2010–2019
Seperti Kristus Mengampuni Anda, Harus Anda Lakukan Perkara Sama
April 2018


2:3

Seperti Kristus Mengampuni Anda, Harus Anda Lakukan Perkara Sama

Kita semua boleh menerima kedamaian yang tidak terkata dan perkongsian dengan Juruselamat kita apabila kita belajar untuk mengampuni mereka yang menyalahi kita.

“Pada hari Ahad, ketika hari masih subuh, wanita-wanita itu pergi ke kubur dan membawa ramuan yang sudah disediakan oleh mereka.

“Mereka mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan.

“Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah Tuhan Yesus.

“Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang lelaki yang mengenakan pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka.

“Kerana ketakutan, wanita-wanita itu bersujud. Lalu kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati?

“Dia tidak ada di sini, tetapi telah bangkit.”1

Esok adalah hari Sabat Easter, kita akan ingat dalam cara yang istimewa apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita: “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”2 Pada satu hari, kita akan bangkit seperti Dia, untuk hidup selamanya.

Melalui mukjizat kudus Korban Tebusan Yesus Kristus, kita juga boleh menerima kurnia keampunan untuk dosa dan kesilapan kita, jika kita menerima peluang dan tanggungjawab pertaubatan. Dan melalui penerimaan tatacara yang perlu, mentaati perjanjian, dan mematuhi perintah, kita boleh mendapat kehidupan abadi dan permuliaan.

Hari ini, Saya ingin fokus kepada keampunan, satu kurnia yang penting dan berharga yang dipersembahkan kepada kita oleh Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus.

Pada satu malam Disember 1982, isteri saya Terry dan saya dibangunkan oleh satu panggilan telefon di rumah kami di Pocatello, Idaho. Apabila saya menerima panggilan telefon itu, saya mendengar tangisan. Akhirnya, kakak saya dengan suara yang bergelut berkata, “Tommy sudah meninggal.”

Seorang pemandu yang mabuk, yang memecut dengan kelajuan 85 batu (135 km) sejam, dengan cuai melanggari lampu merah di satu kawasan perumahan Denver, Colorado. Dia langgar dengan ganas ke dalam kereta yang di pandu adik bongsu saya, Tommy dan membunuhnya serta isterinya Joan serta merta. Mereka sedang pulang ke anak perempuan mereka yang masih muda selepas satu perayaan Krismas.

Isteri dan saya terbang terus ke Denver dan pergi ke rumah mayat. Kami berkumpul dengan ibu bapa dan adik beradik sedih dengan kehilangan Tommy dan Joan. Kami telah kehilangan mereka kerana satu jenayah yang tidak masuk akal. Kami sakit hati, dan kemarahan mula membina dalam diri saya terhadap pesalah mudah itu.

Tommy pernah bekerja sebagai peguam dalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan dalam lalu untuk menjadi seorang pembela untuk perlindungan tanah dan sumber semula jadi tanah Orang Asli Amerika untuk untuk tahun-tahun yang akan datang.

Selepas beberapa masa telah berlalu satu pendengaran mahkamah diadakan untuk lelaki muda yang bertanggungjawab untuk pembunuhan dengan kenderaan itu. Dalam kesedihan mereka yang masih berterusan, ibu bapa dan kakak saya, Katy, menghadiri pendengaran itu. Ibu bapa pemandu mabuk itu pun berada di sana, selepas pendengaran selesai, mereka duduk di kerusi dan menangis. Ibu bapa dan kakak saya duduk berdekatan dan mereka berusaha untuk mengawal emosi mereka sendiri. Selepas beberapa ketika, ibu bapa dan kakak saya berdiri dan berjalan ke ibu bapa pemandu itu dan memberi mereka katak-kata selesa dan keampunan. Para lelaki berjabat tangan; para wanita memegang tangan; terdapat kesedihan yang mendalam dan air mata untuk semua dan satu pengiktirafan bahawa kedua-dua keluarga telah menderita dengan banyak. Ibu, Bapa dan Katy memimpin dengan menunjukkan kekuatan yang senyap dan keberanian dan menunjukkan kepada keluarga bagaimana rupa keampunan.

Jangkauan keampunan tersebut menyebabkan hati saya dilembutkan dan membuka jalan kepada penyembuhan. Dengan masa, saya belajar bagaimana untuk mempunyai hati yang mengampuni. Hanya dengan pertolongan Putera Kedamaian beban pedih saya diangkat. Hati saya akan selalu merindui Tommy dan Joan, tetapi keampunan sekarang membenarkan saya untuk mengingati mereka dengan kegembiraan yang tidak terhingga. Dan saya tahu bahawa kami akan bersama lagi sebagai satu keluarga.

Saya tidak mencadangkan kita biarkan kelakuan yang menyalahi undang-undang. Kita tahu dengan baik bahawa setiap individu akan bertanggungjawab untuk semua kelakuan jenayah dan sivil mereka. Walau bagaimanapun, kita juga tahu bahawa sebagai putera dan puteri Tuhan yang mengikuti ajaran-ajaran Yesus Kristus. Kita harus mengampuni walaupun orang lain mungkin tidak berhak ke atas pengampunan kita.

Juruselamat mengajarkan:

“Kerana jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di syurga akan mengampuni kamu juga:

Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”3

Kita semua boleh menerima kedamaian yang tidak terkata dan perkongsian dengan Juruselamat kita apabila kita belajar untuk mengampuni mereka yang menyalahi kita. Perkongsian ini membawa kuasa Juruselamat dalam hidup kita melalui cara yang tidak boleh dilupakan.

Rasul Paulus menasihati:

“Kamu umat Tuhan … berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar;

Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni … kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu.”4

Tuhan sendiri telah mengisytiharkan:

“Kerananya, Aku berfirman kepadamu, bahwa kamu seharusnya mengampuni satu sama lain; karena dia yang tidak mengampuni saudaranya akan pelanggarannya berdiri terhukum di hadapan Tuhan; karena ada tinggal dalam dirinya dosa yang lebih besar.”

“Aku, Tuhan, akan mengampuni orang yang hendak Aku ampuni, tetapi daripadamu diminta untuk mengampuni semua orang”5

Ajaran-ajaran Juruselamat dan Penebus, Yesus Kristus adalah jelas, mereka yang berdosa harus sanggup mengampuni orang lain jika dia ingin menerima keampunan.6

Saudara dan saudara, adakah orang dalam hidup kita yang telah menyakiti kita? Adakah kita menyimpan perasaan marah dan kebencian yang diberi alasan? Adakah kita membiarkan keangkuhan untuk memegang kita daripada mengampuni dan melepaskannya? Saya menjemput semua orang untuk mengampuni sepenuhnya dan biarkan penyembuhan bermula dari dalam. Walaupun keampunan tidak datang hari ini, tahulah jika kita ingin dan bekerja untuknya, ia akan datang—seperti ia datang untuk saya bagi kematian abang saya.

Tolong juga ingat bahawa satu unsur penting bagi keampunan termasuk mengampuni diri sendiri.

“Lihatlah, dia yang bertaubat dari dosa-dosanya” Tuhan berkata. “orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi.7

Saya merayu untuk kita semua hari ini untuk mengingati dan mengikuti contoh Yesus Kristus. Di atas salib Golgota, dalam kepedihan-Nya, Dia berkata: “Bapa, ampuni mereka; mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.”8

Dengan mempunyai roh yang mengampuni dan bertindak ke atasnya, seperti ibu bapa dan kakak saya, kita boleh merealisasikan janji Juruselamat: ‘Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”9

Saya bersaksi bahawa kedamaian ini akan datang ke dalam hidup anda jika kita mengikuti ajaran-ajaran Yesus Kristus dan mengikuti contoh-Nya dalam mengampuni orang lain. Jika kita mengampuni, Saya berjanji Juruselamat akan menguatkan kita, dan kuasa-Nya dan kegembiraan akan memenuhi hidup kita.

Makam itu kosong. Kristus hidup. Saya ketahui Dia. Saya sayangi Dia. Saya amat bersyukur terhadap rahmat-Nya, yang merupakan kuasa menguatkan yang cukup untuk menyembuhi semua perkara. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.