Ada Kuasa di dalam Kitab Mormon
Kuasa terbesar Kitab Mormon adalah kesannya yang membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus.
Pada 14 Jun 1989, disebabkan maklumat palsu tentang Gereja, kerajaan Ghana mengharamkan semua urusan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir di dalam negara Afrika itu. Kerajaan menahan semua harta Gereja, dan semua pekerjaan mubaligh berhenti. Ahli-ahli Gereja, yang memanggil masa ini “pembekuan,” melakukan sedaya upaya mereka untuk mematuhi Injil tanpa pertemuan-pertemuan cawangan atau sokongan para mubaligh. Ada banyak cerita penuh inspirasi tentang bagaimana para ahli membuat cahaya Injil terus bersinar dengan menyembah di dalam rumah mereka dan mengawasi satu sama lain sebagai pengajar keluarga dan pengajar berkunjung.
Akhirnya salah faham itu diselesaikan, dan pada 30 November 1990, pembekuan itu berakhir dan urusan Gereja biasa menyambung semula.1 Sejak itu hubungan antara Gereja dan kerajaan Ghana sangat baik.
Ahli-ahli yang hidup semasa pembukuan itu cepat menunjukkan berkat-berkat yang datang dari masa itu yang tidak biasa. Iman ramai orang diperkukuh melalui kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi salah satu berkat pembekuan datang dalam cara yang tidak biasa.
Nicholas Ofosu-Hene ialah seorang anggota polis yang telah ditugaskan untuk mengawal sebuah bangunan pertemuan LDS semasa pembekuan. Tugas dia ialah untuk mengawal bangunan itu pada waktu malam. Bila Nicholas sampai di gereja itu pertama kali, dia melihat bahawa barang-barang telah diselerakkan, dengan kertas, buku, dan perabot di merata-rata tempat. Di tengah-tengah keadaan kelam-kabut ini, dia melihat sebuah Kitab Mormon. Dia cuba mengabaikan buku itu kerana dia telah diberitahu bahawa buku itu jahat. Tetapi dia rasa tertarik kepadanya. Akhirnya, Nicholas tidak lagi dapat mengabaikan buku itu. Dia mengambil buku itu. Dia rasa didorong untuk mula membacanya. Dia membaca seluruh malam, dengan air mata mengalir ke pipinya ketika dia baca.
Kali pertama dia membaca, dia baca habis 1 Nefi. Kali kedua, dia baca habis 2 Nefi. Bila dia sampai di 2 Nefi bab 25, dia membaca yang berikut: “Dan kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, kita berkhutbah berkenaan Kristus, kita bernubuat berkenaan Kristus, dan kita menulis menurut nubuat-nubuat kita, agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.”2
Pada masa itu, Nicholas merasa Roh dengan begitu kuat sehingga dia mula menangis. Dia sedar bahawa semasa dia membaca dia telah menerima banyak dorongan rohani bahawa buku ini adalah tulisan suci, yang paling betul yang dia pernah baca. Dia sedar bahawa Orang Suci Zaman Akhir percaya dengan tekun kepada Yesus Kristus, yang bertentangan dengan apa yang telah dia dengar sebelumnya. Setelah pembekuan berakhir dan para mubaligh balik ke Ghana, Nicholas, isterinya, dan anak-anaknya menjadi ahli Gereja. Bila saya jumpa dia tahun lalu, dia sudah menjadi komander polis dan melayani sebagai presiden Daerah Gereja Ghana Tamale. Dia mengatakan: “Gereja telah mengubah kehidupan saya. … Saya berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana membimbing saya ke Injil ini.”3
Alibert Davies, satu lagi orang Ghana, menyertai seorang kawan ke salah satu gereja kita, di mana kawan itu mengadakan pertemuan presidensi. Semasa menunggu kawan dia, Alibert membaca sebuah buku yang dia jumpa dekat dia. Bila pertemuan itu berakhir, Alibert ingin mengambil buku itu. Dia diberikan izin bukan saja untuk mengambil buku itu tetapi juga sebuah Kitab Mormon. Bila dia sampai di rumah, dia mula membaca Kitab Mormon. Dia tidak dapat menyimpan Kitab Mormon. Dia membaca dengan cahaya lilin sampai pukul 3 pagi. Dia buat demikian selama beberapa malam, menjadi amat terharu oleh apa yang dia baca dan apa yang dia rasa. Alibert sekarang ialah ahli Gereja.
Angelo Scarpulla mulai pembelajaran teologi di Italia sewaktu dia berumur 10 tahun. Akhirnya dia menjadi imam dan melayani gerejanya dengan kasih sayang yang mendalam. Pada satu masa iman dia mulai menjadi lemah, dan dia mencari dan menerima kesempatan untuk pembelajaran lanjutan. Tetapi semakin banyak dia belajar, semakin bimbang dia menjadi. Apa yang dia membaca dan merasa meyakinkan dia bahawa kemurtadan umum telah terjadi dari ajaran yang diajar oleh Yesus dan para Rasul awal. Angelo mencari agama Tuhan yang benar dalam pelbagai agama tetapi dia tidak puas hati selama banyak tahun.
Pada satu hari dia jumpa dua ahli Gereja yang sedang membantu para mubaligh mencari lebih orang untuk mengajar. Dia rasa tertarik kepada mereka dan mendengar pesanan mereka dengan bahagia. Angelo menerima sebuah Kitab Mormon dengan rela.
Pada malam itu dia mula membaca buku itu. Dia rasa amat terharu dengan kebahagiaan. Melalui Roh, Tuhan memberikan Angelo kepastian yang dalam bahawa di dalam Kitab Mormon dia akan menjumpai kebenaran yang telah dia mencari selama banyak tahun. Perasaan yang manis menyeluruh dia. Apa yang dia baca dan apa yang dia belajar dari para mubaligh mengesahkan kesimpulannya bahawa kemurtadan umum telah terjadi, tetapi dia juga belajar bahawa Gereja Tuhan yang benar telah dipulihkan di bumi. Tidak lama kemudian, Angelo dibaptiskan ke dalam Gereja.4 Bila saya jumpa dia kali pertama, dia presiden Cawangan Rimini Gereja kita di Italia.
Apa yang Nicholas, Alibert, dan Angelo mengalami dengan Kitab Mormon memberi ingat kepada pengalaman Parley P. Pratt:
“Saya membuka [buku itu] dengan tidak sabar-sabar. … Saya membaca sepanjang hari; memakan merupakan satu beban, saya tidak ada keinginan untuk makanan; tidur merupakan satu beban bila … malam datang, kerana saya lebih suka membaca daripada tidur.
“Ketika saya membaca, roh Tuhan berada pada saya, dan saya mengetahui dan memahami bahawa buku itu benar, sejelas seseorang memahami dan mengetahui bahawa dia wujud. Kebahagiaan saya sekarang penuh, dan saya cukup berbahagia untuk bayar diri saya untuk semua kesengsaraan, pengorbanan dan kesusahan kehidupan saya.”5
Ada orang yang mempunyai pengalaman yang berkuasa dengan Kitab Mormon kali pertama mereka membukanya, tetapi untuk orang lain kesaksian kebenaran datang dengan beransur-ansur semasa mereka membaca dan berdoa tentang ia. Itulah kes saya. Saya membaca Kitab Mormon kali pertama sebagai pelajar remaja Seminari. Ini adalah salinan Kitab Mormon yang saya baca itu. Saya tidak dapat memberitahu anda masa atau tempat tertentu yang ia terjadi, tapi di sesuatu tempat semasa membaca, saya mulai merasa sesuatu. Ada kehangatan dan roh yang datang setiap kali saya buka buku itu. Perasaan itu berkembang semasa saya teruskan pembacaan saya. Perasaan itu masih datang sekarang. Setiap kali saya membuka Kitab Mormon, ia seperti memasang suis—Roh mengalir ke dalam hati dan jiwa saya.
Untuk orang lain, kesaksian Kitab Mormon datang dengan lebih perlahan, selepas banyak pembelajaran dan doa. Saya mempunyai kawan yang membaca Kitab Mormon mencari tahu kalau ia benar. Dia menggunakan jemputan di Moroni untuk bertanya kepada Tuhan dengan hati yang tulus, dengan niat yang bersungguh-sungguh dan beriman kepada Kristus, jika Kitab Mormon adalah benar.6 Tapi dia tidak menerima jawaban rohani yang dijanjikan dengan segera. Tetapi, pada satu hari ketika dia merenungkan, memandu di jalan, Roh bersaksi kepadanya tentang kebenaran Kitab Mormon. Dia begitu gembira dan terharu sehingga dia buka tingkap kereta dan memekik, kepada seluruh dunia, “Ia benar!”
Sama ada kesaksian kita tentang Kitab Mormon datang kali pertama kita membukanya atau dengan bersansur-ansur, ia akan mempengaruhi kita seumur hidup jika kita terus membacanya dan menggunakan ajaran-ajarannya. Presiden Ezra Taft Benson mengajar: “Ada kuasa di dalam buku itu yang akan bermula mengalir ke dalam kehidupan anda tepat pada masa yang anda memulakan pembelajaran yang sungguh buku itu. Anda akan menjumpai kuasa besar untuk menahan godaan. Anda akan menjumpai kuasa untuk mengelakkan penipuan. Anda akan menjumpai kuasa untuk terus berada di lorong sempit dan kecil.”7
Saya menggalakkan semua orang yang menerima pesanan ini, termasuk para pemegang Imamat Harun yang hadir di pertemuan ini malam ini, untuk mendapat tahu kuasa Kitab Mormon. Seperti yang Presiden Thomas S. Monson telah menggalakkan: “Bacalah Kitab Mormon. Renungkanlah ajaran-ajarannya. Bertanyalah kepada Bapa Syurgawi kalau ia benar.”8 Semasa proses itu anda akan merasa Roh Tuhan dalam kehidupan anda. Roh itu akan menjadi sebahagian kesaksian anda bahawa Kitab Mormon adalah benar, bahawa Joseph Smith adalah nabi Tuhan, dan bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah Gereja Tuhan yang benar di bumi hari ini. Kesaksian itu akan membantu anda untuk menahan godaan.9 Ia akan menyediakan anda untuk “panggilan besar kerajinan … untuk bekerja di ladang anggur Tuhan.”10 Kesaksian itu akan berdiri sebagai sauh yang pasti apabila tuduhan atau pernyataan berunsur fitnah digunakan untuk mencabar iman anda, dan ia akan menjadi asas yang kukuh apabila anda dicabar dengan soalan-soalan yang anda tidak dapat menjawab dengan segera. Anda akan dapat membezakan kebenaran daripada kesilapan, dan anda akan merasa kepastian Roh Kudus mengesahkan lagi kesaksian anda berkali-kali semasa anda terus membaca Kitab Mormon di sepanjang kehidupan anda.
Saya juga menggalakkan semua ibu bapa yang mendengar atau membaca pesanan ini untuk membuat Kitab Mormon sebahagian yang penting di dalam rumah anda. Semasa anak-anak kami membesar, kami membaca Kitab Mormon bila kami makan sarapan. Ini ialah penanda buku yang kami gunakan. Di depan ada petikan dari Presiden Benson yang berjanji bahawa Tuhan akan mencurahkan berkat ke atas kami semasa kami membaca Kitab Mormon.11 Di belakang ada janji dari Presiden Marion G. Romney, bekas penasihat dalam Presidensi Utama: “Saya rasa pasti bahawa jika, di dalam rumah kita, ibu bapa akan membaca dari Kitab Mormon dengan penuh doa dan secara tetap, baik sendiri mahupun bersama anak-anak mereka, roh buku yang sungguh baik itu akan menyeluruh rumah kita dan semua yang tinggal di dalamnya. … Roh pertikaian akan keluar. Para ibu bapa akan menasihati anak-anak mereka dalam kasih dan kebijaksanaan yang lebih besar. Anak-anak akan menjadi lebih responsif dan tunduk patuh kepada nasihat ibu bapa mereka. Kesolehan akan meningkat. Iman, harapan, dan ihsan—kasih suci Kristus—akan berlimpah-limpah di rumah dan kehidupan kita, membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan.”12
Sekarang, banyak tahun selapas anak-anak kami tinggalkan rumah dan sedang membesarkan keluarga mereka sendiri, kita dapat melihat dengan jelas penunaian janji Presiden Romney. Keluarga kami jauh dari sempurna, tapi kami dapat bersaksi akan kuasa Kitab Mormon dan berkat-berkat yang pembacaannya telah membawa dan terus membawa ke dalam kehidupan seluruh keluarga kami.
Kuasa terbesar Kitab Mormon adalah kesannya dalam mebawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus. Ia merupakan kesaksian yang kuat tentang Dia dan misi penebusan-Nya.13 Melalui Kitab Mormon kita dapat faham keagungan dan kuasa Korban Tebusan-Nya.14 Ia mengajar ajaran-Nya dengan jelas.15 Dan oleh kerana bab-bab sungguh baik yang menggambarkan kunjungan Kristus yang dibangkitkan ke orang Nefi, kita melihat dan mengalami Dia mengasihi, memberkati, dan mengajar orang ramai itu dan dapat faham bahawa Dia akan melakukan yang sama untuk kita jika kita datang kepada-Nya dengan mematuhi Injil-Nya.16
Saudara-saudara, saya bersaksi akan kuasa Kitab Mormon. Sama ada saya membacanya dalam Bahasa Inggeris, Italia, atau Perancis, sama ada dari buku atau alat elektronik, saya telah menjumpai roh yang sungguh baik yang sama itu mengalir dari bab-bab dan ayat-ayatnya ke dalam kehidupan saya. Saya bersaksi akan kebolehannya untuk mendekatkan kita dengan Kristus. Saya berdoa agar setiap kita akan mengambil kesempatan penuh kuasa yang ada di dalam kitab suci yang hebat ini. Dalam nama Yesus Kristus, amin.