Dengan Sehati
Untuk mencapai takdir mulia kita, kita memerlukan sesama, dan kita perlu bersatu.
Salah satu ciptaan di bumi yang menakjubkan ialah rama-rama Monarch. Pada satu trip ke Mexico untuk meluangkan Hari Natal bersama keluarga suami saya, kami berkunjung ke tempat perlindungan rama-rama, di mana ribuan rama-rama Monarch menghabiskan musim sejuk. Ia adalah sangat mengagumkan untuk melihat pemandangan yang begitu tersergam indah dan untuk kita berfikir tentang teladan kesatuan dan kepatuhan kepada hukum ilahi yang ciptaan Tuhan tunjukkan.1
Rama-rama Monarch merupakan pakar pandu arah. Mereka menggunakan kedudukan matahari untuk mencari arah tuju yang perlu mereka pergi. Setiap musim bunga, mereka merantau beribu batu dari Mexico ke Kanada, dan setiap musim luruh, mereka kembali ke hutan fir yang sama di Mexico.2 Mereka melakukan ini tahun demi tahun, tebarkan sayap kecil pada satu masa. Semasa perjalanan mereka, mereka bergabung bersama pada waktu malam di atas pokok untuk melindungi diri mereka daripada sejuk dan pemangsa.3
Sekumpulan rama-rama digelar kaleidoskop.4 Bukankah itu merupakan satu imej yang cantik? Setiap rama-rama di dalam kaleidoskop adalah unik dan berbeza, namun ciptaan yang kelihatan lemah ini telah dicipta oleh Pencipta yang penyayang dengan kemampuan untuk hidup, mengembara, membiak, dan menyebarkan kehidupan semasa mereka pergi dari satu bunga ke yang seterusnya, menyebarkan debunga. Walaupun setiap rama-rama adalah berbeza, mereka bekerja bersama untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih cantik dan berhasil.
Seperti rama-rama Monarch, kita berada di perjalanan balik ke rumah syurgawi kita, di mana kita akan bersatu bersama Ibu Bapa Syurgawi kita.5 Seperti rama-rama, kita telah diberikan sifat-sifat ilahi yang mengizinkan kita untuk mencari arah dalam kehidupan, bagi “[memenuhi] tujuan penciptaan [kita].”6 Seperti mereka, jika kita mengaitkan hati kita bersama,7 Tuhan akan melindungi kita “seperti ayam betina [mengumpulkan] anak-anaknya di bawah sayapnya”8 dan akan menjadikan kita kaleidoskop yang cantik.
Budak perempuan dan lelaki, remaja puteri dan putera, saudari dan saudara, kita berada dalam perjalanan ini bersama. Untuk mencapai takdir mulia kita, kita memerlukan sesama, dan kita perlu bersatu. Tuhan telah memerintahkan kita, “Jadilah satu; dan jika kamu tidak bersatu kamu bukanlah milik-ku.”9
Yesus Kristus merupakan teladan muktamad tentang kesatuan dengan Bapa-Nya. Mereka bersatu dalam tujuan, dalam kasih, dan dalam pekerjaan, dengan “kehendak Putera ditelan dalam kehendak Bapa.”10
Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan sempurna Tuhan tentang kesatuan dengan Bapa-Nya dan menjadi lebih bersatu dengan Mereka dan dengan sesama?
Contoh yang mengilhami ditemui di dalam Kisah Rasul-Rasul 1:14. Kita baca, “[Mereka] semua bertekun dengan sehati dalam doa dan rayuan, bersama-sama dengan beberapa perempuan.”11
Saya berfikir ia adalah penting bahawa ayat “dengan sehati” muncul beberapa kali di dalam Kisah Rasul-Rasul, di mana kita membaca mengenai apa yang para pengikut Yesus Kristus lakukan sejurus Dia naik ke syurga sebagai makhluk yang telah bangkit, dan juga berkat-berkat yang mereka terima kerana usaha mereka. Ia juga penting bahawa kita mencari persamaan contoh di kalangan yang beriman di Benua Amerika pada masa Tuhan mengunjungi dan melayani mereka. “Dengan sehati” bermaksud dalam persetujuan, dalam kesatuan, dan semua bersama-sama.
Antara perkara-perkara Orang Suci yang beriman lakukan dalam kesatuan di tempat-tempat adalah mereka bersaksi tentang Yesus Kristus, mengkaji firman Tuhan, dan melayani sesama dengan kasih.12
Para pengikut Tuhan bersatu dalam tujuan, dalam kasih, dan dalam pekerjaan. Mereka mengetahui siapa mereka, mereka mengetahui apa yang harus mereka lakukan, dan mereka melakukannya dengan kasih terhadap Tuhan dan sesama. Mereka merupakan sebahagian kaleidoskop yang indah maju ke depan dengan sehati.
Antara berkat-berkat yang mereka terima adalah mereka dipenuhi dengan Roh Kudus, mukjizat-mukjizat berlaku di kalangan mereka, Gereja bertumbuh, tidak terdapat pertikaian antara orang-orang, dan Tuhan memberkati mereka dalam segala perbuatan mereka.13
Kita dapat beranggapan bahawa alasan mengapa mereka sangat bersatu adalah kerana mereka mengenali Tuhan secara peribadi. Mereka telah menjadi dekat kepada Dia, dan mereka telah menyaksikan misi agung-Nya, mukjizat-mukjizat yang Dia telah laksanakan, dan Kebangkitan-Nya. Mereka melihat dan menyentuh tanda pada tangan dan kaki-Nya. Mereka mengetahui dengan pasti bahawa Dia merupakan Mesias yang dijanjikan, Penebus dunia. Mereka mengetahui bahawa “Dia adalah sumber dari segala penyembuhan, kedamaian, dan kemajuan abadi.”14
Walaupun kita mungkin tidak pernah melihat Juruselamat dengan mata kasar kita, kita dapat mengetahui bahawa Dia hidup. Ketika kita mendekati Dia, semasa kita mencari kesaksian peribadi melalui Roh Kudus tentang misi ilahi-Nya, kita akan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang tujuan kita; kasih Tuhan akan tinggal di dalam hati kita;15 kita akan memiliki keinginan untuk menjadi satu dalam kaleidoskop keluarga kita, bahagian, dan komuniti; dan kita akan melayani sesama “dalam cara baru, lebih baik.”16
Mukjizat-mukjizat berlaku apabila anak-anak Tuhan bekerja bersama atas bimbingan Roh untuk menjangkau kepada orang lain yang dalam keperluan.
Kita mendengar banyak cerita-cerita tentang kasih ramah yang ditunjukkan di kalangan orang ramai ketika bencana alam melanda. Sebagai contoh, ketika bandar Houston menderita akibat banjir besar tahun lepas, orang ramai melupakan keperluan diri mereka dan pergi untuk menyelamatkan. Seorang presiden kuorum penatua menghantar panggilan untuk bantuan kepada komuniti, dan seramai 77 bot segera diaturkan. Para penyelamat pergi ke sekitar kejiranan yang terjejas dan mengangkut seluruh keluarga ke salah satu tempat pertemuan kita, di mana mereka menerima perlindungan dan bantuan yang teramat diperlukan. Ahli dan bukan ahli bekerja bersama dengan satu tujuan.
Di Santiago, Chile, seorang presiden Lembaga Pertolongan memiliki keinginan untuk membantu golongan imigran yang datang dari Haiti di dalam komunitinya. Melalui perbincangan bersama para pemimpin imamatnya, dia dan pemimpin lain tampil dengan idea untuk menawarkan kelas bahasa Sepanyol kepada golongan imigran tersebut, membantu mereka menyesuaikan diri dengan kediaman baru mereka. Setiap pagi Sabtu, para penginjil berkumpul bersama pelajar-pelajar mereka yang bersemangat. Perasaan kesatuan dalam bangunan tersebut adalah teladan yang mengilhamkan tentang orang-orang dari pelbagai latar belakang melayani dengan sehati.
Di Mexico, ratusan ahli telah membuat perjalanan berjam-jam untuk membantu mangsa-mangsa di dua gempa bumi utama. Mereka datang dengan peralatan, mesin, dan kasih untuk jiran mereka. Ketika para sukarelawan berkumpul bersama di salah satu tempat pertemuan kita untuk menunggu arahan, datuk bandar tersebut Ixhuatán menitiskan air mata semasa dia melihat pernyataan “kasih suci Kristus.”17
Sekarang Tuhan memberikan kita peluang untuk berbincang bersama setiap bulan di dalam kuorum imamat dan Lembaga Pertolongan kita, agar kita semua dapat menjadi penyumbang yang lebih aktif di dalam bahagian atau cabang kaleidoskop—sebuah tempat di mana kita semua sama dan di mana kita semua diperlukan.
Setiap perjalanan kita adalah berbeza, tetapi kita laluinya bersama. Perjalanan kita bukanlah tentang apa yang telah kita lakukan atau di mana kita telah berada; ia adalah tentang ke mana kita tuju dan apa yang kita menjadi, di dalam kesatuan. Ketika kita berbincang bersama atas bimbingan Roh Kudus, kita dapat melihat di mana kita berada dan ke mana kita harus berada. Roh Kudus memberi kita sebuah penglihatan yang mata kasar kita tidak dapat melihat, kerana “wahyu dicerai-berai di antara kita,”18 dan ketika kita mengumpulkan wahyu bersama-sama, kita dapat melihat lebih banyak.
Semasa kita bekerja dalam kesatuan, tujuan kita haruslah untuk mencari dan melakukan kehendak Tuhan; dorongan kita haruslah demi kasih yang kita rasakan terhadap Tuhan dan untuk jiran kita;19 dan keinginan terbesar kita haruslah untuk “bekerja dengan tekun,”20 agar kita dapat menyediakan jalan untuk kedatangan gemilang Juruselamat kita. Satu-satunya cara kita akan dapat melakukan sedemikian adalah “dengan sehati.”
Seperti rama-rama Monarch, marilah kita meneruskan perjalanan kita bersama dalam tujuan, setiap daripada kita dengan sifat-sifat dan sumbangan kita sendiri, bekerja untuk menjadikan dunia ini lebih cantik dan berhasil—satu langkah dalam satu masa dan dalam keharmonian yang sempurna bersama Juruselamat kita.
Tuhan kita Yesus Kristus telah menjanjikan kita bahawa ketika kita berkumpul bersama di dalam nama-Nya, Dia berada di tengah-tengah kita.21 Saya bersaksi bahawa Dia hidup dan bahawa Dia telah bangkit pada pagi musim bunga yang indah seperti hari ini. Dia merupakan Monarch di atas segala monarch, “Raja di atas raja, dan Tuan di atas segala tuan.”22
Semoga kita menjadi satu dalam Bapa dan dalam Putera Tunggal-Nya, semasa kita dibimbing oleh Roh Kudus, adalah doa tulus saya dalam nama Yesus Kristus, amin.