Ajaran Kristus
Ajaran Kristus membenarkan kita mendapatkan kuasa rohani yang akan mengangkat kita dari keadaan rohani semasa kepada keadaan di mana kita boleh disempurnakan.
Lawatan Yesus kepada orang Nefi selepas Kebangkitan-Nya diaturkan dengan teliti untuk mengajar kita perkara yang paling penting. Ia bermula dengan Bapa bersaksi kepada orang ramai bahawa Yesus ialah “Putera yang Dikasihi, kepada-Nyalah [Bapa] sangat berkenan.”1 Kemudian Yesus Sendiri turun dan bersaksi tentang korban tebusan-Nya,2 menjemput orang ramai untuk “mengetahui dengan suatu kepastian” bahawa Dialah Kristus dengan datang kepada-Nya dan meletakkan tangan ke sisi-Nya, merasakan bekas paku pada tangan dan kaki-Nya.3 Kesaksian ini ditubuhkan tanpa ragu-ragu bahawa Korban Tebusan Yesus sudah tamat dan Bapa telah memenuhi perjanjian-Nya untuk menyediakan seorang Juruselamat. Yesus kemudian mengajar orang Nefi bagaimana mendapatkan semua berkat rancangan kegembiraan Bapa, yang dibuat mungkin kepada kita kerana Korban Tebusan Juruselamat, dengan mengajar mereka ajaran Kristus.4
Pesanan saya hari ini bertumpu kepada ajaran Kristus. Kitab suci mentakrifkan ajaran Kristus sebagai melatih iman dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, pertaubatan, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir.5
Ajaran Kristus Membenarkan Kita Mendapatkan Berkat Korban Tebusan Kristus.
Korban Tebusan Kristus mewujudkan keadaan di mana kita boleh bersandar kepada “jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus,”6 “disempurnakan di dalam [Kristus],”7 mendapatkan setiap hal yang baik,8 dan memperoleh kehidupan abadi.9
Di sebaliknya ajaran Kristus adalah cara—cara tunggal—di mana kita boleh mendapatkan semua berkat yang disediakan untuk kita melalui Korban Tebusan Yesus. Ia adalah ajaran Kristus yang membenarkan kita mendapatkan kuasa rohani yang akan mengangkat kita dari keadaan rohani semasa kita kepada keadaan di mana kita boleh disempurnakan seperti Juruselamat.10 Mengenai proses dilahirkan semula ini, Elder D. Todd Christofferson mengajar: “Dilahirkan semula, tidak seperti kelahiran fizikal kita, ia lebih kepada satu proses daripada acara. Dan melibatkan diri dalam proses ini adalah tujuan utama kefanaan.”11
Marilah kita meneroka setiap elemen ajaran Kristus.
Pertama, iman dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Para nabi telah mengajar bahawa iman bermula dengan mendengar firman Kristus.12 Firman Kristus bersaksi tentang korban Tebusan-Nya dan memberitahu kita bagaimana kita boleh mendapatkan keampunan, berkat, dan permuliaan.13
Setelah mendengar firman Kristus, kita melatih iman dengan memilih mengikut pengajaran dan contoh Juruselamat.14 Untuk membuat ini, Nefi mengajar bahawa kita mesti bersandar “sepenuhnya pada jasa [Kristus] yang perkasa untuk menyelamatkan.”15 Kerana Yesus ialah Tuhan dalam kewujudan prafana,16 hidup tanpa dosa,17 dan pada Korban Tebusan-Nya memuaskan tuntutan keadilan untuk anda dan saya,18 Dia mempunyai kuasa dan kunci untuk memberi kebangkitan kepada semua manusia,19 dan Dia membuat mungkin untuk belas kasihan mengalahkan keadilan dalam syarat pertaubatan.20 Apabila kita memahami bahawa kita boleh mendapatkan belas kasihan melalui jasa Kristus, kita perlu “memiliki iman menuju pertaubatan.”21 Untuk bersandar sepenuhnya pada jasa Kristus adalah mempercayai bahawa Dia telah melakukan apa yang perlu untuk menyelamatkan kita dan kemudian bertindak atas kepercayaan kita.22
Iman juga menyebabkan kita berhenti bimbang tentang apa orang lain fikir tentang kita dan mula memikir dengan lebih apa yang Tuhan fikir tentang kita.
Kedua, pertaubatan. Samuel si bangsa Laman mengajar, “Jika kamu percaya kepada nama [Kristus] kamu akan bertaubat atas segala dosamu.”23 Pertaubatan adalah kurnia yang berharga daripada Bapa Syurgawi kita yang dibuat mungkin melalui pengorbanan Putera Tunggal-Nya. Ia adalah proses yang diberi oleh Bapa kita di mana kita berubah, atau berpaling fikiran kita, tindakan, dan diri kita supaya kita menjadi lebih seperti Juruselamat.24 Ia bukan hanya untuk dosa besar tetapi adalah proses harian penilaian diri dan peningkatan 25 yang membantu kita mengatasi dosa kita, ketidaksempurnaan kita, kelemahan kita, dan kekurangan kita.26 Pertaubatan menyebabkan kita menjadi “pengikut sejati” Kristus, yang memenuhi kita dengan kasih27 dan menyingkirkan segala ketakutan kita.28 Pertaubatan bukan satu rancangan sandaran jika rancangan kita untuk hidup dengan sempurna gagal.29 Pertaubatan berterusan adalah satu-satunya jalan yang boleh membawa kegembiraan kekal dan membenarkan kita kembali untuk hidup bersama Bapa Syurgawi kita.
Melalui pertaubatan kita boleh menjadi patuh dan bersifat peserah kepada kehendak Tuhan. Sekarang, ini tidak dilakukan seorang diri. Satu pengakuan tentang kebaikan Tuhan dan ketidakpentingan kita,30 digabungkan dengan usaha terbaik kita untuk menyelaraskan tingkah laku kita dengan kehendak Tuhan akan,31 membawa rahmat ke dalam hidup kita.32 Rahmat “adalah cara bantuan atau kekuatan ilahi, diberi melalui belas kasihan yang murah hati dan kasih Yesus Kristus … untuk membuat kerja baik yang [kita] sebaliknya tidak boleh kekalkan jika ditinggalkan kepada cara [kita] sendiri.”33 Kerana pertaubatan adalah benar-benar tentang menjadi seperti Kristus, di mana adalah mustahil dengan upaya diri kita, kita tersangat-sangat memerlukan rahmat Juruselamat untuk membuat perubahan yang diperlukan dalam hidup kita.
Apabila kita bertaubat, kita menggantikan tingkah laku tidak soleh, kelemahan, ketidaksempurnaan, dan ketakutan lama kita dengan tingkah laku dan kepercayaan baru yang mendekatkan kita kepada Juruselamat dan membantu kita menjadi seperti-Nya.
Ketiga, pembaptisan dan sakramen. Nabi Mormon mengajar bahawa “buah pertama dari pertaubatan adalah pembaptisan.”34 Untuk menjadi lengkap, pertaubatan mesti digabungkan dengan tatacara Injil pembaptisan dilakukan oleh seseorang yang memegang kuasa imamat Tuhan. Untuk ahli Gereja, perjanjian yang dibuat di pembaptisan dan dalam masa lain diperbaharui apabila kita mengambil sakramen.35
Dalam tatacara Injil pembaptisan dan sakramen, kita berjanji untuk mentaati perintah Bapa dan Putera-Nya, selalu mengingati Kristus, dan sanggup mengambil nama Kristus (atau kerja dan sifat-sifat-Nya36) ke atas kita.37 Juruselamat, sebagai balasan, berjanji untuk mengampunkan, atau membebaskan, dosa kita38 dan “mencurahkan Roh-Nya dengan lebih berlimpah ke atas diri [kita].”39 Kristus juga berjanji untuk menyediakan kita untuk kehidupan abadi dengan membantu kita menjadi seperti-Nya.40
Douglas D. Holmes, Penasihat Pertama dalam Presidensi Umum Remaja Putera, telah menulis: “Tatacara Injil pembaptisan dan sakramen melambangkan kedua-dua hasil akhir dan proses dilahirkan semula. Dalam pembaptisan, daging lama manusia dikubur dan bangkit kepada hidup yang baru.41 Dalam sakramen, kita belajar bahawa perubahan ini adalah satu proses langkah demi langkah, [di mana] sedikit demi sedikit, minggu demi minggu, kita diubahkan apabila kita bertaubat, membuat perjanjian, dan melalui peningkatan anugerahan Roh [menjadi seperti Juruselamat].”42
Tatacara Injil dan perjanjian adalah penting di dalam ajaran Kristus. Ia adalah melalui penerimaan tatacara Injil imamat dengan layak dan mentaati tatacara Injil yang berkaitan, kuasa ketuhanan dinyatakan dalam hidup kita.43 Elder D. Todd Christofferson menjelaskan bahawa “‘kuasa ketuhanan’ ini datang pada orang dan melalui pengaruh Roh Kudus.”44
Keempat, kurnia Roh Kudus. Selepas pembaptisan kita diberi kurnia Roh Kudus melalui tatacara Injil penetapan.45 Kurnia ini, jika kita menerimanya, membenarkan kita mempunyai penemanan tetap satu Tuhan 46 dan akses berterusan kepada rahmat yang memang datang dengan pengaruh-Nya.
Sebagai teman tetap kita, Roh Kudus memberi kita kuasa atau kekuatan tambahan untuk mentaati perjanjian kita.47 Dia juga menguduskan kita,48 yang bermakna membuat kita “bebas dari dosa, suci, bersih, dan kudus melalui korban tebusan Yesus Kristus.”49 Proses pengudusan bukan sahaja membersihkan kita, tetapi ia juga menganugerahi kita dengan kurnia rohani yang diperlukan atau sifat ilahi Juruselamat50 dan mengubahkan sifat manusia kita,51 sehingga “kita tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat.”52 Setiap kali kita menerima Roh Kudus dalam hidup kita melalui iman, pertaubatan, tatacara Injil, pelayanan seperti Kristus, dan usaha soleh yang lain, kita diubah langkah demi langkah, sedikit demi sedikit sehingga kita menjadi seperti Kristus.53
Kelima, bertahan sampai akhir. Nabi Nefi mengajar bahawa selepas menerima kurnia Roh Kudus, kita mesti “bertahan sampai akhir, dan mengikuti teladan Putera Tuhan yang hidup.”54 Elder Dale G. Renlund menggambarkan proses bertahan sampai akhir seperti berikut: “Kita boleh disempurnakan dengan berulang-kali dan secara beransur-ansur … menjalankan iman dalam [Kristus], bertaubat, mengambil sakramen untuk memperbaharui perjanjian dan berkat pembaptisan, dan menerima Roh Kudus sebagai teman tetap ke tahap yang lebih tinggi. Apabila kita berbuat demikian, kita menjadi lebih seperti Kristus dan dapat bertahan sampai akhir, dengan semua yang diperlukan.”55
Dalam kata lain, penerimaan Roh Kudus dan perubahan penerimaan itu cipta dalam kita, membina iman kita dengan lebih. Peningkatan iman membawa kepada pertaubatan tambahan. Kemudian apabila kita mengorbankan hati kita dan dosa kita di atas altar sakramen secara simbolik, kita menerima Roh Kudus ke tahap yang lebih tinggi. Menerima Roh Kudus ke tahap yang lebih tinggi menggerakkan kita dengan lebih jauh dalam perjalanan dilahirkan semula. Apabila kita terus dalam proses ini dan mendapatkan semua tatacara Injil keselamatan dan perjanjian Injil, kita menerima “rahmat ke rahmat” sehingga kita menerima keseluruhan.56
Kita Mesti Menerapkan Ajaran Kristus Dalam Hidup Kita
Saudara dan saudari, apabila kita menerapkan ajaran Kristus di dalam hidup kita, kita diberkati secara jasmani dan rohani, walaupun dalam masa cabaran. Nantinya kita akan “berpegang pada setiap hal yang baik.”57 Saya bersaksi bahawa proses ini telah berlaku dan terus berlaku dalam hidup saya sendiri, langkah demi langkah, sedikit demi sedikit.
Tetapi yang lebih penting, kita mesti menerapkan ajaran Kristus dalam hidup kita kerana ia menyediakan satu-satunya jalan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Ia adalah satu-satunya cara untuk menerima Juruselamat dan menjadi putera dan puteri-Nya.58 Sebenarnya, satu-satunya cara untuk ditebus dari dosa dan meningkat secara rohani adalah untuk menerapkan ajaran Kristus dalam hidup kita.59 Kalau tidak, Rasul Yohanes mengajar “sesiapa … tidak berpegang kepada ajaran Kristus, tidak mempunyai Tuhan.”60 Yesus Sendiri memberitahu orang Nefi Dua Belas bahawa jika kita gagal melatih iman dalam Kristus, bertaubat, dibaptiskan, dan bertahan sampai akhir, kita akan “ditebang dan dilemparkan ke dalam api, dari mana [kita] tidak dapat kembali lagi.”61
Jadi bagaimanakah kita boleh menerapkan ajaran Kristus dengan lebih penuh dalam hidup kita? Satu cara adalah membuat usaha sedar setiap minggu untuk bersedia untuk sakramen dengan mengambil masa untuk berdoa dan pertimbangkan di mana kita perlu peningkatan. Kita kemudian boleh membawa satu pengorbanan yang menghalangi kita untuk menjadi seperti Kristus kepada altar sakramen, merayu dalam iman untuk bantuan, meminta kurnia rohani yang diperlukan, dan berjanji untuk bertambah baik pada minggu yang akan datang.62 Apabila kita berbuat demikian, Roh Kudus akan datang ke dalam hidup kita di tahap yang lebih tinggi, dan kita akan mempunyai kekuatan tambahan untuk mengatasi ketidaksempurnaan kita.
Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia dan bahawa hanya dalam nama-Nya manusia boleh diselamatkan.63 Segala hal yang baik datang hanya melalui-Nya.64 Tetapi untuk benar-benar “berpegang pada setiap hal yang baik,”65 termasuk kehidupan abadi, kita mesti menerapkan ajaran Kristus secara berterusan dalam hidup kita. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.