Ajaran dan Perjanjian 2021
17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57: “Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak”


“17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57: ‘Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“17–23 Mei. Ajaran dan Perjanjian 51–57,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
peladang dan lembu

First Furrow, oleh James Taylor Harwood

17–23 Mei

Ajaran dan Perjanjian 51–57

“Seorang Pengawas yang Setia, Soleh, dan Bijak”

Mengkaji tulisan suci membantu anda mengenali suara Tuhan, kerana tulisan suci diberikan oleh Dia melalui Roh-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:34–36).

Mencatat Tanggapan Anda

Bagi para ahli Gereja pada tahun 1830-an, mengumpulkan para Orang Suci dan membina kota Sion adalah pekerjaan rohani dan duniawi, dengan banyak perkara praktikal untuk dilakukan: Seseorang yang perlu membeli dan memberikan tanah di mana Orang Suci dapat menetap. Seseorang perlu mencetak kitab dan penerbitan lain. Dan seseorang perlu menjalankan perniagaan untuk menyediakan barangan kepada mereka di Sion. Dalam wahyu yang dicatat dalam Ajaran dan Perjanjian 51–57, Tuhan melantik dan mengarahkan orang untuk mengendalikan tugas-tugas ini, dan Dia mengenal pasti Independence, Missouri, sebagai “tempat pusat” Sion (Ajaran dan Perjanjian 57:3).

Kemahiran dalam hal pembelian tanah, percetakan, dan menjalankan perniagaan adalah berharga untuk pekerjaan duniawi dalam pembangunan Sion, wahyu-wahyu ini juga mengajarkan bahawa Tuhan menghasratkan agar para Orang Suci-Nya menjadi layak secara rohani untuk dipanggil orang Sion. Dia memanggil setiap kita untuk menjadi “seorang pengawas yang setia, soleh, dan bijak,” yang mempunyai roh yang menyesal, “berdiri teguh” dalam tanggungjawab yang kita dilantik (lihat Ajaran dan Perjanjian 51:19; 52:15; 54:2). Sekiranya kita boleh melakukannya—tanpa mengira kemahiran kita yang duniawi—Tuhan boleh menggunakan kita untuk membina Sion, dan Dia “akan mempercepatkan kota itu pada waktunya” (Ajaran dan Perjanjian 52:43).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 51

Tuhan mahu saya menjadi seorang pengawas yang setia, soleh, dan bijak.

Sekiranya anda adalah ahli Gereja pada tahun 1831, anda mungkin telah dijemput untuk menjalani hukum kebaktian dengan menandatangani harta anda kepada Gereja melalui uskup. Dia kemudian akan mengembalikan kepada anda, dalam kebanyakan kes, apa yang anda telah sumbangkan, kadang-kadang dengan lebihan. Tetapi itu bukan kepunyaan anda sahaja—itu adalah pengawasan anda.

Hari ini prosedur telah berbeza, tetapi asas kebaktian dan pengawasan masih penting untuk pekerjaan Tuhan. Pertimbangkan kata-kata ini dari Elder Quentin L. Cook: “Kita hidup dalam masa-masa yang bahaya apabila ramai yang percaya bahawa kita tidak bertanggungjawab kepada Tuhan dan kita tidak mempunyai tanggungjawab atau pengawasan peribadi untuk diri sendiri atau orang lain. Ramai di dunia yang tertumpu pada kepuasan diri … [dan] tidak percaya bahawa mereka merupakan penjaga saudara mereka. Walau bagaimanapun, dalam Gereja, kita percaya bahawa pengawasan ini adalah kepercayaan kudus” (“Stewardship—a Sacred Trust,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 91).

Semasa anda mengkaji bahagian 51, fikirkan tentang hal yang Tuhan telah amanahkan kepada anda. Apakah makna perkataan “pengawas” (ayat 19) dan “baktikan” (ayat 5), dan apakah maknanya tentang tanggapan Tuhan terhadap anda? Apakah asas-asas yang anda temui dalam bahagian 51 dan dalam kata-kata Elder Cook yang mengajar anda makna untuk menjadi seorang pengawas? (lihat terutamanya ayat 9, 15–20).

Lihat juga Matius 25:14–30.

Ajaran dan Perjanjian 52:14–19

Tuhan memberi contoh agar tidak dapat diperdayakan.

Dengan banyak orang yang mendakwa pernyataan rohani, para Orang suci awal bimbang akan terpedaya. Bagaimanakah mereka boleh membezakan siapa yang “diterima oleh [Tuhan]”? (ayat 15). Dalam Ajaran dan Perjanjian 52:14–19, Tuhan memberikan contoh yang berguna. Bagaimanakah anda boleh menggunakan contoh ini untuk mengesan pesanan palsu dunia? Anda juga boleh menggunakan contoh ini untuk menilai diri anda: pertimbangkan menggunakan frasa dari ayat-ayat ini untuk menulis soalan seperti “Ketika saya berbicara, adakah roh saya menyesal?”

Ajaran dan Perjanjian 54

Saya boleh berpaling kepada Tuhan ketika saya dilukai oleh pilihan orang lain.

Sebagai sebahagian dari pengumpulan ke Ohio, sekumpulan Orang Suci yang dipimpin oleh Newel Knight tiba dari Colesville, New York, dan memerlukan tempat tinggal. Leman Copley mempunyai ladang luas berhampiran Kirtland, dia berjanji untuk membenarkan para Orang Suci untuk menetap di tanahnya. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas mereka mula menetap di sana, Copley goyah dalam imannya, memungkiri perjanjiannya, dan mengusir para Orang Suci dari hartanah miliknya (lihat Saints, 1:125–28).

Seperti yang dicatatkan dalam bahagian 54, Tuhan menyatakan kepada Newel Knight apa yang para Orang Suci perlu lakukan tentang keadaan mereka. Apakah yang anda temui dalam wahyu ini yang boleh membantu anda ketika seseorang memungkiri komitmen atau pilihan buruk mereka memberi kesan kepada anda?

Imej
ladang hijau

Tapak ladang di Ohio yang Leman Copley telah janjikan kepada Gereja.

Ajaran dan Perjanjian 56:14–20

Diberkatilah yang suci hatinya.

Dalam ayat-ayat ini, Tuhan berfirman kepada orang kaya dan orang miskin; ia mungkin menarik untuk membandingkan nasihat-Nya kepada kedua-dua kumpulan ini. Dalam ayat-ayat ini apakah yang relevan kepada anda secara peribadi? Bagaimanakah bertumpu pada kekayaan “merosakkan” jiwa anda? (ayat 16). Apakah maknanya kepada anda untuk menjadi “suci hatinya” (ayat 18) mengenai hal-hal kekayaan?

Lihat juga Yakub 2:17–21.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 51:9.Anda boleh bermain permainan yang keluarga anda suka dan kemudian bercakap tentang bagaimana permainan jadi berbeza jika seseorang telah menipu. Mengapakah ia penting untuk “berurusan secara jujur” dengan satu sama lain? Bagaimana kejujuran membantu kita “menjadi satu”?

Ajaran dan Perjanjian 52:14–19.Semasa anda membincangkan contoh yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini, keluarga anda mungkin menikmati melihat contoh lain yang anda gunakan—seperti contoh untuk menjahit pakaian atau membuat kraf. Anda boleh bekerjasama untuk membuat sesuatu dari contoh sambil bercakap tentang contoh yang Tuhan berikan untuk mengelakkan dari diperdayakan.

Ajaran dan Perjanjian 53:1.Pertimbangkan untuk berkongsi dengan keluarga anda satu pengalaman ketika anda, seperti Sidney Gilbert, bertanya kepada Tuhan “tentang pemanggilanmu.”

Ajaran dan Perjanjian 54:2; 57:6–7.Apakah maknanya untuk “berdiri teguh” (Ajaran dan Perjanjian 54:2) dalam apa pun yang Tuhan minta kita lakukan? Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk berdiri dan menamakan sesuatu yang Tuhan telah minta mereka lakukan.

Ajaran dan Perjanjian 55.Bagaimanakah Tuhan menggunakan keupayaan William Phelps sebagai seorang penulis dan pencetak? (contohnya, lihat indeks penulis dalam buku nyanyian rohani untuk senarai nyanyian rohani yang ditulisnya. Ahli keluarga boleh bercakap tentang bakat dan keupayaan yang mereka lihat ada pada diri satu sama lain. Bagaimanakah kita boleh menyumbangkan bakat kita kepada pekerjaan Tuhan?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “B’rilah,’ Kata Riam,” Buku Nyanyian Anak-anak, 116.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Menyimpan jurnal kajian. Anda akan mendapati bahawa ia membantu untuk menggunakan jurnal atau buku nota untuk menulis pemikiran, idea, soalan, atau tanggapan yang datang semasa anda belajar.

Imej
ahli-ahli memberikan barangan kepada Edward Partridge

Bishop Partridge Receives Consecration, oleh Albin Veselka

Cetak