2010–2019
Sehingga Tujuh Puluh Kali Tujuh Kali
April 2018


2:3

Sehingga Tujuh Puluh Kali Tujuh Kali

Di tengah kehidupan yang penuh dengan penghalang dan ketidaksempurnaan, kita semua bersyukur untuk peluang sekali lagi.

Kesilapan berlaku pada setiap hari. Belajar untuk mahir bermain piano pada asasnya mustahil tanpa melakukan beribu-ribu kesilapan—mungkin sejuta pun. Untuk mempelajari bahasa asing, seorang mesti menghadapi rasa malu daripada melakukan beribu-ribu kesilapan—mungkin sejuta pun. Malah atlet terbesar di dunia tidak pernah berhenti melakukan kesilapan.

“Kejayaan,” ia telah dikatakan, “tidak kekurangan kegagalan, tetapi mengalami banyak kegagalan tanpa kehilangan semangat.”1

Selepas ciptaan mentol lampu, Thomas Edison kononnya berkata, “Saya tidak gagal 1,000 kali. Mentol lampu ialah ciptaan dengan 1,000 langkah.”2 Charles F. Kettering memanggil kegagalan “petanda pada jalan ke pencapaian.”3 Harap-harap setiap kesilapan yang dilakukan menjadi sebuah pelajaran kebijaksanaan, membuatkan penghalang menjadi batu loncatan.

Iman Nefi yang tidak berbelah bahagi menolong dia untuk mengalami banyak kegagalan sehingga dia akhirnya mendapati kepingan-kepingan loyang. Musa cuba 10 kali sebelum dia akhirnya berjaya dengan berlari dari Mesir dengan orang Israel.

Kita mungkin merenungkan—jika kedua-dua Nefi dan Musa di atas tugasan Tuhan, mengapa Tuhan tidak campur tangan dan menolong mereka mencapai kejayaan pada percubaan pertama? Mengapa Dia membenarkan mereka—dan kita—berkesusahan dan gagal dalam percubaan kita untuk berjaya? Antara banyak jawapan yang penting kepada soalannya, di sini ada beberapa:

  • Pertama, Tuhan mengetahui bahawa “segala hal ini akan memberi [kita] pengalaman, dan akanlah demi kebaikan [kita].”4

  • Kedua, untuk membenarkan kita “mengenyam yang pahit, agar [kita] boleh tahu untuk menghargai yang baik.”5

  • Ketiga, untuk membuktikan bahawa “Dia sentiasa menang dalam peperangan,”6 dan kitahanya boleh mencapai kerja-Nyadan menjadi seperti Dia melalui rahmat-Nya.7

  • Keempat, untuk menolong kita membangunkan banyak sifat seperti Kristus yang tidak dapat diperolehi kecuali melalui pertentangan8 dan “di dalam relau.”9

Jadi, di tengah kehidupan yang penuh dengan penghalang dan ketidaksempurnaan, kita semua bersyukur untuk peluang sekali lagi.

Pada tahun 1970, sebagai pelajar baru di BYU, saya mendaftar dalam kursus asas-asas fizik yang diajar oleh Jae Ballif, seorang profesor yang cemerlang. Selepas mengakhiri setiap unit kursus, dia memberi ujian. Jika seorang pelajar menerima C dan ingin markah lebih tinggi, Profesor Ballif membenarkan pelajar mengambil ujian yang berbeza yang merangkumi bahan-bahan yang sama. Jika pelajar itu menerima B pada kali kedua dan masih tidak puas hati, dia boleh mengambil ujian kali ketiga dan keempat, dan seterusnya. Dengan memberi saya banyak peluang, dia menolong saya menjadi cemerlang dan akhirnya mendapat A dalam kelas dia.

Profesor Jae Ballif

Dia seorang profesor yang sangat bijak yang mempengaruhi para pelajarnya untuk terus mencuba—untuk membayangkan kegagalan sebagai tutor, bukan sebagai sebuah tragedi, dan jangan takut kegagalan tetapi belajar daripada ia.

Baru-baru ini saya menelefon lelaki hebat ini 47 tahun selepas mengambil kursus fiziknya. Saya menanya dia mengapa dia sudi memberi para pelajar percubaan tanpa had untuk memperbaiki markah mereka. Jawapannya: “Saya ingin berada pada pihak yang sama seperti pelajar.”

Semasa kita bersyukur untuk peluang sekali lagi selepas kesilapan, atau kegagalan minda, kita berdiri kagum kerana rahmat Juruselamat yang memberi peluang untuk mengatasi dosa, atau kegagalan hati.

Tiada orang yang berada pada pihak kita lebih daripada Juruselamat. Dia membenarkan kita terus mengambil ujian-Nya semula. Untuk menjadi seperti Dia akan memerlukan peluang yang tidak terkira semasa perjuangan harian dengan manusia alamiah, seperti mengawal nafsu, belajar kesabaran dan keampunan, mengatasi kemalasan, dan mengelakkan dosa peninggalan, untuk menamakan beberapa hal. Jika alamiah manusia penuh kesilapan, kita akan mengambil berapa banyak kegagalan sehingga sifat kita tidak seperti manusia lagi tetapi sudah menjadi ilahi? Beribu-ribu? Lebih mungkin sejuta.

Mengetahui bahawa lorong sempit dan kecil penuh dengan percubaan dan kegagalan akan menjadi kejadian harian bagi kita, Juruselamat membayar harga tidak terhingga untuk memberi kita sebanyak peluang mungkin untuk meluluskan percubaan fana. Pertentangan yang Dia benarkan boleh sering kelihatan tidak dapat diatasi dan hampir mustahil untuk menanggung, tetapi Dia tidak meninggalkan kita tanpa harapan.

Untuk memastikan harapan kita tidak luntur semasa menghadapi percubaan, rahmat Juruselamat selalunya sedia. Rahmat-Nya ialah “cara ilahi untuk pertolongan atau kekuatan, … kuasa yang memungkinkan dari Tuhan yang membenarkan para lelaki dan wanita untuk memperoleh kehidupan abadi dan permuliaan selepas mereka memberikan usaha mereka yang terbaik.”10 Rahmat dan mata-Nya yang penyayang berada di atas kita di sepanjang perjalanan semasa Dia mengilhami, meringankan beban, menguatkan, membebaskan, melindungi, menyembuh, dan “menyokong umat-Nya,” semasa mereka berjuang sepanjang lorong sempit dan kecil.11

Pertaubatan ialah kurnia Tuhan yang selalu boleh diakses dan membolehkan kita mengalami kegagalan tanpa kehilangan semangat. Pertaubatan bukanlah rancangan sandaran-Nya sekiranya kita gagal. Pertaubatan ialah rancangan-Nya, mengetahui kita akan gagal. Inilah injil pertaubatan, seperti Presiden Russell M. Nelson telah memerhati, ia “kurikulum seumur hidup.”12

Dalam kurikulum pertaubatan seumur hidup, sakramen ialah cara yang ditetapkan Tuhan untuk memberikan akses berterusan kepada keampunan-Nya. Jika kita mengambil dengan hati yang hancur dan roh yang menyesal, Dia menawarkan keampunan mingguan semasa kita maju daripada kegagalan sepanjang perjalanan perjanjian. Kerana “terlepas dari dosa-dosa mereka, sanubari-Ku dipenuhi dengan rasa kasihan terhadap mereka.”13

Tetapi berapa kali akan Dia ampuni kita? Berapa besar panjang sabar-Nya? Pada suatu ketika Petrus menanya Juruselamat, “Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?”14

Petrus dan Yesus

Barangkali, Petrus berfikir tujuh kali cukup untuk menekan kebodohan daripada mengampuni terlalu banyak kali dan kebajikan mempunyai had. Sebagai jawapan, Juruselamat pada asasnya memberitahu Petrus jangan menghitung—jangan menentukan had pada keampunan.

“Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali!”15

Jelasnya, Juruselamat tidak menentukan had tertinggi pada 490. Itu sama dengan mengatakan bahawa pengambilan sakramen mempunyai had 490 kali, dan seorang juruaudit syurgawi campur tangan pada kali ke-491 dan berkata, “Maaf, tetapi kad pertaubatan anda baru tamat—anda berseorangan dari sekarang.”

Tuhan menggunakan nombor tujuh puluh kali tujuh sebagai suatu metafora korban tebusan yang tidak terhingga, kasih sayang yang tak terbatas, dan rahmat-Nya yang tiada had. “Ya, dan sekerap umat-Ku bertaubat akanlah Aku ampuni mereka bagi pelanggaran mereka terhadap-Ku.”16

Itu tidak bermaksud bahawa sakramen membenarkan kita berdosa. Itu satu sebab frasa ini dimasukkan dalam kitab Moroni: “Tetapi jika mereka selalu bertaubat dan mencari keampunan, dengan niat yang bersungguh-sungguh, mereka akan diampuni.”17

Niat yang bersungguh-sungguh menandakan dengan usaha dan perubahan sebenar. “Perubahan” ialah perkataan dasar yang Panduan Kitab Suci gunakan untuk mentakrifkan pertaubatan: “Perubahan fikiran dan hati yang membawa sikap yang baru terhadap Tuhan, diri sendirim dan kehidupan secara umum.”18 Jenis perubahan itu menghasilkan pertumbuhan rohani. Kejayaan kita, kemudian, tidak berpindah dari kegagalan ke kegagalan, tetapi bertumbuh daripada kegagalan tanpa kehilangan semangat.

Mengenai perubahan, pertimbangkan wawasan ini: “Hal-hal yang tidak berubah tetap sama.” Kebenaran ini yang jelas tidak berniat untuk menghina kecerdasan anda tetapi ia kebijaksanaan Presiden Boyd K. Packer yang mendalam, yang kemudiannya menambah, “Dan selepas kita habis berubah—kita berhenti maju.19

Kerana kita tidak ingin berhenti maju sehingga kita menjadi seperti Juruselamat,20 kita perlu sentiasa bangun setiap kali kita jatuh, dengan keinginan untuk terus berkembang dan maju walaupun kelemahan kita. Dalam kelemahan, dia meyakinkan kita, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.”21

Kita hanya boleh membezakan pertumbuhan jasmani melalui fotografi selang masa atau carta pertumbuhan. Begitu juga, pertumbuhan rohani biasanya tidak dapat dilihat kecuali melalui lensa pandangan masa lepas. Ia bijak untuk sering memandang diri sendiri dengan lensa itu untuk mengenali kemajuan kita dan mengilhami kita untuk “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna.”22

Saya teramat bersyukur untuk kasih sayang, kesabaran, dan panjang sabar Ibu Bapa Syurgawi dan Juruselamat, yang memberikan peluang sekali lagi kepada kita untuk kembali ke hadirat Mereka. Dalam nama Yesus Kristus, amin.