Jalan Sempurna Ke Kegembiraan
Saya bersaksi tentang kurnia besar iaitu rancangan Bapa bagi kita. Itulah jalan sempurna ke kedamaian dan kegembiraan.
Saudara saudari yang ku kasihi, yang berada di Pusat Persidangan ini dan berada di seluruh dunia, saya sangat bersyukur demi peluang ini untuk kongsikan fikiran saya bersama anda pagi ini.
Lima puluh tahun dahulu, pada Julai 1964, saya ditugaskan di New York City pada masa Pesta Dunia diadakan di sana. Pada awal satu pagi, saya pergi mengunjung Mormon Pavilion dalam pesta itu. Saya sampai sebelum satu persembahan filem Gereja Man’s Search for Happiness, satu pemaparan tentang rancangan keselamatan yang sudah menjadi satu klasik Gereja semenjak masa itu. Saya duduk di sebelah seorang lelaki yang agak-agak berusia 35 tahun. Kami berbual sekejap. Dia bukan ahli Gereja kita. Kemudian lampu dimalapkan, dan wayang itu bermula.
Kami dengar suara narator menanya soalan yang penting dan universal: Dari manakah saya datang? Mengapa saya di sini? Ke manakah saya akan pergi selepas meninggal dunia ini?” Semua telinga mendengar jawapan, dan semua mata pun tetap pada imej-imej yang ditunjukkan. Satu penggambaran tentang hidup prafana kita ditunjukkan, bersama satu penjelasan tentang tujuan kita di bumi ini. Kami bersaksi satu penggambaran yang mengharukan tentang seorang datuk yang tua meninggal dunia dan dia bersatu semula dengan orang-orang terkasihnya yang sudah mati sebelumnya di dunia roh.
Pada pengakhiran wayang ini tentang rancangan Bapa Syurgawi bagi kita, para penonton tinggal dengan senyap, ramai nampaknya terharu oleh mesej filem ini. Pengunjung muda di sebelah saya tidak bangun. Saya tanya sama ada dia suka wayang itu. Dia balas dengan tegas: “Ini kebenaran!”
Rancangan Bapa untuk kegembiraan dan keselamatan kita dikongsi oleh para mubaligh kita di seluruh dunia. Tidak semua yang dengar pesanan ilahi ini menerima dan mengikut ia. Tetapi, lelaki dan perempuan di merata tempat, seperti rakan muda saya di Pesta Dunia New York, mengenali kebenaran, dan mereka pilih untuk mengikut jalan yang akan membimbing mereka balik ke rumah dengan selamat. Hidup mereka diubah selamanya.
Juruselamat kita, Yesus Kristus utama dalam rancangan ini. Tanpa korban tebusan-Nya, semua akan hilang. Tetapi, hanya percaya Dia dan misi-Nya adalah tidak cukup. Kita perlu bekerja dan belajar, mencari dan berdoa, bertaubat dan berkembang. Kita perlu tahu dan mematuhi undang-undang Tuhan. Kita perlu menerima tatacara penyelamatan-Nya. Hanya dengan berbuat demikian kita akan memperoleh kegembiraan yang benar.
Kita diberkati untuk memiliki kebenaran. Kita ada satu mandat untuk kongsikan kebenaran. Marilah kita mentaati kebenaran supaya kita boleh memperoleh segala yang Bapa sedia bagi kita. Semua yang Dia lakukan adalah demi kebaikan kita. Dia sudah beritahu kita, “Inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”1
Dari jiwa saya, dan dengan kerendahan hati, saya bersaksi tentang kurnia besar iaitu rancangan Bapa bagi kita. Itulah jalan sempurna ke kedamaian dan kegembiraan di sini dan di dunia akan datang.
Saudara saudariku, saya tinggalkan anda kasih sayang dan berkat saya, dan saya lakukan ini dalam nama Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, amin.