Ajaran dan Perjanjian 2021
14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: “Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”


“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: ‘Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
ladang ketika matahari terbit

Daviess County, Missouri

14–20 Jun

Ajaran dan Perjanjian 64–66

“Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”

Presiden Henry B. Eyring berkata: “Saya sering membaca tulisan suci dengan soalan-soalan [seperti] ‘Apa yang Tuhan mahu saya lakukan’ atau ‘Apa yang Dia mahu saya rasakan?’ Selalunya saya temui idea dan fikiran baru yang saya tidak pernah ada sebelumnya” (“How God Speaks to Me through the Scriptures,” 6 Feb 2019, blog.ChurchofJesusChrist.org).

Mencatat Tanggapan Anda

Pada musim panas 1831, beberapa penatua kembali ke Kirtland setelah memantau tanah Sion di Missouri seperti yang diarahkan oleh Tuhan. Ia bukan perjalanan yang menyenangkan. Para pengembara—Joseph Smith, Oliver Cowdery, Sidney Rigdon, Ezra Booth, dan yang lain merasa panas dan letih, dan ketegangan itu segera berubah menjadi pertengkaran. Ia kelihatan seperti pembinaan Sion, sebuah kota kasih, perpaduan, dan kedamaian, akan mengambil masa yang lama.

Mujurlah, membina Sion—di Missouri pada tahun 1831 atau di dalam hati dan bahagian kita hari ini—tidak memerlukan kita untuk menjadi sempurna. Sebaliknya, “dirimu diwajibkan untuk mengampuni semua orang,” Tuhan berfirman (Ajaran dan Perjanjian 64:10). Dia menuntut “hati dan suatu fikiran yang rela” (ayat 34). Dia menuntut kesabaran dan ketekunan, kerana Sion dibangunkan atas landasan “hal-hal yang kecil”, yang dilakukan oleh mereka yang tidak “jemu dalam melakukan yang baik” (ayat 33).

Lihat juga Saints, 1:133–34, 136–37.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 64:1–11

Saya dituntut untuk mengampuni semua orang.

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 64:1–11, fikirkan masa ketika Tuhan telah mengampuni anda. Anda juga boleh fikirkan tentang seseorang yang anda perlu ampuni. Bagaimanakah rasa kasihan Juruselamat mempengaruhi perasaan anda tentang diri anda dan orang lain? Mengapakah Tuhan memerintahkan kita “untuk mengampuni semua orang”? (ayat 10). Jika anda rasa susah untuk memaafkan, pertimbangkan apa yang sumber berikut ajarkan tentang bagaimana Juruselamat dapat membantu: Jeffrey R. Holland, “Pelayanan Perdamaian,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 77–79; Panduan Tulisan Suci, “Mengampuni,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

Ajaran dan Perjanjian 64:31–34

Tuhan menuntut hati dan fikiran saya yang rela.

Pernahkah anda merasa “jemu” dengan semua “yang baik” yang anda cuba capai? Cari pesanan Tuhan kepada anda dalam Ajaran dan Perjanjian 64:31–34. Apakah maknanya untuk memberikan “hati dan suatu fikiran [anda] yang rela” kepada Tuhan? (ayat 34).

Ajaran dan Perjanjian 64:41–43

Sion akan menjadi “sebuah panji bagi orang-orang itu.”

Panji adalah “suatu bendera atau standard yang di sekitarnya orang-orang datang berkumpul dalam kesatuan tujuan atau identiti.” (Panduan Tulisan Suci, “Panji,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah Sion—atau Gereja Tuhan—telah menjadi seperti panji bagi anda? Pertimbangkan contoh lain dari benda yang diangkat, seperti panji, untuk memberkati orang ramai: Bilangan 21:6–9; Matius 5:14–16; Alma 46:11–20. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang bagaimana anda boleh membantu Gereja menjadi panji di tempat anda tinggal? Cari cara lain Tuhan menggambarkan Sion dalam Ajaran dan Perjanjian 64:41–43.

Imej
Panglima Moroni

Captain Moroni Bearing the Title of Liberty, oleh Gary E. Smith

Ajaran dan Perjanjian 65

“Persiapkanlah Kamu Jalan Tuhan.”

Matius mengambarkan Yohanes Pembaptis sebagai seorang yang menyeru, “Persiapkanlah kamu jalan Tuhan” (Matius 3:3; lihat juga Yesaya 40:3). Dalam Ajaran dan Perjanjian 65, Tuhan menggunakan bahasa yang sama untuk menggambarkan pekerjaan zaman akhir-Nya. Apakah persamaan yang anda lihat antara apa yang Yohanes Pembaptis lakukan (lihat Matius 3:1–12) dan apa yang Tuhan mahu kita lakukan kini? Apakah yang anda temui dalam wahyu ini yang mengilhami anda untuk membantu memenuhi nubuat yang terkandung dalamnya? Renungkan cara anda boleh “beritahukanlah pekerjaan-pekerjaan [Tuhan] yang menakjubkan di kalangan semua orang” (ayat 4).

Ajaran dan Perjanjian 66

Tuhan mengetahui buah fikiran hati saya.

Tidak lama selepas menyertai Gereja, William E. McLellin meminta Joseph Smith untuk mengungkapkan kehendak Tuhan kepadanya. Joseph tidak tahu, tetapi William mempunyai lima soalan peribadi yang dia berharap Tuhan akan menjawab melalui Nabi-Nya. Kita tidak tahu apa soalan William, tetapi kita tahu bahawa wahyu yang ditujukan kepadanya, kini Ajaran dan Perjanjian 66, menjawab setiap soalan William dengan “kepuasan yang penuh dan menyeluruh” (“William McLellin’s Five Questions,” Revelations in Context, 138).

Semasa anda membaca bahagian 66, fikirkan tentang apa yang Tuhan tahu tentang William McLellin dan kerisauan serta hasrat hatinya. Bagaimanakah Tuhan telah mengungkapkan bahawa Dia mengenali anda? Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, pertimbangkan untuk mengkajinya. Apabila anda lakukannya, apakah Roh Kudus dapat membantu anda memahami kehendak Tuhan untuk anda?

Lihat juga Saints, 1:138–40; Panduan Tulisan Suci, “Berkat Bapa Bangsa,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 64:8–10.Hubungan kekeluargaan menyediakan banyak kesempatan untuk belajar untuk mengampuni. Ahli keluarga boleh berbincang bagaimana mengampuni sesama telah memberkati keluarga anda. Bagaimanakah Juruselamat telah membantu kita mengampuni sesama? Bagaimanakah kita “disengsarakan” (ayat 8) ketika kita tidak mengampuni orang lain?

Ajaran dan Perjanjian 64:33.Apakah yang Bapa Syurgawi mahu keluarga anda lakukan untuk memajukan “pekerjaan besar[-Nya]”? Mungkin pergi ke bait suci, berkongsi injil dengan jiran, atau menyelesaikan perselisihan. Mungkin setiap ahli keluarga dapat mengumpulkan benda-benda kecil, seperti batu atau butang atau kepingan teka-teki, dan menggunakannya untuk mewakili “hal-hal yang kecil” yang kita boleh lakukan setiap hari untuk “meletakkan landasan” untuk pekerjaan besar Tuhan. Sebagai satu keluarga, pilih satu hal yang kecil untuk dilakukan dalam minggu ini.

Ajaran dan Perjanjian 66:3.Bagaimanakah anda akan mengajar kepentingan bertaubat? Anda boleh menghidangkan makanan di atas pinggan yang sebahagiannya bersih dan membaca firman Tuhan kepada William McLellin: “Kamu bersih, tetapi tidak keseluruhannnya.” Kemudian anda boleh membersihkan piring dan berkongsi makanan sambil membincangkan bagaimana Yesus Kristus menjadikan kita bersih dari segi rohani.

Ajaran dan Perjanjian 66:10.Bagaimanakah keluarga anda dapat mengikuti nasihat Tuhan untuk “berusahalah untuk tidak dibebani,” atau dibebani dengan banyak hal yang harus dilakukan? Anda boleh berbincang tentang kisah Maria dan Marta (lihat Lukas 10:38–42), dan bincangkan bagaimana keluarga anda boleh menghindari hal-hal yang tidak bernilai secara abadi.

Untuk idea-idea lain bagi mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan),” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sentiasa ada dan boleh bertemu. Beberapa masa pengajaran yang terbaik bermula sebagai soalan atau kebimbangan dalam hati seorang ahli keluarga. Biarkan ahli keluarga tahu melalui perkataan dan tindakan anda bahawa anda berminat untuk mendengar mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 16.)

Imej
seorang wanita melutut di sisi Yesus

Forgiven, oleh Greg K. Olsen. Digunakan dengan kebenaran. www.GregOlsen.com

Cetak