2010–2019
Di mana Keadilan, Kasih, dan Belas Kasihan Bertemu
April 2015


17:14

Di mana Keadilan, Kasih, dan Belas Kasihan Bertemu

Yesus Kristus sengsara, mati, dan bangkit dari kematian agar Dia dapat menaikkan kita ke kehidupan abadi.

Tanpa tali keselamatan, abah-abah, atau sebarang alat mendaki, dua beradik—Jimmy, umur 14, dan John, umur 19 (bukan nama sebenar)—cuba mendaki dinding gaung yang mencacang di Taman Negara Snow Canyon, tempat saya dibesarkan di Utah selatan. Apabila mereka menghampiri puncak pendakian yang susah itu, mereka berhadapan bata menganjur yang akan menghindar dari mencapai pengakhiran dinding tersebut. Mereka tidak dapat melalui dari atas dan mereka juga tidak dapat berundur. Mereka terperangkap. Setelah bergerak secara tertentu, John mendapat cukup tempat untuk tapak kakinya bagi membantu menolak adik dengan selamat ke atas anjuran tersebut. Tetapi tidak terdapat cara di mana dia boleh menarik dirinya ke atas. Semakin dia mencuba untuk mencari tempat bagi jari atau kakinya, otot-ototnya mulai terasa kejang. Dia mula berasa cemas dan takut kehilangan nyawanya.

Oleh kerana kepenatan dan tidak dapat memegang dengan lebih lama lagi, John hanya punyai satu pilihan iaitu cuba melompat secara mencacang dan mencekup puncak bata menganjur itu. Jika dia berjaya, dia mungkin, dengan kekuatan tangannya, menarik diri ke atas dengan selamat.

Dengan kata-katanya sendiri:

“Sebelum melompat saya menyuruh Jimmy untuk mencari dahan pokok yang kuat untuk dihulurkan kepada saya, walaupun saya tahu bahan seperti itu tiada di puncak berbatu sebegini. Ia hanyalah muslihat supaya Jimmy akan meninggalkan saya. Jika lompatan saya gagal, sekurang-kurangnya saya boleh memastikan adik saya tidak melihat saya jatuh mati.

“Dengan memberi Jimmy cukup masa untuk pergi, saya mengucapkan doa yang terakhir—saya doakan agar keluarga saya tahu bahawa saya sayangi mereka dan Jimmy akan pulang dengan selamatnya sendiri—kemudian saya melompat. Terdapat cukup adrenalin dalam lompatan saya sehinggalah siku saya hampir mencapai anjuran tersebut. Tetapi apabila tangan saya capai permukaan itu, saya tidak dapat merasai apa pun selain pasir bebas atas batu leper. Saya masih ingat lagi sensasi berpasir sambil tergantung tanpa apa-apa untuk dipegang—tiada pinggir, tiada rabungan, tiada untuk dicekap atau digenggam. Saya terasa jari-jari mula mengundur dengan perlahan atas permukaan berpasir itu. Ketika itu, saya ketahui hidup saya akan tamat.

“Kemudian dengan tiba-tiba, bagaikan kilat dalam ribut musim panas, dua tangan dihulur dari atas anjuran itu, mencekup pergelangan tangan dengan kekuatan dan tekad yang memeranjatkan bagi saiz orang tersebut. Adik saya yang beriman tidak pergi mencari dahan pokok yang tidak wujud. Dia telah meneka apa yang akan saya lakukan, jadi dia tidak berganjak dari situ. Dia hanyalah tunggu—dengan diam, hampir tidak bernafas—ketahui dengan jelas saya cukup bodoh untuk cuba melompat. Apabila saya lompat, dia mencekup, memegang dan enggan membiarkan saya jatuh. Tangan-tangan kuat adik menyelamatkan saya pada hari yang saya pasti saya akan mati ketika saya tergantung di situ.”1

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, hari ini Ahad Easter. Walaupun kita patut sentiasa ingat (kita telah berjanji dalam doa mingguan sakramen), namun ini adalah hari dalam tahun yang paling suci untuk mengingati abang yang tekad menghulurkan tangannya kepada kita yang ditakluk kepada kematian rohani dan fizikal, untuk menyelamatkan kita dari kegagalan dan kelemahan dan dari kesedihan dan dosa. Dengan menggunakan cerita yang dilaporkan oleh keluarga John dan Jimmy, saya bersyukur atas Korban Tebusan dan Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus dan mengakui peristiwa-peristiwa dalam rancangan ketuhanan Tuhan telahpun memberi maksud kepada “kasih yang Yesus hulurkan kepada [kita].”2

Dalam masyarakat kita yang semakin bersifat keduniawian, ia mungkin tidak popular untuk membincangkan tentang Taman Eden atau “kejatuhan bernasib” Adam dan Hawa ke alam fana. Sebenarnya, kita tidak dapat memahami Korban Tebusan dan Kebangkitan Kristus dengan sepenuhnya dan kita tidak akan menghargai tujuan istimewa kelahiran dan kematian-Nya—dalam kata lain tiada cara terbaik untuk menyambut Krismas atau Easter—jika kita tidak memahami kewujudan Adam dan Hawa yang jatuh dari Taman Eden bersama semua akibat yang datang dari kejatuhan itu.

Saya tidak tahu secara terperinci apa yang berlaku atas bumi ini sebelum itu, tetapi saya tahu mereka berdua telah dicipta dibawah arahan Tuhan yang mulia, dan buat seketika mereka tinggal bersendirian dalam keadaan syurga di mana tiada kematian atau keluarga, dan melalui urutan pilihan, mereka melanggar perintah Tuhan yang memerlukan mereka meninggalkan taman itu tetapi ia membolehkan mereka mempunyai anak sebelum menghadapi kematian jasmani.3 Selain kesedihan dan kerumitan keadaan mereka, pelanggaran mereka juga punyai akibat rohani, yang memutuskan mereka dari kehadiran Tuhan untuk selamanya. Oleh kerana kita kemudiannya dilahirkan dalam dunia yang telah jatuh dan kerana kita juga akan melanggar perintah Tuhan, kita dijatuhkan hukuman yang sama seperti Adam dan Hawa.

Betapa mendukakan! Seluruh kaum manusia jatuh dengan bebas—setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak bergolek secara jasmani ke arah kematian kekal, semakin mendekati penderitaan abadi rohani. Adakah ini maksud kehidupan? Adakah ini hasil terakhir pengalaman manusia? Adakah kita hanya tergantung di gaung yang sejuk di alam semesta yang tidak endah, setiap kita mencari-cari sokongan untuk menggenggam—dengan hanya merasai pasir menggelongsor di bawah jari, tiada untuk menyelamatkan kita, tiada untuk dipegang, dan tiada untuk memegang kita? Adakah tujuan hidup kita hanya sebagai latihan ujian kewujudan—untuk melompat setinggi yang boleh, memegang kukuh selama lebih kurang tujuh puluh tahun, kemudian gagal dan jatuh, dan asyik jatuh selama-lamanya?

Jawapan untuk soalan-soalan tersebut ialah dengan jelas dan abadi tidak! Bersama nabi kuno dan moden, saya bersaksi bahawa “segala hal telah dibuat dalam kebijaksanaan Dia yang mengetahui segala hal.”4 Oleh itu, semenjak ibu bapa pertama meninggalkan Taman Eden, Tuhan dan Bapa kepada semua, telahpun menanti-nanti pilihan Adam dan Hawa, menghantar malaikat-malaikat dari syurga untuk mengisytiharkan kepada mereka—dan seterusnya kepada kita—bahawa segala aturan ini telah dicipta untuk kegembiraan abadi. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan mulia-Nya untuk menyediakan seorang Juruselamat, Putera Tunggal Tuhan sendiri—seorang lagi “Adam,” sepertimana Rasul Paulus memanggil-Nya5—yang akan datang pada masa meridian untuk menebus pelanggaran Adam yang pertama. Korban Tebusan boleh mencapai kejayaan penuh dalam kematian jasmani kerana ia membolehkan pembangkitan semua yang telah atau yang akan dilahirkan di dunia ini. Belas kasihan juga menyediakan pengampunan untuk dosa-dosa peribadi dari Adam sehinggalah penghujung dunia, bersyaratkan pertaubatan dan ketaatan kepada hukum-hukum mulia.

Sebagai salah satu daripada saksi yang telah ditahbiskan, saya mengisytiharkan di pagi Easter ini bahawa Yesus dari Nazareth adalah Juruselamat dunia, iaitu “Adam terakhir,”6 Penulis dan Penghabis iman kita, Alpha dan Omega kehidupan abadi. “Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus,”7 Paulus mengisytiharkan. Seperti juga nabi-bapa bangsa Lehi: “Adam jatuh agar manusia boleh wujud; …Dan Mesias datang pada kegenapan zaman, agar Dia dapat menebuskan anak-anak manusia daripada kejatuhan.”8 Paling jelas sekali, nabi Buku Mormon, Yakub mengajar ketika dua hari pengkhutbahan mengenai Korban Tebusan Yesus Kristus bahawa “kebangkitan itu mestilah … datang … akibat kejatuhan.”9

Oleh itu, hari ini kita menyambut kurnia kejayaan mengatasi setiap kejatuhan yang kita pernah alami, setiap kesedihan yang dikenali, setiap kehilangan semangat yang pernah dialami, setiap ketakutan yang dihadapi—dan juga kurniaan pembangkitan dari kematian dan pengampunan bagi dosa-dosa kita. Kemenangan itu sedia ada bagi kita kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku di hujung minggu seperti ini lebih kurang dua ribu tahun dahulu di Jerusalam.

Bermula dengan kesengsaraan rohani di Taman Getsemani, seterusnya Penyaliban di salib Calvary, dan pengakhiran pagi Ahad yang indah di dalam kubur yang didermakan, seorang lelaki yang tidak berdosa, suci dan mulia, Putera Tunggal Tuhan sendiri, melakukan sesuatu yang tiada mendiang pernah atau dapat lakukan. Melalui kuasa-Nya sendiri, Dia bangkit dari kematian, tidak akan membenarkan badan dan roh dipisahkan lagi. Melalui pilihan-Nya sendiri, Dia membuka kain perkuburan yang mengikat, dan meletakkanya dengan berhati-hati “di tempatnya sendiri,”10 menurut ayat suci.

Rangkaian Easter pertama termasuk Korban Tebusan dan Pembangkitan bersama telah menghasilkan saat yang sangat penting, rahmat yang termurah hati, sengsara yang teramat dan membuktikan kasih mulia abadi terhebat dalam sejarah dunia. Yesus Kristus, Putera Tunggal Tuhan, sengsara, mati, dan bangkit dari kematian agar Dia boleh, seperti kilat dalam ribut musim panas, mencengkam kita dari jatuh, memegang dengan kuat, dan melalui ketaatan terhadap perintah-perintah-Nya membawa kita ke arah kehidupan abadi.

Easter ini saya bersyukur kepada-Nya dan Bapa yang telah memberi-Nya kepada kita kerana Yesus masih memenangi kematian, walaupun Dia berdiri dengan kaki yang tercedera. Easter ini saya bersyukur kepada-Nya dan Bapa yang memberikan-Nya kepada kita yang masih memberi rahmat yang tidak terhingga, walaupun Dia menghulurkan tapak tangan yang tercucuk dan pergelangan tangan yang berparut. Easter ini saya bersyukur kepada-Nya dan Bapa yang memberi-Nya kepada kita agar kita boleh bernyanyi di taman yang dicemari peluh, salib yang telah dipaku dan kubur mulia yang kosong:

Betapa hebat, betapa mulia, betapa sempurna

Reka cipta hebat Penebusan,

Di mana keadilan, kasih dan belas kasihan bertemu

Dalam harmoni ilahi!11

Dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus yand telah dibangkitkan, amin.