Ajaran dan Perjanjian 2021
31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: “Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”


“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62: ‘Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“31 Mei–6 Jun. Ajaran dan Perjanjian 60–62,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Sungai Missouri

Campfire on the Missouri, oleh Bryan Mark Taylor

31 Mei–6 Jun

Ajaran dan Perjanjian 60–62

“Semua Manusia Berada dalam Tangan-Ku”

Presiden Ezra Taft Benson mengajarkan bahawa apabila kita mengkaji tulisan suci, “kesaksian akan meningkat. Komitmen akan diperkukuhkan. Keluarga akan diperkuatkan. Wahyu peribadi akan datang” (“The Power of the Word,” Ensign, Mei 1986, 81).

Mencatat Tanggapan Anda

Pada Jun 1831, Joseph Smith mengadakan satu persidangan dengan para penatua Gereja di Kirtland. Di sana, Tuhan mengatur beberapa penatua ke dalam kumpulan dan menghantar mereka ke Jackson County, Missouri, dengan penyataan ini: “Berkhutbah dalam perjalanan” (Ajaran dan Perjanjian 52:10). Banyak penatua yang tekun, tetapi yang lain tidak. Ketika masa untuk kembali ke Kirtland, Tuhan berfirman, “Tetapi dengan beberapa orang [penatua] Aku tidak terlalu berkenan, kerana mereka tidak mahu membuka mulut mereka, tetapi mereka menyembunyikan bakat yang telah Aku berikan kepada mereka, kerana perasaan takut terhadap manusia” (Ajaran dan Perjanjian 60:2). Ramai di antara kita yang merasakan simpati terhadap para penatua ini—kita juga merasa ragu-ragu untuk membuka mulut kita dan berkongsi injil. Mungkin kita juga dihalang oleh “perasaan takut terhadap manusia.” Mungkin kita meragui kelayakan atau keupayaan kita. Apa pun alasan kita, Tuhan “mengetahui kelemahan manusia dan bagaimana membantu [kita]” (Ajaran dan Perjanjian 62:1). Tersebar seluruh wahyu ini kepada para penginjil awal adalah jaminan yang dapat membantu kita mengatasi ketakutan kita tentang berkongsi injil—atau ketakutan lain yang mungkin kita hadapi: “Aku, Tuhan, berkuasa di langit di atas.” “Aku mampu menjadikanmu kudus.” “Semua manusia berada dalam tangan-Ku.” Dan “cerialah, anak-anak kecil; kerana Aku berada di tengah-tengahmu.” (Ajaran dan Perjanjian 60:4, 7; 61:6, 36.)

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 6062

Tuhan senang hati apabila saya membuka mulut untuk berkongsi injil.

Kita semua mempunyai pengalaman apabila kita berpeluang berkongsi injil dengan seseorang, tetapi untuk sebab tertentu, kita tidak berbuat sedemikian. Semasa anda membaca firman Tuhan kepada para penginjil awal yang gagal “membuka mulut mereka,” fikirkan peluang anda sendiri untuk berkongsi injil. Bagaimanakah kesaksian anda tentang injil seperti “bakat,” atau harta karun daripada Tuhan? Dalam cara apakah kita kadang-kadang “menyembunyikan bakat [kita]”? (Ajaran dan Perjanjian 60:2; lihat juga Matius 25:14–30).

Tuhan telah memperbetulkan para penginjil awal ini, tetapi Dia juga cuba untuk mengilhami mereka. Apakah pesanan yang menggalakkan daripada Tuhan yang anda temui dalam bahagian 60 dan 62? Bagaimanakah pesanan-pesanan ini membina keyakinan anda dalam berkongsi injil? Dalam hari-hari yang mendatang, carilah peluang untuk membuka mulut anda dan berkongsi apa yang Tuhan telah amanahkan kepada anda.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 33:8–10; 103:9–10; Dieter F. Uchtdorf, “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 15–18.

Imej
penginjil dalam bas

Tuhan ingin saya berkongsi injil dengan orang lain.

Ajaran dan Perjanjian 61:5–6, 14–18

Adakah semua perairan dikutuk oleh Tuhan?

Amaran Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 61 adalah sebahagian amaran tentang bahaya yang umat-Nya akan hadapi sementara pergi ke Sion melalui Sungai Missouri, yang dikenali pada masa itu sebagai berbahaya. Amaran ini seharusnya tidak ditafsirkan sebagai makna kita harus mengelak dari melakukan perjalanan melalui jalan air. Tuhan mempunyai “segala kuasa,” termasuklah kuasa ke atas perairan (ayat 1).

Ajaran dan Perjanjian 61–62

Tuhan memiliki segala kuasa dan boleh melindungi saya.

Dalam perjalanan kembali ke Kirtland, Joseph Smith dan para pemimpin Gereja lain memiliki pengalaman mengancam nyawa di Sungai Missouri (lihat Saints, 1:133–34). Tuhan menggunakan peluang ini untuk memberi peringatan dan arahan kepada para hamba-Nya. Apakah yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 61 yang menggalakkan anda untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan semasa anda menghadapi cabaran? Sebagai contoh, mengapakah ia penting untuk mengetahui bahawa Tuhan adalah “dari kekekalan ke kekekalan”? (ayat 1).

Terdapat pandangan serupa dalam bahagian 62. Apakah yang Tuhan ajarkan anda tentang Diri-Nya dan kuasa-Nya dalam wahyu ini?

Renungkan pengalaman membina iman yang anda miliki ketika Tuhan telah membantu anda mengatasi kesukaran rohani dan jasmani.

Ajaran dan Perjanjian 62

Tuhan ingin saya membuat keputusan “seperti yang kelihatannya baik bagi [saya].”

Kadangkala Tuhan memberikan kita arahan khusus, dan terdapat hal-hal lain yang Dia berikan kita untuk membuat keputusan. Apakah pandangan anda mengenai asas ini yang ditunjukkan dalam Ajaran dan Perjanjian 62? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22). Bagaimanakah anda telah melihat asas ini dalam kehidupan anda? Mengapakah ia adalah baik untuk kita membuat sesetengah keputusan tanpa arahan khusus daripada Tuhan?

Lihat juga Eter 2:18–25; Ajaran dan Perjanjian 58:27–28.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 60:2–3.Mengapakah sesetengah penginjil awal ragu-ragu untuk berkongsi injil? Mengapakah kita kadangkala berasa ragu-ragu? Pertimbangkan untuk berlakon peranan bagaimana ahli keluarga boleh berkongsi injil dalam pelbagai keadaan.

Ajaran dan Perjanjian 61:36–39.Apakah sebab yang kita lihat dalam ayat-ayat ini untuk menjadi “cerialah”? (lihat juga Yohanes 16:33). Mungkin keluarga anda boleh menulis atau melukis gambar hal-hal yang membawa mereka kegembiraan dan mengumpulnya dalam balang “cerialah”. (Pastikan untuk memasukkan gambar-gambar Juruselamat dan peringatan tentang kasih-Nya kepada kita.) Sepanjang minggu apabila ahli keluarga memerlukan peringatan tentang sebab untuk menjadi gembira, mereka boleh memilih sesuatu dari balang tersebut.

Ajaran dan Perjanjian 61:36.Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda mengingati bahawa Juruselamat adalah “di tengah-tengah [kita]”? Anda boleh membuat keputusan bersama di mana untuk memaparkan gambar Juruselamat dalam rumah anda. Bagaimanakah kita boleh menjemput Juruselamat ke dalam kehidupan seharian kita?

Ajaran dan Perjanjian 62:3.Anda boleh membuat pertemuan kesaksian keluarga selepas membaca ayat ini. Untuk menjelaskan apa itu kesaksian, anda boleh berkongsi sebahagian pesanan Presiden M. Russell Ballard “Pure Testimony” (Ensign atau Liahona, Nov. 2004, 40–43). Mengapakah ia bagus untuk mencatat kesaksian kita?

Ajaran dan Perjanjian 62:5, 8.Mengapakah Tuhan tidak memberikan perintah-perintah tentang setiap aspek dalam kehidupan kita? Menurut ayat 8, bagaimanakah kita boleh membuat keputusan?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kesaksian,” Nyanyian Rohani, no. 54.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Biarkah Roh membimbing kajian peribadi anda. Biarkan Roh Kudus membimbing anda. Peka terhadap bisikan-Nya semasa Dia membimbing anda ke arah hal-hal yang anda perlu pelajari setiap hari, walaupun dorongan-Nya mengatakan bahawa anda membaca atau mengkaji topik yang berbeza daripada apa yang anda biasa lakukan atau dengan cara yang berbeza.

Imej
Yesus memegang anak domba

Good Shepherd, oleh Del Parson

Cetak