2010–2019
Bercita-cita Tinggi untuk Kristus.
Oktober 2016


11:14

Bercita-cita Tinggi untuk Kristus.

Kita bercita-cita tinggi untuk Kristus apabila kita melayani secara beriman, menerima dengan rendah hati, bertahan dengan baik hati, berdoa selalu, dan mengambil sakramen dengan layak

Saudara dan saudari sekalian, hari ini saya ingin berucap kepada orang muda dalam Gereja ini termasuk para mubaligh kita yang bagus. Sudah tentunya, saudara dan saudari yang berasa muda juga dijemput dengan ramah untuk mendengar.

Pada Ogos  21, President Russell M. Nelson membaktikan Bait suci Sapporo yang cantik—bait suci yang ketiga di Jepun. Bait suci Sapporo dibina di utara Jepun dikawasan Hokkaido. Seperti Utah, Hokkaido di duduki oleh perintis yang rajin dan bekerja keras.

Pada tahun 1876, seorang pendidik terkenal bernama Dr. William Clark1 dijemput ke Hokkaido untuk mengajar. Dia tinggal di Jepun hanya selama lapan bulan, tetapi roh Kristiannya meninggalkan pengaruh jangka lama kepada pelajar mudanya yang bukan Kristian. Sebelum berangkat pulang, dia memberikan pelajarnya pesanan perpisahan yang telah diabdikan dalam patung gangsa ini.2 Dia berkata, “Pelajar lelaki, bercita-cita tinggi!”—“Bercita-cita tinggi untuk Kristus.”3 Peringatannya untuk “Bercita-cita tinggi untuk Kristus” boleh menolong mengarah keputusan harian untuk Orang Suci Zaman Akhir hari ini.

Dr. William Clark

Apa maksudnya untuk “bercita-cita tinggi untuk Kristus”? Bercita-cita tinggi untuk Kristus bermakna mempunyai motivasi, fokus dan dedikasi untuk kerja-Nya. Bercita-cita tinggi untuk Kristus akan jarang bererti kita diasingkan untuk penghormatan awam. Bercita-cita tinggi untuk Kristus bermakna kita melayani dengan penuh iman dan tekun dalam bahagian dan cawangan kita tanpa mengeluh dan dengan hati gembira.

Para mubaligh kita yang melayan di seluruh dunia adalah contoh indah tentang mereka yang sememangnya bercita-cita tinggi untuk Kristus. Beberapa tahun lalu, Sister Yamashita dan saya melayani di Misi Nagoya Jepun. Mubaligh kami amat bercita-cita tinggi untuk Kristus. Salah seorang mubaligh ialah seorang lelaki muda bernama Elder Cowan.

Elder Cowan dengan Presiden dan Sister Yamashita

Elder Cowan tidak mempunyai kaki kanan disebabkan kemalangan berbasikal semasa dia seorang remaja. Beberapa minggu selepas dia memasuki misi, saya menerima panggilan telefon daripada rakannya. Kaki prostetik Elder Cowan telah patah apabila dia menunggang basikal. Kami membawa dia ke satu tempat pembaikan yang bagus, dan di bilik peribadi di sana, saya melihat kakinya untuk kali pertama. Saya sedar betapa banyak kesakitan yang dia mengalami. Kaki prostetiknya diperbaiki, dan dia pulang ke kawasannya.

Walaubagaimanapun, apabila minggu berlalu, prostetik itu terus patah berkali-kali. Penasihat medikal kawasan mengesyorkan Elder Cowan dihantar pulang untuk kemungkinan ditugaskan semula di misi berlainan. Saya menentang nasihat ini kerana Elder Cowan ialah seorang mubaligh yang hebat, dan mempunyai keinginan kuat untuk tinggal di Jepun. Secara beransur-ansur, Elder Cowan mula mencapai had fizikalnya. Walaupun itu, dia tidak merungut atau mengadu.

Sekali lagi, saya dinasihatkan supaya Elder Cowan dibenarkan untuk melayani di kawasan yang tidak memerlukan dia menggunakan basikal. Saya merenungkan situasi ini. Saya memikirkan tentang Elder Cowan dan masa depannya, dan saya berdoa tentang perkara ini. Saya rasa bahawa, ya, Elder Cowan patut pulang ke rumah dan menunggu untuk ditugaskan semula. Saya menelefon dia dan menyatakan kasih sayang dan kebimbangan saya serta memberitahu dia tentang keputusan saya. Dia tidak menjawab apa-apa. Saya hanya boleh mendengar tangisan di hujung telefon itu. Saya berkata, “Elder Cowan, kamu tidak perlu menjawab saya apa-apa sekarang. Saya akan memanggil kamu esok. Tolong mempertimbangkan cadangan saya dengan doa ikhlas.”

Apabila saya menelefon dia pada pagi berikutnya, dia dengan rendah hati berkata bahawa dia akan mengikuti nasihat saya.

Semasa temu duga terakhir saya dengan dia, saya menanya dia satu soalan: “Elder Cowan, adakah anda meminta dalam permohonan mubaligh anda untuk dihantar ke misi di mana anda tidak perlu menggunakan basikal?”

Dia berkata, “Ya, Presiden, saya meminta.”

Saya membalas, “Elder Cowan, anda dipanggil ke Misi Nagoya Jepun, di mana anda perlu menggunakan basikal. Adakah anda memberitahu perkara ini kepada presiden pancang anda?”

Saya terkejut dengan jawapannya. Dia berkata, “Tidak, saya bertekad bahawa jikaituialah di mana Tuhan telah memanggil saya, Saya akan ke gim dan melatih badan saya supaya berkebolehan untuk berbasikal.”

Pada penghujung temu duga kami, dia menanya saya satu soalan dengan air mata pada matanya: “Presiden Yamashita, kenapa saya datang ke Jepun? Kenapa saya di sini?”

Saya menjawabnya tanpa teragak-agak: “Elder Cowan, Saya tahu satu sebab kamu berada di sini. Kamu ke sini untuk manfaat saya. Saya telah memahami betapa hebat lelaki muda yang saya melayani bersama. Saya diberkati untuk mengetahui kamu.”

Saya gembira untuk melaporkan bahawa Elder Cowan pulang ke rumahnya yang penuh kasih sayang dan ditugaskan semula di misi di mana dia boleh menggunakan kereta untuk perjalanannya. Saya bangga bukan sahaja untuk Elder Cowan tetapi untuk semua mubaligh di seluruh dunia yang melayani dengan rela tanpa merungut dan mengadu. Terima kasih, para elder dan sister, untuk iman anda, fokus anda, dan cita-cita kuat anda dalam Kristus.

Kitab Mormon mengandungi banyak laporan tentang mereka yang bercita-cita tinggi untuk Kristus. Alma yang Muda sebagai lelaki muda menganiaya Gereja dan ahlinya. Dia kemudiannya melalui perubahan hati yang dramatik dan melayani sebagai seorang mubaligh yang berkuasa. Dia meminta arahan Tuhan, dan dia memberkati rakannya yang melayani bersama dia. Tuhan menguatkan dia, dan dia memenangi cubaan yang dia hadapi.

Alma ini memberi anak lelakinya Helaman nasihat berikut:

“Bahawa barang siapa akan menaruh kepercayaannya kepada Tuhan akan didukung dalam percubaan mereka, dan kesusahan mereka, dan kesengsaraan mereka. …

“… Taati perintah-perintah Tuhan. …

“Berundinglah dengan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan mengarahkan kamu demi kebaikan.”4

Anak lelaki kedua kami hidup kebanyakan zaman remajanya di luar Gereja. Apabila dia mencapai umur 20, dia mempunyai satu pengalaman yang menyebabkan dia untuk ingin menukar hidup dia. Dengan kasih sayang, doa, dan pertolongan dari ahli keluarga dan ahli Gereja, dan akhirnya melalui rasa kasihan dan rahmat Tuhan, dia kembali kepada Gereja.

Dia kemudiannya dipanggil untuk melayani di Misi Washington Seattle. Pada mulanya dia mengalami kekecewaan yang besar. Setiap malam untuk tiga bulan pertama, dia akan ke bilik mandi dan menangis. Seperti Elder Cowan, dia cuba memahami, “Kenapa saya di sini?”

Selepas dia melayani untuk setahun, kami menerima satu emel yang merupakansatu jawapan kepada doa kami. Dia menulis: “Sekarang saya boleh merasai kasih sayang Tuhan dan Yesus. Saya akan bekerja keras untuk menjadi seperti nabi zaman dahulu. Walaupun saya menghadapi banyak kesusahan, saya sememangnya amat gembira Melayani Yesus memang adalah perkara yang terbaik. Tiada perkara yang menakjubkan seperti ini. Saya amat gembira.”

Dia merasa seperti Alma: “Dan ya, betapa bahagiaku, dan betapa menakjubkannya cahaya yang aku lihat; ya, jiwaku dipenuhi dengan kebahagiaan yang sama besarnya seperti rasa sakitku!”5

Dalam hidup, kita mengalami cubaan, tetapi jika kita bercita-cita tinggi untuk Kristus, kita boleh fokus kepada Dia dan merasa kegembiraan walaupun di tengah-tengah mereka. Sang Penebus kita ialah teladan yang hebat. Dia memahami misi sucinya dan patuh kepada kehendak Tuhan Bapa. Ia adalah berkat yang menakjubkan untuk membawa teladan-Nya kepada ingatan kita setiap minggu apabila kita mengambil sakramen.

Saudara dan saudariku, kita bercita-cita tinggi untuk Kristus apabila kita melayani secara beriman, menerima dengan rendah hati, bertahan dengan baik hati, berdoa selalu, dan mengambil dengan layak.

Semoga kita bercita-cita tinggi untuk Kristus sambil kita menerima kesusahan dan cubaan dengan kesabaran serta iman dan mencari kegembiraan dalam jalan perjanjian kita.

Saya bersaksi bahawa Tuhan mengetahui anda. Dia mengetahui pergelutan dan kebimbangan anda. Dia mengetahui keinginan anda untuk melayani Dia dengan kebaktian dan cita-cita juga. Semoga dia membimbing dan memberkati anda apabila anda melakukannya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. William Smith Clark (1826–86) ialah seorang professor kimia, botani, dan zoologi dan melayan sebagai kolonel semasa Perang Saudara Amerika. Dia seorang pemimpin pendidikan pertanian dan presiden Kolej Pertanian Massachusetts. (Lihat “William S. Clark,” wikipedia.com.)

  2. Patung terletak di Bukit Permerhatian Sapporo Hitsujigaoka.

  3. William S. Clark, di Ann B. Irish, Hokkaido: A History of Ethnic Transition and Development on Japan’s Northern Island (2009), 156.

  4. Lihat Alma 36:3; 37:35, 37.

  5. Alma 36:20.