Ucapan Pengenalan
Kami mengumumkan penstrukturan semula ang besar di kuorum-kuorum Imamat Melkisedek untuk melaksanakan pekerjaan Tuhan dengan lebih berkesan.
Terima kasih, Brother Holmes atas pesanan penting anda.
Para saudara, kita sangat merindui Presiden Thomas S. Monson dan Elder Robert D. Hales. Namun, kita tetap maju dalam pekerjaan Tuhan.1
Saya sungguh berterima kasih untuk setiap lelaki yang memegang imamat kudus. Anda merupakan harapan Penebus kita yang inginkan “agar setiap orang boleh berbicara di dalam nama Tuhan raja, bahkan Juruselamat dunia.”2 Dia ingin semua anak-anak lelaki yang ditahbis untuk mewakil Dia, bercakap untuk Dia, bertindak untuk Dia dan untuk memberkati hidup anak-anak Tuhan di seluruh dunia, sampai akhir supaya “iman juga boleh meningkat di dunia,”3
Ada dikalangan anda melayan di mana Gereja telah ditubuhkan bergenerasi terdahulu. Ada yang melayan di mana Gereja masih baru. Bagi mereka, bahagian anda besar. Bagi yang lain, cabang-cabang anda kecil dan jarak perjalanan jauh. Tidak kira keadaan individu anda, setiap daripada anda seorang ahli kuorum imamat bermandat ilahi untuk belajar dan mengajar; mengasih dan melayan orang lain.
Petang ini, kami mengumumkan penstrukturan semula yang besar di kuorum-kuorum Imamat Melkisedek untuk melaksanakan pekerjaan Tuhan dengan lebih berkesan. Di setiap bahagian,imam-imam tinggi dan para penatua akan bergabung menjadi satu kuorum penatua. Penyesuaian ini akan secara besar menambah keupayaan dan kebolehan para lelaki yang memegang imamat untuk melayan. Bakal-nakal penatua akan dialu-alukan dan dipersahabatkan oleh kuorum tersebut. Di setiap pancang, presidensi pancang akan memimpin kuorum imam tinggi pancang. Tetapi komposisi kuorum itu akan berdasarkan panggilan imamat pada masa kini sebagaimana akan dijelaskan kemudian.
Elder D.Todd Christofferson dan Elder Ronald A. Rasband dari Kuorum Dua Belas Rasul kini akan mengajar kita dengan lebih mengenai penyesuaian penting ini.
Pengubahsuaian ini telah berbulan-bulan di kaji. Kami merasa ada perlunya untuk pembaikan dengan cara kita menjaga ahli-ahli dan melaporkan hubungan dengan mereka. Untuk melakukan dengan lebih baik, kita perlu menguatkan kuorum imamat untuk memberi arahan yang lebih besar untuk pemeliharaan dengan kasih dan sokongan dimana Tuhan inginkan bagi Orang Suci-Nya.
Penyesuaian ini diilham oleh Tuhan. Apabila kita melaksanakannya, kita akan menjadi lebih berkesan berbanding dengan apapun sebelumnya.
Kita berusaha dalam pekerjaan Tuhan Yang Perkasa. Yesus ialah Kristus! Kita ialah hamba-hamba yang rendah hati! Tuhan memberkati anda para saudara apabila belajar dan melakukan tugas kita. Saya doa dalam nama Yesus Kristus, amin.