2010–2019
Orang Suci Zaman Akhir Teruslah Berusaha
April 2015


10:29

Orang Suci Zaman Akhir Teruslah Berusaha

Semasa kita berusaha, bertekun, dan membantu orang lain melakukan yang sama, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang benar.

Saudara dan saudari saya yang terkasih, pada Disember 2013 dunia berkabung atas peninggalannya Nelson Mandela. Selepas 27 tahun dipenjarakan kerana peranannya dalam perjuangan antiaparteid, Mandela menjadi presiden yang dipilih secara demokratik yang pertama di Afrika Selatan. Pengampunannya bagi mereka yang telah memenjarakannya adalah luar biasa. Beliau menerima pujian dan sanjungan yang meluas.1 Mandela sering mengalihkan sanjungan dengan mengatakan, “Saya bukan orang suci—kecuali sekiranya anda berfikir orang suci adalah orang yang berdosa yang terus berusaha.”2

Pernyataan ini—“orang suci adalah seorang yang berdosa yang terus berusaha”—harus menyakinkan semula dan menggalakkan ahli-ahli Gereja. Walaupun kita dirujuk sebagai “Orang Suci Zaman Akhir,” kita kadang-kadang mengelak pada rujukan ini. Istilah Orang Suci biasanya digunakan untuk menandai mereka yang mencapai situasi peningkatan kekudusan atau pun kesempurnaan. Dan kita tahu dengan baik bahawa kita tidaklah sempurna.

Teologi kita mengajarkan kita, walaupun, bahawa kita dapat semakin disempurnakan dengan berulang kali dan ”bergantung sepenuhnya pada” ajaran Kristus: menjalankan iman kepada-Nya, bertaubat, mengambil bahagian dari sakramen untuk memperbaharui perjanjian dan berkat baptisan, dan menerima Roh Kudus sebagai pengiring yang berterusan dalam tahap yang lebih tinggi. Semasa kita berbuat demikian, kita menjadi lebih seperti Kristus dan mampu bertahan sampai akhir, dengan semua keadaan yang memerlukan.3 Dalam istilah yang kurang rasmi, Tuhan sangat peduli tentang siapa kita dan siapa kita akan menjadi, daripada mengenai siapa kita dahulu.4 Dia peduli bahawa kita terus berusaha.

Komedi As You Like it, yang ditulis oleh penulis drama Inggris William Shakespeare, menggambarkan perubahan dramatik dalam kehidupan watak itu. Seorang abang mencuba membunuh adiknya. Walaupun mengetahui ini, adiknya menyelamatkan abangnya yang jahat dari kematian tertentu. Ketika abang mempelajari mengenai kasih sayang yang tidak sewajibnya diberikan ini, dia sama sekali dan selama-lamanya berubah dan mempunyai apa yang dia sebut ”penukaran hati.” Kemudian beberapa wanita mendekati abangnya dan bertanya, “Bukankah anda yang begitu sering berikhtiar untuk membunuh [adikmu]?”

Abangnya menjawab, “Itu saya dahulu; tetapi bukan saya sekarang: Saya tidak malu memberitahu apa yang telah saya lakukan, sebab penukaran hati saya begitu menyenangkan bagiku, dan itu membuat siapa saya sekarang.”5

Bagi kita, kerana belas kasihan Tuhan dan Korban Tebusan Yesus Kristus, perubahan sedemikian bukan sahaja fiksyen sastera. Melalui Yehezkiel, Tuhan mengisytiharkan:

“Jika orang jahat berhenti berbuat dosa, mereka tidak akan dihukum. …

“… Jika mereka berhenti berdosa, lalu melakukan apa yang baik dan benar;

“… memulangkan barang yang telah dicuri mereka-jika mereka berhenti berdosa dan mentaati hukum yang memberikan hidup, mereka tidak akan mati. …

“Aku akan mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan mereka, dan mereka akan hidup kerana melakukan apa yang baik dan benar.”6

Dalam belas kasihan-Nya, Tuhan menjanjikan pengampunan apabila kita bertaubat dan berpaling dari kejahatan—sehingga dosa kita akan diampuni. Bagi kita, oleh kerana Korban Tebusan Kristus dan pertaubatan kita, kita boleh melihat pada perbuatan masa lalu kita dan berkata, “Itulah aku yang dahulu; tetapi bukan aku yang sekarang.” Tak peduli betapa jahatnya, kita boleh berkata, “Itulah aku di masa lalu. Tetapi kejahatan masa lalu tidak lagi di dalam diriku.”7

Presiden Thomas S. Monson telah mengajarkan, “Salah satu kurnia terbesar dari Tuhan kepada kita adalah kegembiraan untuk berusaha sekali lagi, kerana tidak ada kegagalan yang perlu menjadi muktamad.”8 Walaupun jika kita telah berdosa dengan sedar dan disengaja atau telah dengan berulang kali menghadapi kegagalan dan kekecewaan, pada saat kita memutuskan untuk berusaha sekali lagi, Korban Tebusan Kristus boleh membantu kita. Dan kita perlu ingat bahawa bukanlah Roh Kudus yang memberitahu kita bahawa kita telah gagal banyak kali bahawa kita juga mungkin menyerah.

Keinginan Tuhan bahawa Orang Suci Zaman Akhir terus berusaha jauh melebihi daripada mengatasi dosa. Sama ada kita menderita kerana hubungan bermasalah, cabaran ekonomi, atau penyakit, atau sebagai akibat daripada dosa-dosa orang lain, Korban Tebusan Juruselamat yang abadi juga boleh menyembuhkan—dan memungkinkan terutamanya bagi—mereka yang telah menderita secara ketidaksalahan. Beliau memahami dengan sempurna bagaimana rasanya menderita secara ketidaksalahan sebagai akibat dari pelanggaran orang lain. Seperti yang dinubuatkan, Juruselamat “memulihkan orang yang hancur hati, … menghibur orang yang berduka; … memberi … kesukaan serta kegembiraan, [dan] lagu pujian dan bukan kesedihan.”9 Tidak kira apa, dengan bantuan-Nya, Tuhan mengharapkan Orang Suci Zaman Akhir untuk terus berusaha.

Sama seperti Tuhan bersukacita apabila kita bertekun, Dia kecewa jika kita tidak mengenali yang lain terus berusaha juga. Kawan kita yang tersayang Thoba berkongsi bagaimana dia belajar pelajaran ini dari ibunya, Julia. Julia dan Thoba adalah di antara penganut baru berkulit hitam yang awal di Afrika Selatan. Setelah rejim aparteid berakhir, ahli Gereja yang berkulit hitam dan putih dibenarkan untuk menghadiri gereja bersama-sama. Bagi kebanyakan orang, kesamaan interaksi antara kaum adalah baru dan mencabar. Satu kali, semasa Julia dan Thoba menghadiri gereja, mereka merasakan mereka telah diperlakukan kurang ramah oleh beberapa ahli yang putih. Semasa mereka pergi, Thoba mengadu kepada ibunya. Julia mendengar dengan tenang sehingga Thoba telah melepaskan kekecewaannya. Kemudian Julia berkata: “Oh, Thoba, Gereja seperti sebuah hospital besar, dan kita semua sakit (rohani) dengan cara kita sendiri. Kita datang ke Gereja untuk ditolong.”

Komentar Julia mencerminkan wawasan yang berharga. Kita bukan sahaja perlu bertoleransi sementara orang lain bekerja pada penyakit mereka masing-masing; kita juga mesti baik, sabar, menolong, dan pengertian. Semasa Tuhan menggalakkan kita untuk terus berusaha, Beliau mengharapkan kita juga memberi orang lain peluang melakukan yang sama, dengan langkah mereka sendiri. Korban Tebusan akan datang ke dalam hidup kita bahkan jauh lebih besar. Kita kemudian akan menyedari bahawa tanpa menghiraukan perbezaan yang dirasakan, kita semua memerlukan Korban Tebusan abadi yang sama.

Beberapa tahun yang lepas, seorang lelaki muda yang bagus bernama Curtis dipanggil untuk melayani misi. Dia adalah jenis mubaligh yang setiap presiden misi mendoakan. Dia menumpukan perhatian dan bekerja keras. Pada suatu ketika, dia ditugaskan dengan rakan mubaligh yang tidak matang, janggal dari segi sosial, dan tidak bersemangat mengenai menyelesaikan pekerjaan.

Satu hari semasa mereka menunggang basikal, Curtis memandang ke belakang dan melihat rakannya secara tidak dapat dijelaskan turun dari basikalnya dan berjalan. Diam-diam, Curtis menyatakan kekecewaannya kepada Tuhan; benar-benar satu tugas yang ianya dibebani dengan rakan yang dia harus menyeret sekitar untuk mencapai apa-apa. Detik-detik kemudian, Curtis mempunyai kesan yang mendalam, seolah-olah Tuhan berkata kepadanya, “Kamu tahu, Curtis, dibandingkan dengan Aku, kamu berdua tidaklah jauh berbeza.” Curtis mengetahui bahawa dia perlu bersabar dengan rakan yang tidak sempurna yang masih adalah cubaan dalam caranya sendiri.

Jemputan saya kepada kita semua adalah untuk menilai hidup kita, bertaubat, dan terus berusaha. Jika kita tidak berusaha, kita hanya Orang Suci Zaman Akhir yang berdosa, jika kita tidak tekun, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang mengalah, dan jika kita tidak membenarkan orang lain untuk berusaha, kita hanya Orang Suci Zaman Akhir yang munafik.10 Semasa kita berusaha, bertekun, dan membantu orang lain melakukan yang sama, kita adalah Orang Suci Zaman Akhir yang benar. Semasa kita berubah, kita akan menemukan bahawa Tuhan memang sangat peduli tentang siapa kita dan tentang siapa kita akan menjadi, daripada tentang siapa kita dahulu.11

Saya sangat bersyukur kepada Juruselamat, bagi Korban Tebusan-Nya yang abadi, dan bagi para nabi zaman akhir yang menggalakkan kita untuk menjadi Orang Suci Zaman Akhir, untuk terus berusaha.12 Saya bersaksi akan kenyataan hidup Juruselamat, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Nelson Rolihlahla Mandela, Long Walk to Freedom (1994); Biography of Nelson Mandela,” nelsonmandela.org/content/page/biography; and President Barack Obama’s Dec. 10, 2013, eulogi untuk Nelson Mandela, di whitehouse.gov/the-press-office/2013/12/10/remarks-president-obama-memorial-service-former-south-african-president-. Kepelbagaian anugerah yang dipertunjukkan oleh Mandela menerima adalah Noble Peace Prize, United States Presidential Medal of Freedom, dan Soviet Order of Lenin.

  2. Lihat, misalnya, pidato Nelson Mandela di Baker Institut Universiti Rice pada 26 Oktober, 1999, bakerinstitute.org/events/1221. Dia mungkin memparafrasakan pernyataan yang terkenal dikaitkan dengan Robert Louis Stevenson: ”Orang-orang kudus adalah orang berdosa yang terus berusaha.” Selama bertahun-tahun ramai telah menyuarakan sentimen yang sama. Sebagai contoh, Confucius dikreditkan dengan berkata, ”Kemuliaan terbesar kita bukan tidak pernah jatuh tetapi bangun setiap kali kita jatuh.”

  3. Lihat, misalnya, 2 Nefi 31:2–21; 3 Nefi 11:23–31; 27:13–21; Moroni 6:6; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79; 59:8–9; Buku Panduan 2: Pentadbiran Gereja (2010), 2.1.2.

  4. Berkata bahawa Tuhan sangat peduli tentang siapa kita dan siapa yang kita akan menjadi daripada siapa kita dahulunya, itu tidak bererti bahawa Juruselamat adalah acuh tak acuh tentang akibat dosa seseorang kepada orang lain. Malah, Juruselamat sangat mengambil berat tentang orang-orang yang menderita sakit, kesakitan, dan sakit hati karena pelanggaran-pelanggaran orang lain. Juruselamat ”akan mengambil keatas diri-Nya kelemahan [umat-Nya], agar sanubari-Nya penuh dengan belas kasihan, ... agar Dia boleh tahu menurut keadaan daging bagaimana untuk menyokong umat-Nya sesuai dengan kelemahan mereka” (Alma 7:12).

  5. William Shakespeare, As You Like It, act 4, scene 3, lines 134–37.

  6. Yehezkiel 33:12, 14–16.

  7. Penggunaan kalimat present tense pada kata kerja adalah penting dalam banyak kitab suci yang berhubungan dengan pengadilan terakhir. Lihat, misalnya, 2 Nefi 9:16 ; Mormon 9:14 ; Ajaran dan Perjanjian 58: 42–43 .

  8. Thomas S. Monson, “The Will Within,” Ensign, May 1987, 68.

  9. Yesaya 61:1–3; lihat juga Lukas 4:16–21.

  10. Munafik seperti yang digunakan dalam Perjanjian Baru mungkin diterjemahkan dari Bahasa Yunani sebagai “pembohong”; “perkataan Yunani yang bererti ‘seorang pelakon yang bermain,’ atau ‘seorang yang berpura-pura, mewakili secara dramatik, atau memperbesar-besarkan satu bahagian’” (Matius 6:2, nota kaki a). Jika kita tidak memberikan orang lain peluang untuk berubah pada langkah mereka sendiri, kita semata-mata berpura-pura menjadi Orang Suci Zaman Akhir.

  11. Lihat nota 4, di atas.

  12. Berapa kali mesej ini muncul dalam khutbah Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul adalah ketara. Presiden Dieter F. Uchtdorf memberi pandangan ini saat dia berkata, “Dari semua prinsip-prinsip yang diajarkan oleh para nabi selama berabad-abad, satu-satunya yang telah ditekankan berulang-ulang kali adalah mesej yang penuh harapan dan menghangatkan hati bahawa manusia boleh bertaubat, mengubah arah, dan kembali pada jalan pemuridan yang benar” (“Kamu Boleh Melakukannya Sekarang!” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 56).