2010–2019
Perumpamaan tentang Seorang Penabur
April 2015


15:38

Perumpamaan tentang Seorang Penabur

Ia terpulang kepada kita untuk menetapkan keutamaan dan melakukan perkara-perkara yang membuat tanah kita baik dan tuaian kita banyak.

Subjek-subjek untuk ucapan persidangan umum ditugaskan—bukan oleh kuasa manusia tetapi melalui tanggapan Roh. Banyak subjek menujukan kebimbangan manusia yang kita semua kongsi. Tetapi seperti tidak diajar oleh Yesus cara untuk mengatasi cabaran yang fana atau penindasan politik pada zaman-Nya, Dia biasanya memberi inspirasi kepada Hamba-hamba moden-Nya untuk bercakap tentang apa yang kita mesti lakukan untuk mengubah kehidupan peribadi kita untuk menyediakan diri untuk kembali ke rumah syurgawi kita. Pada minggu Easter ini, saya terdorong untuk bercakap mengenai ajaran berharga dan abadi dalam salah satu perumpamaan Yesus.

Perumpamaan tentang seorang penabur ialah salah satu nombor perumpamaan yang dilaporkan dalam ketiga-tiga Injil-Injil sinoptik. Ia juga adalah salah satu kumpulan yang lebih kecil tentang perumpamaan yang Yesus jelaskan kepada pengikut-Nya. Benih yang disemai adalah “perkhabaran tentang bagaimana Tuhan memerintah” (Matius 13:19), “perkhabaran Tuhan” (Markus 4:14), atau “firman Tuhan” (Lukas 8:11)—pengajaran Tuan dan hamba-hamba-Nya.

Tanah yang berbeza di mana benih-benih jatuh mewakili cara yang berbeza di mana manusia menerima dan mengikuti ajaran-ajaran ini. Oleh itu, benih-benih yang “jatuh di tepi jalan itu” (Markus 4:4) belum mencapai tanah manusia di mana mereka mungkin berkembang. Mereka adalah seperti ajaran yang jatuh ke atas hati yang keras atau tidak bersedia. Saya tidak akan bercakap lebih daripada ini. Pesanan saya adalah kepada kita yang sudah ada komitmen untuk menjadi pengikut Kristus. Apa yang kita lakukan dengan ajaran Juruselamat semasa kita hidup kehidupan kita?

Perumpamaan tentang seorang penabur memberi amaran kepada kita tentang keadaan dan sikap-sikap yang boleh menghalang sesiapa yang telah menerima benih pesanan Injil daripada membawa keluar hasil tuaian yang baik.

I. Tanah Berbatu, Tiada Akar

Beberapa benih “jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya; dan segera tumbuh kerana kurang tanah: “tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam” (Markus 4:5–6).

Yesus menerangkan bahawa ini menggambarkan mereka “yang bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita,” tetapi kerana mereka “tidak berakar di dalam hati, … apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dengan segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu” (Markus 4:16–17).

Apakah yang menyebabkan pendengar “tidak berakar di dalam hati”? Ini adalah keadaan ahli Gereja baru yang hanya bertukar hati kepada mubaligh-mubaligh atau kepada ciri-ciri menarik Gereja atau kepada hasil baik daripada keahlian Gereja. Tidak berakar di dalam perkhabaran, mereka boleh layu dan mati apabila tentangan timbul. Tetapi mereka yang dibesarkan di Gereja juga—ahli-ahli jangka panjang—boleh berada di dalam keadaan di mana mereka tidak berakar di dalam hati. Saya mengenali beberapa daripada ahli-ahli ini—yang tidak ada penukaran hati yang kuat dan lasak kepada Injil Yesus Kristus. Jika kita tidak berakar dalam ajaran Injil dan tetap dalam amalannya, sesiapa daripada kita boleh membina hati yang keras, yang adalah tanah keras untuk benih rohani.

Makanan rohani adalah penting untuk kehidupan rohani, terutamanya di dalam dunia yang sedang beralih daripada kepercayaan kepada Tuhan dan mutlak yang benar dan yang salah. Dalam masa yang dikuasai Internet, yang membesarkan mesej yang mengancam iman, kita mesti meningkatkan pendedahan kita kepada kebenaran rohani untuk mengukuhkan iman kita dan kekal berakar di dalam Injil.

Pemuda-pemudi, jika pengajaran itu terlalu umum, di sini adalah satu contoh yang khusus. Jika lambang sakramen sedang diberi dan kamu menghantar teks atau berbisik atau bermain permainan video atau melakukan apa-apa lagi untuk menafikan diri kamu makanan rohani yang penting, kamu memutuskan akar rohani dan bergerak sendiri ke tanah keras. Kamu membuat diri kamu terdedah kepada kelayuan apabila kamu menghadapi kesusahan seperti pengasingan, ugutan, atau ejekan. Ini adalah untuk orang dewasa juga.

Satu lagi potensi pemusnah akar rohani—dipercepatkan oleh teknologi tetapi tidak unik untuk itu—adalah pandangan lubang kunci Injil atau Gereja. Pandangan terhad ini memberi tumpuan kepada satu ajaran tertentu atau amalan atau kekurangan yang dilihat dalam pemimpin dan mengabaikan panorama besar pelan Injil dan hasil buah peribadi dan perkauman tuaian itu. Presiden Gordon B. Hinckley memberi penerangan yang jelas tentang satu aspek pandangan lubang kunci ini. Dia memberitahu penonton BYU mengenai pengulas politik “terbakar dengan kemarahan” di acara berita terkini pada masa itu. “Dengan seni dikaji mereka mencurah cuka yang masam daripada caci maki dan kemarahan. Sesungguhnya, dia membuat kesimpulan, “ini adalah masa dan tempat jeruk penyedut yang berbakat itu.”1 Di sebaliknya, untuk berakar teguh dalam Injil kita mestilah sederhana dan diukur dalam kritikan dan selalu mencari pandangan yang lebih luas tentang kerja megah Tuhan.

II. Duri; Hal-hal Dunia Ini dan Tipu Daya Kekayaan

Yesus mengajar bahawa “ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri ini tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak berbuah (Markus 4:7). Yesus menjelaskan bahawa ini adalah “bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu. Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidah berbuah” (Markus 4:18–19). Ini mestilah satu amaran yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

Pertama, saya akan bercakap tentang tipu daya kekayaan. Di mana sahaja kita berada dalam perjalanan rohani kita—apa jua keadaan penukaran hati kita—kita semua tergoda dengan ini. Apabila sikap dan keutamaan adalah tetap kepada perolehan, penggunaan, atau memiliki harta, kita panggilnya materialisme. Banyak telah diperkatakan dan ditulis mengenai materialisme jadi tidak banyak perlu ditambah di sini.2 Mereka yang percaya di dalam apa yang dipanggil teologi kemakmuran sedang menderita daripada tipu daya kekayaan. Memiliki kekayaan atau pendapatan yang ketara bukanlah tanda sokongan syurga, dan ketiadaan kekayaan bukan bukti tidak disenangi syurga. Apabila Yesus memberitahu seorang pengikut setia bahawa dia boleh memperoleh kehidupan abadi hanya jika dia memberikan semua hartanya kepada orang miskin (lihat Markus 10:17–24), Dia bukannya mengenal pasti sesuatu yang jahat dalam memiliki kekayaan tetapi yang jahat di sikap pengikut itu terhadap mereka. Seperti yang kita tahu, Yesus memuji Samaria Baik yang menggunakan kata ciptaan yang sama untuk melayani bangsanya yang digunakan oleh Yudas untuk mengkhianati Juruselamatnya. Akar segala kejahatan bukan wang tetapi sikap mencintai wang (lihat 1 Timotius 6:10).

Kitab Mormon menceritakan masa apabila Gereja Tuhan “mula gagal dalam kemajuannya” (Alma 4:10) kerana “umat Gereja mula … menaruh hati mereka pada kekayaan dan pada apa yang sia-sia daripada dunia” (Alma 4:8). Sesiapa yang mempunyai banyak benda-benda duniawi adalah berisiko untuk kerohanian diberi “sedatif” oleh kekayaan dan perkara-perkara lain duniawi.3 Itu adalah pengenalan yang sesuai untuk ajaran Juruselamat yang seterusnya.

Duri yang paling halus untuk mencekik keluar kesan Injil dalam kehidupan kita adalah kuasa-kuasa duniawi yang Yesus panggil “kekhuatiran, kekayaan, dam kemewahan hidup” (Lukas 8:14). Ini terlalu banyak untuk dibacakan. Beberapa contoh akan mencukupi.

Pada satu ketika Yesus menegur Ketua Rasul-Nya, berkata kepada Petrus, “Engkau penghalang jalan-Ku. Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Tuhan!” (Matius 16:23; lihat juga A&P 3:6–7; 58:39). Menikmati perkara-perkara manusia bermaksud meletakkan hal-hal dunia ini di hadapan hal-hal Tuhan dalam tindakan kita, keutamaan kita, dan pemikiran kita.

Kita menyerah kepada “kesenangan kehidupan ini” apabila kita ketagih, yang menjejaskan kurnia hak pilihan yang berharga daripada Tuhan; apabila kita diperdayakan oleh gangguan remeh, yang menarik kita jauh daripada perkara-perkara penting yang abadi; dan apabila kita mempunyai mentaliti hak milik, yang menjejaskan pertumbuhan peribadi yang diperlukan untuk melayakkan kita untuk takdir abadi kita.

Kita diatasi dengan “hal-hal kehidupan ini” apabila kita dilumpuhkan oleh ketakutan masa depan, yang menghalang kita dari melangkah ke hadapan dalam iman, percaya kepada Tuhan dan janji-janji-Nya. Dua puluh lima tahun yang lalu guru BYU terhormat saya, Hugh W. Nibley, bercakap mengenai betapa bahayanya untuk menyerah kepada hal-hal dunia. Dia ditanya dalam satu temu bual sama ada keadaan dunia dan tanggungjawab kita untuk menyebarkan Injil membuat ia wajar untuk mencari beberapa cara untuk “menyesuaikan kepada dunia dalam apa yang kita lakukan dalam Gereja.” 4

Jawapannya: “Itu adalah seluruh kisah Gereja, bukannya? Kamu perlu sanggup untuk menyinggung di sini, kamu perlu sanggup mengambil risiko. Itulah di mana iman diperlukan. … Komitmen kita sepatutnya satu ujian, ia sepatutnya susah, ia sepatutnya tidak praktikal dalam segi dunia ini.”5

Keutamaan Injil ini ditegaskan pada kampus BYU beberapa bulan yang lalu oleh seorang pemimpin Katolik yang dihormati, Charles J. Chaput, archbishop daripada Philadelphia. Bercakap tentang “kebimbangan yang dikongsi oleh komuniti LDS dan Katolik”, seperti “tentang perkahwinan dan keluarga, sifat seksualiti kita, kesucian hidup manusia, dan kesegeraan kebebasan beragama,” dia berkata:

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kepentingan untuk hidup seperti yang kita dakwa kita percayai. Itu perlu menjadi keutamaan—bukan sahaja dalam kehidupan peribadi dan keluarga kita tetapi di gereja-gereja kita, pilihan politik kita, urusan perniagaan kita, cara kita memperlakukan orang miskin; dalam erti kata lain, dalam segala yang kita lakukan.”

“Ini adalah sebab ia penting,” dia menerus “Belajar dari pengalaman Katolik. Kita yang beragama Katolik percaya bahawa misi kita adalah untuk menjadi ragi dalam masyarakat. Tetapi ada satu garis halus antara yang ragi dalam masyarakat, dan yang dicerna oleh masyarakat.”6

Amaran Juruselamat untuk tidak membenarkan hal-hal dunia lebih penting daripada perkhabaran Tuhan dalam kehidupan kita memang mencabar kita untuk memastikan keutamaan kita tetap—hati kita tetap—kepada perintah-perintah Tuhan dan kepimpinan Gereja-Nya.

Contoh-contoh Juruselamat boleh menyebabkan kita berfikir perumpamaan ini sebagai perumpamaan tentang tanah. Kesesuaian tanah bergantung kepada hati setiap daripada kita yang terdedah kepada benih Injil. Dalam kerentanan kepada ajaran rohani, ada hati yang keras dan tidak bersedia, ada hati yang berbatu daripada tidak digunakan, dan ada hati yang ditetapkan kepada perkara duniawi.

III. Jatuh ke Tanah Baik dan Menghasilkan Buah

Perumpamaan penabur berakhir dengan penerangan Juruselamat tentang benih yang “jatuh di tanah subur lalu berbuah” dalam pelbagai langkah (Matius 13:8). Bagaimanakah kita boleh menyediakan diri untuk menjadi tanah yang baik itu dan mempunyai hasil tuaian yang baik?

Yesus menjelaskan “bahawa benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu serta menyimpannya di dalam hati yang baik dan jujur. Mereka bertekun sehingga menghasilkan buah” (Lukas 8:15). Kita mempunyai benih perkhabaran Injil. Ia terpulang kepada kita untuk menetapkan keutamaan dan melakukan perkara-perkara yang membuat tanah kita baik dan tuaian banyak. Kita mesti berusaha untuk berakar teguh dan menukar hati kepada Injil Yesus Kristus (lihat Kolose 2:6–7). Kita mencapai penukaran hati ini dengan doa, bacaan kitab, melayani, dan dengan kerap mengambil bahagian di dalam sakramen untuk sentiasa mempunyai Roh-Nya bersama kita. Kita juga perlu mencari perubahan yang hebat ini dalam hati (lihat Alma 5:12–14) yang menggantikan keinginan jahat dan perkara yang mementingkan diri sendiri dengan kasih Tuhan dan keinginan untuk melayani-Nya dan anak-anak-Nya.

Saya bersaksi tentang kebenaran semua ini dan saya bersaksi tentang Juruselamat kita, Yesus Kristus, yang ajaran-Nya menunjukkan jalan dan Korban Tebusan yang menjadikan semua mungkin, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Gordon B. Hinckley, “Let Not Your Heart Be Troubled” (Brigham Young University devotional, Okt. 29, 1974), 1; speeches.byu.edu.

  2. Lihat, untuk contoh, Dallin H. Oaks, “Materialism,” bab 5 di (Pure in Heart1988), 73–87.

  3. Saya terhutang budi kepada Elder Neal A. Maxwell untuk imej yang tidak dapat dilupakan ini “These Are Your Days,” Ensign, Okt. 2004, 26.

  4. James P. Bell, dalam “Hugh Nibley, in Black and White,” BYU Today, Mei 1990, 37.

  5. Hugh Nibley, dalam “Hugh Nibley in Black and White,” 37–38.

  6. Charles J. Chaput, “The Great Charter at 800: Why It Still Matters,” First Things, Jan. 23, 2015, lihat firstthings.com/web-exclusives/2015/01/the-great-charter-at-800; lihat juga Tad Walch, “At BYU, Catholic Archbishop Seeks Friends, Says U.S. Liberty Depends on Moral People,” Deseret News, Jan. 23, 2015. deseretnews.com/article/865620233/At-BYU-Catholic-archbishop-seeks-friends-says-US-liberty-depends-on-moral-people.html. Archbishop Chaput juga berkata bahawa beberapa institusi Katolik yang terbaik kita sama ada telah hilang atau melembutkan identiti agama mereka. … Brigham Young adalah satu universiti yang luar biasa … kerana ia adalah satu pusat pembelajaran yang diperkayakan dengan identiti agamanya. Jangan sekali-kali kehilangan itu. (“The Great Charter at 800”).