2010–2019
Generasi Pemuda-Pemudi yang Paling Hebat
April 2015


15:45

Generasi Pemuda-Pemudi yang Paling Hebat

Apa yang kami perlu sekarang ialah generasi pemuda-pemudi yang paling hebat dalam sejarah Gereja. Kami perlu seluruh hati dan jiwa kamu.

Salah satu keseronokan yang baik yang saya menikmati bila saya berjalan ke seluruh dunia adalah peluang berjumpa dan menyambut mubaligh-mubaligh kita. Para elder dan sister yang hebat ini memancarkan Cahaya Kristus, dan saya selalu diilhamkan oleh kasih mereka terhadap Tuhan Yesus Kristus dan pelayanan setia mereka kepada-Nya. Setiap kali saya berjabat tangan dengan mereka dan rasa roh dan iman mereka yang mengagumkan, saya berkata kepada diri saya sendiri, ”Anak-anak kita yang sungguh baik ini betul-betul merupakan mukjizat!”

Semasa pertemuan imamat umum bulan Oktober 2002, saya mencabar para uskup, ibu bapa, dan mubaligh masa depan untuk ”meningkatkan standard” untuk pelayanan mubaligh penuh masa.

Lalu saya berkata bahawa ”apa yang kami perlu … ialah generasi mubaligh yang paling hebat dalam sejarah Gereja. Kami perlu mubaligh-mubaligh yang layak dan penuh tenaga rohani. …

“… Kami perlu seluruh hati dan jiwa kamu. Kami perlu para mubaligh yang cergas, yang berfikir, dan yang bersemangat yang mengetahui bagaimana mendengar dan menjawab kepada bisikan Roh Kudus.”1

Dalam banyak cara dunia masa kini lebih susah daripada 13 tahun lalu. Remaja putera dan remaja puteri kita mempunyai lebih banyak gangguan untuk menyimpangkan mereka dalam persiapan mereka untuk misi dan kehidupan bahagia masa depan. Teknologi telah berkembang, dan hampir setiap orang boleh mendapatkan alat bimbit yang dapat menarik perhatian keluarga manusia Tuhan untuk kebaikan yang besar dan untuk kejahatan yang besar.

Malam ini, saya berucap kepada para mubaligh yang melayani sekarang, para mubaligh masa depan, para mubaligh yang telah pulang, dan semua pemuda lelaki dalam Gereja. Saya berdoa agar kamu akan memahami dan memikirkan dengan teliti apa yang saya akan berucap kepada kamu semasa kamu berjalan melalui tahun-tahun yang mengujakan dan yang susah ini dalam kehidupan kamu.

Pada masa awal Gereja, para mubaligh ditemu duga oleh seorang Penguasa Umum sebelum mereka berangkat ke misi mereka. Sekarang kamu ditemu duga untuk melayani sebagai mubaligh oleh uskup dan presiden pancang kamu, dan kebanyakan kamu akan melalui seluruh kehidupan kamu tanpa ditemu duga oleh seorang Penguasa Umum. Itu adalah akibat realiti dalam gereja di seluruh dunia yang terdiri dari lebih daripada 15 juta ahli. Saya tahu saya bercakap untuk saudara-saudara saya bila saya beritahu kamu bahawa kami menginginkan kemungkinan untuk mengenal setiap kamu secara peribadi dan untuk memberitahu kamu bahawa kami mengasihi kamu dan menyokong kamu.

Nasib baik Tuhan telah memberi cara untuk kami membantu kamu. Contohnya, seorang ahli Kuorum Dua Belas menugaskan setiap mubaligh ke misinya. Walaupun ini dilakukan tanpa temu duga peribadi, teknologi dan wahyu bergabung untuk memberi pengalaman yang rapat dan peribadi. Biarlah saya memberitahu kamu bagaimana ini berlaku.

Gambar kamu muncul di skrin komputer, bersama dengan maklumat penting yang diberi oleh uskup dan presiden pancang kamu. Bila gambar kamu muncul, kami memandang kepada mata kamu dan mengkaji jawaban-jawaban kamu untuk soalan-soalan syor mubaligh kamu. Selama ketika itu, adalah seolah-olahnya kamu berada bersama kami dan menjawab kepada kami secara langsung.

Ketika kami memandang gambar kamu, kami mempercayai bahawa kamu telah memenuhi dalam setiap cara ”standard yang ditingkatkan” yang diperlukan sekarang untuk menjadi seorang mubaligh yang setia dan yang berjaya. Setelah itu, oleh kuasa Roh Tuhan dan di bawah arahan Presiden Thomas S. Monson, kami menugaskan kamu kepada salah satu dari 406 misi Gereja di seluruh dunia.

Tidak, ini bukan sama seperti temu duga bersemuka peribadi. Tetapi ia hampir sama.

Persidangan secara video ialah satu cara lagi yang membantu kami menghubungi dan menolong para pemimpin dan ahli Gereja yang tinggal jauh dari ibu pejabat Gereja.

Memikirkan hal itu, saya ingin agar kamu yang bersedia untuk melayani misi, kamu yang telah pulang, dan semua pemuda-pemudi untuk duduk beberapa minit bersama saya seolah-olah kita mengadakan chat video peribadi sekarang. Pandanglah saya beberapa minit seolah-olah kamu dan saya sahaja berada di bilik di mana sahaja kamu berada sekarang.

Untuk bahagian saya, saya akan membayangkan bahawa saya memandang kepada mata kamu dan mendengar dengan teliti kepada jawaban kamu untuk beberapa soalan yang saya percaya akan beritahu saya banyak tentang kedalaman kesaksian kamu dan penumpuan kamu pada Tuhan. Saya akan mengulangi apa yang saya berkata kepada para mubaligh 13 tahun lalu, apa yang kita perlu sekarang ialah generasi pemuda-pemudi yang paling hebat dalam sejarah Gereja. Kami perlu seluruh hati dan jiwa kamu. Kami perlu para pemuda-pemudi yang cergas, yang berfikir, dan yang bersemangat yang mengetahui bagaimana mendengar dan menjawab kepada bisikan Roh Kudus semasa kamu melalui cabaran dan godaan harian dalam kehidupan Orang Suci Zaman Akhir muda yang moden.

Dalam kata-kata lain, kinilah masa untuk meningkatkan standard bukan sahaja untuk para mubaligh tetapi juga untuk para mubaligh yang sudah pulang dan untuk seluruh generasi kamu. Untuk sebab itu, renungkanlah dalam hati kamu jawaban-jawaban kamu untuk soalan-soalan ini:

  1. Adakah kamu mempelajari kitab-kitab suci secara konsisten?

  2. Adakah kamu berlutut dan berdoa untuk bercakap dengan Bapa Syurgawi kamu setiap pagi dan setiap malam?

  3. Adakah kamu berpuasa dan memberi sumbangan puasa setiap bulan—bahkan jika kamu seorang pelajar yang miskin yang tidak dapat memberi banyak?

  4. Adakah kamu merenungkan Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya untuk kamu bila kamu diminta mempersiapkan, memberkati, memberi, atau mengambil sakramen?

  5. Adakah kamu menghadiri pertemuan-pertemuan kamu dan berusaha menjaga supaya Hari Sabat kudus?

  6. Adakah kamu jujur di rumah, sekolah, gereja, dan kerja?

  7. Adakah kamu bersih secara mental dan secara rohani? Adakah kamu mengelakkan pornografi atau melihat tapak web, majalah, wayang, atau app, termasuk foto Tinder atau Snapchat, yang akan memalukan kamu jika ibu bapa kamu, pemimpin Gereja, atau Juruselamat sendiri melihat kamu?

  8. Adakah kamu mengambil perhatian dengan masa kamu—mengelakkan teknologi dan media sosial yang tidak baik, termasuk permainan video, yang dapat mengurangkan sensitiviti rohani kamu?

  9. Dan ada apa-apa dalam kehidupan kamu yang kamu perlu mengubah dan membaiki, mulai malam ini?

Terima kasih untuk temu duga peribadi yang pendek ini. Saya harap kamu menjawab setiap soalan ini dengan jujur dan teliti. Jika kamu kekurangan dalam mana-mana asas ini, saya menggesa kamu supaya bertaubat dengan berani dan hidup menurut standard-standard injil ikutan yang soleh.

Saudara-saudara, bolehkah saya memberi lebih arahan lagi yang akan membantu kamu mendirikan kesaksian kamu mengenai injil secara mendalam di hati dan jiwa kamu?

Saya mengingatkan kamu para mubaligh yang sudah pulang bahawa persiapan kamu untuk kehidupan dan untuk keluarga patut berterusan. ”RM” tidak bermakna ”Mormon yang bersara!” Sebagai mubaligh yang sudah pulang, kamu ”wajib terlibat dalam suatu perkara yang baik dan melakukan banyak hal menurut kemahuan [kamu] sendiri tanpa paksaan, dan menghasilkan banyak kebenaran.”2

Gunakanlah kemahiran yang kamu belajar di misi kamu untuk memberkati kehidupan orang di keliling kamu setiap hari. Janganlah mengalihkan tumpuan kamu dari melayani orang lain kepada penumpuan hanya pada sekolah, kerja, atau aktiviti sosial. Melainkan, menyeimbangkan kehidupan kamu dengan pengalaman rohani yang mengingatkan dan mempersiapkan kamu untuk pelayanan harian yang berterusan kepada orang lain.

Semasa misi kamu, kamu belajar kepentingan mengunjungi orang di rumah mereka. Saya berharap agar semua pemuda-pemudi kita, sama ada kamu melayani misi penuh masa atau tidak, memahami kepentingan mengunjungi orang yang berasa sepi, sakit, atau susah hati—bukan sahaja sebagai tugas tetapi kerana kasih yang tulin yang kamu ada pada Bapa Syurgawi dan anak-anak-Nya.

Kamu yang di sekolah menengah yang sedang bersedia untuk misi, saya menggalakkan kamu untuk menyertai dan berijazah dari seminari. Kamu pemuda-pemudi patut masuk institut agama.3 Jika kamu menghadiri sekolah Gereja, mengambil kelas setiap semester dalam pendidikan keagamaan. Semasa masa persiapan yang penting ini untuk misi dan perkahwinan abadi dan kehidupan kamu sebagai dewasa, kamu mesti terus mencari cara untuk belajar dan berkembang dan menerima inspirasi dan bimbingan melalui Roh Kudus. Pembelajaran injil yang teliti dan penuh doa melalui seminari, institut, atau kelas pendidikan keagamaan boleh membantu kamu dalam matlamat itu.

Sama ada kamu menghadiri sekolah Gereja atau tidak, sama ada kamu menghadiri universiti atau tidak, janganlah kamu fikir bahawa kamu terlalu sibuk untu mempelajari injil. Seminari, institut, atau kelas agama akan memberi keseimbangan kepada kehidupan kamu dan menambah kepada pendidikan duniawi kamu dengan memberikan kamu satu lagi kesempatan untuk meluangkan masa mempelajari kitab-kitab suci dan ajaran-ajaran para nabi dan rasul. Terdapat empat kelas baru yang hebat yang saya menggalakkan setiap pemuda-pemudi untuk mempertimbangkan dan menghadiri.4

Dan janganlah kamu lupa bahawa kelas dan aktiviti yang diberi di institut tempatan kamu atau melalui bahagian atau pancang pemuda-pemudi kamu akan juga menjadi tempat di mana kamu dapat berada bersama pemuda-pemudi yang lain dan membantu dan menginspirasikan satu sama lain semasa kamu belajar dan berkembang secara rohani dan bercampur gaul bersama. Saudara-saudara, jika kamu akan menyimpan telefon bimbit kamu dan betul-betul memandang di keliling kamu, kamu mungkin akan jumpa teman abadi kamu.

Ini membawa saya kepada satu lagi arahan yang saya pasti kamu tahu akan datang: Kamu pemuda-pemudi yang bujang perlu berpacaran dan berkahwin. Berhentilah menangguhkan! Saya tahu beberapa dari kamu takut akan permulaan keluarga. Tetapi, jika kamu berkahwin dengan orang yang betul pada masa yang betul dan di tempat yang betul, kamu tidak perlu takut. Banyak masalah yang kamu menghadapi akan dielakkan jika kamu ”terlibat dengan rajin” dalam dating, bercinta, dan perkahwinan yang soleh. Janganlah SMS dia! Gunakanlah suara kamu sendiri untuk memperkenalkan diri kamu kepada anak-anak perempuan Tuhan yang soleh yang di keliling kamu. Untuk mendengar suara manusia akan mengejutkan dia—sehingga dia kata ya.

Saya bersaksi kepada kamu, saudara-saudara imamat saya, bahawa Tuhan Yesus Kristus dapat menolong kita membaiki apa-apa yang perlu dibaiki dalam kehidupan kita melalui Korban Tebusan-Nya.

Malam ini, ketika kita bersedia untuk meraikan Hari Ahad Paska besok, berhentilah sejenak dengan saya untuk mengingat kurnia Korban Tebusan Kristus. Ingatlah bahawa Bapa Syurgawi kita dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, paling mengenal kamu dan mengasihi kamu paling banyak.

Melalui Korban Tebusan, Penebus mengambil ke atas diri-Nya masalah, kepedihan, dan dosa kita. Juruselamat dunia dapat memahami setiap kita secara individu dengan mengalami harapan yang tidak dipenuhi, cabaran, dan tragedi kita melalui penderitaan-Nya di Getsemani dan di salib.5 Dia meninggal sebagai satu tindakan kasih terakhir untuk kita dan dikuburkan di makam baru pada malam yang bersejarah itu.

Pada waktu pagi hari Ahad, Yesus bangkit dari yang sudah mati—menjanjikan kehidupan baru untuk setiap kita. Tuhan yang telah bangkit menugaskan para pengikut-Nya untuk mengajar semua orang untuk beriman kepada Kristus, bertaubat dari dosa, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Saudara-saudara, kita tahu bahawa Tuhan Bapa kita dan Putera-Nya yang Terkasih telah mengunjungi Nabi Joseph Smith dan memulihkan melalui dia keseluruhan injil Yesus Kristus.

Jadilah kuat, saudara-saudara. Mematuhi perintah-perintah Tuhan. Tuhan Yesus Kristus berjanji semua hal yang kita ingin melakukan dalam kesolehan akan menjadi kepunyaan kita. Para pemimpin Gereja mengharapkan kamu. Kami perlu setiap satu dari kamu pemuda- pemudi untuk bersedia berkahwin, melayani, dan memimpin pada masa depan, untuk hal-hal ini saya berdoa dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus, amin.