2010–2019
Sakramen Boleh Menolong Kita Menjadi Kudus
Oktober 2016


9:55

Sakramen Boleh Menolong Kita Menjadi Kudus

Pertimbangkan lima cara untuk meningkatkan kesan dan kuasa penyertaan kita dalam tatacara kudus sakramen.

Salah satu peringatan awal saya ialah pertemuan sakramen yang diadakan dalam rumah kami di Warnambool, Australia. Agak-agak ada 10 ke 15 orang menghadiri cawangan kami, dan bapa saya, salah satu daripada tiga orang pemegang imamat, biasanya berpeluang untuk memberkati sakramen. Saya ingat perasaan saya semasa dia membaca kata-kata doa sakramen dengan rendah hati dan berhati-hati. Suaranya selalu bergetar apabila dia rasa Roh. Kadangkala dia perlu berhenti sekejap untuk mengawal emosinya sebelum dia lengkapkan doa itu.

Kerana saya hanya berusia lima tahun masa itu, saya tidak faham erti penuh kata-kata yang diucap atau apa yang berlaku; tetapi, saya tahu ini satu perkara yang khas. Saya boleh rasa ketenangan dan pengaruhan yang pasti dari Roh Kudus semasa bapa saya merenungkan kasih sayang Juruselamat bagi kita.

Juruselamat ajar: “Dan ini akan selalu kamu lakukan terhadap mereka yang bertaubat dan dibaptis dalam nama-Ku, dan kamu akan melakukannya sebagai peringatan akan darah-Ku, yang telah aku tumpahkan bagimu, agar kamu boleh bersaksi kepada Bapa bahawa kamu selalu mengingati-Ku. Dan jika kamu selalu mengingati-Ku kamu akan memiliki Roh-Ku bersamamu”(3 Nefi 18:11).

Saya menjemput kita semua pertimbangkan lima cara untuk meningkatkan kesan dan kuasa penyertaan kita dalam tatacara kudus sakramen, satu tatacara yang boleh menolong kita menjadi kudus.

1. Bersedia Lebih Awal

Kita boleh mulakan persediaan sakramen kita sebelum permulaan pertemuan sakramen. Hari Sabtu ialah satu masa yang baik untuk merenungkan kemajuan dan persediaan rohani kita.

Bersedia untuk Hari Ahad

Kefanaan ialah satu kurnia dalam perjalanan kita untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi kita. Ia perlu termasuk cubaan dan cabaran yang menyediakan peluang bagi kita untuk berubah dan berkembang. Raja Benyamin ajar bahawa “manusia alamiah adalah musuh kepada Tuhan, ... Dan akan demikian, selama-lamanya, kecuali dia menyerah pada pujukan Roh Kudus, dan menanggalkan manusia alamiah dan menjadi orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan”(Mosia 3:19) Penyertaan dalam tatacara sakramen berikan satu peluang untuk memalingkan hati dan jiwa kita kepada Tuhan.

Dalam persediaan kita, hati kita menjadi hancur apabila kita menunjukkan kesyukuran demi korban tebusan Kristus, bertaubat akan kesalahan dan kelemahan kita, dan memohon bantuan Bapa Syurgawi dalam perjalanan kita menjadi lebih seperti Dia. Kita boleh mencari peluang yang disediakan oleh sakramen untuk mengingati korban-Nya dan membaharui komitmen kita untuk semua perjanjian yang sudah kita buat.

2. Sampai Awal

Pengalaman sakramen kita boleh ditingkatkan apabila kita sampai lebih awal sebelum pertemuan itu dan merenung semasa muzik pendahuluan dimainkan.

Sampai awal ke pertemuan sakramen

Presiden Boyd K. Packer ajar: “Muzik pendahuluan, dimainkan dengan takzim, ialah satu khasiat bagi roh. Ia boleh ilhamkan kita.”1 “Masa ini bukan satu masa,” Presiden Russell M. Nelson jelas, “untuk perbualan atau penghantaran pesanan tetapi satu masa untuk meditasi yang berdoa semasa para pemimpin dan ahli bersedia secara rohani untuk mengambil sakramen.”2

3. Menyanyi dan Belajar dari Senikata Lagu Rohani Sakramen

Lagu rohani sakramen ialah satu bahagian yang penting dalam pengalaman sakramen kita. Muzik boleh mengangkat fikiran dan perasaan kita. Lagu rohani sakramen akan ada pengaruhan yang lebih besar apabila kita berfokus pada seni kata dan ajaran yang diajar. Kita dapat belajar dari seni kata seperti “Dicabik dikoyak [untuk kita],”3 “Mari ingat dan pastikan, hati, tangan murnian,”4 “Penuh kasih yang setia, dan keserasian!”5

Menyanyi dan belajar dari lagu-lagu rohani
Berfokus pada seni kata lagu-lagu rohani

Semasa kita nyanyikan satu lagu rohani untuk bersedia mengambil sakramen, seni kata lagu itu boleh menjadi sebahagian komitmen perjanjian kita. Bertimbang, sebagai contoh: Pertimbangkan ini, sebagai contoh, “Kami kasih-Mu, Tuhan; hati kami penuh. Kami jalan pada jalan-Mu.”6

4. Menyertai Doa Sakramen secara Rohani (Lihat Moroni 4–5)

Sebalik daripada tidak beri perhatian kepada doa sakramen yang sudah menjadi biasa, kita boleh belajar dan berasa lebih banyak ketika kita mengambil bahagian secara rohani dengan merenungkan komitmen dan berkat-berkat yang berkaitan dalam doa-doa sakramen.

Berkat pada roti

Roti dan air diberkati dan dikuduskan untuk jiwa kita. Mereka mengingatkan kita tentang korban Juruselamat dan bahawa Dia boleh menolong kita untuk menjadi kudus.

Doa-doa itu menjelaskan bahawa kita mengambil roti untuk mengingati tubuh badan Putera, yang Dia korban sebagai satu tebusan untuk melayakkan semua orang untuk membangkit, dan kita minum air untuk mengingati darah Putera, yang Dia tumpah supaya kita boleh ditebus, bergantung pada syarat pertaubatan.

Doa-doa itu memperkenalkan perjanjian dengan frasa “bahawa mereka bersedia.”(Moroni 4:3). Frasa ini mempunyai banyak potensi bagi kita. Adakah kita sedia melayan dan menyertai? Adakah kita sedia berubah? Adakah kita sedia memperbaiki kelemahan kita? Adakah kita sedia memberkat orang lain? Adalah kita sedia mempercayai Juruselamat?

Apabila kita mengambil sakramen, kita menetap dalam hati kita bahawa kita sedia untuk:

  • Mengambil ke atas diri nama Yesus Kristus.

  • Berusaha untuk mentaati perintah-perintah-Nya.

  • Selalu mengingati-Nya.

Doa itu akhir dengan satu jemputan dan janjian yang mengagumkan: “Agar mereka boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama mereka”(Moroni 4:3).

Paulus tulis, “Inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Tuhan: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri” (Galatia 5:22–23). Berkat dan kurnia yang indah akan menjadi sedia ada bagi kita jika kita mentaati perjanjian.

5. Merenung dan Mengingati Dia Semasa Sakramen Diedar

Masa takzim semasa para pemegang imamat mengedar sakramen boleh menjadi kudus bagi kita.

Mengedar roti

Semasa roti diedar, kita boleh merenung bahawa dalam tindakan kasih yang teragung, Juruselamat “mengambil ke atas diri-Nya kematian, agar Dia boleh melepaskan ikatan kematian yang mengikat umat-Nya” (Alma 7:12).

Kita boleh mengingati berkat mulia Kebangkitan, yang “akan datang kepada semua orang, baik tertawan mahupun bebas, baik lelaki mahupun perempuan, baik yang jahat mahupun yang soleh; dan bahkan tidak akan ada meskipun sehelai rambut di kepala mereka yang hilang; tetapi segalanya akan dipulihkan pada rangkanya yang sempurna” (Alma 11:44).

Mengedar air

Semasa air diedar, kita boleh mengingati rayuan Juruselamat:

“Kerana lihatlah, Aku, Tuhan, telah menderita hal-hal ini bagi semua orang, agar mereka boleh tidak menderita jika mereka akan bertaubat; ...

“Yang penderitaan itu menyebabkan diri-Ku, bahkan Tuhan, yang terbesar dari semuanya, gemetar kerana rasa sakit, dan berdarah pada setiap pori, dan menderita baik tubuh mahupun roh—dan menghendaki bahawa Aku boleh tidak meminum cawan yang pahit, dan menciut” (A&P 19:16, 18).

Kita ingat bahawa Dia “mengambil ke atas diri-Nya kelemahan [kita], agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan [kita]”(Alma 7:12).

Semasa kita merenungkan pengalaman sakramen kita, kita mungkin hendak menanya diri sendiri:

  • Apakah yang akan saya lakukan minggu ini untuk lebih bersedia bagi sakramen?

  • Bolehkah saya lebih menyumbang kepada ketakziman dan pengungkapan yang boleh menemani permulaan pertemuan Sakramen?

  • Ajaran apakah diajar dalam lagu rohani sakramen?

  • Apakah yang sudah saya dengar dan rasa semasa saya mendengar doa-doa sakramen?

  • Apakah yang saya fikirkan semasa sakramen diedar?

Elder David A. Bednar ajar: “Tatacara sakramen ialah satu jemputan kudus yang berulang-ulang untuk bertaubat dan dibaharui secara rohani. Tindakan mengambil sakramen sahaja tidak menghapuskan dosa. Tetapi semasa kita bersedia dengan cermat dan menyertai tatacara kudus ini dengan satu hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, janjiannya adalah bahawa kita akan selalu memiliki Roh Tuhan bersama kita. Melalui kuasa Roh Kudus sebagai teman kita, kita boleh selalu mempunyai pengampunan akan dosa-dosa kita.”7

Saya bersaksi bahawa banyak berkat sedia ada bagi kita apabila kita meningkatkan persediaan dan penyertaan kita dalam tatacara sakramen. Saya juga bersaksi bahawa berkat-berkat ini sedia ada bagi kita kerana kasih sayang dari Bapa Syurgawi kita dan korban tebusan Putera-Nya, Yesus Kristus yang tak terbatas. Dalam nama kudus-Nya, Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Boyd K. Packer, “Personal Revelation: The Gift, the Test, and the Promise,” Ensign, Nov. 1994, 61.

  2. Russell M. Nelson, “Worshiping at Sacrament Meeting,” Liahona, Ogos 2004, 13.

  3. “Yesus ‘Rang Nasaret,” Lagu Rohani, no. 75.

  4. “Mengambil Lambang Bersama,” Lagu Rohani, no. 73.

  5. “Betapa Bijak Pengasih,” Lagu Rohani, no. 81.

  6. “As Now We Take the Sacrament,” Hymns, no. 169.

  7. David A. Bednar, “Always Retain a Remission of Your Sins,” Liahona, Mei 2016, 61–62.