2010–2019
Belajarlah dari Alma dan Amulek
Oktober 2016


18:33

Belajarlah dari Alma dan Amulek

Saya berharap mereka yang telah meninggalkan jalan penganutan akan melihat dengan hati mereka dan pelajari dari Alma dan Amulek.

Alma yang Muda

Di antara watak-watak yang amat diingati dalam kitab suci ialah Alma yang Muda. Walaupun dia anak seorang nabi yang hebat, dia telah meninggalkan gereja dan menjadi seorang yang “jahat dan seorang pemuja berhala.” Tanpa memahami sebab-sebabnya, dia menentang bapanya dengan hebat dan ingin memusnahkan Gereja. Dan kerana kelancaran berbicara dan kata-katanya yang yakin, dia memperoleh kejayaan yang besar.1

Tetapi kehidupan Alma berubah apabila malaikat Tuhan muncul di hadapannya dan berucap dengan suara yang guruh. Selama tiga hari dan tiga malam, Alma “terseksa dengan seksaan abadi, … bahkan oleh rasa sakit jiwa yang terlaknat.” Kemudian, entah bagaimana, dia mengingati suatu memori yang membawa cahaya dalam kegelapan itu—kebenaran abadi yang diajari oleh bapanya: bahawa Yesus Kristus akan datang untuk “menebus dosa-dosa dunia.” Alma telah lama menolak konsep tersebut, tetapi kini “fikiran[nya] memegang kepada fikiran ini,” dan dia dengan rendah hati, sesungguhnya meletakkan kepercayaannya terhadap kuasa tebusan Kristus.2

Apabila Alma bangkit dari pengalaman ini, dia telah berubah. Sejak dari itu, dia mengabdikan kehidupannya untuk memperbaiki kerosakan yang dia telah sebabkan. Dia merupakan satu contoh pertaubatan, pengampunan, dan kebertahanan keimanan yang hebat.

Alma akhirnya dipilih untuk mengganti bapanya sebagai ketua Gereja Tuhan.

Setiap rakyat negeri Nefi pasti ketahui kisah Alma. Twitter, Instagram, dan Facebook pada zamannya mungkin akan dipenuhi gambar-gambar dan kisah mengenainya. Dia mungkin akan kerap muncul di halaman depan Zarahamla Weekly dan merupakan tajuk rencana pengarangan dan rangkaian istimewa. Kesimpulannya, dia mungkin selebriti yang paling terkenal pada zamannya.

Tetapi apabila Alma lihat orang-orangnya mula melupai Tuhan dan penuh keangkuhan dan pertikaian, dia membuat keputusan untuk meninggalkan jawatan awam dan mendedikasikan dirinya “seutuhnya pada imamat agung yang sebahagian tarekat kudus Tuhan,”3 mengkhutbahkan pertaubatan di kalangan orang Nefi.

Pada mulanya, Alma memperoleh kejayaan hebat—iaitu, sehinggalah dia tiba ke negeri Ammoniha. Rakyat kota itu ketahui bahawa Alma bukanlah ketua politik mereka lagi, dan mereka tidak menghargai hak kuasa imamatnya. Mereka mencaci maki, mencemuh, dan mengusirnya dari kota mereka.

Dengan patah hati, Alma meninggalkan kota Amoniha4

Tetapi seorang malaikat menyuruhnya untuk kembali.

Fikirkanlah: dia disuruh untuk kembali kepada orang yang benci dia dan yang bermusuhan terhadap Gereja. Ia merupakan tugas yang bahaya dan mungkin juga mengugut nyawa. Namun Alma tidak teragak-agak. “Dia cepat kembali.”5

Alma telah pun berpuasa selama beberapa hari apabila dia memasuki kota itu. Dia bertanyakan seseorang yang tidak dikenali jika dia akan “memberikan kepada seorang hamba Tuhan yang rendah hati sesuatu untuk makan.”6

Amulek

Nama saudara itu ialah Amulek.

Amulek merupakan seorang yang kaya, rakyat yang terkenal di Amoniha. Walaupun dia berasal dari keturunan yang mempercayai, keimanannya sendiri telah pun menjadi lemah. Dia mengaku kemudiannya, “Aku dipanggil berulang kali dan aku tidak mahu mendengar; oleh itu aku tahu berkenaan hal-hal ini, namun aku tidak mahu [percaya]; oleh itu aku terus memberontak melawan Tuhan.”7

Namun Tuhan sedang menyediakan Amulek, dan apabila dia bertemu dengan Alma, dia mengalu-alukan hamba Tuhan ke dalam rumahnya, di mana Alma tinggal banyak hari bersama Amulek.8 Pada ketika itu, Amulek telah membukakan hatinya kepada pesanan Alma, dan suatu pertukaran hebat berlaku kepadanya. Sejak itu, Amulek bukan sahaja percaya; malah dia juga menjadi pembela kebenaran.

Apabila Alma pergi mengajar di kalangan rakyat Amoniha semula, dia mempunyai saksi kedua di sisinya—Amulek, orang mereka sendiri.

Peristiwa yang berikutan membentuk salah satu cerita yang paling pahit manis dalam kitab suci. Anda boleh membacanya dalam Alma bahagian 8–16.

Hari ini, saya ingin meminta anda semua untuk mempertimbangkan dua soalan:

Pertama: “Apakah yang boleh saya pelajari dari Alma?”

Kedua: “Bagaimanakah saya bagaikan Amulek?”

Apakah yang Boleh Saya Pelajari dari Alma?

Biarkan saya bermula dengan bertanyakan kepada semua pemimpin bekas, kini atau masa hadapan Gereja Yesus Kristus, “Apakah yang anda boleh pelajari dari Alma?”

Alma merupakan seorang yang berbakat luar biasa dan berkebolehan. Ia mungkin senang untuk memikirkan bahawa dia tidak memerlukan bantuan sesiapapun. Namun, apakah yang Alma lakukan apabila dia kembali ke Amoniha?

Alma menemui Amulek dan meminta pertolongannya.

Dan Alma menerima bantuan.

Oleh apapun sebab, kadang kala kita sebagai pemimpin enggan mencari dan bertanyakan Amulek kita. Mungkin kita fikir kita boleh melakukannya sendiri dengan lebih baik, atau kita keberatan untuk menyusahkan orang lain, atau kita menganggap orang lain tidak ingin menurut serta. Sering kali kita teragak-agak untuk menjemput orang untuk menggunakan bakat yang di beri Tuhan dan terlibat dalam usaha penyelamatan yang hebat.

Fikirkanlah tentang Juruselamat—adakah dia menubuhkan Gereja-Nya dengan sendiri?

Tidak.

Pesanan-Nya bukanlah “Tunggu sana. Saya akan lakukannya.” Tetapi ia adalah “Mari, ikutlah Aku.”9 Dia mengilhami, menjemput, mengarah, dan kemudian mempercayai pengikut-Nya untuk “melakukan perkara-perkara yang kamu telah lihat Aku lakukan.”10 Melalui cara ini, Yesus Kristus bukan sahaja membina Gereja-Nya tetapi juga hamba-hamba-Nya.

Dalam apa jua jawatan yang anda kini melayani—tidak kira anda seorang presiden kuorum deakon, presiden pancang, atau Presiden Kawasan—untuk berjaya, anda mesti mencari Amulek-amulek anda.

Ia mungkin seseorang yang sederhana ataupun ghaib di dalam jemaah anda. Ia mungkin seseorang yang tampak tidak ingin atau tidak dapat melayan. Amulek anda mungkin muda atau tua, lelaki atau perempuan, tidak berpengalaman, letih, atau tidak aktif dalam Gereja. Tetapi apa yang anda mungkin tidak nampak pada mulanya ialah mereka berharap untuk mendengar dari anda kata-kata “Tuhan memerlukan anda. Saya memerlukan anda!”

Secara mendalamnya, ramai yang ingin melayani Tuhan mereka. Mereka ingin menjadi suatu alat dalam tangan-Nya. Mereka ingin mengayunkan sabit dan menuai dengan segala kekuatan untuk menyediakan dunia bagi pengembalian Juruselamat kita. Mereka ingin membina Gereja-Nya. Tetapi mereka keberatan untuk bermula. Seringkali mereka tunggu untuk ditanya.

Saya menjemput anda untuk memikirkan mereka dalam cawangan dan bahagian kamu, dalam misi dan pancang, yang memerlukan panggilan untuk bertindak. Tuhan telah pun bekerja bersama mereka—menyediakan mereka, melembutkan hati mereka. Carilah mereka dengan menggunakan hati anda.

Hubungi mereka. Ajar mereka. Ilhami mereka. Tanyalah mereka.

Berkongsilah dengan mereka kata-kata malaikat kepada Amulek—berkat Tuhan akan berada di atas diri mereka dan seisi rumah mereka.11 Anda mungkin terperanjat untuk menemui hamba gagah berani Tuhan yang mungkin tetap bersembunyi.

Bagaimanakah Saya Seperti Amulek?

Ada di kalangan kita yang perlu mencarikan seorang Amulek, bagi yang lain soalannya mungkin ialah “Bagaimanakah saya seperti Amulek?”

Kemungkinannya anda, setelah bertahun lamanya, menjadi pengikut yang kurang bersemangat. Kemungkinannya bara kesaksian anda telah malap. Kemungkinannya anda telah menjauhi diri dari badan Kristus. Kemungkinannya anda telah menjadi kecewa atau pun marah. Seperti jemaah Gereja Efesus silam, anda telah meninggalkan “kasih pertama”12—keluhuran, kebenaran abadi Injil Yesus Kristus.

Kemungkinannya, seperti Amulek, anda ketahui dalam hati bahawa Tuhan telah “memanggil [anda] berulang kali” tetapi anda “tidak mahu mendengar.”

Namun begitu, Tuhan melihat anda sebagaimana Dia melihat Amulek—seorang hamba gagah berani berpotensi yang mempunyai kerja yang sangat penting dan kesaksian untuk dikongsi. Terdapatnya layanan yang tidak dapat di beri oleh orang lain dengan sama. Tuhan telah mengamanahkan imamat suci-Nya, di mana ia mempunyai potensi ilahi untuk memberkat dan menjulang orang. Dengarlah dengan hati anda dan ikutilah dorongan Roh.

Perjalanan Seorang Ahli

Saya tersentuh dengan perjalanan seorang saudara yang bertanyakan diri, “Apabila Tuhan memanggil, akankah saya mendengar?” Saya akan memanggil saudara ini, David.

David menjadi penganut gereja 30 tahun yang lalu. Dia melayani misi dan kemudiannya ke universiti untuk belajar undang-undang. Ketika dia sedang belajar dan bekerja untuk menyokong keluarga mudanya, dia menemui maklumat mengenai Gereja yang membingungkan. Semakin dia membaca bahan-bahan negatif itu, semakinlah dia terganggu. Akhirnya dia meminta untuk namanya dikeluarkan dari catatan Gereja.

Semenjak dari itu, seperti zaman pemberontakan Alma, David menghabiskan banyak masa berdebat dengan ahli Gereja, melibatkan diri dengan perbualan online dengan tujuan untuk mencabar kepercayaan mereka.

Dia sangat pintar dalam perdebatan dengan ahli gereja.

Salah seorang daripada ahli yang dia berdebat bersama bernama Yakub. Yakub sentiasa baik hati dan menunjuk hormat kepada David, tetapi dia juga kukuh dalam pertahanannya terhadap Gereja.

Bertahun-tahun, David dan Yakub bersahabat dan menghormati sesama. Apa yang David tidak tahu ialah bahawa Yakub telah berdoa untuk David dan telah melakukannya selama satu dekad. Dia juga meletakkan nama kawannya untuk didoakan di bait suci Tuhan dengan harapan bahawa hati David akan dilembutkan.

Lambat laun, David mula berubah. Dia mula mengingati pengalaman rohani manis yang pernah dilalui, dan dia mengingati kegembiraan yang dirasai semasa dia seorang ahli Gereja.

Seperti Alma, David tidak melupai Injil kebenaran yang pernah diterima sepenuhnya sebelum ini. Dan seperti Amulek, David merasai Tuhan sedang mencapainya. Kini David seorang rakan kongsi dalam satu firma undang-undang—satu pekerjaan yang berprestij. Dia telah membentuk reputasi sebagai pengkritik Gereja, dan dia terlalu bangga untuk meminta izin untuk kembali.

Walau demikian, dia sentiasa merasai tarikan Gembala.

Dia telah menghafalkan ayat suci “apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmah, hendaklah ia memintakannya kepada Tuhan, yang memberi kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit; maka hal itu akan diberikan kepadanya.”13 Dia telah berdoa, “Tuhan, saya ingin menjadi seorang Orang Suci Zaman Akhir semula, tetapi saya mempunyai soalan-soalan yang memerlukan jawapan.”

Dia mula mengikut dorongan Roh dan mendengar jawapan terilham kawan-kawannya, sesuatu yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini. Satu demi satu, keraguannya berubah menjadi iman, sehinggalah dia sedar, sekali lagi, dia dapat merasai kesaksian Yesus Kristus dan Gereja-Nya yang telah dipulihkan.

Pada takat itu, dia ketahui bahawa dia akan mengatasi kebanggaan dirinya dan melakukan apa jua yang diperlukan untuk diterima kembali ke dalam Gereja.

Akhirnya, David memasuki air pembaptisan dan kemudiannya mula menghitung hari sehinggalah berkat-berkatnya boleh dipulihkan .

Saya gembira untuk melaporkan bahawa musim panas yang lepas ini, berkat-berkatnya telah dikembalikan kepadanya. Dia kini terlibat penuh dalam Gereja dan melayan sebagai pengajar Ajaran Injil di bahagiannya. Dia mengambil setiap kesempatan untuk berkongsi dengan orang lain mengenai perubahannya, untuk menyembuhkan kerosakkan yang dia telah sebabkan, dan untuk memberi saksi Injil dan Gereja Yesus Kristus.

Kesimpulan

Saudara sekalian, rakan yang dikasihi, marilah kita mencari, menemui, mengilhami, dan bergantung kepada para Amulek dalam bahagian dan pancang kita. Terdapat ramai para Amulek dalam Gereja hari ini.

Mungkin anda ketahui seseorang. Mungkin anda salah seorang daripadanya.

Mungkin Tuhan telah pun membisik kepada anda, menggalakkan anda untuk kembali ke kasih pertama anda, sumbangkanlah bakat anda, latihkan kuasa imamat dengan layak, dan layanlah bersama-sama dengan Orang suci lain untuk mendekati Yesus Kristus dan pembinaan kerajaan Tuhan di bumi ini.

Juruselamat kesayangan kita ketahui di manakah anda. Dia ketahui hati anda. Dia ingin menyelamatkan anda. Dia akan menjangkaui anda. Bukalah hati anda kepada Dia. Saya berharap bahawa mereka yang telah sesat dari perjalanan pengikut—walaupun untuk beberapa darjah sahaja—akan merenungi kebaikan dan rahmat Tuhan, melihat dengan hati mereka, belajar dari Alma dan Amulek, dan mendengar kata-kata Juruselamat yang mengubah kehidupan: “Mari, ikutlah Aku.”

Saya menggesa anda untuk mendengar panggilan Dia, kerana pastinya, anda akan menerima ganjaran syurga. Berkat Tuhan akan berada di atas anda dan rumah anda.14

Dengan ini saya bersaksi dan meninggalkan berkat saya sebagai Rasul Tuhan, dalam nama Yesus Kristus, amin.