Pelayanan
Kita akan melaksanakan sebuah kaedah baharu, lebih kudus untuk menjaga dan melayani orang lain.
Terima kasih Elder Gong dan Elder Soares atas ucapan iman anda yang tulus ikhlas. Kita sangat bersyukur kepada anda dan pasangan-pasangan anda.
Saudara dan saudari, kami sentiasa mencari arahan daripada Tuhan untuk tahu bagaimana kami dapat membantu ahli-ahli mentaati perintah-perintah Tuhan, terutamanya dua perintah besar iaitu mengasihi Tuhan dan sesama manusia.1
Sudah berbulan-bulan kami mencari cara yang lebih baik untuk melayan terhadap keperluan-keperluan rohani dan jasmani orang ramai dengan cara Juruselamat.
Kami telah membuat keputusan untuk bersara daripada pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung. Sebaliknya, kita akan melaksanakan sebuah kaedah baharu, lebih kudus untuk menjaga dan melayan orang lain. Kami akan mengenali usaha-usaha ini sebagai “pelayanan.”
Usaha-usaha pelayanan berkesan dilakukan dengan kurnia dalaman para saudari dan kuasa imamat yang tiada bandingan. Kita semua perlukan perlindungan ini daripada muslihat dan kelicikan iblis.
Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas Rasul dan Sister Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan akan menjelaskan bagaimana para saudara imamat dan para saudari Lembaga Pertolongan yang diberi tugas akan berfungsi dengan melayan dan mengawasi ahli-ahli Gereja di seluruh dunia.
Presidensi Utama dan Dua Belas bersatu mengesahkan ucapan-ucapan mereka. Dengan syukur dan doa, kita mula bab baru dalam sejarah Gereja. Dalam nama Yesus Kristus, amin