Ajaran dan Perjanjian 2021
14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: “Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”


“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66: ‘Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“14–20 Jun. Ajaran dan Perjanjian 64–66,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
padang pada waktu matahari terbit

Daviess County, Missouri

14–20 Jun

Ajaran dan Perjanjian 64–66

“Tuhan Menuntut Hati dan Suatu Fikiran yang Rela”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, pertimbangkan bagaimana anda boleh menyesuaikan pendekatan anda untuk sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Ingat bahawa anda boleh menggunakan mana-mana aktiviti dalam panduan ini untuk kanak-kanak yang lebih muda atau lebih tua.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan setiap kanak-kanak peluang untuk memegang gambar Juruselamat dan kongsi sesuatu yang mereka pelajari tentang Dia dan injil-Nya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 64:9–10

Yesus Kristus meminta saya mengampuni orang lain.

Apakah pelajaran berobjek atau aktiviti yang anda fikirkan akan membantu kanak-kanak memahami apa yang dimaksudkan untuk mengampuni? Semasa anda membincangkan keampunan, ingatkan kanak-kanak bahawa mengampuni tidak bermaksud membiarkan orang lain menyakiti kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca frasa “kamu seharusnya mengampuni satu sama lain;” (Ajaran dan Perjanjian 64:9), dan tanyakan kepada kanak-kanak apa yang dimaksudkan untuk mengampuni seseorang. Untuk membantu mereka memahaminya, berkongsi beberapa contoh mudah. Bantu mereka lakon peranan contoh-contoh ini untuk berlatih mengampuni orang lain.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 64:10 dengan perlahan-lahan kepada kanak-kanak, dan minta mereka berjabat tangan dengan kanak-kanak lain apabila mereka mendengar yang perkataan “mengampuni.” Kongsi kesaksian anda tentang kedamaian dan kebahagiaan yang datang ketika kita mengampuni orang lain.

  • Nyanyikan lagu tentang keampunan, seperti “Bapa Kumohon PertolonganMu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 52). Apakah yang lagu ini ajarkan kita tentang mengampuni orang lain?

Ajaran dan Perjanjian 64:34

Saya boleh mematuhi Yesus dengan hati dan fikiran saya.

Tuhan mengajar para Orang suci bahawa untuk membina Sion, mereka perlu memberi Dia hati dan fikiran mereka yang rela. Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak untuk mula berfikir apakah erti ini kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak dari Ajaran dan Perjanjian 64:34: “Lihatlah, Tuhan menuntut hati dan suatu fikiran yang rela.” Ulangi frasa ini beberapa kali, menunjuk ke hati dan kepala ketika membaca perkataan tersebut, dan jemput kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanakah kita dapat memberi hati dan fikiran kepada Juruselamat? (Ia mungkin membantu untuk menjelaskan bahawa hati kita merujuk kepada perasaan dan kasih kita dan fikiran kita merujuk kepada pemikiran kita.)

  • Nyanyikan lagu tentang mengasihi dan mengikuti Juruselamat. Bagaimanakah kita menunjukkan kepada Juruselamat bahawa kita mengasihi Dia? Kongsi perasaan anda terhadap Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 66

Tuhan mengenali siapa saya dan mengasihi saya.

William E. McLellin mempunyai lima soalan khusus untuk Tuhan. Joseph Smith menerima jawapan kepada soalan tersebut dalam wahyu walaupun dia tidak mengetahui soalan William. Pengalaman ini dapat membantu anda mengajar kanak-kanak bahawa Tuhan mengenali mereka dan boleh menjawab soalan-soalan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan tentang bagaimana Tuhan menjawab soalan William E. McLellin melalui wahyu daripada Nabi Joseph Smith (lihat Ajaran dan Perjanjian 66, pengenalan bahagian). Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi mengenali kita dan ingin membantu kita. Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka tahu bahawa Tuhan mengasihi mereka.

  • Baca kepada kanak-kanak Ajaran dan Perjanjian 66:4. Beritahu kanak-kanak tentang masa ketika Tuhan menunjukkan kepada anda apa yang Dia mahu anda lakukan. Baca ayat ini sekali lagi, kali ini memasukkan nama salah seorang kanak-kanak. Ulangkan untuk setiap kanak-kanak.

    Imej
    Yesus dan kanak-kanak

    Yesus Kristus mengasihi setiap kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 64:7–10

Tuhan mahu saya mengampuni semua orang.

Seperti yang ditunjukkan oleh ayat-ayat ini, kadangkala para pengikut Yesus Kristus menghadapi masalah untuk mengampuni satu sama lain. Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak memahami perintah Tuhan “untuk mengampuni semua orang.” (Jelaskan bahawa mengampuni tidak bermakna membenarkan orang lain menyakiti kita, mereka harus selalu memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika ada yang menyakitkan mereka.)

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membayangkan bahawa mereka diminta untuk mengajar adik mereka tentang mengampuni orang lain. Bagaimanakah mereka akan melakukannya? Jemput mereka untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 64:7–10 secara berpasangan dan mencari frasa yang mereka akan guna dalam pengajaran mereka. Mereka juga boleh berlatih untuk mengajar satu sama lain.

  • Nyanyi bersama “Bapa Kumohon PertolonganMu” (Buku Nyanyian Anak-anak, 52). Bagaimanakah Bapa Syurgawi membantu kita mengampuni orang lain?

  • Fikirkan satu analogi yang dapat membantu kanak-kanak memahami bagaimana kita “disengsarakan” ketika kita tidak mengampuni (ayat 8). Contohnya, tunjukkan kepada kanak-kanak satu beg lumpur atau kotoran; minta mereka untuk membayangkan bahawa seseorang telah melemparkan lumpur kepada mereka. Bagaimanakah kegagalan untuk mengampuni seperti menyimpan lumpur dan selalu membawanya bersama kita? Mengapakah ia lebih baik untuk membuang lumpur itu? Bantu kanak-kanak memikirkan analogi lain yang mengajarkan mengapakah ia penting untuk mengampuni.

Ajaran dan Perjanjian 64:33–34

Tuhan memerlukan “hati dan suatu fikiran yang rela.”

Membina Sion—atau membantu Gereja berkembang—adalah “sebuah pekerjaan yang besar.” Untuk mencapainya, Tuhan memerlukan kita untuk mempersembahkan Dia hati dan fikiran kita yang rela. Mereka yang tinggal di Sion adalah “satu hati dan satu fikiran” (Musa 7:18).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa perkara yang terdiri daripada banyak bahagian kecil, seperti teka-teki atau karpet. Bantu mereka memikirkan contoh lain. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 64:33. Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan untuk membantu Dia mencapai “pekerjaan[-Nya] yang besar”? Apakah “hal-hal yang kecil” yang kita boleh lakukan yang akan membantu mencapai pekerjaan ini?

  • Minta kanak-kanak melengkapkan satu tindakan yang memerlukan dua benda, tetapi beri mereka hanya satu (misalnya, menulis di papan tulis tanpa kapur atau memotong sekeping kertas tanpa gunting). Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 64:34 untuk mengetahui apakah dua perkara yang Tuhan minta daripada kita. Mengapakah kita perlu memberikan hati dan fikiran kita kepada Tuhan? Bagaimanakah kita melakukan ini?

Ajaran dan Perjanjian 65

Saya boleh membantu menyediakan dunia untuk menerima Yesus Kristus.

Misi Gereja—Kerajaan Tuhan di bumi—adalah untuk menyediakan dunia bagi kepulangan Juruselamat. Kanak-kanak yang anda ajar adalah bahagian penting dalam misi ini. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka melibatkan diri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sebagai satu kelas atau secara berpasangan, baca Ajaran dan Perjanjian 65, dan kira berapa kali perkataan “sediakanlah” ditulis. Apakah yang Tuhan minta kita untuk bersedia? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri dan bumi?

  • Tunjukkan gambar Kedatangan Kedua Juruselamat (lihat Buku Seni Injil, no. 66), dan minta kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang mereka lihat atau apa yang mereka tahu tentang peristiwa ini. Berikan kanak-kanak kata kunci dan frasa untuk dicari dalam Ajaran dan Perjanjian 65 (seperti “memenuhi seluruh bumi,” dan “ pekerjaan yang menakjubkan”). Apakah yang kata-kata dan frasa ini ajarkan kita tentang Kedatangan Kedua dan peranan kita dalam bersedia untuknya?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak mencari ayat dalam Ajaran dan Perjanjian 64–66 yang mereka suka dan ingin berkongsi dengan ahli keluarga atau rakan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Belajar untuk mengenali wahyu. Semasa anda berdoa dan merenungkan tulisan suci, anda akan mendapati bahawa idea dan tanggapan boleh datang pada bila-bila masa dan di mana sahaja—“semasa anda pergi bekerja, melakukan kerja rumah, atau berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Cetak