2010–2019
Bangkit Dalam Kekuatan, Saudari di Sion
Oktober 2016


12:40

Bangkit Dalam Kekuatan, Saudari di Sion

Untuk menjadi penjaga perjanjian yang bertukar hati, kita perlu mengkaji ajaran Injil yang penting dan memiliki kesaksian yang tak tergoncang mengenai kebenarannya.

Ia menggembirakan kami untuk berkumpul di Pusat Persidangan ini dengan kanak-kanak perempuan, remaja Puteri, dan wanita Gereja. Kami juga tahu bahawa terdapat ribuan kumpulan wanita yang berkumpul di seluruh dunia untuk menonton persidangan ini, dan saya bersyukur untuk peluang dan sumber-sumber yang mengizinkan kita untuk menyertai bersama dalam tujuan dan perpaduan pada malam ini.

Pada Oktober 2006, Presiden Gordon B. Hinckley memberi satu ucapan bertajuk “Rise Up, O Men of God,” dinamakan sempena lagu rohani yang ditulis pada tahun 1911.1 Ia adalah panggilan bertindak kepada lelaki Gereja untuk bangkit dan memperbaiki diri. Ucapan itu telah berada di minda saya pada masa saya berdoa untuk mengetahui apa yang perlu dikongsi dengan anda.

Saudari, kita hidup dalam “masa berbahaya.”2 Keadaan hari kita tidak seharusnya menjadi kejutan kepada kita. Mereka telah diramalkan selama beribu tahun sebagai amaran dan pengajaran supaya kita boleh bersedia. Bab 8 dalam Mormon memberi penerangan yang tepat tentang keadaan hari kita. Dalam bab ini, Moroni berkata bahawa dia telah melihat hari kita, dan ia melibatkan peperangan dan desas-desus berkenaan peperangan, pencemaran yang besar, pembunuhan, rompakan, dan ramai yang memberitahu kita bahawa tidak ada yang benar dan salah di dalam mata Tuhan. Dia menggambarkan orang ramai yang angkuh, mengangkat-angkat diri dalam pemakaian pakaian yang sangat cantik, dan mempersendakan agama. Dia ditunjuk orang ramai yang tergoda dengan perkara duniawi sampai “membiarkan mereka yang memerlukan, dan yang telanjang, dan yang sakit dan yang sengsara melepasi mereka”3 tanpa disedari.

Moroni bertanya soalan yang mendalam kepada kita—kita yang hidup pada masa ini. Dia berkata, “Mengapakah kamu malu mengambil ke atas dirimu nama Kristus?”4 Pendakwaan ini menjelaskan dengan tepat keadaan sekular dunia kita.

Joseph Smith—Matius menunjukkan bahawa pada hari-hari terakhir “umat pilihan menurut perjanjian”5 juga akan ditipu. Mereka yang dalam perjanjian termasuk kanak-kanak perempuan, remaja Puteri, dan saudari Gereja yang telah dibaptiskan dan buat perjanjian dengan Bapa Syurgawi mereka. Kita juga mempunyai risiko untuk ditipu oleh ajaran salah.

Saudari, saya tidak percaya bahawa keadaan akan bertambah baik apabila kita maju ke hadapan. Jika trend sekarang adalah petunjuk, kita perlu menyediakan diri untuk ribut yang akan datang. Ia lebih senang untuk berputus asa, tetapi sebagai orang perjanjian, kita tidak perlu berputus asa. Seperti dikatakan oleh Elder Gary E. Stevenson, “Pampasan murah hati Bapa Syurgawi untuk hidup dalam masa berbahaya adalah bahawa kita juga hidup dalam kegenapan zaman.”6 Saya suka kenyamanan kenyataan itu.

Presiden Russell M.Nelson mengatakan kepada kita tahun yang lalu: “Serangan terhadap Gereja, ajarannya, dan cara kehidupan kita akan meningkat. Kerana ini, kita memerlukan wanita yang mempunyai pemahaman batuan dasar tentang ajaran Kristus dan akan menggunakan pemahaman itu untuk mengajar dan membantu membesarkan generasi yang melawan dosa. Kita memerlukan wanita yang boleh mengesan penipuan dalam apa jua bentuk. Kita memerlukan wanita yang tahu bagaimana mendapatkan kuasa yang Tuhan sediakan kepada penjaga perjanjian dan yang menyatakan kepercayaan mereka dengan keyakinan dan kasih ihsan. Kita memerlukan wanita yang mempunyai keberanian dan penglihatan Ibu Hawa kita.”7

Pesanan ini meyakinkan saya bahawa walaupun dalam keadaan hari kita, kita mempunyai banyak sebab untuk bergembira dan berharapan baik. Saya percaya dengan semua hatiku bahawa kita saudari mempunyai kekuatan semula jadi dan iman yang membolehkan kita untuk menghadapi cabaran kehidupan pada hari-hari terakhir. Sister Sheri Dew telah menulis, “Saya percaya bahawa pada saat kita belajar untuk melancarkan pengaruh penuh wanita yang berpaling kepada Tuhan dan mentaati perjanjian, kerajaan Tuhan akan berubah semalaman.”8

Ia memerlukan usaha yang bersepadu untuk penukaran hati dan mentaati perjanjian kita. Untuk berbuat demikian, kita perlu menjadi kanak-kanak perempuan dan wanita yang mengkaji ajaran Injil yang penting dan memiliki kesaksian yang tak tergoncang mengenai kebenarannya. Terdapat tiga perkara yang saya percaya adalah asas kepada kesaksian yang teguh dan yang saya fikirkan adalah penting kepada pemahaman kita.

Pertama, kita perlu mengakui pemusatan Tuhan Bapa yang Abadi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, kepada iman dan keselamatan kita. Yesus Kristus adalah Juruselamat dan Sang Penebus kita. Kita perlu mengkaji dan memahami Korban tebusan-Nya dan bagaimana untuk menggunakannya setiap hari; pertaubatan adalah salah satu berkat yang terbesar yang kita perlu ingati dan lakukan. Kita perlu melihat Yesus Kristus sebagai teladan utama kita dan contoh yang kita perlu menjadi. Kita perlu teruskan mengajar keluarga dan kelas kita mengenai rancangan keselamatan Bapa kita, yang termasuk ajaran Kristus.

Kedua, kita perlu memahami keperluan pemulihan ajaran, organisasi, dan kunci-kunci wewenang pada zaman akhir ini. Kita perlu mempunyai kesaksian bahawa Nabi Joseph Smith telah dipilih oleh Tuhan untuk membawa pemulihan ini dan menerima bahawa dia telah mengorganisasikan wanita di Gereja seperti organisasi yang wujud dalam Gereja Kristus pada zaman dahulu.9

Dan ketiga, kita perlu mengkaji dan memahami tatacara Injil bait suci dan perjanjian. Bait suci berada di pusat kepercayaan kudus kita, dan Tuhan meminta kita untuk menghadiri, merenungkan, belajar, dan mencari makna peribadi dan aplikasi individu. Kita akan memahami bahawa melalui tatacara Injil bait suci, kuasa ketuhanan dinyatakan dalam hidup kita10 dan kerana tatacara Injil bait suci, kita boleh dipersenjatai dengan kuasa Tuhan dan nama-Nya berada di atas diri kita, kemuliaan-Nya di sekitar kita, dan malaikat-Nya memiliki tanggungjawab atas diri kita.11 Saya ingin tahu jika kita menggunakan kuasa perjanjian-perjanjian tersebut dengan sepenuhnya.

Saudari, walaupun yang paling muda di antara anda di sini boleh bangkit dalam iman dan mainkan peranan yang penting dalam membina kerajaan Tuhan. Kanak-kanak mula mendapatkan kesaksian mereka sendiri apabila mereka membaca atau mendengar ayat suci, berdoa setiap hari, dan mengambil bahagian dalam sakramen dalam cara yang bermakna. Semua kanak-kanak dan remaja Puteri boleh menggalakkan malam keluarga dan mengambil bahagian. Anda boleh menjadi yang pertama untuk berlutut apabila keluarga anda berkumpul untuk doa keluarga. Walaupun rumah anda kurang daripada sempurna, contoh peribadi anda dalam hidup Injil dengan iman boleh mempengaruhi kehidupan keluarga dan kawan-kawan.

Remaja Puteri Gereja perlu melihat diri mereka sebagai pengambil bahagian yang penting dalam kerja penyelamatan yang diarahkan oleh imamat dan bukan hanya penonton dan penyokong. Anda memegang panggilan dan ditetapkan oleh mereka yang memegang kunci-kunci imamat untuk bertindak sebagai pemimpin yang mempunyai kuasa dan wewenang dalam kerja ini. Apabila anda mengembangkan panggilan anda dalam presidensi kelas dan bersedia secara rohani, berunding bersama-sama, melayani ahli kelas anda, dan mengajar satu sama lain Injil, anda sedang mengambil tempat dalam kerja ini dan kedua-dua anda dan kawan-kawan anda akan diberkati.

Semua wanita perlu melihat diri mereka sebagai peserta penting dalam kerja imamat. Wanita dalam Gereja ini adalah presiden, penasihat, pengajar, ahli majlis, saudari, dan ibu, dan kerajaan Tuhan tidak boleh berfungsi kecuali kita bangkit dan memenuhi tanggungjawab kita dengan iman. Kadangkala kita perlu mempunyai penglihatan yang lebih besar untuk apa yang mungkin.

Sister Maldonado dengan Sister Oscarson

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang saudari di Mexico yang memahami makna mengembangkan panggilannya dengan iman. Marffissa Maldonado dipanggil untuk mengajar kelas Sekolah Hari Ahad remaja tiga tahun yang lalu. Pada masa panggilannya, dia mempunyai 7 pelajar, tetapi sekarang dia mempunyai 20 pelajar yang menghadiri dengan kerap. Saya bertanya dalam kekaguman, apa yang dia telah buat untuk meningkatkan nombor pelajar. Dengan rendah hati dia berkata, “Oh, ia bukan hanya saya. Semua ahli kelas membantu.” Bersama, mereka melihat nama-nama yang kurang aktif dalam daftar kehadiran dan mula keluar bersama untuk menjemput mereka kembali ke Gereja. Kerana usaha mereka, satu pembaptisan juga berlaku.

Kelas Sekolah Hari Ahad di Mexico

Sister Maldonado menubuhkan sebuah laman media sosial hanya untuk ahli kelasnya yang dipanggil “I Am a Child of God,” dan dia berkongsi pemikiran inspirasi dan ayat suci beberapa kali setiap minggu. Dia menghantar teks dengan kerap kepada pelajarnya dengan tugasan dan galakan. Dia berasa ia penting untuk berkomunikasi dalam cara yang orang muda boleh fahami, dan ia berfungsi. Dia memberitahu saya, “Saya mengasihi pelajar-pelajar saya.” Saya boleh merasakan kasih sayang itu apabila dia memberitahu saya tentang usaha mereka, dan contohnya mengingatkan saya apa yang boleh dicapai oleh seorang yang beriman dan bertindak atas dorongan dengan bantuan Tuhan.

Remaja kita terdedah kepada soalan-soalan yang sukar setiap hari, dan kebanyakan kita mempunyai orang yang disayangi yang berjuang untuk mencari jawapan. Berita baik di sini bahawa adanya jawapan kepada soalan yang ditanya. Dengarlah pesanan yang terbaru dari pemimpin-pemimpin kita. Kita sedang digesa untuk mengkaji dan memahami rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi kita. Kita telah diingatkan tentang prinsip-prinsip dalam pengisytiharan keluarga.12 Kita digalakkan untuk mengajar dan menggunakan sumber-sumber ini sebagai pengukur untuk memperteguhkan kita dalam jalan yang lurus dan sempit.

Lebih kurang satu tahun yang lalu, saya melawat seorang ibu kanak-kanak muda yang membuat keputusan untuk mengambil pendekatan yang proaktif untuk melindungi anak-anaknya terhadap banyak pengaruh negatif yang terdedah kepada mereka di internet dan di sekolah. Dia memilih satu topik setiap minggu, seringkali satu yang telah membangkitkan banyak perbincangan di internet, dan dia memulakan perbincangan yang bermakna pada hari minggu apabila anak-anaknya boleh bertanya soalan dan dia boleh pastikan mereka menerima pandangan yang seimbang dan adil pada isu-isu yang seringkali sukar. Dia sedang membuat rumahnya satu tempat yang selamat untuk bertanya soalan dan berbincang pengajaran Injil yang bermakna.

Saya bimbang kerana kita hidup dalam suasana menghindari luka perasaan yang mana kita kadangkala mengelakkan pengajaran prinsip-prinsip yang benar pada keseluruhannya. Kita gagal mengajar remaja puteri kita bahawa bersedia untuk menjadi seorang ibu adalah yang paling penting kerana kita tidak mahu melukakan hati mereka yang belum berkahwin atau mereka yang tidak boleh mempunyai anak, atau dilihat sebagai pilihan masa depan yang menyesakkan. Di sebaliknya, kita mungkin juga gagal menekankan kepentingan pelajaran kerana kita tidak mahu menghantar pesanan bahawa ia lebih penting daripada perkahwinan. Kita menghindari mengisytiharkan bahawa Bapa Syurgawi kita mentakrifkan perkahwinan adalah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana kita tidak mahu melukakan hati mereka yang mengalami tarikan seks yang sama. Dan kita mungkin berasa tidak selesa untuk berbincang tentang isu jantina dan kesihatan seksualiti.

Pastinya, saudari, kita perlu menggunakan sensitiviti, tetapi biarlah kita juga menggunakan akal dan pemahaman rancangan keselamatan kita untuk menjadi berani dan jujur apabila kita mengajar anak-anak dan remaja kita prinsip-prinsip penting Injil yang mereka mesti fahami untuk mengemudi dunia yang mereka hidup ini. Jika kita tidak mengajar anak-anak dan remaja kita ajaran yang benar—dan mengajarnya dengan jelas—dunia akan mengajar mereka penipuan Setan.

Saya mengasihi Injil Yesus Kristus, dan saya akan bersyukur selamanya untuk petunjuk, kuasa, dan bantuan harian yang saya terima sebagai anak perjanjian Tuhan. Saya bersaksi bahawa Tuhan telah memberkati kita, sebagai wanita yang hidup dalam masa bahaya ini, dengan semua kuasa, kurnia, dan kekuatan yang diperlukan untuk membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan Yesus Kristus. Saya berdoa semoga kita boleh melihat potensi benar kita dan bangkit untuk menjadi wanita berani dan beriman yang Bapa Syurgawi perlu kita jadi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.