2010–2019
Hakim Yang Soleh
Oktober 2016


10:24

Hakim Yang Soleh

Hanya terdapat satu cara untuk menghakimi dengan soleh, seperti Yesus Kristus lakukan, iaitu menjadi seperti Dia.

Dalam hidup fana-Nya, Yesus Kristus seorang hakim yang menyayang, bijaksana, dan sabar. Dalam kitab suci, Dia dikenali sebagai “hakim yang soleh”(2 Timothy 4:8; Moses 6:57), dan nasihat-Nya kepada kita adalah untuk “hakim dengan soleh” (lihat Joseph Smith Translation, Matthew 7:1–2 [in Matius 7:1, nota kaki a]) dan untuk “taruhlah kepercayaanmu kepada Roh itu yang menuntun untuk melakukan yang baik ... [dan] untuk menghakimi dengan benar”(Ajaran & Perjanjian 11:12).

Nasihat kepada Dua Belas Rasul bangsa Nefi akan menolong kita menghakim seperti Tuhan hakim: “Kamu akan menjadi para hakim ke atas bangsa ini, menurut pertimbangan yang akan Aku berikan kepadamu,yang adalah adil. Oleh itu, kamu harus menjadi orang yang bagaimana? Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku”(3 Nefi 27:27; penekanan ditambah). Kadangkala kita lupa bahawa apabila Dia berikan nasihat untuk menjadi seperti Dia, Dia berucap tentang bagaimana untuk menghakim dengan soleh.

Penghakiman yang Tidak Soleh

Juruselamat bersama Orang Farisi dan Jurutulis

Satu contoh penghakiman yang tidak soleh datang dari satu perumpamaan tentang domba yang sesat apabila Farisi dan jurutulis menghakim Juruselamat dan teman makan-Nya dengan tidak soleh, katakan, ““Orang ini menyambut orang yang dihina masyarakat, bahkan makan bersama-sama mereka!” (Lukas 15:2)—mereka tidak timbang bahawa mereka diri sendiri juga orang yang berdosa. Dengan hati yang suka mengutuk, Farisi dan jurutulis itu tidak tahu kebahagiaan menyelamat domba yang sesat.

Juruselamat bersama wanita yang berzina

“Jurutulis dan Farisi”(Yohanes 8:3) juga bawakan seorang “wanita [yang] didapati berzina” ke depan Juruselamat dan ingin lihat akankah Dia akan menghakimi wanita itu menurut hukum Musa (lihat ayat 5). Anda tahu cerita itu, bagaimana Dia menunduk mereka akan penghakiman yang tidak soleh, dan bagaimana mereka “disabit oleh perasaan bersalahdiri sendiri”, mereka “seorang demi seorang, mulai daripada yang tertua, meninggalkan tempat itu”(ayat 9; penekanan ditambah). Kemudian Dia kata kepada wanita itu, “Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi. Dan wanita itu memuliakan Tuhan semenjak jam itu, dan percaya kepada nama-Nya” (Joseph Smith Translation, Yohanes 8:11 [dalam Yohanes 8:11, nota kaki c]).

Juruselamat berucap kepada wanita yang berzina

Manusia alamiah dalam kita bercenderung untuk mengutuk orang lain dan menghakim dengan tidak soleh, atau menganggap diri lebih baik. Ini berlaku kepada Yakobus dan Yohanes juga, dua orang Rasul Juruselamat. Mereka menjadi marah apabila orang dari pekan Samaria tidak menghormati Juruselamat (lihat Lukas 9:51–54):

Juruselamat dengan para pengikut

“Mereka berkata , Adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?

“Yesus berpaling lalu memarahi mereka, [dan berkata, Kamu tidak tahu roh apa yang kamu miliki.

“Anak manusia tidak datang untuk memusnahkan hidup tetapi untuk menyelamatkan mereka”(ayat 54–56)

“Hakim[-hakim] umum” hari ini (A&P 107:74) harus mengelak gerak hati untuk menuduk seperti yang kadangkala diakukan oleh Yakobus dan Yohanes. Seorang hakim yang soleh akan membalas dengan rasa kasihan dan pemahaman terhadap pengakuan. Sebagai contoh, seorang remaja yang sudah melakukan satu kesilapan, harus tinggalkan pejabat uskup merasai kasih sayang Juruselamat melalui uskup itu dan penuh dengan kebahagiaan dan kuasa penyembuhan Korban Tebusan—dan bukan berasa malu atau dihina. Jika tidak, uskup itu mungkin akan menyebabkan remaja itu lebih jauh dari gereja dengan tidak sengaja (lihat Lukas 15:4).

Disiplin

Tetapi, rasa kasihan tidak membatalkan keperluan disiplin. Perkataan disiplin datang dari kata Latin discere, “untuk belajar,” atau discipulus, “pelajar,” membuat seorang pengikut sebagai pelajar dan pengikut.1 Untuk mendisiplin dalam cara Tuhan adalah untuk mengajar dengan kasih sayang dan kesabaran. Dalam kitab suci, Tuhan biasanya gunakan perkataanmendera, apabila berucap tentang disiplin (lihat, contoh, Mosia 23:21; A&P 95:1). Perkataan mendera datang dari kata Latin castus, bererti “murni atau suci,” dan mendera bererti “untuk menyucikan.”2

Dalam dunia ini, seorang hakim duniawi mengutuk seseorang dan hantardia ke penjara. Sebaliknya, Kitab Mormon ajarkan kita bahawa apabila kita berdosa dengan sengaja, kita “hakim diri sendiri” (Alma 41:7) dan mengabdikan diri ke penjara rohani. Ironinya, hakim umum memegang kunci yang buka pintu penjara; “Dengan deraan Aku mempersiapkan sebuah jalan bagi pembebasan mereka dalam segala hal keluar dari godaan” (Ajaran & Perjanjian 95:1; penekanan ditambah). Tindakan seorang hakim yang soleh adalah berbelas kasihan, kasih sayang, dan menebuskan, bukan mengutuk.

Joseph Smith yang muda didisiplin dengan satu percubaan sepanjang empat tahun sebelum dia memperoleh kepingan-kepingan emas, “kerana kamu tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan.” 3 Kemudian, apabila Joseph hilangkan 116 muka surat manuskrip, dia didisiplin sekali lagi. Walaupun Joseph penuh sesal, Tuhan masih menarik balik hak istimewanya buat satu masa yang pendek, kerana “yang Aku kasihi juga Aku dera agar dosa-dosa mereka boleh diampuni”(A&P 95:1).

Joseph kata, “Malaikat bergembira apabila dia pulangkan Urim dan Tumin kepada saya dan kata Tuhan bergembira ke atas iman dan kerendahan hati saya, dan mengasihi saya kerana kesesalan dan ketekunan saya untuk berdoa.”4 Kerana Tuhan hendak ajar Joseph satu pengajaran yang mengubah hati, Dia perlukan satu korban yang menyayat hati daripada Joseph—korban ialah satu bahagian utama disiplin.

Korban

“Pada zaman purba, korbanbererti untuk menguduskan sesuatu atau seorang,”5 saling bergantung dengan definisi perkataan mendera—“untuk menyucikan.” Begitu juga, pada zaman purba Israel, keampunan datang melalui satu persembahan dosa, atau korban.6 Korban tidak hanya “menujuk kepada korban yang agung dan terakhir itu” (Alma 34:14) tetapi juga mengakibatkan satu kesyukuran yang mendalam terhadap Korban Tebusan Juruselamat. Keengganan untuk mengorban sebagai sebahagian kesesalan kita memperolok-olokkan atau mengecilkan korban Kristus untuk dosa yang sama dan mengecilkan penderitaan-Nya—satu tanda sikap tidak mengenang budi.

Sebaliknya, melalui korban, kita memperolehsesuatu yang abadi—belas kasihan dan keampunan-Nya dan pada akhirnya “segala yang Bapa miliki” (A&P 84:38). Sebagai sebahagian proses pertaubatan, korban juga bertindak sebagai penawar penyembuhan untuk menggantikan “penyesalan suara hati”(Alma 42:18) dengan “kedamaian hati nurani”(Mosia 4:3). Tanpa korban, seorang mungkin susah mengampunkan diri sendiri, kerana satu suara hati tentang sesuatu yang dirahsiakan.7

Ibu Bapa sebagai Hakim yang Soleh

Tidak banyak daripada kita akan dipanggil untuk menjadi hakim umum, tetapi asas penghakiman soleh masih boleh diaplikasikan ke atas kita semua, terutamanya ibu bapa yang berpeluang untuk menggunakan asas-asas ini setiap hari dengan anak-anak mereka. Untuk mengajar seorang anak dengan berkesan adalah intipati keibubapaan yang baik, dan mendisiplin dengan kasih sayang ialah intipati seorang hakim yang soleh.

Presiden Joseph F. Smith ajar, “Jika anak-anak bersikap ingkar dan susah dikawal, bersabar sehingga anda boleh mengatasi dengan kasih sayang, ... Dan kemudian anda boleh [bentukkan] sifat-sifat mereka dengan cara anda.”8

Para nabi penuh dengan wawasan, apabila mengajar cara untuk mendisiplin, mereka selalu merujuk ke sifat-sifat Kristus. Ajaran dan Perjanjian berikan kita satu nasihat yang terkenal tentang disiplin:

“Tidak ada kuasa atau pengaruh dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kebajikan keimamatan, kecuali dengan bujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemahlembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat;

“Dengan kebaikan hati, dan pengetahuan yang murni, yang akan teramat memperluaskan jiwa tanpa kemunafikan, dan tanpa tipu daya—

“Menegur pada waktunya dengan ketajaman, ketika digerakkan oleh Roh Kudus; dan kemudian memperlihatkan sesudahnya peningkatan kasih”(Ajaran & Perjanjian 121:41–43).

Tulisan suci mengajar kita untuk menegur “ketika digerakkan oleh Roh Kudus,”bukan ketika digerakkan oleh kemarahan. Roh Kudus dan kemarahan adalah bertentangan, kerana “dia yang memiliki semangat pertikaian bukanlah daripada-Ku, tetapi daripada iblis, yang merupakan bapa pertikaian, dan dia menghasut hati manusia untuk bertikai dengan kemarahan”(3 Nefi 11:29). Presiden George Albert Smith ajar bahawa “Kata-kata yang tidak bertimbang rasa biasanya tidak diucapkan di bawah ilham Tuhan. Roh Tuhan ialah roh kebaikan hati; ialah roh kesabaran; ialah roh ihsan dan kasih sayang serta toleransi dan kepanjangsabaran. …

“... Tetapi jika kita suka mencari kesalahan orang lain ... Dengan cara yang memusnahkan, yang tidakdatang sebagai akibat penemana Roh Bapa Syurgawi kita dan selalunyamenghancurkan.

“... Kebaikan hati ialah kuasa yang Tuhan berikan kepada kita untuk membuka hati yang keras dan melembutkan jiwa yang degil.”9

Identiti Benar Anak-anak Kita

Apabila Juruselamat mengunjung bangsa Nefi, Dia lakukan sesuatu yang luar biasa dengan kanak-kanak:

Juruselamat dengan kanak-kanak bangsa Nefi

“Dan terjadilah bahawa Dia mengajar dan melayani anak-anak orang ramai ..., dan Dia melembutkan lidah mereka, dan mereka berbicara kepada bapa mereka tentang hal-hal yang besar dan menakjubkan.… ...

“... Dan mereka melihat dan juga mendengar anak-anak ini; ya, bahkan bayi-bayi membuka mulut mereka dan menuturkan hal-hal yang menakjubkan” (3 Nefi 26:14, 16).

Mungkin lebih daripada membuka mulut bayi-bayi, Tuhan membuka mata-matadan telinga-telinga ibu bapa mereka. Ibu bapa itu sudah diberikan satu kurnia untuk melihat sepintas lalu ke keabadian dan identiti benar serta kaliber prafana anak-anak mereka. Tidakkah itu akan ubahkan cara ibu bapamemandang dan bertindak terhadap anak-anak mereka selamanya? Saya suka petikan ini oleh Goethe: “Cara anda memandang seorang [kanak-kanak] ialah cara anda bertindak terhadap mereka, dan cara anda bertindak terhadap mereka ialah [siapa] yang [akan] mereka jadi.”10 Untuk mengingati identiti benar seorang kanak-kanak ialah satu kurnia pandangan jauh yang mengilhami secara ilahi visi seorang hakim yang soleh.

Kesimpulan

Presiden Thomas S. Monson ajar kita, “Jangan biarkan satu masalah yang harus diatasi menjadi lebih penting daripada seorang yang dikasihi.”11 Ini satu asas yang penting untuk menjadi seorang hakim yang soleh, terutamanya dengan anak-anak kita.

Hanya terdapat satu cara untuk menghakimi dengan soleh, seperti Yesus Kristus lakukan, iaitu menjadi seperti Dia. Oleh itu, “kamu harus menjadi orang yang bagaimana? Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku”(3 Nephi 27:27). Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat “disciple,” etymonline.com.

  2. Lihat Merriam-Webster’s Collegiate Dictionary, 11th ed. (2003), “chasten.”

  3. Karen Lynn Davidson dan yang lain, eds Histories, Volume 1: Joseph Smith Histories, 1832–1844, vol. 1 of the Histories series of The Joseph Smith Papers (2012), 83.

  4. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 71–71; penekanan ditambah.

  5. Guide to the Scriptures, “Sacrifice”; scriptures.lds.org.

  6. Lihat Bible Dictionary, “Sacrifices.”

  7. Korban yang kita berikan pada altar meja sakramen setiap minggu ialah hati yang hancur dan jiwa yang menyesal (lihat 2 Nefi 2:7; 3 Nefi 9:20; A&P 59:8). Satu hati yang hancur ialah satu hati yang bertaubat; satu jiwa yang menyesal ialah satu roh yang mematuhi (lihat D. Todd Christofferson, “When Thou Art Converted,” Liahona, Mei 2004, 12).

  8. Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith (1998), 299.

  9. Teachings of Presidents of the Church: George Albert Smith (2011), 225226, 228; penekanan ditambah.

  10. Attributed to Johann Wolfgang von Goethe, brainyquote.com.

  11. Thomas S. Monson, “Finding Joy in the Journey,” Liahona, Nov. 2008, 86.