2010–2019
Mengajar dalam Rumah—Tanggungjawab Gembira dan Kudus
April 2018


2:3

Mengajar dalam Rumah—Tanggungjawab Gembira dan Kudus

Saya meminta pertolongan syurga sambil kita berusaha untuk menjadi guru seperti Kristus di rumah kita.

Isteri saya yang dikasihi, Julie dan saya mempunyai enam orang anak yang tersayang, dan rumah kami baru sahaja kosong. Saya amat merindui mempunyai semua anak saya di rumah kami sepenuh masa. Saya rindu belajar daripada mereka dan mengajar mereka.

Hari ini saya menyediakan ucapan saya kepada semua ibu bapa dan mereka yang ingin menjadi ibu bapa. Ramai di antara anda membesarkan anak sekarang. Kepada yang lain, masa itu akan datang tidak lama lagi. Dan juga bagi yang lain, menjadi ibu bapa, mungkin akan menjadi berkat di masa hadapan. Saya berharap kita sedar tanggungjawab kudus dan gembira untuk mengajar kanak-kanak.1

Sebagai ibu bapa, kita memperkenalkan Bapa di Syurga dan Putera-Nya Yesus Kristus kepada anak-anak kita. Kita menolong anak kita untuk berdoa pada kali pertama. Kita menawarkan bimbingan dan sokongan apabila mereka memasuki perjanjian2 melalui pembaptisan. Kita mengajar mereka untuk mematuhi perintah Tuhan. Kita mengajar mereka tentang rancangan-Nya untuk anak-anak-Nya, dan kita menolong mereka mengenal bisikan Roh Kudus. Kita beritahu mereka cerita nabi kuno dan menggalakkan mereka untuk mengikut para nabi yang hidup. Kita berdoa untuk kejayaan mereka dan berduka bersama ketika cubaan mereka. Kita bersaksi kepada anak kita tentang berkat bait suci, dan berusaha untuk menyediakan mereka dengan baik untuk melayani misi. Kita memberikan nasihat apabila anak kita menjadi ibu bapa juga. Tetapi—walaupun begitu—kita tidak berhenti menjadi ibu bapa. Kita tidak berhenti menjadi guru mereka. Kita tidak akan dilepaskan daripada panggilan abadi ini.

Hari ini, mari kita merenungkan beberapa peluang mengagumkan yang kita ada untuk mengajar anak kita di dalam rumah.

Ajaran-ajaran Malam Keluarga

Mari mula dengan malam keluarga, yang merupakan keutamaan tinggi dalam rumah yang saya dibesarkan dan dipenuhi iman. Saya tidak ingat ajaran yang diajar secara khusus di malam keluarga, tetapi saya ingat kami tidak tidak pernah terlepas seminggu.3 Saya tahu apa yang penting bagi ibu bapa saya.4

Saya teringat salah satu aktiviti malam keluarga kegemaran saya. Bapa akan menjemput seorang daripada anaknya untuk mengambil “Ujian”. Dia akan memberi seorang anak beberapa arahan seperti, “Pergi ke dapur dan buka dan tutup peti sejuk. Kemudian lari ke bilik saya dan ambil sarung kaki dari almari saya. Dan lari balik kepada saya dan lompat tiga kali dan kata, ‘Ayah, saya dah lakukannya!”

Saya suka bila ia giliran saya. Saya ingin mendapat setiap langkah dengan betul, saya hargai masa dimana saya boleh katakan, “Ayah, saya dah lakukannya!” Aktiviti ini membina keyakinan diri saya dan membuatnya lebih senang bagi seorang budak resah untuk memberi tumpuan apabila Ibu atau Bapa mengajar injil.

Presiden Gordon B. Hinckley menasihati: “Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai malam keluarga, cubanya Kumpul anak anda, ajar mereka, beri kesaksian anda kepada mereka, baca ayat suci bersama dan bersenang bersama.”5

Memang sentiasa akan terdapat tentangan untuk mengadakan malam keluarga.6 Tetapi, saya menjemput anda untuk mencari cara mengelilingi halangan dan membuat malam keluarga satu keutamaan—dan pastikan keseronokan satu bahan utama.

Mengajar Doa Keluarga

Doa keluarga adalah satu lagi peluang utama untuk mengajar.

Saya suka cara bapa Presiden N. Eldon Tanner mengajar dia ketika doa keluarga. Presiden Tanner berkata:

“Saya ingat satu petang apabila kita berlutut semasa doa keluarga, bapa saya berkata kepada Tuhan, ‘Eldon lakukan sesuatu hari ini yang dia tidak patut lakukan, dia meminta maaf, dan jika kamu boleh mengampunkannya, dia tidak akan melakukannya lagi.’

“Ini membuat saya berazam untuk tidak melakukannya lagi—lebih berkesan daripada kena pukul.”7

Sebagai seorang budak lelaki, kadang-kadang saya akan jengkel dengan apa yang terasa sebagai banyak sangat doa keluarga, berfikir kepada diri saya, “Tidakkah kita baru sahaja berdoa beberapa minit lalu?” Sekarang sebagai seorang bapa, Saya tahu tidak ada had untuk berdoa banyak sebagai keluarga.8

Saya selalu kagum bagaimana Bapa Syurgawi memperkenalkan Yesus Kristus sebagai Putera-Nya yang Dikasihi.9 Saya suka berdoa untuk anak-anak saya dengan menggunakan nama apabila mereka mendengar saya menyatakan kepada Bapa Syurgawi betapa saya menyayangi mereka. Nampaknya tidak ada masa yang lebih baik untuk menyampaikan kasih sayang kepada anak kita apabila kita berdoa dengan mereka atau memberkati mereka. Apabila keluarga berkumpul dengan rendah hati untuk berdoa, satu ajaran yang sangat berkuasa diajar.

Pengajaran Bertugas.

Masa pengajaran ibu bapa seperti seorang doktor yang bertugas. Kita harus sentiasa bersedia untuk mengajar anak kita kerana kita tidak tahu bila peluang itu akan tiba.

Yesus mengajar wanita di tepi perigi

Kita seperti Juruselamat, yang ajarannya “tidak berlaku di saumaah tetapi di persekitaran tidak formal—semasa makan dengan pengikut-Nya, mengambil air dari perigi, atau berjalan melalui pokok ara.”10

Bertahun-tahun lalu, ibu saya menceritakan bahawa dua perbualan injil yang dia ada dengan abang saya, Matt, ialah satu semasa melipat kain dan apabila mereka dalam perjalanan ke doktor gigi. Salah satu perkara yang saya kagumi tentang ibu saya ialah kesediaan dia untuk mengajar anaknya.

Pengajaran ibu bapanya tidak pernah berakhir. Semasa saya melayani sebagai seorang uskup, ibu saya, semasa itu berumur 78 tahun, beritahu saya bahawa saya perlu memotong rambut saya. Dia tahu saya harus menjadi satu contoh, dan dia tidak teragak-agak untuk beritahu saya. Saya sayangi kamu, Ibu!

Sebagai seorang bapa, saya di motivasi untuk belajar dan merenungkan tulisan suci supaya saya bersedia untuk membalas apabila anak atau cucu saya memberi peluang untuk masa pengajaran bertugas.11 “Beberapa masa pengajaran terbaik bermula dengan satu soalan atau kebimbangan dalam hati seorang ahli [keluarga].”12 Adakah kita mendengar dalam situasi itu?13

Saya suka jemputan Rasul Petrus: “Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.”14

Semasa saya seorang remaja, bapa dan saya suka mencabar satu sama lain untuk melihat siapa yang mempunyai genggaman terkuat. Kita akan memicit tangan satu sama lain sekeras yang boleh untuk membuat yang lain mengerut dalam kesakitan. Ia tidak nampak seronok sekarang, tetapi pada masa itu ia seronok. Selepas satu permainan seperti berikut, Bapa saya melihat saya dalam mata dan berkata, “Anakku, kamu punyai tangan yang kuat. Saya harap tangan awak sentiasa mempunyai kekuatan untuk tidak menyentuh seorang wanita muda dengan tidak sesuai.” Dia kemudian menjemput saya untuk kekal bersih secara moral dan menolong orang lain untuk melakukan yang sama.

Elder Douglas L. Callister berkongsi tentang bapanya: “Apabila dalam perjalanan pulang dari kerja satu hari, bapa berkata dengan spontan, ‘Saya membayar persepuluhan saya hari ini. Saya menulis “terima kasih” di atas sampul persepuluhan. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati keluarga kita.”

Elder Callister kemudian memberi penghormatan kepada bapanya pengajar, “Dia mengajar kedua-dua kelakuan dan sikap kepatuhan.”15

Saya rasa ia bijak untuk kadang-kadang menanya diri kita sendiri, “Apa yang saya ajar, atau apa yang saya mengajar, anak saya dengan kelakuan dan sikap kepatuhan?”

Pengajian Tulisan Suci Sekeluarga

Pengajian tulisan suci keluarga adalah satu forum ideal untuk mengajar ajaran dalam rumah.

Presiden Russel M. Nelson berkata, “Bukan sahaja ibu bapa harus berpegang teguh kepada firman Tuhan, tetapi mereka mempunyai mandat ilahi untuk mengajarkannya kepada anak-anak mereka.”16

Apabila Julie dan saya membesarkan anak kami, kami cuba melakukan secara konsisten dan kreatif. Pada satu tahun, kami membuat keputusan untuk membaca Kitab Mormon dalam bahasa Sepanyol sebagai satu keluarga. Adakah kerana itu Tuhan memanggil setiap anak kami untuk melayani sepenuh masa di misi berbahasa Sepanyol?? Es posible.

Saya amat tersentuh apabila Brother Brian K. Ashton berkongsi dengan saya bahawa dia dan bapanya membaca setiap muka surat Kitab Mormon bersama semasa tahun senior dia dalam sekolah menengah. Brother Ashton menyayangi kitab suci. Ia tertulis dalam minda dan di atas hatinya. Bapanya telah menanam satu benih dalam Brother Ashton sebagai seorang remaja, dan benih17 tu telah membesar sebagai satu pokok kuat kebenaran. Brother Ashton telah melakukan perkara yang sama dengan anaknya yang lebih tua.18 Anaknya yang berumur lapan tahun baru-baru ini bertanya, “Ayah, bila saya boleh membaca Kitab Mormon bersama anda?”

Mengajar Sebagai Contoh

Akhir sekali, pengajaran ibu bapa yang paling berkesan adalah melalui contoh. Kita dinasihati untuk “menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.”19

Semasa satu perjalanan, Julie dan saya menghadiri gereja dan nampak ayat suci ini dalam aksi. Seorang lelaki muda berdiri dan akan pergi ke misinya tidak lama lagi, berucap di pertemuan sakramen.

Dia berkata, “Kamu semua fikir bapa saya seorang yang baik di gereja, tetapi …” Dia berhenti, dan saya dengan cemas berfikir apa yang dia akan kata seterusnya. Dia bersambung dan berkata, “Dia seorang lelaki yang lebih baik di rumah.”

Keluarga yang melayan

Saya kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada lelaki muda itu untuk penghormatan yang berinspirasi dia beri kepada bapanya. Saya kemudian mendapat tahu bahawa bapanya ialah uskup bahagian itu. Walaupun uskup ini melayani bahagiannya dengan penuh iman, anaknya rasa kerja terbaiknya dilakukan di rumah20

Elder D. Todd Christofferson menasihati: “Kita mempunyai banyak jalan pendekatan untuk mengajar … generasi baru, dan kita harus menumpukan pemikiran dan usaha terbaik kita untuk mengambil sepenuhnya kelebihan itu. Di atas semua, kita harus tekun menggalak dan menolong ibu bapa untuk menjadi guru yang lebih baik dan konsisten … terutamanya melalui contoh.”21

Itulah cara Juruselamat mengajar.22

Semasa satu percutian dengan dua anak paling bongsu kami, Julie mencadangkan kita melakukan pembaptisan proksi di bait suci St. George an San Diego. Saya merungut—kepada diri saya sendiri— berfikir, “Kita menghadiri bait suci di rumah, dan sekarang kita sedang bercuti. Kenapa kita tidak lakukan sesuatu yang seperti percutian?” Selepas pembaptisan, Julie ingin mengambil gambar di luar bait suci. Saya merungut dengan senyap—sekali lagi. Anda boleh teka apa yang berlaku seterusnya: kami mengambil gambar.

Keluarga Durrants di Bait suci San Diego California
Keluarga Durrants di Bait suci St. George Utah

Julie ingin anak-anak kami mempunyai ingatan tentang bagaimana mereka menolong nenek moyang kita, dan saya juga. Kami tidak perlukan satu ajaran rasmi untuk mengajar tentang kepentingan bait suci. Kami sedang menghidupinya—terima kasih kepada seorang ibu yang menyayangi bait suci dan ingin anaknya untuk berkongsi kasih sayang itu.

Apabila ibu bapa menghargai satu sama lain dan menunjukkan contoh soleh, anak-anak diberkati secara abadi.

Kesimpulan

Kepada anda semua yang cuba dengan sebaiknya untuk melakukan yang terbaik dalam rumah anda, semoga anda mencari kedamaian dan kegembiraan dalam usaha anda. Dan jika anda fikir anda mempunyai ruang untuk kemajuan atau keperluan untuk lebih persediaan,tolong bertindak dengan rendah hati apabila Roh menolong anda dan pastikan anda bertindak.23

Elder L. Tom Perry berkata, “Kesihatan sesuatu masyarakat, kegembiraan rakyatnya, kekayaan mereka, dan kedamaian mereka semuanya mempunyai akar sama dalam pengajaran kanak-kanak di dalam rumah.24

Ya, hari ini sarang rumah saya kosong, tetapi saya sentiasa bertugas, bersedia dan bersemangat untuk mencari peluang bernilai tambahan untuk mengajar anak saya yang sudah besar, anak mereka dan pada satu hari, saya berharap, anak mereka.

Saya meminta pertolongan syurga sambil kita berusaha untuk menjadi guru seperti Kristus di rumah kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin

Nota

  1. Lihat Ajaran dan Perjanjian 68:25; 93:40.

    Elder L. Tom Perry mengajar: Pengaruh musuh begitu meluas dan dia menyerang, cuba untuk menghakis dan memusnahkan asas masyarakat kita, iaitu keluarga. Ibu bapa mesti pastikan bahawa mengajar di rumah adalah tanggungjawab yang paling kudus dan penting” (“Mothers Teaching Children in the Home,” Liahona, Mei 2010, 30).

    Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas telas mengajar bahawa: “Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang mustahak untuk menyayangi serta menjaga satu sama lain dan anak-anak mereka.” “Anak-anak adalah suatu warisan Tuhan” (Mazmur 127:3) Ibu bapa mempunyai tugas yang kudus untuk membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan kesolehan, menafkahi mereka dari segi keperluan fizikal mahupun keperluan rohani mereka, dan mengajar mereka untuk menyayangi serta melayani satu sama lain, mentaati perintah-perintah Tuhan dan menjadi warganegara yang mematuhi undang-undang di mana-mana pun mereka hidup. Para suami dan para isteri—para ibu dan para bapa—akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan untuk menjalankan kewajipan-kewajipan ini.(“Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.,” Liahona, Mei 2017, 145).

  2. Lihat Russell M. Nelson, “As We Go Forward Together,” Liahona, Apr. 2018, 7.

  3. Elder David A. Bednar berkata: “Hari ini jika anda boleh menanya anak lelaki dewasa kami apa yang mereka ingat tentang doa keluarga, pengajian kitab suci, dan malam keluarga. Saya percaya, saya tahu bagaimana mereka akan menjawab. Mereka tidak akan mengenal pasti satu doa atau satu ayat suci atau satu ajaran malam keluarga yang bermakna sebagai masa dalam pembangunan rohani mereka. Apa yang mereka akan kata adalah mereka ingat bahawa sebagai keluarga kami konsisten” (“More Diligent and Concerned at Home,” Liahona, Nov. 2009, 19).

  4. Lihat “Rumah Menjadi Syurga,” Lagu Rohani, no. 137.

  5. Ajaran-Ajaran Presiden Gereja: Gordon B. Hinckley (2016), 171.

  6. Lihat 2 Nefi 2:11.

  7. N. Eldon Tanner, “Never Be Ashamed of the Gospel of Christ,” Ensign, Feb. 1980, 4.

  8. Lihat 3 Nefi 18:21.

  9. Lihat Matius 3:16–17; 3 Nefi 11:6–8; Ajaran dan Perjanjian 18:34–36; Joseph Smith—Sejarah 1:17.

  10. “Take Advantage of Spontaneous Teaching Moments,” Teaching in the Savior’s Way (2016), 16. Teaching in the Savior’s Way termasuk beberapa jenis cadangan dan alat untuk pengajaran dalam rumah.

  11. Lihat Ajaran dan Perjanjian 11:21; 84:85.

  12. Teaching in the Savior’s Way, 16.

  13. Lihat “Dengar”Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan Pelayanan Penginjil (2004), 185-86.

  14. 1 Petrus 3:15.

  15. Douglas L. Callister, “Most Influential Teacher—Emeritus Seventy Pays Tribute to Father,” Church News section of LDS.org, Aug. 29, 2016, LDS.org/news.

  16. Russell M. Nelson, “Set in Order Thy House,” Liahona, Jan. 2002, 81.

  17. Lihat Alma 32:28–43.

  18. Sister Melinda Ashton mencubit, apabila, Brother Ashton, keluar bandar.

  19. 1 Timotius 4:12; lihat juga Alma 17:11.

  20. Uskup Jeffrey L. Stewart melayani Bahagian Southgate Second di St. George, Utah. Samuel, anaknya kini melayani di Misi Colombia Medellín.

  21. D. Todd Christofferson, “Strengthening the Faith and Long-Term Conversion of the Rising Generation,” dalam pertemuan kepimpinan persidangan umum, Sept. 27, 2017.

  22. See 3 Nefi 27:21, 27.

  23. Lihat Ajaran dan Perjanjian 43:8–9.

  24. L. Tom Perry, “Mothers Teaching Children in the Home,” 30.