2010–2019
Sehari Lagi
April 2018


2:3

Sehari Lagi

Kita semua mempunyai “hari ini” untuk hidup, dan kunci untuk menjadikan hari kita berjaya adalah kerelaan untuk berkorban.

Beberapa tahun yang lalu, sahabat saya mempunyai seorang bayi yang cantik bernama Brigham. Selepas kelahirannya, Brigham telah didiagnosis dengan sebuah penyakit yang jarang dinamakan penyakit sindrom Hunter, yang bermaksud bahawa Brigham akan memiliki hidup yang singkat. Suatu hari ketika Brigham dan keluarganya melawat ke pekarangan bait suci, Brigham mengucap sepatah ayat yang khusus; dua kali dia berkata, “Sehari lagi.” Keesokan harinya, Brigham telah meninggal dunia.

Brigham
Keluarga Brigham
Kubur Brigham

Saya telah mengunjungi kubur Brigham beberapa kali, dan setiap kali saya pergi, saya merenungkan ayat tersebut “sehari lagi.” Saya berfikir apakah maksudnya, apakah kesannya dalam kehidupan saya jika mengetahui bahawa saya mempunyai cuma sehari lagi untuk hidup. Bagaimanakah saya akan melayani isteri saya, anak-anak saya, dan orang lain? Seberapa sabar dan sopan akan saya menjadi? Bagaimanakah saya akan menjaga tubuh badan saya? Seberapa kerap saya akan berdoa dan mengkaji tulisan suci? Saya berfikir, dalam satu cara atau lain, kita semua pada suatu masa akan mempunyai kesedaran tentang “sehari lagi”—suatu kesedaran bahawa kita harus gunakan masa yang kita ada dengan bijaksana.

Dalam Perjanjian Lama kita membaca cerita tentang Hizkia, raja Yehuda. Nabi Yesaya mengumumkan kepada Hizkia bahawa kehidupan Hizkia hampir berakhir. Ketika dia mendengar perkataan nabi, Hizkia mula berdoa, merayu, dan meratapi dengan amat. Pada saat itu, Tuhan menambah 15 tahun ke kehidupan Hizkia. (Lihat Yesaya 38:1–5.)

Sekiranya kita diberitahu bahawa kita mempunyai waktu yang singkat untuk hidup, kita juga akan merayu untuk lebih banyak hari dalam kehidupan untuk perkara-perkara yang harus kita lakukan atau lakukan dengan berbeza.

Tanpa mengira masa Tuhan, dalam kebijaksanaan-Nya, tekad untuk memberi setiap kita, satu perkara yang kita pasti: kita semua mempunyai “hari ini” untuk hidup, dan kunci untuk menjadikan hari kita berjaya adalah kerelaan untuk berkorban.

Tuhan berkata, “Lihatlah, sekarang ianya disebut hari ini sehinggalah kedatangan Putera Manusia, dan sesungguhnya ianya adalah hari pengorbanan” (A&P 64:23; penekanan ditambah).

Perkataan korban datang daripada perkataan Latin sacer, yang bermaksud “kudus,” dan facere, bermaksud “untuk membuat”—dalam perkataan lain, untuk membuat perkara kudus, untuk membawa penghormatan kepada mereka.

“Pengorbanan mendatangkan berkat syurga” (“Puji Dia yang Tinggal dengan Yehova,” Lagu Rohani, no.14).

Dalam cara apakah pengorbanan akan membuat hari-hari kita bermakna dan diberkati?

Pertama, pengorbanan peribadi memperkuatkan kita dan memberi nilai kepada perkara-perkara yang kita korbankan.

Beberapa tahun lalu pada Hari Ahad Puasa, seorang saudari yang berumur datang ke mimbar untuk berkongsi kesaksiannya. Dia tinggal di sebuah bandar bernama Iquitos, iaitu kawasan hutan hujan Peru. Dia memberitahu kami bahawa sejak pembaptisannya, dia sentiasa mempunyai matlamat untuk menerima tatacara-tatacara bait suci di Lima, Peru. Dia dengan beriman membayar persepuluhan penuh dan menabung pendapatan dia yang sedikit selama bertahun.

Sukacitanya untuk pergi ke bait suci dan menerima tatacara-tatacara kudus diungkapkan dalam perkataan-perkataan ini: “Hari ini saya boleh katakan akhirnya saya sedia untuk melalui tirai. Saya seorang wanita yang paling gembira di dunia; saya telah mengumpul wang, anda tidak mengetahui betapa lama, untuk mengunjungi bait suci, dan setelah tujuh hari di atas sungai dan 18 jam menaiki bas, saya akhirnya berada di rumah Tuhan. Ketika meninggalkan tempat kudus itu, saya berkata kepada diri saya sendiri, setelah semua pengorbanan yang telah diminta dari saya untuk datang ke bait suci, saya tidak akan membiarkan apa pun hal membuat saya mengambil ringan setiap perjanjian yang saya telah lakukan; ia akan menjadi sia-sia. Ini ada satu komitmen yang serius!”

Saya pelajari daripada saudari manis ini bahawa pengorbanan peribadi ialah sesuatu dorongan yang tidak ternilai yang menentukan keputusan-keputusan kita dan kesungguhan kita. Pengorbanan peribadi menentukan tindakan kita, komitmen kita, dan perjanjian kita serta memberi makna kepada perkara-perkara kudus.

Kedua, pengorbanan kita lakukan untuk orang lain, dan yang orang lain lakukan untuk kita, mendatangkan berkat-berkat untuk semua.

Ketika saya masih seorang pelajar di sekolah pergigian, kewangan ekonomi tempatan tidaklah begitu memberangsangkan. Inflasi secara dramatik melambungkan nilai mata wang dari hari ke hari.

Saya ingat pada tahun tersebut ketika saya mendaftar latihan pembedahan; saya memerlukan semua peralatan pembedahan yang wajib sebelum mendaftar dalam semester tersebut. Ibu bapa saya mengumpul dana yang diperlukan. Tetapi suatu malam sesuatu yang dramatik telah berlaku. Kami pergi untuk membeli peralatan, dan mendapati bahawa jumlah wang yang kami beli peralatan sekarang cukup untuk membeli hanya sepasang penyepit pembedahan—dan tidak ada yang lain. Kami pulang ke rumah dengan tangan yang kosong dan dengan hati yang berat dan berfikir kehilangan semester kolej saya. Bagaimanapun, tiba-tiba, ibu saya berkata, “Taylor, ikut saya; mari keluar.”

Kami pergi ke pusat bandar di mana terdapat banyak tempat yang membeli dan menjual barang kemas. Ketika kami tiba di sebuah kedai, ibu saya mengeluarkan beg kecil berwarna ungu yang mengandungi seutas gelang tangan emas yang cantik dengan tulisan, “Kepada anak perempuan-ku yang dikasihi daripada ayah-mu” Ia adalah gelang tangan yang datuk saya berikan kepadanya pada salah satu hari jadinya. Kemudian, di depan mata saya, dia menjualkannya.

Ketika dia menerima wang tersebut, dia memberitahu saya, “Sekiranya ada satu perkara yang saya sangat yakini, adalah anda akan menjadi seorang doktor gigi. Pergi dan beli segala peralatan yang anda perlukan.” Sekarang, dapatkah anda membayangkan jenis pelajar apakah yang telah saya jadi sejak saat itu? Saya ingin menjadi yang terbaik dan menghabiskan persekolahan saya segera kerana saya tahu pengorbanan tinggi yang dia lakukan.

Saya pelajari bahawa pengorbanan yang orang-orang kita kasihi lakukan untuk kita menyegarkan kita seperti air sejuk di tengah padang gurun. Pengorbanan sedemikian membawa harapan dan motivasi.

Ketiga, sebarang pengorbanan yang kita lakukan adalah kecil dibandingkan dengan pengorbanan Putera Tuhan.

Apakah nilai bahkan seutas gelang tangan emas yang disayangi dibandingkan dengan pengorbanan Putera Tuhan? Bagaimana kita dapat menghormati pengorbanan yang tidak terhingga itu? Setiap hari kita boleh mengingati bahawa kita mempunyai sehari lagi untuk hidup dan untuk menjadi setia. Amulek mengajarkan: “Ya, aku menghendaki agar kamu akan tampil dan tidak mengeraskan hatimu lebih lama lagi; kerana lihatlah, sekaranglah waktu dan masa penyelamatanmu; dan oleh itu, jika kamu bertaubat dan tidak mengeraskan hatimu, dengan serta-merta akanlah rancangan penebusan yang agung itu dibawa kepadamu” (Alma 34:31). Dalam perkataan lain, sekiranya kita mempersembahkan kepada Tuhan pengorbanan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, segeralah berkat rancangan kegembiraan yang agung diungkapkan dalam kehidupan kita.

Rancangan penebusan boleh terjadi, berterima kasih kepada pengorbanan Yesus Kristus. Seperti yang digambarkan oleh diri-Nya, pengorbanan itu “menyebabkan diri-Ku, bahkan Tuhan, yang terbesar daripada semuanya, menggeletar kerana kesakitan, dan berdarah pada setiap liang roma, dan menderita baik tubuh mahupun roh—dan menginginkan agar Aku boleh tidak meminum cawan yang pahit itu, dan menarik diri” (A&P 19:18).

Dan kerana pengorbanan ini, selepas mengikuti proses pertaubatan yang ikhlas, kita dapat merasa beban kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa kita diangkat. Malah, perasaan bersalah, malu, kesakitan, kesedihan serta memandang rendah terhadap diri kita sendiri boleh digantikan dengan hati nurani yang bersih, kegembiraan, sukacita, dan harapan.

Pada masa yang sama, semasa kita menghormati dan bersyukur atas pengorbanan-Nya, kita dapat menerima dalam ukuran yang besar keinginan yang gigih untuk menjadi anak Tuhan yang lebih baik, untuk menjauhi dari dosa, dan untuk mematuhi perjanjian seperti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kemudian, seperti Enos selepas menerima pengampunan akan dosa-dosanya, kita akan merasa keinginan untuk berkorban diri kita dan mengusahakan kesejahteraan saudara dan saudari kita (lihat Enos 1:9). Dan kita akan lebih rela setiap “sehari lagi” untuk mengikuti jemputan yang Presiden Howard W. Hunter berikan kepada kita ketika dia berkata: “Selesaikan pertengkaran. Mencari seorang sahabat yang telah dilupai. Singkirkan kecurigaan dan gantikan dengan kepercayaan. Memberikan jawapan yang lembut. Doronglah remaja. Tunjukkan kesetiaan anda dalam perkataan dan perbuatan. Peganglah janji. Melepaskan dendam. Mengampuni musuh. Meminta maaf. Cuba untuk memahami. Periksa tuntutan anda kepada orang lain. Fikirkan dahulu orang lain. Jadilah ramah. Jadilah lembut. Tertawalah sedikit lebih banyak lagi. Nyatakan kesyukuran anda. Mengalu-alukan orang asing. Menghiburkan hati seorang kanak-kanak. … Ucapkan kasih anda dan kemudian ucapkan ia lagi” (Ajaran-Ajaran Presiden Gereja: Howard W. Hunter [2015], 32; diadaptasi daripada “What We Think Christmas Is,” McCall’s, Dec. 1959, 82–83).

Semoga kita mengisi hari-hari kita dengan dorongan dan kekuatan pengorbanan peribadi serta pengorbanan yang kita telah lakukan untuk atau terima daripada orang lain untuk kita. Dan dalam cara yang istimewa, semoga kita menikmati kedamaian dan kegembiraan dari pengorbanan Anak Yang Tunggal tawarkan kepada kita; kedamaian yang dinyatakan apabila kita membaca bahawa Adam jatuh agar manusia wujud, dan manusia wujud—anda wujud—agar anda boleh berbahagia (lihat 2 Nefi 2:25). Sukacita tersebut adalah sukacita yang benar bahawa hanya pengorbanan dan Korban Tebusan Yesus Kristus boleh sediakan.

Ini adalah doa saya agar kita mengikuti Dia, kita mempercayai Dia, kita mengasihi Dia, dan kita merasakan kasih yang ditunjukkan oleh pengorbanan-Nya setiap kali kita mempunyai peluang untuk hidup sehari lagi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.