2010–2019
Benar-Benarnya Baik Dan Tanpa Tipu Daya
April 2015


10:26

Benar-Benarnya Baik Dan Tanpa Tipu Daya

Berita baik Injil Yesus Kristus adalah bahawa hasrat kita boleh diubah dan motif kita boleh diajar dan dihaluskan.

Ada suatu masa apabila saya didorong oleh gelaran dan kuasa. Ia mula dengan betul bendul. Semasa saya buat persediaan untuk melayan misi, abang saya menjadi pemimpin zon dalam misinya. Saya sudah banyak dengar perkara baik tentang dia dan saya pun ingin pujian yang sama. Saya harap dan berdoa untuk kedudukan yang sama.

Tetapi, saya belajar tentang satu pengajaran semasa misi saya. Saya diperingat tentang pengajaran itu pada persidangan lepas.

Pada bulan Oktober, Presiden Dieter F. Uchtdorf kata: “Sepanjang hidup saya, saya berpeluang untuk bercampur gaul dengan orang yang cekap dan cerdas di dunia ini. Apabila saya lebih muda, saya tertarik oleh orang yang berpendidikan tinggi, berjaya, dan dipuji oleh dunia. Tetapi sekarang saya sedar bahawa saya lebih tertarik oleh orang yang benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya.”1

Wira Kitab Mormon saya ialah satu teladan orang baik dan diberkat yang sempurna, yang benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya. Siblon salah seorang anak Alma yang Muda. Kita lebih kenal abangnya Helaman, yang mengikut bapanya menjadi penjaga rekod dan nabi Tuhan, dan Korianton, menjadi terkenal sebagai seorang mubaligh yang perlukan nasihat bapanya. Untuk Helaman, Alma tuliskan 77 ayat (lihat Alma 36–37). Untuk Korianton, Alma tuliskan 91 ayat (lihat Alma 39–42). Untuk Siblon, anak tengahnya, Alma hanya tuliskan 15 ayat (lihat Alma 38). Tetapi 15 ayat ini sangat berkuasa dan penuh dengan arahan.

“Dan sekarang, anakku, aku percaya bahawa aku akan sangat bersukacita keranamu, kerana kekukuhanmu dan kesetiaanmu kepada Tuhan; kerana seperti yang telah kamu bermula pada masa mudamu untuk memandang kepada Tuhan Rajamu, demikian pula aku berharap bahawa kamu akan terus mentaati perintah-perintah-Nya; kerana diberkatilah dia yang bertahan sampai akhir.

“Aku berkata kepadamu, anakku, bahawa aku telah amat bersukacita keranamu, kerana kesetiaanmu dan ketekunanmu, dan kesabaranmu dan panjang sabarmu di kalangan orang Zoram”(Alma 38:2–3).

Selain daripada berucap kepada Siblon, Alma juga berucap tentang dia dengan Korianton. Alma kata: “Tidakkah kamu telah mengamati kekukuhannya dalam mentaati perintah-perintah Tuhan? Lihatlah, tidakkah dia menunjukkan teladan yang baik bagimu?” (Alma 39:1).2)

Nampaknya Siblon seorang anak yang ingin menggembirakan bapanya dan melakukan perkara yang baik kerana itu perkara yang betul, dan bukan untuk pujian, kedudukan, kuasa, atau sanjungan. Tentunya Helaman sudah tahu dan hormat adiknya, kerana dia berikan Siblon catatan kudus yang sudah dia terima dari bapanya. Tentunya Helaman mempercayai Siblon kerana “dia seorang lelaki yang soleh, dan dia berjalan dengan tegak lurus di hadapan Tuhan; dan dia berusaha keras untuk mentaati perintah-perintah Tuhan Rajanya” (Alma 63:2). Seperti sifat benar Siblon, tidak ada banyak yang dicatat tentang dia semenjak dia mendapat catatan kudus itu sehingga dia berikan catatan itu kepada anak Helaman.(lihat Alma 63:11).

Siblon benar-benarnya seorang yang baik dan tanpa tipu daya. Dia korbankan masanya, bakatnya, dan usahanya untuk menolong dan mengangkat orang lain kerana kasih sayangnya kepada Tuhan dan saudaranya (lihat Alma 48:17–19; 49:30). Presiden Spencer W. Kimbal menghuraikan Siblon dengan sempurna: “Lelaki dan wanita yang hebat selalu lebih cemas untuk melayan dan bukan untuk memperolehi penguasaan.”3

Dalam dunia ini yang selalu mengejar pujian, kedudukan, kuasa, dan sanjungan, saya menghormati orang baik dan diberkati yang benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya, orang yang didorong oleh kasih sayang untuk Tuhan dan jiran mereka, merekalah yang “lebih cemas untuk melayan dan bukan untuk memperolehi penguasaan.”

Hari ini ada orang yang ingin kita percaya bahawa pengejaran keterterapan hanya boleh dipuaskan dengan kedudukan dan kuasa. Tetapi syukurnya, ada ramai orang yang tidak dipengaruhi oleh perspektif ini. Mereka mencapai keterterapan dengan menjadi benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya. Saya menemui mereka dari semua latar belakang dan agama. Dan kebanyakan mereka ialah penganut Kristus yang benar. 4

Saya menghormati mereka yang melayan setiap minggu dengan tidak mementingkan diri dalam bahagian dan cabang di seluruh dunia dengan melakukan perkara yang lebih untuk panggilan mereka. Tetapi panggilan akan tamat. Saya tertarik oleh mereka yang melayan dan mengangkat orang lain tanpa panggilan formal. Seorang saudara pergi ke gereja lebih awal untuk mengatur kerusi dan selepas gereja dia bersihkan bangunan gereja. Seorang saudari duduk dekat seorang saudari yang buta supaya dia boleh nyanyikan lagu rohani untuk saudari buta itu. Jika kamu memberi perhatian dalam bahagian dan cabang kamu, kamu akan mendapati teladan sebegini. Ada ahli yang selalu tahu siapakah yang perlukan bantuan dan masa untuk memberi bantuan.

Mungkin pengajaran pertama saya tentang Orang Suci yang benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya berlaku semasa saya seorang mubaligh. Saya pindah ke satu kawasan bersama seorang elder yang saya tidak kenali. Say pernah dengar ramai mubaligh kata bahawa dia tidak pernah terima tugas kepimpinan dan dia tidak pandai cakap bahasa Korea walaupun dia sudah lama tinggal di situ. Tetapi lebih lama saya bersama dia, saya mendapati bahawa dia seorang mubaligh yang paling patuh dan beriman. Dia mengaji pada masa kajian; dia bekerja pada masa kerja. Dia tinggalkan pangsapuri dan pulang tepat waktu. Dia tekun mengaji bahasa Korea walaupun itu satu perkara yang sukar bagi dia.

Apabila saya sedar bahawa kata-kata yang sudah saya dengar adalah tidak benar, saya rasa dia telah disalah anggap. Saya ingin memberitahu seluruh misi tentang mubaligh ini. Saya memberitahu presiden misi hasrat saya untuk membetulkan salah faham ini. Dia membalas, “Bapa Syurgawi dan saya tahu bahawa dia seorang mubaligh yang berjaya. Dan sekarang kamu tahu juga, siapakah lagi yang perlu tahu?” Presiden misi ini ajarkan saya kepentingan pelayanan, ia bukan tentang pujian, kedudukan, kuasa, atau kehormatan. Ini satu pengajaran yang besar bagi seorang mubaligh yang terlalu berfokus pada sanjungan.

Saya mula merenung balik hidup saya dan mendapati bahawa saya selalu dipengaruh oleh orang biasanya tidak berkedudukan tinggi. Salah seorang yang seperti Siblon ialah guru seminari saya di sekolah menengah. Lelaki ini hanya ajar seminari selama dua tahun, tetapi dia menolong saya untuk memperolehi satu kesaksian. Dia mungkin bukan seorang guru yang popular, tetapi dia selalu sedia dan pengaruhannya sangat besar dan berkekalan. Dia menghadiri pengebumian bapa saya. Benar-benarnya, dia tidak didorong oleh gelaran atau kuasa.

Saya menghormati guru ini dan ramai orang seperti dia yang benar-benarnya baik dan tanpa tipu daya. Saya menghormati pengajar Sekolah Hari Ahad yang tidak hanya mengajar pada hari Ahad tetapi juga ajar dan mempengaruhi para pelajarnya dengan menjemput mereka untuk makan sarapan. Saya menghormati para pemimpin remaja yang menghadiri aktiviti sukan dan aktiviti kebudayaan remaja putera dan puteri bahagian mereka. Saya menghormati orang yang menulis nota galakan kepada jirannya, orang yang hantarkan kad Krismas kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang perlukan kunjungan secara diri sendiri. Saya menghormati saudara yang menolong jirannya yang menderita penyakit Alzheimer.

Perkara ini tidak dilakukan untuk pujian atau sanjungan. Mereka tidak didorong oleh gelaran atau kuasa. Mereka ialah pengikut Kristus, terus melakukan perkara yang baik, dan seperti Siblon, mereka cuba untuk menggembirakan Bapa Syurgawi.

Saya berasa sedih apabila saya terdengar tentang orang yang henti melayan atau henti menghadiri gereja kerana mereka dilepaskan dari panggilan atau merasa mereka tidak diendah untuk satu panggilan. Saya harap mereka akan belajar pengajaran yang saya belajar semasa saya seorang mubaligh—iaitu pelayanan yang terpenting biasanya hanya diketahui oleh Tuhan sahaja. Dalam pengerjaran minat kita, adakah kita lupa minat Tuhan?

Mungkin ada orang kata, “Tetapi saya jauh dari menjadi seperti yang kamu huraikan.” Berita baik injil Yesus Kristus adalah bahawa hasrat kita boleh diubah dan motif kita boleh di ajar dan dihaluskan. Apabila kita dibaptiskan, kita mulakan proses untuk menjadi makhluk yang baru (lihat 2  Korintus 5:17; Mosia 27:26). Setiap kali kita mempebaharui perjanjian pembaptisan dengan mengambil sakramen, kita lebih dekat matlamat itu.5 Semasa kita mentaati perjanjian itu, kita mempunyai kekuatan untuk berduka nestapa dengan orang yang berduka nestapa dan menghibur mereka yang perlukan penghiburan (lihat Mosia 18:9). Dalam perjanjian itu, kita mendapati rahmat yang membolehkan kita untuk melayan Tuhan dan mematuhi perintah-Nya, termasuk menyayangi Tuhan dengan segala jiwa dan menyayangi jiran seperti diri sendiri.6 Dalam perjanjian itu, Tuhan dan Kristus membantu kita supaya kita boleh membantu orang yang perlukan bantuan kita (lihat Mosia 4:16; juga lihat ayat 11–15).

Saya hanya ingin menggembirakan bapa duniawiku dan bapa Syurgawiku, dan menjadi seperti Siblon.7

Saya bersyukur kepada Bapa Syurgawi demi teladan dari orang yang seperti Siblon yang berikan harapan. Dalam kehidupan mereka, kita nampak kesaksian seorang Bapa Syurgawi yang penyayang dan seorang Juruselamat yang berbelas kasihan. Saya menambahkan kesaksian saya ke atas kesaksian mereka dengan satu komitmen untuk berusaha menjadi seperti mereka, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Dieter F. Uchtdorf, “Lord, Is It I?”Ensign atauLiahona, Nov. 2014, 58; tekanan ditambahkan.

  2. Helaman tidak pergi mengajar orang Zoram, jadi kita tahu bahawa Alma berucap tentang Siblon apabila dia kata “saudaramu” (lihat Alma 31:7; 39:2).

  3. Spencer W. Kimball, “The Role of Righteous Women,” Ensign, Nov. 1979, 104.

  4. “Tuhan mengajar kita bahawa apabila kita benar-benarnya menganut injil-Nya, hati kita akan berubah dari sikap mementingkan diri ke pelayanan untuk mengangkat orang lain semasa mereka berkembang menuju kehidupan abadi. Untuk memperolehi penganutan itu, kita boleh berdoa dan bekerja dengan beriman untuk menjadi makhluk yang baru . Ini menjadi munasabah kerana Penebusan Yesus Kristus. Kita boleh bermula dengan berdoa demi iman untuk bertaubat ke atas sikap penting diri dan demi kurnia untuk menjaga orang lain lebih dari diri sendiri. Kita boleh berdoa demi kuasa untuk mengetepikan kesombongan dan cemburu” (Henry B. Eyring, “Testimony dan Conversion,” Ensign atau Liahona, Feb. 2015, 4–5).

  5. “[Tuhan] adalah baqa dan sempurna. Kita adalah fana dan tidak sempurna. Walau begitu, kita carikan cara dalam kefanaan yang membolehkan kita bersatu dengan Dia secara rohani. Dengan berbuat demikian kita memperolehi rahmat dan kemuliaan kuasa-Nya. Waktu-waktu istimewa itu termasuk … pembaptisan dan penetapan … [dan] mengambil lambang Perjamuan Tuhan” (Jeffrey R. Holland, To My Friends [2014], 80).

  6. “Orang Suci Zaman Akhir yang menganggap semua perkara yang mereka lakukan mereka lakukan sebagai anak Tuhan biasanya menjaga komitmen. Rancangan Penyelamatan ditandakan oleh perjanjian. Kita berjanji untuk mematuhi perintah. Tuhan janjikan berkat dalam kehidupan ini dan kehidupan abadi. Dia tepat dalam perkara yang Dia perlukan, dan Dia menjaga janji-Nya dengan sempurna. Kerana Dia menyayangi kita dan kerana tujuan rancangan adalah untuk menjadi seperti Dia, Dia perlukan ketepatan dari kita. Janjian-Nya kepada kita termasuk kuasa untuk berkembang dalam keupayaan kita untuk menjaga perjanjian. Dia bolehkan kita mengetahui undang-undang-Nya. Apabila kita cuba dengan sedaya upaya untuk menemui standard-Nya, Dia berikan kita temanan Roh Kudus. Dan itu akan meningkatkan kuasa kita untuk mematuhi perintah dan untuk membezakan perkara yang baik dan benar. Itulah kuasa untuk belajar, dalam pengajian duniawi dan pengajian tentang perkara yang kita perlu buat kekekalan” (Henry B. Eyring, “A Child of God” [pertemuan rohani Universiti Brigham Young, Oct. 21, 1997], 4–5; speeches.byu.edu). Juga lihat David A. Bednar, “Bear Up Their Burdens with Ease,”Ensign atau Liahona, Mei 2014, 87–90.

  7. Dari peringatan terawal saya, saya ingin menggembirakan bapa saya. Semasa saya membesar dan memperolehi satu kesaksian, saya juga memperolehi hasrat untuk menggembirakan Bapa Syurgawi. Kemudian, saya belajar tentang Siblon dan ingin menjadi seperti dia.