2010–2019
Sang Penghibur
April 2015


NaN:NaN

Sang Penghibur

Saya bersaksi bahawa Kristus yang hidup hantarkan Roh Kudus, Sang Penghibur, kepada mereka yang berjanji untuk membantu Dia menghiburkan orang lain.

Saudariku yang terkasih, saya bersukacita bahawa saya boleh bersama kamu. Saya ingat ibu saya, isteri saya, anak perempuan saya, cucu perempuan saya—ada mereka yang berada di sini. Saya sedar bahawa kehidupan keluarga yang baik ini datang dari mempunyai Juruselamat sebagai pusat kehidupan mereka. Kita sudah mengingati-Nya malam ini dalam musik, doa, dan ucapan terilham yang sudah diberikan. Satu sifat Juruselamat yang kita paling hargai ialah belas kasihan-Nya yang tak terhad.

Malam ini, kamu sudah rasa bahawa Dia mengenali dan menyayangi kamu. Kamu sudah rasa kasih sayang-Nya bagi orang yang duduk di sekeliling kamu. Mereka ialah saudarimu, anak rohani Bapa Syurgawi kita. Dia menyayangi mereka macam Dia menyayangi kamu. Dia memahami semua kedukaan mereka. Dia mahu memelihara mereka.

Pesanan saya kepada kamu malam ini adalah bahawa kamu boleh dan harus menjadi sebahagian penting dalam kerja Tuhan untuk memberikan penghiburan kepada mereka yang memerlukannya. Kamu boleh membuat tugas kamu dengan paling baik kalau kamu tahu lebih banyak tentang cara Dia menjawab doa demi bantuan itu.

Ada banyak yang berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk menerima kelegaan, untuk menerima bantuan semasa memikul beban kesedihan, kesepian, dan ketakutan mereka. Bapa Syurgawi mendengar doa itu dan memahami keperluan mereka. Dia dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus yang sudah dibangkit, telah berjanji untuk membantu.

Yesus Kristus sudah memberi perjanjian yang manis ini:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”1

Beban yang hamba setia-Nya harus bawa dalam kehidupan ini diringankan oleh Penebusan-Nya. Beban dosa boleh diambil, tetapi percubaan kehidupan fana bagi orang baik memang boleh jadi beban berat.

Kamu sudah menampak percubaan begini dalam kehidupan orang baik yang kamu sayangi. Kamu sudah rasa keinginan untuk membantu mereka. Ada sebab untuk perasaan belas kasihan kamu terhadap mereka.

Kamu ialah ahli Gereja Yesus Kristus yang sudah membuat perjanjian. Sebuah perubahan besar bermula dalam hati kamu apabila kamu memasuki Gereja. Kamu membuat perjanjian, dan kamu sudah terima sebuah perjanjian yang mula mengubah sifat kamu.

Alma menjelaskan, dengan perkataannya di Perairan Mormon, perjanjian itu yang kamu membuat apabila dibaptiskan dan maksudnya kepada kamu dan semua orang di sekeliling kamu. Dia berucap kepada mereka yang sedia membuat perjanjian itu yang sudah kamu buat, dan mereka menerima perjanjian sama yang Tuhan membuat kepada kamu.

“Lihatlah, di sinilah Perairan Mormon (kerana demikianlah ia dipanggil) dan sekarang, kerana kamu berhasrat untuk datang ke dalam kawanan Tuhan, dan untuk dipanggil umat-Nya, dan bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan;

“Ya, dan bersedia untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; ya, dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan, dan untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana kamu boleh berada, bahkan sampai kematian, agar kamu boleh ditebus oleh Tuhan, dan terbilang dengan mereka dalam kebangkitan pertama, agar kamu boleh memperoleh kehidupan abadi.”2

Itu sebabnya kamu mahu membantu seorang yang berusaha untuk maju semasa di bawah beban kesedihan dan kesusahan. Kamu berjanji bahawa kamu akan membantu Tuhan supaya beban mereka boleh menjadi ringan dan supaya mereka boleh dihiburkan. Kamu diberikan kuasa untuk membantu meringankan beban itu apabila kamu terima kurnia Roh Kudus.

Juruselamat menjelaskan cara-Nya untuk meringankan beban dan memberikan kekuatan untuk membawanya sebelum dia disalibkan. Dia tahu bahawa para rasul-Nya akan berkabung. Dia tahu mereka akan takut tentang masa depan mereka. Dia tahu mereka tidak akan rasa yakin tentang kemampuan mereka untuk terus maju.

Jadi, Dia berikan mereka perjanjian yang Dia berikan kepada kita dan kepada para pengikut-Nya yang sejati:

“Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya.

“Dia Roh Tuhan, yang menunjukkan apa yang benar tentang Tuhan. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal dDia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.”3

Terus Dia berjanji:

“Tetapi Roh Tuhan, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu.

“Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”4

Cuma beberapa minggu lalu saya menampak semasa perjanjian tentang penghantaran Roh Kudus itu digenapi dalam kehidupan anak Tuhan yang minta dalam doa supaya beban mereka akan diringankan. Mukjizat beban yang diringkan terjadi dalam cara yang dijanjikan Tuhan: Dia dan Bapa Syurgawi menghantar Roh Kudus sebagai Penghibur kepada para rasul-Nya untuk membantu.

Baru-baru ini tiga generasi berkabung atas kematian seorang budak lelaki yang berumur lima tahun. Dia meninggal dalam kemalangan semasa dia dan kelurganya bercuti. Saya diberikan peluang untuk melihat sekali lagi cara Tuhan dalam memberkati yang setia dengan kelegaan dan kekuatan untuk bertahan.

Saya menampak cara Tuhan meringankan beban mereka yang besar. Saya bersama mereka sebagai hamba perjanjian Tuhan—macam kamu kerap kali dalam kehidupan kamu—“untuk berduka nestapa dengan mereka yang berduka nestapa … dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.”5

Sebab saya tahu itu benar, saya gembira dan rasa kedamaian apabila datuk nenek budak lelaki itu menjemput saya untuk berjumpa dengan mereka dan ibu bapa budak itu sebelum pengebumian.

Saya berdoa untuk tahu macam mana saya boleh membantu Tuhan menghibur mereka. Mereka duduk bersamaku dalam ruang tamu kami. Saya sudah menghangatkan ruang itu pada malam sejuk dengan api kecil di perapian.

Saya ingin memberitahu mereka bahawa saya sayang mereka. Saya memberitahu mereka bahawa saya sudah rasa kasih sayang Tuhan bagi mereka. Dengan beberapa kata sahaja, saya cuba memberitahu mereka bahawa saya berkabung bagi merka tetapi bahawa hanya Tuhan tahu dan boleh mengalami kesakitan dan kedukaan mereka dengan sempurna.

Selepas becakap beberapa kata itu, saya rasa bisikan untuk mendengar dengan kasih sayang semasa mereka bercakap tentang perasaan mereka.

Selama jam itu apabila kami duduk bersama, mereka bercakap jauh lebih banyak daripadaku. Saya boleh rasa melalui suara dan mata mereka bahawa Roh Kudus sentuh hati mereka. Mereka bercakap tentang apa yang terjadi dan macam mana mereka rasa dengan kesaksian sederhana. Roh Kudus sudah memberi mereka kedamaian itu yang datang dengan harapan akan kehidupan abadi, apabila anak mereka, yang sudah meninggal tanpa dosa, boleh bersama mereka selamanya.

Apabila saya memberi mereka masing-masing sebuah berkat imamat, saya berterima kasih ke atas pengaruh Roh Kudus yang berada di sana. Sang Penghibur sudah datang, dengan membawa harapan, keberanian, dan kekuatan yang lebih besar bagi kami semua.

Malam itu, saya melihat cara Tuhan apabila Dia bekerja bersama kita untuk meringankan beban umat-Nya. Kamu ingat dalam Kitab Mormon apabila umat-Nya hampir dihancurkan oleh beban yang diberikan kepada mereka oleh pengawas garang.

Orang itu merayu untuk kelegaan, seperti juga banyak orang yang kita sayangi dan layani. Inilah catatannya, yang saya tahu adalah benar:

“Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu, bahkan sewaktu kamu berada dalam perhambaan; dan ini akan Aku lakukan agar kamu boleh berdiri sebagai saksi bagi-Ku setelah ini, dan agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam kesengsaraan mereka.

“Dan sekarang, terjadilah bahawa beban yang diletakkan ke atas diri Alma dan saudara-saudaranya dijadikan ringan; ya, Tuhan menguatkan mereka agar mereka dapat menanggung beban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan.”6

Saya sudah menampak mukjizat itu berulang kali. Kita meringankan beban orang lain dengan paling baik apabila kita membantu Tuhan untuk menguatkan mereka. Itulah sebabnya arahan untuk menjadi saksi Tuhan di segala tempat dan di segala masa termasuk dalam tugas kita daripada-Nya untuk menghiburkan orang lain.

Ibu dan bapa kepada budak lelaki itu bersaksi tentang Juruselamat malam itu dalam ruang tamu saya. Roh Kudus datangdan semua dihiburkan. Ibu bapa itu dikuatkan. Beban kedukacitaan tidak lenyap, tetapi mereka dibolehkan untuk bertahan melalui kesedihan itu. Iman mereka bertambah. Dan kekuatan mereka akan terus bertambah selama mereka memintanya dan hidup supaya mereka boleh menerimanya.

Saksi Roh Kudus tentang Penebusan yang datang malam itu juga menguatkan Ayub untuk membawa bebannya juga.

“Tetapi aku tahu bahawa Penyelamatku hidup; akhirnya Dia akan datang menolong aku.

“Walaupun kulitku habis dimakan penyakit, tetapi aku akan melihat Tuhan selagi aku bertubuh.”7

Kesaksian dari Roh Kudus yang menguatkan dia supaya dia boleh bertahan. Dia akan bertahan kedukacitaan dan kekurangan penghiburan daripada orang di sekelilingnya untuk menampak kebahagiaan itu yang akan datang kepada mereka yang bertahan melalui cabaran mereka.

Itu benar bagi Ayub. Berkat datang dalam kehidupan fananya. Cerita Ayub berakhir dengan mukjizat ini:

Tuhan memberkati Ayub dengan lebih berlimpah pada akhir hidupnya daripada masa sebelum dia mengalami penderitaan. …

“Tiada gadis di seluruh negeri yang secantik anak-anak perempuan Ayub. Mereka mewarisi harta Ayub bersama dengan saudara lelaki mereka.

“Selepas itu Ayub hidup seratus empat puluh tahun sehhingga dapat melihat cucu-cicitnya.

“Lalu Ayub meninggal dalam usia yang sangat lanjut.”8

Adalah kesaksian Roh tentang Penebusan yang akan datang yang membolehkan Ayub untuk bertahan melalui cabaran kehidupan yang harus ada bagi kita semua. Itu sebahagian rancangan hebat kegembiraan yang diberikan Bapa kepada kita. Dia membiarkan Putera-Nya untuk menyediakan, dengan Korban Tebusan-Nya, harapan itu yang menghiburkan kita tak kira berapa susah jalan untuk balik kepada-Nya.

Bapa dan Putera menghantar Roh Kudus untuk menghiburkan dan menguatkan murid-murid Sang Guru semasa jalan mereka.

Saya menampak mukjizat penghiburan apabila saya tiba di luar gereja di mana ada pengebumian budak kecil itu. Saya dihentikan oleh seorang wanita yang muda dan indah dan yang saya tidak kenal. Dia bercakap bahawa dia datang ke pengebumian itu untuk berkabung dan untuk memberikan penghiburan kalau boleh.

Dia bercakap bahawa dia sudah datang ke pengembumian untuk menerima penghiburan bagi diri dia sendiri juga. Dia kata bahawa anak pertamanya sudah meninggal baru-baru ini. Dia membawa dalam lengannya seorang anak perempuan yang indah. Saya mendekati dia dan menengok muka bayi perempuan itu yang tersenyum. Saya bertanya kepada ibu, “Apa namanya?” Dia jawap dengan cepat dan ceria, “Namanya Joy, iaitu kebahagiaan. Kebahagiaan selalu datang selepas kedukaan.”

Dia bersaksi kepadaku. Saya boleh nampak bahawa kedamaian dan penghiburan sudah datang kepadanya dari satu-satunya sumber yang benar. Hanya Tuhan tahu hati kita, dan hanya Dia boleh bercakap dengan benar, “Saya tahu perasaan kamu.” Jadi saya hanya boleh membayangkan berapa banyak sukacitanya dan kedukacitaan itu yang datang sebelumnya, tetapi Tuhan yang menyayangi dia tahu.

Saya hanya boleh bercakap sedikit tentang berapa banyak Dia merasa kegembiraan setiap kali kamu, sebagai pengikut-Nya, membantu Dia untuk membawa bahkan sekejap sahaja kedamaian dan sukacita kepada seorang anak Bapa Syurgawi.

Saya bersaksi bahawa Tuhan sudah minta setiap dari kita, pengikut-Nya, untuk membantu mengangkat beban orang lain. Kita sudah berjanji untuk membuat begini. Saya bersaksi bahawa Tuhan, melalui Penebusan dan Kebangkitan-Nya, sudah menghancurkan kuasa kematian. Saya bersaksi bahawa Kristus yang hidup menghantar Roh Kudus, Sang Penghibur, kepada mereka yang kita berjanji untuk membantu Dia hiburkan.

Kamu semua ialah saksi, macam saya juga, tentang kebenaran ukiran pada lencana itu yang ibu saya pakai selama lebih dari 20 tahun semasa dia seorang ahli lembaga umum Lembaga Pertolongan. Ia berkata, “Ihsan tidak pernah gagal.”9 Saya masih tidak tahu maksud yang penuh dalam perkataan itu. Tetapi saya sudah menampak sedikit semasa saya menengok dia membantu orang yang berkeperluan. Tulisan suci bercakap tentang kebenaran ini: “Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”10

Kasih sayang-Nya tak pernah gagal, dan kita tidak akan berhenti merasa dalam hati kita keinginan untuk “berduka nestapa dengan mereka yang berduka nestapa … dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan.”11 Tidak juga akan kedamaian itu yang Dia berjanji kepada kita tinggalkan kita semasa kita melayan orang lain bagi Dia.

Sebagai saksi-Nya, saya berterima kasih ke atas semua yang kamu buat dengan sangat baik untuk membantu Tuhan Yesus Kristus yang hidup dan Roh Kudus, Sang Penghibur, menguatkan lutut yang lunglai dan mengangkat tangan yang terkulai.12 Saya bersyukur, dengan segala hatiku, kepada para wanita dalam hidup saya yang sudah menolong saya dan memberkati saya sebagai pengikut Yesus Kristus yang benar. Dalam nama Yesus Kristus, amin.