2010–2019
Adakah Ia Masih Menakjubkan Untuk Kamu?
April 2015


10:13

Adakah Ia Masih Menakjubkan Untuk Kamu?

Untuk mengagumi keajaiban Injil adalah satu tanda keimanan. Ia adalah untuk mengiktiraf tangan Tuhan dalam hidup dan semua perkara disekeliling kita.

Isteri saya dan saya telah berpeluang untuk membesarkan lima anak-anak kami berhampiran dengan kota Paris yang indah. Ketika di situ kami ingin memberi mereka peluang yang kaya untuk menemui perkara yang menakjubkan dalam dunia ini. Setiap musim panas, kami sekeluarga akan mengambil cuti panjang untuk melawat tugu peringatan penting, kawasan bersejarah, dan keajaiban semula jadi Eropah. Akhirnya selepas menghabiskan 22 tahun di kawasan Paris kami bersedia untuk berpindah. Saya masih ingat apabila anak-anak saya datang dan berkata, “Ayah, ia amat memalukan! Kita sudah tinggal di sini seluruh hidup tetapi kita tidak pernah melawati Menara Eiffel!”

Terdapat banyak keajaiban dalam dunia ini, Tetapi apabila mereka sentiasa di hadapan mata, kita tidak menghargainya. Kita tengok, tetapi tidak lihat dengan betul, kita dengar, tetapi tidak mendengar dengan betul.

Semasa misi fana-Nya, Yesus berkata kepada Rasul-Nya:

“Alangkah berbahagianya kamu kerana dapat melihat apa yang kamu lihat sekarang ini!:

“Ketahuilah bahawa banyak nabi dan raja mahu melihat apa yang kamu lihat sekarang ini tetapi tidak dapat, dan mahu mendengar apa yang kamu dengar sekarang ini tetapi juga tidak dapat.”1

Saya sering terfikirkan bagaimana rasanya untuk hidup pada zaman Juruselamat. Bolehkah kamu bayang duduk di kaki-Nya? merasa pelukan-Nya? Menyaksi layanan-Nya terhadap orang lain? Namun ramai di antara mereka yang bertemu dengan-Nya gagal untuk mengenal—untuk “melihat” —bahawa Putera Tuhan hidup dikalangan mereka.

Kita juga amat bernasib baik untuk hidup dalam zaman yang luar biasa ini. Nabi zaman dahulu telah melihat kerja Pemulihan sebagai “pekerjaan yang menakjubkan … , ya, suatu pekerjaan yang menakjubkan dan suatu keajaiban.”2 Tidak pernah dalam zaman keagamaan sebelum ini yang terdapat ramai mubaligh dipanggil, banyak negara yang telah dibuka untuk pengajaran pesanan Injil, dan banyak bait suci telah dibina diseluruh dunia.

Bagi kita, Orang Suci Zaman Akhir, keajaiban juga berlaku dalam kehidupan peribadi kita. Ia termasuk penukaran hati diri, jawapan yang diterima melalui doa, dan berkat kasih yang disirami Tuhan setiap hari.

Untuk mengagumi keajaiban Injil adalah satu tanda iman. Ia adalah untuk mengiktiraf tangan Tuhan dalam hidup kita dan semua perkara disekeliling kita. Kekaguman kita juga menghasilkan kekuatan rohani. Ia memberi kita tenaga untuk terus disauhkan dalam iman dan untuk melibatkan diri kita dalam kerja penyelamatan.

Tetapi kita haruslah awas. Keupayaan kita untuk kagum adalah rapuh. Dalam jangkamasa yang panjang, perkara seperti menyimpan perintah Tuhan secara bersahaja, sikap tidak peduli, atau keletihan mungkin mula bertambah dan membuatkan kita tidak peka termasuk tanda-tanda yang luar biasa dan mukjizat-mukjizat Injil

Kitab Mormon menerangkan satu tempoh, amat serupa dengan kita sekarang, yang didahului kedatangan Mesias ke Amerikas. Tiba-tiba tanda kelahiran-Nya muncul dilangit. Orang ramai semuanya terkejut sehingga mereka merendahkan diri, dan hampir semua berpaling kepada Tuhan, Tetapi, hanya dalam empat tahun yang pendek kemudian, “bangsa itu mula melupai tanda dan keajaiban yang telah mereka dengar itu, dan mula semakin lama semakin kurang terpegun terhadap tanda atau keajaiban dari langit, … dan mula tidak mempercayai semua yang telah mereka dengar dan lihat.”3

Saudara dan saudariku, adakah Injil masih menakjubkan bagi kamu? Masihkah kamu boleh melihat, mendengar, merasa, dan mengkagumi? Ataupun pengesan rohani kamu telahpun dalam keadaan bersedia (‘standby mode’)? Tidak kira apapun situasi peribadi kamu, saya menjemput kamu untuk melakukan tiga perkara.

Pertama, janganlah jemu untuk menemui atau menemu kembali kebenaran Injil. Penulis Marcel Proust berkata, “Pelayaran penemuan sebenarnya bukan untuk menemui landskap baru, tetapi untuk mempunyai mata yang baru.”4 Masihkah kamu mengingati ketika pertama kali sebaris ayat suci yang di baca bagaikan Tuhan bercakap dengan kamu secara peribadi? Bolehkah kamu mengingati kali pertama merasai pengaruh manis Roh Kudus, mungkin sebelum kamu mengetahui ia adalah Roh Kudus? Bukankah peristiwa-peristiwa tersebut suatu masa yang suci?

Kita harus mendahagakan dan melapari pengetahuan rohani setiap hari. Latihan peribadi ini ditemui dalam pembelajaran, meditasi, dan doa. Kadang kala kita mungkin tergoda untuk berfikir, “Saya tidak perlu belajar ayat suci hari ini; saya sudah baca semuanya” atau “Saya tidak perlu ke Gereja hari ini; tidak ada perkara baru di sana.”

Tetapi Injil adalah mata air pengetahuan yang tidak akan kering. Perkara baru untuk dipelajari dan dirasai sentiasa ada pada setiap hari Ahad, dalam setiap mesyuarat, dan dalam setiap baris ayat suci. Dengan iman, kita memegang kepada janji bahawa jika kita “Mintalah, …maka [kita] akan menerimanya.”5

Kedua, sauhkan iman kamu kepada kebenaran Injil yang mudah dan betul. Kekaguman kita harus diakarkan kepada prinsip-prinsip teras iman, kesucian perjanjian dan tatacara kita, dan dalam cara mudah kita beribadah.

Seorang mubaligh sister menceritakan tentang tiga lelaki yang dia jumpa semasa persidangan daerah di Afrika. Mereka datang dari satu kampung pedalaman yang amat jauh dalam belukar di mana Gereja belum lagi diaturkan tetapi terdapat 15 orang ahli yang beriman dan 20 penyelidik. Selama dua minggu lelaki-lelaki tersebut telah berjalan kaki, lebih daripada 480km (300 batu) melalui jalan berlumpur disebabkan musim hujan, supaya dapat menghadiri persidangan dan membawa wang persepuluhan dari ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Mereka bercadang untuk tinggal keseluruhan minggu itu supaya mereka boleh menikmati keistimewaan sakramen pada hari Ahad berikutnya dan berharap untuk pulang ke kampung dengan membawa balik kotak-kotak yang mengandugi Kitab Mormon untuk diberikan kepada orang kampung mereka.

Mubaligh itu memberi kesaksian bagaimana dia sangat tersentuh dengan perasaan kekaguman yang ditunjukkan oleh tiga saudara ini dan pengorbanan menyeluruh mereka untuk mendapatkan sesuatu yang selalunya boleh diperolehi dengan mudah untuk mubaligh itu.

Dia berkata: “Jika satu hari Ahad di Arizona, saya bangun dan mendapati kereta saya tidak berfungsi, adakah saya akan berjalan ke Gereja yang hanya beberapa blok dari rumah saya? Atau saya hanya akan tinggal dirumah kerana ia terlalu jauh atau ia sedang hujan?”6 Ini adalah soalan yang bagus untuk kita semua fikirkan.

Terakhir sekali, saya menjemput kamu untuk mencari dan menghargai persahabatan Roh Kudus. Kebanyakan keajaiban dan mukjizat Injil tidak boleh dikesani deria semula jadi kita. Mereka adalah perkara yang “belum pernah dilihat atau didengar, … yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi Dia.”7

Apabila kita mempunyai Roh Kudus bersama, deria rohani kita akan ditajamkan dan peringatan kita dinyalakan supaya kita tidak lupa mukjizat dan tanda yang telah disaksikan. Ia mungkinlah sebab, mengetahui bahawa Yesus akan meninggalkan mereka, rasul bangsa Nefi-Nya berdoa dengan bersungguh-sungguh “untuk perkara yang paling mereka inginkan; dan mereka menginginkan agar Roh Kudus harus diberikan kepada mereka.”8

Walaupun mereka telah melihat Juruselamat dengan mata mereka sendiri dan menyentuh luka-Nya dengan tangan mereka sendiri, mereka tahu bahawa kesaksian mereka akan berkurangan jika tidak sentiasa diperbaharui melalui kuasa Roh Tuhan. Saudara dan saudariku, jangan lakukan apa-apa yang boleh menyebabkan risiko kehilangan kurnia yang berharga dan ajaib ini—persahabatan Roh Kudus. Carikannya melalui doa yang bersungguh-sungguh dan hidup dalam kebenaran.

Saya bersaksi bahawa kerja yang kita semua lakukan ini adalah “pekerjaan yang menakjubkan dan suatu keajaiban”. Apabila kita mengikut Kristus, Tuhan memberi kesaksian kepada kita “melalui pelbagai mukjizat dan keajaiban. Dia juga membahagi-bahagikan pemberian Roh Tuhan menurut kehendak-Nya sendiri.”9 Pada hari yang istimewa ini, saya bersaksi bahawa keajaiban Injil disauhkan pada rahmat Tuhan yang paling berharga—Penebusan Juruselamat. Ini adalah kurnia paling sempurna Bapa dan Putera, bersatu dalam tujuan, yang telah ditawarkan kepada setiap orang. Bersama kamu “Kuberdiri kagum pada kasih Sang Kristus, … O, betapa ajaib,ajaib bagiku!”10

Semoga kita selalu mempunyai mata yang boleh melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang boleh kagum dengan keajaiban Injil adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Lukas 10:23–24.

  2. 2 Nefi 27:26.

  3. 3 Nefi 2:1.

  4. “Marcel Proust,” Guardian, 22 Julai, 2008, theguardian.com/books/2008/jun/11/marcelproust.

  5. Matius 7:7.

  6. Disesuaikan dari Lorraine Bird Jameson, “The Giants of Kinkondja” (article on Africa Southeast Area website, 2009); web.archive.org/web/20101210013757/http:/www.lds.co.za/index.php/news-a-event/news/aseanews/91-the-giants-of-kinkondja.

  7. 1 Korintus 2:9.

  8. 3 Nefi 19:9.

  9. Ibrani 2:4.

  10. “I Stand All Amazed,” Hymns, no. 193.