Agar Dia Menjadi Kuat Juga
Saya berdoa agar kita akan naik ke panggilan kita untuk mengangkat orang lain untuk menyediakan mereka untuk pelayanan mereka yang gemilang.
Saya rasa diberkati untuk berada di pertemuan ini dengan orang yang memegang imamat Tuhan. Penumpuan, iman, dan pelayanan yang tidak mementingkan diri dalam kumpulan lelaki dan budak ini merupakan mukjizat moden. Saya berucap malam ini kepada para pemegang imamat, baik yang tua mahupun yang muda, yang bersatu dalam pelayanan sepenuh hati kepada Tuhan Yesus Kristus.
Tuhan memberi kuasa-Nya kepada mereka dalam semua jawatan imamat yang melayani dengan layak dalam tugas imamat mereka.
Wilford Woodruff, sebagai Presiden Gereja, menggambarkan pengalamannya dalam jawatan-jawatan imamat:
“Saya dengar khutbah pertama saya di Gereja ini. Hari berikut saya dibaptiskan. … Saya ditahbis seorang Pengajar. Misi saya segera bermula. … Saya melayani sepanjang misi itu sebagai Pengajar. … Di persidangan saya ditahbis seorang Imam. … Setelah saya ditahbis seorang Imam saya dihantar … ke misi di negeri-negeri selatan. Itu berlaku semasa musim luruh 1834. Saya bersama rakan, dan kami bermula tanpa duit dan bekal. Saya berjalan sendiri banyak batu dan mengkhutbahkan Injil, dan saya membaptiskan orang yang saya tidak dapat menetapkan dalam Gereja, kerana saya hanya Imam sahaja. … Saya berjalan banyak mengkhutbahkan Injil sebelum saya ditahbis seorang Elder. …
“[Sekarang] saya sudah 54 tahun sebagai ahli Dua Belas Rasul. Saya telah berjalan dengan kuorum itu dan dengan kuorum-kuorum lain selama enam puluh tahun; dan saya ingin berkata kepada perhimpunan ini bahawa saya disokong oleh kuasa Tuhan semasa saya memegang jawatan Pengajar, dan juga semasa saya menjalankan tugas-tugas di ladang anggur sebagai Imam, sama seperti saya disokong sebagai Rasul. Tidak ada perbezaan dalam hal ini asalkan kita melakukan tugas kita.”1
Kemungkinan rohani tidak ada perbezaan yang hebat itu dicadangkan dalam penjelasan Tuhan mengenai Imamat Harun sebagai “tambahan” kepada Imamat Melkisedek.2 Perkataan tambahan bermaksud dua imamat itu keterkaitan. Kaitan ini adalah penting untuk imamat menjadi kekuasaan dan berkat yang ia dapat menjadi, di dunia ini dan untuk selamanya, kerana imamat adalah “tanpa permulaan hari atau berakhirnya tahun.”3
Kaitan ini mudah. Imamat Harun menyediakan para remaja putera untuk kepercayaan yang lebih kudus lagi.
“Kuasa dan wewenang imamat tinggi, atau Imamat Melkisedek, ialah untuk memegang kunci-kunci semua berkat rohani Gereja—
“Untuk mempunyai hak istimewa menerima rahsia-rahsia kerajaan syurga, untuk syurga terbuka kepada mereka, untuk berhubung dengan perhimpunan umum gereja Putera Sulung, dan untuk mengalami hubungan dan hadirat Tuhan Bapa, dan Yesus pengantara perjanjian baru.”4
Kunci-kunci imamat itu digunakan dengan sepenuhnya oleh hanya satu lelaki pada satu masa, iaitu Presiden dan imam tinggi yang memimpin Gereja Tuhan. Selepas itu, dengan delegasi Presiden, setiap lelaki yang memegang Imamat Melkisedek dapat dianugerahi dengan wewenang dan hak istimewa berucap dan bertindak dalam nama Yang Maha Kuasa. Ada infiniti dalam kuasa itu. Ia berkenaan dengan kehidupan dan kematian, dengan keluarga dan Gereja, dengan sifat-sifat hebat Tuhan sendiri dan pekerjaan-Nya yang abadi.
Tuhan sedang menyediakan pemegang Imamat Harun untuk menjadi elder yang melayan dengan iman, kuasa, dan kesyukuran dalam Imamat Melkisedek yang gemilang itu.
Untuk para elder, kesyukuran yang dalam akan menjadi sangat penting dalam melaksanakan bahagian anda dalam pelayanan imamat penuh. Anda akan ingat masa anda sebagai deakon, pengajar, atau imam bila mereka yang memegang imamat tinggi berusaha mengangkat dan menggalakkan anda dalam perjalanan imamat anda.
Setiap pemegang Imamat Melkisedek mempunyai kenangan yang demikian, tetapi rasa kesyukuran mungkin berkurangan dengan masa. Harapan saya adalah untuk membawa kembali perasaan itu dan juga keazaman untuk memberi bantuan yang sama yang anda pernah terima kepada semua yang mungkin.
Saya ingat seorang uskup yang memperlakukan saya seperti saya sudah mencapai potensi saya dalam kuasa imamat. Dia panggil saya pada satu hari Ahad sewaktu saya seorang imam. Dia berkata dia perlu saya untuk menjadi rakan dia untuk mengunjungi beberapa ahli dalam bahagian kami. Dia bercakap seperti saya adalah satu-satunya harapan dia untuk kejayaan. Dia tidak perlukan saya. Dia mempunyai penasihat-penasihat yang sungguh baik dalam lembaga uskup dia.
Kami mengunjungi seorang balu yang tidak ada banyak duit atau makanan. Uskup ingin agar saya tolong dia untuk mencapai hati balu itu, mencabar dia untuk membuat dan menggunakan belanjawan, dan berjanji dengan dia bahawa dia dapat naik ke keadaan di mana dia bukan saja dapat menjaga dirinya tetapi juga membantu orang lain.
Selepas itu kami pergi untuk menolong dua anak perempuan kecil yang hidup dalam keadaan yang susah. Ketika kami berjalan dari rumah mereka, uskup berkata dengan senyap kepada saya, “Anak-anak itu tidak akan pernah lupa bahawa kita mengunjungi mereka.”
Di rumah seterusnya, saya melihat bagaimana untuk menjemput seorang lelaki yang kurang aktif untuk datang kembali ke Tuhan dengan meyakinkan dia bahawa ahli-ahli bahagian memerlukan dia.
Uskup itu merupakan pemegang Imamat Melkisedek yang mempertingkatkan visi saya dan memberikan saya semangat melalui contoh. Dia mengajar saya untuk mempunyai kuasa dan keberanian untuk pergi ke mana-mana dalam pelayanan untuk Tuhan. Dia lama sudah meninggal dunia, tetapi saya masih ingat dia kerana dia berusaha mengangkat saya sewaktu saya pemegang Imamat Harun yang tidak berpengalaman. Kemudian saya mendapat tahu bahawa dia melihat saya di jalan imamat tanggungjawab yang lebih besar, yang saya tidak dapat melihat pada masa itu.
Ayah saya melakukan hal yang sama untuk saya. Dia merupakan pemegang Imamat Melkisedek yang berpengalaman dan bijak. Satu kali dia diminta oleh seorang Rasul untuk menulis nota kecil tentang bukti saintifik untuk umur bumi. Dia menulis dengan teliti, mengetahui bahawa beberapa orang yang mungkin membacanya mempunyai perasaan yang kuat bahawa bumi jauh lebih muda daripada yang dicadangkan oleh bukti saintifik.
Saya masih ingat ayah saya memberi saya apa yang dia tulis dan berkata kepada saya, “Hal, kamu mempunyai kebijaksanaan rohani untuk mengetahui kalau saya patut mengirim surat ini ke para rasul dan nabi.” Saya tidak dapat ingat banyak dari surat itu, tapi saya akan membawa dengan saya selamanya kesyukuran yang saya rasa untuk pemegang Imamat Melkisedek yang sungguh baik yang melihat di dalam saya kebijaksanaan rohani yang saya tidak dapat melihat.
Pada satu malam, banyak tahun kemudian, selapas saya ditahbis seorang Rasul, nabi Tuhan panggil saya dan meminta saya untuk membaca sesuatu yang dia telah menulis tentang ajaran Gereja. Sepanjang malam dia membaca bab-bab sesuatu buku. Dia berkata dengan ketawa, “Saya tidak dapat baca habis ini. Kamu tidak patut rehat semasa saya bekerja.” Selepas itu dia menggunakan kata-kata yang hampir sama dengan kata-kata ayah saya banyak tahun sebelum ini: “Hal, kamulah yang patut membaca ini. Kamu akan mengetahui kalau ia patut diberitakan.”
Contoh pemegang Imamat Melkisedek menaikkan visi dan memberi keyakinan datang lagi pada satu malam di pesta ucapan yang ditaja oleh Gereja. Pada umur 17 tahun, saya diminta berucap kepada kumpulan penonton yang besar. Saya langsung tidak tahu apa yang diharapkan daripada saya. Saya tidak diberikan tajuk, jadi saya menyediakan ucapan yang jauh melebihi apa yang saya tahu tentang Injil. Ketika saya berucap, saya sedar bahawa saya telah membuat kesilapan. Saya masih dapat ingat selepas saya berucap, saya ada perasaan yang saya gagal.
Pembicara seterusnya dan terakhir adalah Elder Matthew Cowley dari Kuorum Dua Belas Rasul. Dia merupakan pembicara yang hebat—dia disayangi di seluruh Gereja. Saya masih ingat melihat dia dari kerusi saya di sebelah mimbar.
Dia bermula dengan suara yang berkuasa. Dia berkata bahawa ucapan saya telah membuat dia rasa bahawa dia berada di persidangan yang sangat besar. Dia senyum ketika mengatakannya. Perasaan yang saya gagal keluar dan diikuti oleh keyakinan bahawa saya pada satu hari nanti akan menjadi apa yang dia fikir saya sudah menjadi.
Kenangan malam itu masih membawa saya untuk mendengar dengan teliti apabila seorang pemegang Imamat Harun berucap. Oleh kerana apa yang Elder Cowley melakukan untuk saya, saya selalu mengharapkan bahawa saya akan mendengar firman Tuhan. Saya jarang kecewa dan kerap kali ketakjuban, dan saya tidak boleh tidak senyum seperti Elder Cowley.
Banyak perkara boleh membantu memperkukuh saudara-saudara kita yang lebih muda untuk maju dalam imamat, tetapi tidak ada apa-apa yang lebih berkuasa daripada kita membantu mereka untuk mengembangkan iman dan keyakinan bahawa mereka dapat bergantung pada kuasa Tuhan dalam pelayanan imamat mereka.
Iman dan keyakinan itu tidak akan tinggal dengan mereka dari satu pengalaman diangkat oleh bahkan pemegang Imamat Melkisedek yang paling berbakat. Kebolehan untuk bergantung pada kuasa-kuasa itu mesti dikembangkan oleh banyak pernyataan keyakinan dari mereka yang lebih berpengalaman dalam imamat.
Para pemegang Imamat Harun juga akan memerlukan galakan dan pembetulan harian dan bahkan setiap jam dari Tuhan Sendiri melalui Roh Kudus. Itu akan ada untuk mereka bila mereka memilih untuk menjadi layak. Ini akan bergantung pada pilihan-pilihan yang mereka akan buat.
Itulah kenapa kita harus mengajar melalui contoh dan kesaksian bahawa kata-kata pemegang Imamat Melkisedek yang hebat Raja Benyamin adalah benar.5 Kata-kata itu merupakan kata-kata kasih yang diucapkan dalam nama Tuhan, yang memiliki imamat ini. Raja Benyamin mengajar apa yang diperlukan daripada kita untuk kekal menjadi cukup suci untuk menerima galakan dan pembetulan Tuhan:
“Dan akhirnya, aku tidak dapat memberitahu kamu segalanya yang dengannya kamu boleh berbuat dosa; kerana ada pelbagai jalan dan cara, bahkan sedemikian banyaknya sehingga aku tidak dapat menghitungnya.
“Tetapi sebanyak ini aku dapat memberitahu kamu, bahawa jika kamu tidak menjaga dirimu, dan fikiranmu, dan perkataan-perkataanmu, dan perbuatanmu, dan mematuhi perintah-perintah Tuhan, dan berterusan dalam iman tentang apa yang telah kamu dengar berkenaan kedatangan Tuhan kita, bahkan sampai akhir hidupmu, kamu mestilah binasa. Dan sekarang, wahai manusia, ingatlah, dan janganlah binasa.”6
Kita semua sedar akan panah api musuh kesolehan yang dihantar seperti angin yang sangat teruk terhadap para pemegang imamat yang muda yang kita mengasihi begitu banyak. Bagi kita, mereka nampaknya seperti askar-askar teruna, yang memanggil diri mereka anak-anak Helaman. Mereka dapat selamat, seperti askar-askar yang muda itu lakukan, jika mereka mengekalkan keselamatan mereka, seperti Raja Benyamin menggesa mereka untuk melakukan.
Anak-anak Helaman tidak ragu. Mereka bertempur dengan berani dan akhirnya menjadi penakluk kerana mereka percaya perkataan ibu-ibu mereka.7 Kita memahami kuasa dan iman seorang ibu yang penuh kasih. Ibu-ibu memberi sokongan yang besar kepada anak-anak mereka hari ini. Kita para pemegang imamat dapat dan mesti tambah kepada sokongan itu dengan keazaman kita untuk menjawab panggilan bahawa bila kita berpaling kepada Tuhan, kita akan berusaha memperkukuh saudara-saudara kita.8
Doa saya adalah bahawa setiap pemegang Imamat Melkisedek akan menerima kesempatan yang diberikan oleh Tuhan:
“Dan bila ada seseorang di antara kamu menjadi kuat dalam Roh, biarlah dia mengambil bersamanya orang yang lemah, agar dia dapat diperkuat dalam kelembutan hati, agar dia menjadi kuat juga.
“Kerana itu, bawa bersamamu mereka yang telah ditahbis kepada imamat yang lebih rendah, dan utuslah mereka mendahuluimu untuk membuat janji, dan mempersiapkan jalan, dan untuk memenuhi janji-janji yang kamu sendiri tidak dapat memenuhinya.
“Lihatlah, inilah caranya para Rasul-Ku pada zaman dahulu membangun gereja bagi-Ku.”9
Anda para pemimpin imamat dan para ayah pemegang Imamat Harun boleh melakukan mukjizat. Anda dapat membantu Tuhan memenuhi kuorum elder yang beriman dengan remaja putera yang menerima panggilan untuk mengkhutbahkan Injil dan melakukannya dengan keyakinan. Anda akan melihat banyak orang yang telah anda mengangkat dan menggalakkan yang terus beriman, berkahwin dengan layak di dalam bait suci, dan kemudian mengangkat dan menyediakan orang lain.
Ini tidak memerlukan program aktiviti baru, bahan pengajaran yang lebih baik, atau media sosial yang lebih baik. Ini tidak memerlukan apa-apa panggilan yang lebih daripada panggilan anda sekarang. Sumpah dan perjanjian imamat memberikan anda kuasa, wewenang, dan arahan. Saya berdoa agar anda akan pulang ke rumah dan belajar dengan teliti sumpah dan perjanjian imamat, yang terdapat di Ajaran dan Perjanjian bahagian 84.
Semua kita berharap agar lebih banyak remaja putera akan mempunyai pengalaman seperti Wilford Woodruff, yang, sebagai pemegang Imamat Harun, mengajar Injil Yesus Kristus dengan kuasa yang bertukar hati.
Saya berdoa agar kita akan naik ke panggilan kita untuk mengangkat orang lain untuk menyediakan mereka untuk pelayanan mereka yang gemilang. Saya berterima kasih dengan seluruh hati saya kepada orang-orang yang sungguh baik yang telah mengangkat saya dan menunjukkan saya bagaimana untuk mengasihi dan mengangkat orang lain.
Saya bersaksi bahawa Presiden Thomas S. Monson memegang semua kunci imamat di dunia pada masa ini. Saya bersaksi bahawa dia, sepanjang hidup dia, telah menjadi teladan untuk kita semua tentang berusaha mengangkat orang lain sebagai pemegang Imamat Melkisedek. Saya bersyukur secara peribadi untuk cara dengan mana dia telah mengangkat saya dan menunjukkan saya bagaimana untuk mengangkat orang lain.
Tuhan Bapa hidup. Yesus ialah Kristus. Inilah Gereja dan Kerajaan-Nya. Inilah imamat-Nya. Saya tahu ini bagi diri saya sendiri melalui kuasa Roh Kudus. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.