2010–2019
Dan Kebahagiaan Kamu Menjadi Sempurna
Oktober 2017


2:3

Dan Kebahagiaan Kamu Menjadi Sempurna

Yesus Kristus adalah sumber semua penyembuhan, kedamaian, dan kemajuan abadi.

Para saudara dan saudari, saya gembira untuk bersama anda hari ini. Dan kerana itu saya ingin bercakap dengan anda tentang—mempunyai kegenapan kebahagiaan pagi ini.

Satu tajuk berita baru-baru ini membaca, “Bencana menggoyang negara [dan] dunia.”1 Dari taufan dan banjir ke gelombang panas dan kemarau, dari kebakaran hutan dan gempa bumi ke peperangan dan penyakit yang dahsyat, ia kelihatan “seluruh bumi [sedang] berada dalam huru-hara.”2

Berjuta-juta orang telah dipindahkan, dan banyak nyawa telah terganggu oleh cabaran-cabaran ini. Pertikaian dalam keluarga dan masyarakat serta perjuangan batin dengan ketakutan, keraguan, dan harapan yang tidak dipenuhi juga menyebabkan kita mengalami kekacauan. Ia sukar untuk merasakan kebahagiaan yang Lehi ajar adalah tujuan hidup.3 Kita semua pernah tanya: “Di mana saya boleh berpaling untuk kedamaian?” Di mana penghiburanku … ?”4 Kita tertanya, bagaimana saya boleh mencari kebahagiaan walaupun kesusahan kehidupan fana?

Jawapannya kelihatan terlalu mudah, tetapi ia telah dibuktikan benar sejak zaman Adam. Kebahagiaan abadi boleh didapati apabila bertumpu kepada Juruselamat kita, Yesus Kristus, dan hidup injil seperti ditunjuk dan diajar-Nya. Apabila kita belajar lebih, beriman, dan mencontohi Yesus Kristus, kita akan lebih memahami bahawa Dia adalah sumber semua penyembuhan, kedamaian, dan kemajuan abadi. Dia menjemput kita masing-masing untuk datang kepada-Nya,5 satu jemputan yang ditandai Presiden Henry B. Eyring sebagai “jemputan yang paling penting seseorang boleh terima.”6

Belajar tentang Yesus Kristus

Bagaimana kita datang kepada-Nya? April yang lalu, Presiden Russell M. Nelson dan Elder M. Russell Ballard menggalakkan kita untuk mengkaji “Kristus Yang Hidup”7 sebagai sebahagian pembelajaran tentang Juruselamat. Ramai telah menerima cabaran itu dan telah diberkati. Tidak lama lalu seorang kawan memberi setiap anak dewasa salinan dokumen itu dengan gambar injil untuk menggambarkan setiap frasa. Dia menggalakkan anak-anaknya untuk membantu cucu-cucu memahami dan menghafalnya. Pada masa kemudian kawan saya berkongsi video cucu berusia enam tahun bernama Laynie, membaca versi hafalannya dengan semangat dan keyakinan. Saya sedar jika seorang anak enam tahun boleh melakukannya, saya juga boleh!

Laynie, yang menghafal “Kristus Yang Hidup”

Apabila saya mengkaji hidup dan ajaran Yesus Kristus dengan lebih fokus dan komitmen untuk mengingati “Kristus Yang Hidup”, kesyukuran dan kasih saya untuk Juruselamat bertambah. Setiap ayat dari dokumen yang diilhamkan itu mengandungi khutbah dan telah meningkatkan pemahaman saya tentang peranan ilahi dan misi duniawi-Nya. Apa yang saya telah belajar dan rasai di sepanjang masa kajian dan renungan ini mengesah bahawa Yesus “adalah cahaya, hidup, dan harapan dunia.”8 Kata-kata yang ditulis atau diucapkan dalam kitab suci purba dan dari nabi zaman akhir yang memuji Tuhan memberi kesaksian bahawa “Jalan-Nya adalah jalan yang membawa kepada kebahagiaan dalam kehidupan ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang.”9

Beriman dalam Yesus Kristus

Apabila anda mengkaji kehidupan dan ajaran Kristus dalam pelbagai cara, iman anda kepada-Nya akan bertambah. Anda akan mengetahui bahawa Dia mengasihi anda secara individu dan memahami anda dengan sempurna. Dalam 33 tahun kefanaan-Nya, Dia mengalami penolakan; penganiayaan; kelaparan tubuh; kehausan; dan keletihan;10 kesepian; penderaan lisan dan fizikal; dan akhirnya, kematian yang luar biasa dalam tangan orang berdosa.11 Di Taman Getsemani dan pada salib tempat yang dipanggil “Tengkorak”, Dia merasakan semua kesakitan kita, penderitaan, cubaan, penyakit, dan kelemahan.12

Tidak kira apa penderitaan kita, Dia adalah sumber penyembuhan. Mereka yang telah mengalami penderaan, kehilangan menghancurkan, penyakit kronik atau penderitaan melumpuhkan, tuduhan yang tidak benar, penganiayaan ganas, atau kepatahan rohani dari dosa atau salah faham, semuanya boleh menjadi sempurna oleh Penebus dunia. Walau bagaimanapun, Dia tidak akan masuk tanpa jemputan. Kita mesti datang kepada-Nya dan membenarkan-Nya melakukan mukjizat-Nya.

Satu hari musim bunga yang indah saya meninggalkan pintu terbuka untuk udara segar. Satu burung kecil terbang masuk ke pintu terbuka dan kemudian sedar bahawa ia tidak mahu berada di situ. Ia terbang di sekeliling bilik dan cuba terbang terhadap cermin tingkap berulang kali untuk keluar. Saya cuba membimbingnya ke pintu terbuka, tetapi ia takut dan menjauhi saya. Ia kemudian mendarat di atas langsir tingkap dengan keletihan. Saya mengambil penyapu dan perlahan-lahan mencapainya dengan rambut penyapu. Apabila penyapu itu sampai ke kakinya, burung itu melangkah ke atas rambut penyapu itu. Dengan perlahan, saya berjalan terhadap pintu terbuka, sambil memegang penyapu itu dengan tenang. Sebaik saja kita sampai ke pintu terbuka, burung itu terbang menuju kebebasan.

Seperti burung itu, kadangkala kita takut untuk percaya kerana kita tidak memahami kasih penuh dan hasrat Tuhan untuk membantu kita. Tetapi apabila kita mengkaji rancangan Bapa Syurgawi dan misi Yesus Kristus, kita memahami bahawa objektif tunggal Mereka adalah kemajuan dan kebahagiaan abadi kita.13 Mereka gembira untuk membantu kita apabila kita minta, cari dan ketuk.14 Apabila kita melatih iman dan dengan rendah hati membuka diri kepada jawapan Mereka, kita akan bebas dari kekangan salah faham dan anggapan kita, dan kita boleh ditunjuk jalan ke hadapan.

Yesus Kristus juga adalah sumber kedamaian. Dia menjemput kita untuk “bersandar kepada kekuatan-[Nya]”15 dan menjanjikan “kesejahteraan … yang tidak mungkin difahami oleh manusia,”16 satu perasaan yang datang apabila Roh-Nya “memfirmankan kedamaian pada jiwa kita”17 tidak kira apa cabaran kita. Sama ada ia perjuangan peribadi, masalah keluarga, atau krisis masyarakat, kedamaian akan datang apabila kita percaya bahawa Putera Tunggal Tuhan mempunyai kuasa untuk menenangkan jiwa kita yang sakit.

Snježana Podvinski, seorang ahli di Croatia

Snježana Podvinski, seorang ahli di Karlovac, Croatia, bersandar pada Juruselamat apabila suami dan kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam tempoh enam bulan pada tahun lalu. Dia sedih, tetapi mempunyai kesaksian bahawa keluarga adalah abadi, dia menggunakan semua simpanannya untuk pergi ke bait suci, tempat dia dimeteraikan kepada suami dan ibu bapanya. Dia berkongsi bahawa hari-hari di dalam bait suci itu merupakan kemuncak dalam hidupnya. Kerana kesaksian teguhnya dalam Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya, dia telah merasakan kedamaian dan penyembuhan yang juga menjadi kekuatan bagi orang di sekelilingnya.

Iman dalam Yesus Kristus membawa lebih kurnia daripada penyembuhan dan kedamaian. Presiden Henry B. Eyring berkata: “Saya bersyukur kepada pelbagai cara Tuhan telah melawat saya dengan Penghibur ketika saya memerlukan kedamaian. Namun Bapa di Syurga kita risau bukan hanya tentang keselesaan kita tetapi lebih tentang kemajuan kita menuju ke syurga.”18

Kerana Korban tebusan Yesus Kristus, yang termasuk kurnia penebusan dan kebangkitan, kita boleh bertaubat, berubah, dan berkembang selamanya. Kerana kuasa yang Dia beri kepada kita apabila kita patuh, kita boleh mencapai lebih, dibandingkan dengan usaha sendiri. Kita mungkin tidak memahami dengan sepenuhnya, tetapi setiap daripada kita yang telah merasakan iman bertambah dalam Kristus juga telah mendapat pemahaman yang lebih besar mengenai identiti dan tujuan ilahi kita, yang membawa kita untuk membuat pilihan yang konsisten dengan pengetahuan itu.

Walaupun dunia akan cuba membawa kita ke bawah sampai tahap “binatang,”19 mengetahui bahawa Tuhan ialah Bapa kita menyakinkan kita mempunyai potensi ilahi dan janji diraja. Walaupun dunia ini memberitahu kita bahawa kehidupan ini adalah jalan mati, pengetahuan bahawa Putera Tunggal Tuhan telah memungkinkan kita untuk ditebus dan dibangkitkan memberi kita harapan untuk kemajuan abadi.

Mencontohi Yesus Kristus

Apabila kita belajar lebih tentang Yesus Kristus, kita mengembangkan iman dalam-Nya dan kita akan mahu mengikuti contoh-Nya. Mentaati perintah-Nya menjadi hasrat terbesar kita. Hati kita ingin meringankan penderitaan orang lain, seperti yang Dia lakukan, dan kita mahu mereka mengalami kedamaian dan kebahagiaan yang kita ada.

Mengapa cuba lakukan seperti yang Dia lakukan begitu hebat? Kerana apabila kita meletakkan iman dalam tindakan, Roh Kudus bersaksi akan kebenaran abadi.20 Yesus mengajar pengikut-Nya untuk mentaati perintah-Nya kerana Dia tahu apabila kita mengikuti contoh-Nya, kita akan mula mengalami kebahagiaan dan apabila kita terus dalam jalan-Nya, kita akan mencapai kegenapan kebahagiaan. Dia menjelaskan, “Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna.”21

Adakah kesaksian kita dibina di atas batuan dasar asas Yesus Kristus dan injil-Nya? Apabila ribut kehidupan menekan kita, adakah kita mencari buku pertolongan atau pos internet untuk bantuan? Mengambil masa untuk membina dan mengukuhkan pengetahuan dan kesaksian Yesus Kristus akan memberi ganjaran pada masa percubaan dan kesusahan. Kaji kitab suci setiap hari dan merenung kata-kata nabi hidup, terlibat dalam doa peribadi yang bermakna, mengambil bahagian dalam sakramen setiap minggu, melayan seperti Juruselamat—setiap aktiviti mudah ini membawa kepada kehidupan yang gembira.

Apakah yang membawa kebahagiaan kepada anda? Melihat orang kesayangan pada penghujung hari yang panjang? Kepuasan dari kerja yang dilakukan dengan baik? Cahaya di mata seseorang yang menerima pertolongan? Kata-kata lagu rohani yang mencapai jauh ke dalam hati anda? Cengkaman tangan seorang kawan baik? Ambil masa peribadi untuk merenung berkat-berkat anda, dan kemudian cari cara untuk berkongsi mereka. Apabila anda menjangkau untuk melayan dan mengangkat saudara dan saudari dalam kejiranan anda atau di seluruh dunia ini yang berada dalam banyak kekecohan, anda akan merasakan kedamaian, penyembuhan, dan juga kemajuan yang lebih mendalam.

Datang kepada-Nya. Saya bersaksi apabila anda memusatkan hidup kepada Yesus Kristus, anda akan mencari kebahagiaan, tidak kira apa jua keadaan. Sesungguhnya, “Dia, yang Satu,”22 adalah jawapannya. Cari dan ambil masa untuk mengenali Yesus Kristus melalui kajian tekun, meningkatkan iman pada-Nya, dan berusaha untuk menjadi lebih seperti-Nya.Apabila kita berbuat demikian, kita juga akan berkata, dengan Laynie, “Bersyukur kepada Tuhan Bapa kerana kurnia Putera-Nya yang tiada bandingnya.”23 Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.