanakah Juruselamat membantu anda kekal atau menjadi suci?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 121:45; Linda S. Reeves, “Layak untuk Berkat yang Dijanjikan kita,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 9–11.

Imej
lelaki dan wanita di bait suci

Kita diberkati semasa kita memastikan fikiran dan tindakan kita suci.

Ajaran dan Perjanjian 63:24–46

Tuhan mengarahkan hal ehwal rohani dan duniawi para Orang suci-Nya.

Setelah Tuhan mengenal pasti tempat Sion akan dibangunkan, para Orang suci di Ohio masih memerlukan arahan tentang bila untuk mula berpindah dan di mana untuk mendapatkan wang bagi membeli tanah itu. Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 63:24–46, cari arahan rohani dan duniawi yang Tuhan berikan tentang Sion. Apakah arahan rohani dan duniawi yang Tuhan berikan kepada anda?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 63:7–12.Kisah Ezra Booth meninggalkan Gereja walaupun menyaksikan penyembuhan Elsa Johnson (lihat butiran ringkas dalam “Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi” dan karya seni yang disertakan dalam panduan ini) boleh mendorong perbincangan tentang mukjizat. Mungkin ahli keluarga anda boleh bercakap tentang mukjizat yang telah memperkuatkan iman mereka, termasuk pengalaman dari keluarga atau sejarah keluarga anda. Bagaimanakah mereka menjalankan iman yang diperlukan untuk menerima mukjizat-mukjizat ini? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 63:7–12 ajarkan tentang hubungan di antara iman dan mukjizat?

Ajaran dan Perjanjian 63:13–19.Bagaimanakah kita boleh melindungi diri sendiri daripada pengaruh yang tidak baik, termasuk pornografi? (Anda boleh menemui sumber-sumber yang berguna untuk keluarga di AddressingPornography.ChurchofJesusChrist.org.) Apakah berkat-berkat menjalani hukum kemurnian akhlak?

Ajaran dan Perjanjian 63:23.Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda memahami bagaimana “misteri-misteri kerajaan,” atau kebenaran injil, seperti “perigi air yang hidup”? Contohnya, anda boleh pergi ke mata air atau sungai yang berdekatan (atau menunjukkan video atau satu gambar). Bagaimanakah kebenaran injil seumpama air?

Ajaran dan Perjanjian 63:58.Apakah amaran-amaran yang kita temui dalam bahagian 63? Apakah beberapa amaran yang kita dengar dari para pemimpin Gereja sekarang?

Ajaran dan Perjanjian 63:58–64.Tunjukkan keluarga anda satu harta keluarga yang berharga. Bagaimanakah kita memperlakukan barangan ini berbeza daripada barangan lain yang tidak begitu berharga? Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 63:58–64 ajarkan kita tentang apa yang kita boleh lakukan untuk menghormati hal-hal yang kudus?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Khidmat Adalah Kasih,” Buku Nyanyian Anak-anak, 12.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Jalani apa yang anda sedang pelajari. “Apabila anda merasakan kegembiraan yang datang dari memahami injil, anda akan mahu menggunakan apa yang anda telah pelajari” Berusaha untuk hidup secara harmoni dengan pemahaman anda. Dengan melakukannya akan menguatkan iman, pengetahuan, dan kesaksian anda” (Preach My Gospel 19).

Imej
Joseph Smith memegang tangan seorang wanita

Healing of Elsa Johnson’s Shoulder, oleh Sam Lawlor

Cetak