Tuhan akan Menyapu Segala Air Mata
Apabila kita melatih keimanan kita terhadap Juruselamat, Dia akan memikul kita ketika melalui cabaran dan, akhirnya, menyelamatkan kita dalam kerajaan selestial.
Sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi, Dia membenarkan kedukaan dianyam ke dalam pengalaman fana.1 Walaupun ia kelihatan bahawa percubaan perit yang dialami di antara kita tidak sekata, yang pastinya, kita semua menderita dan bergelutan. Adalah doa saya agar Roh Kudus akan membimbing kita untuk memahami sebabnya dengan lebih.
Apabila kita memandang pengalaman hidup yang susah dengan kanta iman Kristus, kita boleh nampak matlamat ketuhanan dalam penderitaan kita. Mereka yang beriman dapat mengalami kebenaran nasihat bercanggah Petrus. Dia telah menulis, “Sekalipun kamu menderita kerana kebenaran, kamu akan berbahagia.”2 Apabila kita mengaplikasikan dalam “hati sehingga kefahaman,”3 kita boleh meningkatkan kebolehan untuk menahani cabaran dengan baik dan pelajari darinya—dan diperhaluskan oleh—nya. Pemahaman sedemikian menjawab soalan cepumas “Kenapa perkara buruk berlaku kepada orang yang baik?”
Setiap orang yang mendengar hari ini pernah mengalami kesepian, kecewaan, kepiluan, kesakitan atau kedukaan. Tanpa “mata iman”4 dan pemahaman kebenaran abadi, sering kali kesengsaraan dan penderitaan yang dialami dalam kefanaan boleh mengaburi atau mengerhanakan riang abadi bahawa rancangan hebat Bapa di Syurga sememangnya rancangan kegembiraan yang abadi. Tiada cara lain untuk menerima suatu kegenapan kebahagiaan.5
Tuhan menjemput kita untuk membalas kesengsaraan tersendiri kita dengan iman agar kita mendapat berkat dan memperoleh pengajaran yang tidak boleh dipelajari melalui cara lain. Kita diarahkan untuk mentaati perintah-perintah dalam setiap keadaan dan situasi kerana “dia yang setia dalam kesukaran, pahala orang yang sama itu lebih besar di kerajaan syurga.”6 Sepertimana kita baca dalam kitab suci, “Jika engkau penuh dukacita, mintalah kepada Tuhan dengan permohonan, agar jiwamu boleh penuh sukacita.”7
Rasul Paulus, juga ditimpa kesusahan, menggunakan pengalamannya sendiri untuk mengajar dengan mendalam dan keindahan perspektif yang diperoleh apabila kita bertahan dengan baik dan sabar. Dia berkata, “Sebab penderitaan ringan yang hanyalah sementara, mengerjakan bagi kami kemuliaan kekal yang melebihi segala-galanya.”8 Dalam kata lain, kita boleh tahu di kala kesengsaraan, Tuhan telah menyediakan ganjaran pampasan abadi.
Kebolehan Paulus untuk berkongsikan percubaan, penganiayaan, dan kedukacitaan kehidupannya sebagai “penderitaan ringan” mendustakan keparahan kesengsaraannya, di mana dia telah dilingkupi perspektif abadi injil. Kepercayaan Paulus terhadap Yesus Kristus membuatkan segalanya boleh ditahani. Lima kali dia disesah; tiga kali didera; satu kali dilempar dengan batu; tiga kali mengalami karam kapal; sering diancam bahaya banjir, penyamun, dan saudara palsu; dia menderita keletihan dan kesakitan, kelaparan dan kehausan, dan kedinginan tanpa pakaian.9
Ramai di antara kita telah meminta Tuhan menghapuskan asas penderitaan kita, dan apabila pelepasan yang diingini tidak berlaku, kita tergoda untuk memikir bahawa Dia tidak mendengar. Saya bersaksi bahawa, bahkan ketika itu, Dia mendengar doa kita, dan mempunyai sebab untuk membenarkan kesengsaraan kita untuk berterusan,10 dan akan membantu kita memikulnya.11
Dalam satu petikan Paulus yang intim dan mencerminkan, Paulus memberitahu kita mengenai suatu “duri” dalam dagingnya, yang menyebabkan kesakitan hebat dan menyebabkan dia melutut tiga kali, memohon Tuhan untuk mengambil ia darinya. Untuk menjawab doa Paulus, Tuhan tidak menghilangkan duri itu tetapi berfirman dengan damai dan memberi pemahaman ke dalam hatinya, “Cukuplah kasih kurniaku bagimu: sebab justru dalam kelemahanlah kuasa ku menjadi sempurna.” Dengan pemahaman baru, Paulus dapat menerima dan bersyukur terhadap duri yang diterima. Dia telah berkata, “Kerana itu aku akan … bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turut menaungi aku.”12
Apabila kita memperoleh perspektif abadi dalam kehidupan kita, keupayaan kita untuk bertahan bertambah, kita belajar bagaimana untuk menyokong mereka yang perlu di sokong,13 dan kita bersyukur dan juga mengucap terima kasih atas pengalaman yang Tuhan telah membenarkan kita peroleh sebagai pengajar dalam matlamat untuk mencapai kehidupan abadi.
Apabila kita melihat diri melalui kesengsaraan, ia menjadi susah bagi kita untuk melihat cubaan sebagai tanda bahawa kita berada di jalan yang betul. Namun tidak kira jika kita mendapati diri dalam kekelaman atau di jalan kegembiraan, mempelajari dan berasa kasihan terhadap penderitaan orang lain boleh menjadi satu berkat.
Ketika menghadiri persidangan pancang Filipina baru-baru ini, hati saya sedih apabila mendengar pengalaman tragis Brother Daniel Apilado. Brother Apilado dan isterinya telah dibaptiskan pada tahun 1974. Mereka memeluk Injil yang telah dipulih dan dimeterai di bait suci. Selepas itu, mereka diberkati lima anak yang cantik. Pada Julai 7, 1997, ketika Brother Apilado sedang melayan sebagai presiden pancang, satu kebakaran berlaku kepada rumah kecil mereka. Anak sulung Brother Apilado, Michael, menyelamatkan ayah dengan menariknya dari bangunan yang berapi itu, kemudian berlari balik ke dalam rumah untuk menyelamatkan yang lain. Itulah kali terakhir Brother Apilado melihat anaknya hidup. Kebakaran itu telah membunuh isteri Brother Apilado, Dominga, dan kelima-lima anaknya.
Walaupun Brother Apilado sedang menjalankan hidup yang menggembirakan Tuhan ketika tragedi itu berlaku, ia tidak mengelakkan tragedi itu atau mengebalkannya dari penderitaan yang diikuti. Namun kesetiaannya dalam mentaati perjanjian dan melatih keimanannya terhadap Kristus memberi jaminan dalam janji bahawa dia akan disatukan kembali dengan isteri dan keluarganya. Harapan ini menjadi sauh dalam jiwanya.14
Ketika lawatan saya, Brother Apilado, kini bapa bangsa pancang, memperkenalkan saya kepada isteri barunya, Simonette, dan dua anak lelaki mereka, Raphael dan Daniel. Sememangnya, Yesus Kristus dapat dan akan “merawat mereka yang remuk hati.”15
Dengan berkongsikan kisah Brother Apilado, saya risau kerana betapa besar kehilangannya akan menyebabkan ramai memikirkan penderitaan dan kesengsaraan mereka tidak terbanding. Sila jangan banding, tetapi pelajari dan menggunakan prinsip-prinsip abadi ketika anda melalui kesengsaraan sendiri.
Jika saya boleh berkata kepada semua secara individu—“semua yang letih lesu dan berbeban berat”16—biarlah saya mengatakan bahawa perjuangan peribadi anda—kedukaan peribadi, kesakitan, kesengsaraan segala jenis—semuanya dikenali oleh Bapa Syurgawi dan Putera-Nya. Beranilah! Berimanlah! Dan percaya dalam janji-janji Tuhan!
Matlamat dan misi Yesus Kristus termasuklah “mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya,” bagi “mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka,” dan “menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka.”17
Untuk menerima kurniaan-kurniaan yang Juruselamat telah tawarkan dengan bebas, kita semua harus belajar bahawa penderitaan sahaja tidak mengajar atau memberi kita apa-apa nilai berpanjangan kecualilah kita sengaja melibatkan diri dalam proses pembelajaran dari kesengsaraan melalui keimanan.
Elder Neal A. Maxwell telah berkongsikan apa yang dia telah pelajari mengenai penderitaan yang bertujuan dengan kata-kata ini:
“Terdapatnya bentuk penderitaan tertentu, jika dihadapi dengan baik, boleh memuliakan kita . …
“… Sebahagian daripada penghadapan dengan baik termasuklah menjadi cukup lembut hati di kala penderitaan, untuk pelajari dari pengalaman berkenaan.” Daripada hanya melalui cabaran sebegitu, kita harus melaluinya ... dengan cara yang akan menguduskan [kita].”18
Saya telah memerhati kehidupan dan teladan mereka yang menjalankan keimanan yang kuat dan berkekalan terhadap Yesus Kristus dan janji-janji-Nya menyediakan harapan pasti dalam masa depan. Harapan yang pasti ini memantapkan kita, memberi kita tenaga dan kuasa yang diperlukan untuk bertahan.19 Apabila kita dapat memautkan penderitaan kita dengan kepastian tujuan kefanaan dan terutamanya ganjaran yang menanti kita di tempat bersyurga, kepercayaan kita terhadap Kristus meningkat dan kita menerima penghibur dalam jiwa kita.
Barulah kita akan melihat cahaya di penghujung terowong. Elder Jeffrey R. Holland telah mengajar: “Sememangnya terdapat cahaya di hujung terowong. Itulah Cahaya Dunia, Bintang Fajar dan Terang, dan ‘cahaya yang tiada penghujung, yang tidak akan dimalapkan’ [Mosia 16:9]. Ia memang Putera Tuhan sendiri.”20
Kita boleh memperoleh kekuatan dengan pengetahuan bahawa semua pengalaman susah kehidupan ini ialah sementara; malam yang gelap akan bertukar menjadi subuh bagi yang beriman.
Apabila semua diselesaikan dan kita telah bertahan dalam segala perkara dengan keimanan dalam Yesus Kristus, kita dijanjikan bahawa “Tuhan akan menyapu segala air mata [itu] dari mata [kita].”21
Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus hidup dan bahawa Mereka penurut janji. Saya bersaksi bahawa Juruselamat mengundang kita semua untuk datang dan mengambil bahagian dalam Korban Tebusan-Nya. Apabila kita melatih keimanan kita terhadap Dia, Dia akan memikul kita ketika melalui cabaran dan, akhirnya, menyelamatkan kita dalam kerajaan selestial. Benarkanlah saya menjemput anda untuk datang kepada Kristus, bertahan dengan setia, dan menjadi sempurna melalui Dia, dan memperoleh kegembiraan sempurna daripada-Nya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.