2010–2019
Apa Yang Setiap Pemegang Imamat Harun Perlu Faham
April 2018


2:3

Apa Yang Setiap Pemegang Imamat Harun Perlu Faham

Pentahbisan Imamat Harun anda merupakan pusat untuk membantu anak-anak Tuhan menerima kuasa korban tebusan Kristus.

Para saudara, adalah satu keistimewaan untuk bersama anda di persidangan bersejarah ini. Ketika saya seorang presiden misi baru, saya amat teruja untuk menerima kumpulan penginjil-penginjil baru pertama kami. Beberapa penginjil kami yang lebih berpengalaman bersedia untuk pertemuan pendek dengan mereka. Saya perasan mereka telah menyusun kerusi-kerusi kanak secara para bulatan.

“Mengapa gunakan kerusi-kerusi kecil ini?” Saya bertanya.

Penginjil-penginjil itu, dengan segannya, berkata, “Untuk penginjil-penginjil baru.”

Saya percaya bagaimana kita melihat orang lain memberi kesan penting bagaimana mereka menanggap siapa diri dan apa yang mereka boleh capai.1 Penginjil-penginjil baru kami duduk di atas kerusi-kerusi dewasa hari itu.

Kadang kala, saya khuatir, kita dengan kiasnya memberi remaja putera Imamat Harun kerusi kanak-kanak untuk diduduki dan bukannya membantu mereka melihat bahawa Tuhan telah memberi mereka kepercayaan kudus dan satu kerja yang penting untuk dilaksanakan.

Presiden Thomas S. Monson telah menasihatkan kita bahawa remaja putera perlu faham “apa maksudnya … untuk menjadi pemegang imamat Tuhan. Mereka perlu dibimbing untuk menyedari secara rohani kekudusan panggilan mereka yang tertahbis.”2

Hari ini saya doakan agar Roh Kudus akan membimbing kita untuk memahami dengan lebih kuasa dan kekudusan Imamat Harun dan mengilhami kita untuk tekun berfokus kepada tugas-tugas imamat kita. Pesanan saya adalah untuk semua pemegang Imamat Harun, termasuklah mereka yang memegang Imamat Melkisedek.

Elder Dale G. Renlund telah mengajar bahawa tujuan imamat adalah supaya anak-anak Tuhan dapat mengakses kuasa korban tebusan Yesus Kristus.3 Untuk menerima kuasa korban tebusan Kristus dalam hidup kita, kita haruslah percaya kepada Dia, bertaubat akan dosa-dosa kita, membuat dan memegang janji kudus melalui tatacara Injil, dan menerima Roh Kudus.4 Semua ini bukannya prinsip-prinsip yang kita lakukan hanya sekali; sebaliknya, ianya bekerjasama, memperkukuh dan membina satu sama lain dalam satu proses kemajuan meningkat yang berterusan untuk “datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia.”5

Jadi, apakah peranan Imamat Harun dalam semua ini? Bagaimanakah ianya dapat membantu kita memperoleh kuasa korban tebusan Kristus? Saya percaya jawapannya didapati dalam kunci-kunci Imamat Harun—kunci-kunci pelayanan para malaikat dan persediaan injil.6

Pelayanan Para Malaikat

Marilah kita bermula dengan salah satu aspek pelayanan para malaikat. Sebelum anak-anak Tuhan boleh mempercayai Yesus Kristus, mereka perlu mengenal-Nya dan diajar injil-Nya. Seperti yang dikatakan oleh Rasul Paulus:

“Bagaimanakah mereka dapat percaya kepada-Nya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tiada yang mengisytiharkannya?

“Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? …

“Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan mendengar kerana ada orang yang memberitakan Kristus.”7

Sejak dari awal lagi, Tuhan telah “mengutuskan para malaikat untuk melayani anak-anak manusia, untuk menyatakan … tentang kedatangan Kristus.”8 Para malaikat merupakan kewujudan syurga yang membawa pesanan Tuhan.9 Dalam bahasa Ibrani dan Yunani, kata dasar malaikat ialah “pengutus.”10

Sepertimana para malaikat pengutus yang diberi wewenang dihantar oleh Tuhan untuk mengisytiharkan firman-Nya dan membina keimanan, kita yang memegang Imamat Harun telah ditahbis untuk “mengajar, dan mengajak semua orang untuk datang kepada Kristus.”11 Untuk mengkhutbahkan injil ialah satu tugas imamat. Dan kuasa yang berkaitan dengan tugas ini bukanlah sahaja untuk nabi-nabi atau hanya untuk penginjil-penginjil. Ianya untuk anda!12

Jadi bagaimanakah kita peroleh kuasa ini? Bagaimanakah seorang diaken yang berumur 12 tahun—atau sesiapa daripada kita—membawa kepercayaan terhadap Kristus kepada anak-anak Tuhan? Kita bermula dengan menghayati firman-Nya supaya kuasa itu berada dalam diri kita.13 Dia telah berjanji apabila kita berbuat demikian, kita akan punyai “kuasa Tuhan untuk menyakinkan manusia.”14 Ia mungkin ketika peluang untuk mengajar di pertemuan kuorum atau berkunjung di rumah ahli. Ia mungkin ketika situasi yang kurang formal, seperti dalam satu perbualan bersama rakan atau ahli keluarga. Tidak kira apapun situasi, jika kita bersedia, kita dapat mengajar injil sepertimana para malaikat lakukan: melalui kuasa Roh Kudus.15

Jacob dan Brother Holmes

Baru-baru ini saya mendengar Jacob, seorang pemegang Imamat Harun dari Papua New Guinea, memberi saksi berkenaan kuasa Kitab Mormon dan bagaimana ia telah membantunya menahan kejahatan dan mengikut Roh. Kata-katanya meningkatkan keimanan saya dan keimanan yang lain. Keimanan saya juga telah meningkat apabila saya mendengar pemegang Imamat Harun mengajar dan memberi saksi ketika dalam pertemuan kuorum mereka.

Remaja-remaja Putera, anda merupakan pengutus yang diwewenangkan. Melalui kata dan tingkah laku anda, anda dapat membawa keimanan terhadap Kristus dalam hati anak-anak Tuhan.16 Sepertimana yang dikatakan oleh Presiden Russell M. Nelson, “Anda bagaikan malaikat yang melayani kepada mereka.”17

Persediaan Injil

Keimanan yang meningkat terhadap Kristus sering mendorong keinginan untuk berubah atau bertaubat.18 Maka logiklah bahawa kunci pelayanan para malaikat akan disertakan kunci penyediaan injil, “injil pertaubatan dan pembaptisan, dan pengampunan dosa-dosa.”19

Apabila anda menyelidik tugas-tugas Imamat Harun, anda akan peroleh tanggungjawab jelas untuk mengundang pertaubatan dan penambahbaikan dari orang.20 Namun ini tidak bermaksud anda berdiri di tepi jalan dan menjerit, “Bertaubatlah anda!” Biasanya, ini bermaksud kita bertaubat, kita mengampuni, dan kita melayan orang, kita memberi harapan dan kedamaian yang diperoleh dari pertaubatan—kerana kita telah mengalaminya dengan sendiri.

Saya telah pun berada bersama pemegang Imamat Harun ketika mereka mengunjung ahli-ahli rakan kuorum. Saya telah menyaksikan keprihatinan mereka melembutkan hati dan membantu saudara-saudara mereka merasai kasih Tuhan. Saya telah mendengar seorang remaja putera memberi saksi kepada rakan-rakannya berkenaan kuasa pertaubatan. Setelah dia bersaksi, hati mereka dilembutkan, perjanjian dibuat, dan kuasa pemulihan Kristus dirasai.

Presiden Gordon B. Hinckley telah mengajar: “Ia satu hal untuk bertaubat. Ia satu hal lain untuk dosa kita diampuni. Kuasa untuk membolehkannya terdapat dalam Imamat Harun.”21 Tatacara Imamat Harun pembaptisan dan sakramen memberi saksi dan menyempurnakan pertaubatan untuk pengampunan dosa-dosa kita.22 Presiden Dallin H. Oaks menerangkan sedemikian: “Kita diperintah untuk bertaubat akan dosa-dosa kita dan untuk datang kepada Tuhan dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal dan mengambil sakramen. … Apabila kita memperbaharui perjanjian pembaptisan kita dengan cara ini, Tuhan memperbaharui kesan pembersihan pembaptisan kita.”23

Saudara-saudara, ia merupakan satu keistimewaan yang kudus untuk memberi tatacara injil yang boleh membawa pengampunan dosa kepada mereka yang bertaubat melalui kuasa korban tebusan Juruselamat.24

Baru-baru ini saya diberitahu berkenaan seorang imam yang mengalami kesusahan untuk bercakap memberkat sakramen buat pertama kalinya. Apabila dia melakukannya, satu roh berkuasa yang datang kepadanya dan juga jemaah itu. Kemudian di pertemuan itu, dia memberi kesaksian yang mudah tetapi jelas berkenaan kuasa Tuhan yang dirasainya ketika dalam tatacara injil itu.

Kuorum imam dan keluarga Mbuelongo

Di Sydney, Australia, empat ahli dari kuorum imam telah membaptiskan ahli-ahli keluarga Mbuelongo. Ibu salah satu daripada imam tersebut berkongsi dengan saya bagaimana pengalaman yang hebat ini memberi kesan kepada anaknya. Imam-iman tersebut mula memahami apa maksudnya dengan “wewenang daripada Yesus Kristus.”25

Sepertimana anda tahu, imam-imam boleh menjalankan tugas-tugas pembaptisan secara berwakil di dalam bait suci. Anak lelaki saya yang berumur 17 tahun baru-baru ini telah membaptiskan saya bagi pihak moyang kami. Kami berdua berasa amat bersyukur terhadap Imamat Harun dan keistimewaan bertindak untuk penyelamatan anak-anak Tuhan.

Para remaja putera, apabila anda tekun terlibat dalam tugas-tugas imamat anda, anda menurut serta dalam usaha Tuhan“untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”26 Pengalaman-pengalaman sebegini meningkatkan keinginan dan menyediakan anda untuk mengajar pertaubatan dan membaptiskan penganut baru apabila sebagai penginjil. Ia juga menyediakan anda untuk tugasan hayat dalam Imamat Melkisedek.

Yohanes Pembaptis, Contoh Teladan Kita

Pemegang-pemegang Imamat Harun, kita punyai keistimewaan dan kewajipan untuk menjadi orang suruhan bersama Yohanes Pembaptis. Yohanes telah dihantar sebagai pengutus yang berwewenang untuk memberi saksi berkenaan Kristus dan mengundang semua untuk bertaubat dan dibaptiskan—iaitu, dia telah menggunakan kunci-kunci Imamat Harun yang telah kita bincangkan. Yohanes kemudian berkata, “Aku membaptis kamu dengan air untuk menyatakan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa: tetapi Dia yang datang kemudian daripada aku lebih besar daripada aku … : dia akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api.”27

Oleh itu, Imamat Harun, bersama kunci-kunci pelayanan para malaikat dan penyediaan Injil, menyediakan jalan untuk anak-anak Tuhan menerima, melalui Imamat Melkisedek, kurnia Roh Kudus, kurniaan terhebat yang boleh kita terima dalam hidup ini.28

Betapa besarnya tanggungjawab yang Tuhan telah berikan kepada pemegang-pemegang Imamat Harun!

Satu Jemputan dan Janji

Para ibu bapa dan pemimpin imamat, dapatkah anda mengesan kepentingan nasihat Presiden Monson untuk membantu remaja putera faham “apa maksudnya … untuk menjadi pemegang imamat Tuhan”?29 Memahami dan mengembangkan Imamat Harun akan menyediakan mereka untuk menjadi pemegang Imamat Melkisedek yang beriman, penginjil-penginjil yang berkuasa, dan suami dan bapa yang soleh. Melalui pelayanan, mereka akan memahami dan merasai kuasa imamat sebenar, iaitu kuasa untuk bertindak dalam nama Kristus untuk penyelamatan anak-anak Tuhan.

Para remaja putera, Tuhan punyai kerja untuk anda.30 Pentahbisan Imamat Harun anda merupakan pusat untuk membantu anak-anak Dia menerima kuasa korban tebusan Kristus. Saya berjanji bahawa apabila anda memusatkan tugas-tugas kudus ini dalam kehidupan anda, anda akan merasai kuasa Tuhan yang tidak dirasai sebelum ini. Anda akan faham identiti anda sebagai putera Tuhan, yang telah diberi panggilan kudus untuk melakukan kerja-Nya. Dan, seperti Yohanes Pembaptis, anda akan membantu menyediakan jalan untuk pengembalian Anak-Nya. Atas kebenaran ini saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Inilah yang berlaku kepada Musa. Setelah pertemuan dia dengan Tuhan, dia mula melihat dirinya secara berbeza—sebagai putera Tuhan. Sudut pandangan ini telah membantu dia menahani Setan, yang telah memanggilnya “putera Manusia” (lihat Musa 1:1–20). Lihat juga Thomas S. Monson, “Melihat Orang Lain Sebagaimana Mereka Dapat Menjadi,” Liahona, Nov. 2012, 68–71; Dale G. Renlund, “Melalui Mata Tuhan,” Liahona, Nov. 2015, 93–94.

  2. Thomas S. Monson, pertemuan kepimpinan persidangan umum, Mar. 2011.

  3. Lihat Dale G. Renlund, “Kuasa Imamat dan Penebusan Juruselamat,” Liahona, Nov. 2017, 64–67.

  4. Lihat 2 Nefi 31–32; 3 Nefi 11:30–41; 27:13–21; Eter 4:18–19; Musa 6:52–68; 8:24.

  5. Moroni 10:32; lihat juga Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan Layanan Penginjil (2004), 6.

  6. Lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 84:-27; 107:20–7.

  7. Roma 10:14–15, 17. Joseph Smith telahpun mengajar kebenaran yang sama: “Keimanan datang dari mendengar firman Tuhan, melalui kesaksian hamba-hamba Tuhan; bahawa kesaksian sentiasa bersertakan Roh nubuat dan wahyu” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 385).

  8. Moroni 7:22; lihat Alma 12:28–30; 13:21–24; 32:22–23; 39:17–19; Helaman 5:11; Moroni 7:21–25, 29–32; Ajaran dan Perjanjian 20:35; 29:41–42; Musa 5:58; Matius 28:19; Roma 10:13–17.

  9. Lihat George Q. Cannon, Gospel Truth, sel. Jerreld L. Newquist (1987), 54.

  10. Lihat James Strong, The New Strong’s Exhaustive Concordance of the Bible (1984), bahagian kamus Ibrani dan Kasdim, 66, bahagian kamus Yunani, 7.

  11. Ajaran dan Perjanjian 20:59.

  12. Lihat Henry B. Eyring, “Agar Dia Menjadi Kuat Juga,” Liahona, Nov. 2016, 75–78; Alma 17:3; Helaman 5:18; 6:4–5; Ajaran dan Perjanjian 28:3.

  13. Lihat 1 Yohanes 2:14; Alma 17:2; 26:13; 32:42. Fulfilling My Duty to God: For Aaronic Priesthood Holders merupakan satu rujukan berharga untuk membantu mencapainya.

  14. Ajaran dan Perjanjian 11:21; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 84:85.

  15. Lihat 2 Nefi 32:3; Ajaran dan Perjanjian 42:14; 50:17–22.

  16. Lihat Moroni 7:25.

  17. Russell M. Nelson, “Honoring the Priesthood,” Ensign, Mei 1993, 40; lihat juga Alma 27:4.

  18. Lihat Alma 34:17; Helaman 14:13.

  19. Ajaran dan Perjanjian 84:27.

  20. Lihat Ajaran dan Perjanjian 20:46; 51–59; 73–79. Fulfilling My Duty to God: For Aaronic Priesthood Holders merupakan satu rujukan berharga untuk bantu kita memahami tugasan.

  21. Gordon B. Hinckley, “The Aaronic Priesthood—a Gift from God,” Ensign, Mei 1988, 46.

  22. Elder D. Todd Christofferson menerangkan: “Pembaptisan air merupakan langkah terakhir dalam proses pertaubatan. Peninggalan dosa, bersama dengan perjanjian kepatuhan, menyempurnakan pertaubatan kita; sesungguhnya, pertaubatan tidak lengkap tanpa perjanjian itu” (“Building Faith in Christ,” Liahona, Sept. 2012, 14–15). Lihat juga D. Todd Christofferson, “The Divine Gift of Repentance,” Liahona, Nov. 2011, 38–41; penterjemahan Joseph Smith, Matius 26:24 (dalam lampiran Alkitab).

    Tatacara injil sakramen memberi kita “peluang setiap minggu untuk memperbaharui perjanjian-perjanjian kudus yang membenarkan kita untuk mengambil bahagian rahmat korban tebusan Juruselamat dengan kesan pembersihan rohani pembaptisan dan penetapan yang sama” (“Understanding Our Covenants with God,” Liahona, July 2012, 21). Lihat juga Dallin H. Oaks, “Always Have His Spirit,” Ensign, Nov. 1996, 59–61.

  23. Dallin H. Oaks, “The Aaronic Priesthood and the Sacrament,” Liahona, Jan. 1999, 44.

  24. Elder David A. Bednar menerangkan: “Tatacara keselamatan dan permuliaan yang dilakukan dalam gereja Tuhan yang sudah dipulihkan bukan upacara atau pertunjukkan bersimbol sahaja. Sebenarnya, mereka mendirikan cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita.” (“Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Liahona, Mei 2016, 60).

  25. Ajaran dan Perjanjian 20:73.

  26. Musa 1:39

  27. Matius 3:11.

  28. Ramai pemimpin-pemimpin Gereja telah mengenalpasti bahawa Roh Kudus merupakan kurniaan kefanaan yang terhebat.

    Presiden Dallin H. Oaks berkata, “Untuk memperoleh persahabatan Roh Kudus yang berterusan merupakan milik yang amat berharga bagi kefanaan” (“The Aaronic Priesthood and the Sacrament,” Liahona, Jan. 1999, 44).

    Elder Bruce R. McConkie mengajar: “Dari segi keabadian, kehidupan abadi ialah kurniaan yang terhebat Tuhan. Tetapi apabila membataskan perspektif untuk kehidupan ini sahaja, kurnia Roh Kudus merupakan kurnia yang terhebat untuk orang fana” (“What Is Meant by ‘The Holy Spirit’?” Instructor, Feb. 1965, 57).

    Presiden Wilford Woodruff bersaksi: “Jika anda punyai Roh Kudus bersama anda—dan setiap orang patut punyai—saya boleh berkata kepada anda bahawa tiada kurnia yang lebih hebat, tiada berkat yang lebih hebat, tiada kesaksian yang lebih hebat untuk sesiapapun di bumi. Anda mungkin punyai pelayanan para malaikat; anda mungkin lihat banyak mukjizat; anda mungkin nampak banyak keajaiban dunia; tetapi saya menegaskan bahawa kurnia Roh Kudus merupakan kurnia terhebat yang boleh diberikan kepada manusia” (Teachings of Presidents of the Church: Wilford Woodruff [2004], 49).

    Dan Elder David A. Bednar menambah: “Perintah-perintah Tuhan yang kita patuh dan nasihat terilham daripada pemimpin Gereja yang diikuti secara utamanya adalah untuk memperoleh persahabatan Roh. Dasarnya, semua ajaran dan aktiviti Injil berpusatkan untuk datang kepada Kristus melalui penerimaan Roh Kudus dalam kehidupan kita” (“Receive the Holy Ghost,” Liahona, Nov. 2010, 97).

  29. Thomas S. Monson, pertemuan kepimpinan persidangan umum, Mar. 2011.

  30. Lihat Musa 1:6.