Pilih untuk Percaya
Juruselamat menyediakan Injil-Nya sebagai cahaya untuk membimbing mereka yang memilih untuk percaya dan mengikut-Nya.
Januari lepas, Sailor Gutzler yang berumur tujuh tahun, bersama keluarganya menaiki kapal terbang swasta dari Florida ke Illinois. Bapa Sailor juruterbang kapal itu. Selepas senja, kapal tersebut mula menghadapi masalah mekanikal dan kemalangan terjadi di mana kapal tersebut terbalik di bukit-bukit Kentucky yang gelap. Semua mati dalam kemalangan itu kecuali Sailor. Pergelangan tangannya patah. Dia terluka dan hilang kasutnya. Suhu malam itu 38 darjah Fahrenheit (atau 3 darjah Celsius)—pada malam musim sejuk dan hujan di Kentucky—Sailor hanya memakai seluar pendek, T-shirt, dan satu setoking.
Dia memanggil ibu dan ayah, tetapi tiada yang menjawab. Dengan keberanian yang ada, dia mula berjalan kaki merentasi desa untuk mendapatkan bantuan, mengharungi sungai kecil, parit dan mawar liar pohon blackberry. Dari puncak bukit kecil, Sailor ternampak satu cahaya yang lebih kurang 2 kilometer jauh darinya. Dia meneruskan perjalanan dalam gelap dan semak-samun ke arah cahaya tersebut, sehinggalah dia sampai ke rumah seorang lelaki baik yang dengan serta merta menolongnya. Sailor telah selamat. Dia akan di bawa ke hospital dan dibantu untuk dipulihkan.1
Sailor hidup kerana dia nampak cahaya tersebut dan berusaha untuk mengecapinya—walaupun dengan hutan liar, tragedi yang ditempuh, dan kecederaan yang dialami. Sangat susah untuk kita bayangkan bagaimana Sailor dapat melakukan semua pada malam itu. Tetapi kita tahu dia kenali cahaya itu datang dari satu rumah yang bermaksud dia boleh diselamatkan. Harapan ada. Dia memperoleh keberanian dengan mempercayai bahawa dia akan diselamatkan tanpa mengira betapa susahnya keadaan itu.
Tidak ramai diantara kita akan melalui pengalamanan yang ngeri seperti Sailor. Tetapi kita semua, di satu masa nanti, akan bergelut dalam hutan belantara rohani sendiri dan melalui perjalanan yang susah dan penuh emosi. Tidak kira betapa gelap atau tanpa harapan keadaan itu, jika kita mencari, cahaya rohani akan sentiasa mengisyaratkan kepada kita, memberikan kita harapan keselamatan dan kelegaan. Cahaya itu sinar dari Juruselamat manusia, iaitu Cahaya Dunia.
Melihat cahaya rohani berbeza dari melihat cahaya jasmani. Untuk mengenali cahaya rohani Juruselamat, kita perlu sudi percaya. Tuhan memerlukan kita untuk sekurang-kurangnya punyai keinginan untuk percaya. “Jika kamu mahu membangkitkan dan menggugahkan kecekapanmu … dan menjalankan segelintir iman,” nabi Alma mengajar, “ya, bahkan jika kamu tidak dapat membuat lebih daripada berhasrat untuk percaya, biarlah hasrat ini bekerja dalam dirimu, bahkan sampai kamu percaya dalam cara di mana kamu dapat memberi tempat untuk sebahagian daripada kata-kata [Juruselamat].”2
Panggilan Alma untuk punyai hasrat percaya dan “memberi tempat” dalam hati kita untuk kata-kata Juruselamat mengingatkan kita bahawa kepercayaan dan iman memerlukan pilihan peribadi dan tindakan kita. Kita perlu “membangkitkan dan menggugahkan kecekapan [kita].” Kita perlu meminta sebelum ia diberi kepada kita; kita mencari sebelum kita menemui; kita ketuk sebelum ia dibuka kepada kita. Kemudian kita dijanjikan bahawa: “Kerana setiap orang yang meminta, menerima; dan dia yang mencari, menemui; dan dia yang mengetuk, akan dibukakan.”3
Juruselamat sendiri telah memohon dengan bersungguh-sungguh ketika pelayanan-Nya di bumi apabila Dia merayu kepada pendengar-pendengar yang tidak mempercayai:
“Jika Aku tidak melakukan apa yang dikehendaki oleh Bapa, janganlah percaya kepada-Ku.
“Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Aku lakukan itu: demikian kamu tahu dan mengerti bahawa Bapa bersatu dengan Aku, dan Aku bersatu dengan Bapa.”4
Kita menghadapi satu ujian setiap hari. Ia adalah satu ujian yang berterusan sepanjang hidup: adakah kita akan memilih untuk percaya-Nya dan membenarkan cahaya dan Injil-Nya berkembang dalam diri kita, atau kita tidak percaya dan mendesak untuk mengembara keseorangan dalam kegelapan? Juruselamat menyediakan Injil-Nya sebagai cahaya untuk membimbing mereka yang pilih untuk percaya dan mengikut-Nya.
Selepas kemalangan itu, Sailor mempunyai pilihan. Dia boleh tunggu di kapal terbang dalam kegelapan, bersendirian dan dalam ketakutan. Malam itu panjang dan akan menjadi lebih sejuk. Dia memilih jalan lain. Dia mendaki bukit, di situ dia dapat melihat cahaya di ufuk.
Sambil dia meneruskan perjalanan ke arah cahaya tersebut, kecerahan cahaya bertambah. Pastinya terdapat beberapa kali dia tidak dapat melihatnya. Mungkin dia berada dalam gaung, atau ia dilindungi pokok, atau semak, tetapi dia mara ke hadapan. Setiap kali dia dapat melihat cahaya itu, terbukti Sailor berada di arah yang betul. Dia tidak pasti apa cahaya itu, tetapi dia terus berjalan, percaya dan berharapan bahawa dia akan tampak cahaya itu lagi jika dia teruskan perjalanan ke arah yang betul. Tindakan yang dia ambil telah menyelamatkan dirinya.
Kehidupan kita pun boleh menjadi sebegitu. Terdapat banyak kali kita dicedera, letih dan kehidupan kita bagaikan gelap dan sejuk. Terdapat masa apabila kita tidak dapat melihat sinar cahaya di ufuk, dan kita terasa ingin putus asa. Jika kita sudi percaya, jika kita ingin percaya, jika kita memilih untuk percaya, ajaran dan teladan Juruselamat akan menunjukkan kita jalan ke hadapan.
Pilih untuk Percaya
Seperti Sailor percaya dia akan memperoleh keselamatan dalam cahaya yang jauh itu, kita juga perlu berhasrat untuk membuka hati kepada realiti ketuhanan Juruselamat—cahaya abadi dan belas kasihan-Nya yang memulihkan. Nabi-nabi dalam sejarah telah menggalakkan dan juga memohon kita untuk percaya Kristus. Desakan mereka berasaskan fakta dasar iaitu: Tuhan tidak memaksa kita untuk percaya. Sebaliknya Dia mengundang kita untuk percaya dengan menghantar nabi dan rasul hidup untuk mengajar, menyediakan ayat suci, dan mengajak kita melalui Roh-Nya. Kitalah yang perlu memilih untuk memeluk undangan rohani, memilih untuk melihat melalui deria rohani cahaya yang Dia guna untuk memanggil kita. Keputusan untuk percaya adalah pilihan yang teramat penting dalam hidup kita. Ia membentuk segala keputusan-keputusan kita yang lain.
Tuhan tidak memaksa kita percaya sepertimana dia tidak memaksa untuk mentaati perintah-perintah, walaupun keinginan sempurna-Nya untuk memberkat kita. Namun panggilan-Nya untuk percayai-Nya—menjalankan segelintir iman dan memberi tempat kepada kata-kata-Nya—kekal berkesan hari ini. Juruselamat berfirman, “Aku memberi kesaksian bahawa Bapa memerintahkan semua manusia, di mana-mana pun, untuk bertaubat dan percaya kepada-Ku.”5
Kepercayaan dan kesaksian dan keimanan bukanlah prinsip-prinsip yang pasif. Ia tidak terjadi dengan begitu sahaja. Kepercayaan adalah sesuatu yang kita pilih—kita mengharapkannya, berusaha untuknya, dan kita berkorban untuknya. Kita tidak akan secara kebetulan percaya akan Juruselamat dan Injil-Nya sepertimana kita tidak akan secara kebetulan berdoa atau membayar persepuluhan. Kita giat memilih untuk percaya, sepertimana kita memilih untuk mentaati hukum-hukum lain.
Jadikanlah Kepercayaan Satu Tindakan
Pada mulanya, Sailor tidak mungkin tahu bahawa apa yang dia lakukan ketika dia mengharungi semak samun akan membawa kejayaan. Dia sesat dan tercedera; malam itu gelap dan sejuk. Namun dia meninggalkan lokasi kemalangan dan mengembara dengan harapan untuk diselamatkan, merangkak dan maju ke depan sehinggalah dia nampak cahaya tersebut. Setelah melihat cahaya itu, dia melakukan apa yang boleh untuk mencapainya, mengingati apa yang telah dilihat.
Kita juga mesti memberi tempat untuk harapan agar kita dapat memperoleh cahaya rohani dengan mempercayai daripada meragu. Tindakan kita membuktikan kepercayaan kita dan menjadi bahan keimanan kita. Kita memilih untuk percaya apabila kita berdoa dan apabila kita membaca kitab suci. Kita memilih untuk percaya apabila kita berpuasa, menghormati hari Sabat, menyembah di baitsuci, dan apabila kita membaca ayat suci. Kita memilih untuk percaya apabila kita dibaptiskan dan apabila kita mengambil sakramen. Kita memilih untuk percaya apabila kita bertaubat dan berusaha untuk dimaafkan dan memperoleh kasih yang menyembuhkan.
Jangan Putus Asa
Kadang kala perkembangan dalam hal-hal rohani boleh terasa lambat atau sela menyela. Kadang kala kita rasa bagaikan kita telah hilang pendirian, telah membuat kesalahan, atau usaha tekun untuk mencari Juruselamat tidak berjaya. Jika kamu berasa demikian, janganlah putus asa—sentiasa. Teruskan percaya kepada-Nya dan Injil-Nya dan Gereja-Nya. Susunkanlah tindakan kamu bersama kepercayaan itu. Di ketika cahaya keimanan kamu malap, biarkanlah harapan kamu untuk kasih Juruselamat dan belas kasihan yang terdapat dalam Injil dan Gereja-Nya mengatasi keraguan kamu. Saya janji Dia sentiasa bersedia untuk menerima kamu. Lambat-laun kamu akan dapat melihat bahawa kamu telah membuat pilihan yang terbaik sekali. Keputusan beranimu untuk mempercayai-Nya akan memberkat diri kamu dengan tidak terbatas dan selama-lamanya.
Berkat dari Kepercayaan
Saya telah merasai kasih Juruselamat yang berbelas kasihan dalam kehidupan saya. Saya telahpun mencarinya apabila mengalami kegelapan diri dan Dia telah menghulurkan bantuan dengan cahaya-Nya. Salah satu kegembiraan dalam hidup saya adalah peluang untuk berjumpa dengan ahli-ahli Gereja bersama isteri saya, Kathy di seluruh dunia. Pertemuan-pertemuan yang hebat ini telah mengajar saya mengenai kasih Tuhan terhadap kita. Mereka telah menunjukkan kepada saya potensi yang tidak terhingga dalam kegembiraan berkat yang diperoleh melalui pilihan untuk mengikut ajaran Yesus Kristus. Saya pelajari bahawa kepercayaan terhadap-Nya dan kuasa penebusan-Nya adalah jalan yang benar ke “kedamaian di dunia ini dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang.”6
Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah punca cahaya dan harapan bagi kita semua. Saya berdoa agar kita semua memilih untuk mempercayai-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.