Ajaran dan Perjanjian 2021
3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48: “Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik”


“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48: ‘Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
orang ramai bertemu di tepi kolam

The Camp Meeting, oleh Worthington Whittredge

3–9 Mei

Ajaran dan Perjanjian 46–48

“Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 46-48, catatkan tanggapan yang anda terima. Kemudian anda boleh bertanya, seperti Elder Richard G. Scott cadangkan, “Adakah yang saya perlu tahu lebih lanjut?”” (“To Acquire Spiritual GuidanceEnsign atau Liahona, Nov. 2009, 8).

Mencatat Tanggapan Anda

Semasa Parley P. Pratt, Oliver Cowdery, Ziba Peterson, dan Peter Whitmer Jr. meninggalkan Kirtland dan berpindah ke bidang pekerjaan lain, mereka meninggalkan lebih seratus penganut baru yang mempunyai semangat banyak tetapi sedikit pengalaman atau arah. Tidak ada buku panduan arahan, tidak ada mesyuarat latihan kepimpinan, tidak ada siaran persidangan umum—secara nyata, tidak ada banyak salinan Kitab Mormon untuk diedarkan. Banyak dari penganut baru ini tertarik dengan injil yang dipulihkan oleh janji-janji pernyataan Roh, terutamanya apa yang mereka tahu dari pengkajian Perjanjian Baru (lihat, sebagai contoh, 1 Korintus 12:1–11). Tidak lama selepas itu, beberapa ungkapan penyembahan yang luar biasa—termasuk jatuh ke lantai atau menggeliat seperti ular—diperkenalkan ke dalam pertemuan Gereja mereka. Ramai yang merasakan sukar untuk membezakan pernyataan daripada Roh dan mana yang bukan. Melihat kekeliruan itu, Joseph Smith berdoa untuk bantuan. Jawapan Tuhan sungguh bernilai hingga kini, ketika orang-orang sering menolak atau tidak menghiraukan hal-hal daripada Roh. Tuhan mengungkapkan bahawa pernyataan rohani adalah nyata dan menjelaskannya sebagai—kurnia daripada seorang Bapa Syurgawi yang penuh kasih, “diberikan demi manfaat mereka yang mengasihi [-Nya] dan mentaati semua perintah [-Nya]” (Ajaran dan Perjanjian 46:9).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 46:1–6

Semua pencari yang sungguh-sungguh dialu-alukan untuk menyembah di Gereja Tuhan.

Pertemuan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir seharusnya di antara pengumpulan yang paling mengalu-alukan dan mengilhamkan di dunia. Bagaimanakah Tuhan menasihatkan kita dalam Ajaran dan Perjanjian 46:1–6 untuk menerima mereka yang menghadiri pertemuan kita? Adakah kawan dan jiran tetangga anda merasa dialu-alukan di pertemuan penyembahan bahagian anda? Apakah yang anda lakukan untuk menjadikan pertemuan Gereja tempat yang orang-orang akan datang lagi? Pertimbangkan bagaimana usaha anda untuk mengikuti Roh Kudus dalam pertemuan Gereja dapat mempengaruhi pengalaman anda.

Lihat juga 3 Nefi 18:22–23; Moroni 6:5–9.

Ajaran dan Perjanjian 46:7–33

Tuhan telah berikan kurnia rohani untuk memberkati anak-anak-Nya.

Para orang suci yang terawal mempercayai kurnia-kurnia rohani tetapi memerlukan bimbingan tentang tujuannya. Semasa anda mengkaji tentang kurnia-kurnia Roh menggunakan Ajaran dan Perjanjian 46:7–33, renungkan mengapa ia penting untuk anda “sentiasa [ingat] untuk apa ianya diberikan” (ayat 8). Pertimbangkan bagaimana ayat-ayat ini berkaitan dengan penyataan daripada Elder Robert D. Hales: “Kurnia-kurnia ini diberikan kepada mereka yang beriman kepada Kristus. Ia akan membantu kita untuk mengetahui dan mengajarkan kebenaran-kebenaran injil. Ia akan membantu kita memberkati orang lain. Ia akan membimbing kita balik kepada Bapa Syurgawi kita” (“Gifts of the Spirit,” Ensign, Feb. 2002, 16). Apakah lagi yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang pernyataan rohani? Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu anda “tidak dapat diperdayakan”? (ayat 8).

Renungkan kurnia-kurnia rohani anda—dan bagaimana anda dapat menggunakannya “demi manfaat anak-anak Tuhan” (ayat 26). Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, ia mungkin menyebutkan beberapa kurnia rohani anda.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Kurniaan Rohani.”

Ajaran dan Perjanjian 47

Tuhan ingin Gereja-Nya menyimpan sejarah.

Panggilan John Whitmer untuk menyimpan sejarah Gereja meneruskan tradisi penyimpan catatan di kalangan umat Tuhan (lihat 2 Nefi 29:11–12; Musa 6:5; Abraham 1:28, 31). Jawatan Sejarawan dan Pencatat Gereja masih wujud hari ini. Mengapakah menyimpan sejarah penting bagi Tuhan? Renungkan ini semasa anda membaca arahan-Nya kepada John Whitmer tentang tugasan ini dalam bahagian 47. Pertimbangkan juga tentang pengalaman peribadi yang anda perlu catatkan. Contohnya, apakah yang Tuhan telah ajarkan anda yang anda ingin pelihara?

Semasa anda renungkan soalan ini, pertimbangkan pandangan Elder Marlin K. Jensen dari Tujuh Puluh yang melayani sebagai Sejarawan dan Pencatat Gereja dari 2005 ke 2012:

“Kita menyimpan catatan untuk membantu kita ingat. … Kami berhasrat untuk membantu ahli-ahli Gereja mengingati hal-hal besar yang Tuhan telah lakukan untuk anak-anak-Nya. … Pengajaran dari masa lalu membantu kita mengurus masa kita sekarang dan memberi kita harapan untuk masa depan kita” (“There Shall Be a Record Kept among You,” Ensign, Dis. 2007, 28, 33).

Imej
John Whitmer

John Whitmer dipanggil untuk menyimpan sejarah Gereja.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 46:2–6.Apakah yang kita dapat lakukan sebagai sebuah keluarga untuk memastikan orang lain merasa dialu-alukan di pertemuan Gereja kita? (lihat juga 3 Nefi 18:22–23). Gambar yang disertakan dalam panduan ini boleh ditambah ke dalam perbincangan ini.

Ajaran dan Perjanjian 46:7–26.Apakah kurnia-kurnia rohani yang kita lihat dalam sesama kita? Bagaimanakah kurnia-kurnia itu memberkati keluarga kita?

Ajaran dan Perjanjian 47.Bagaimanakah anda boleh menggalakkan keluarga anda untuk mencatat sejarah peribadi mereka sepanjang minggu? Anda boleh berkongsi beberapa kandungan dari jurnal peribadi anda atau berkongsi satu cerita tentang seorang nenek moyang (lihat FamilySearch.org). Sesetengah keluarga mengetepikan beberapa minit setiap minggu untuk semua menulis dalam jurnal mereka. Anda boleh menyediakan beberapa soalan jurnal, seperti “Apa yang berlaku minggu ini yang anda ingin cucu-cucu anda ketahui?” Atau “Bagaimana anda telah melihat tangan Tuhan dalam hidup anda minggu ini?” Kanak-kanak kecil boleh melukis gambar pengalaman mereka, atau anda boleh mencatatkan cerita mereka. Apakah berkat-berkat yang datang melalui menyimpan suatu “sejarah yang teratur”? (ayat 1).

Ajaran dan Perjanjian 48.Para Orang suci di Ohio diperintahkan untuk berkongsi tanah mereka dengan mereka yang berpindah ke Ohio dari timur Amerika Syarikat. Apakah yang kita boleh berkongsi untuk memenuhi keperluan orang lain?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” (Nyanyian Rohani no. 101).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan cerita dan contoh. Juruselamat sering menggunakan cerita dan perumpamaan untuk mengajarkan asas injil. Fikirkanlah contoh dan cerita dari kehidupan anda sendiri yang boleh membuat asas injil lebih terang bagi keluarga anda (lihat Teaching in the Savior’s Way,22).

Imej
orang ramai di gereja

Bapa Syurgawi memberikan anak-anak-Nya kurnia rohani untuk memberkati kehidupan orang lain.

Cetak