2010–2019
Mencari Tuhan
April 2015


9:42

Mencari Tuhan

Apabila pemahaman kita terhadap Juruselamat meningkat, kita akan mempunyai keinginan lebih untuk hidup dengan gembira dan kepercayaan bahawa kegembiraan adalah mungkin.

Saudara dan saudariku sekalian, saya sangat gembira dapat berdiri di depan kamu sambil mengambil bahagian dalam persidangan umum ini bersama. Mendengar kata-kata bijaksana, nasihat, ketenangan, dan amaran yang diberi di persidangan umum setiap tahun telah membawa banyak berkat yang tidak terhingga kepada Sister Teixeira, keluarga kami, dan juga saya.

Pada musim yang istimewa tahun ini, terutamanya pada hari Easter Sabat ini, saya terfikir akan kepentingan ajaran Juruselamat dan teladan-Nya yang baik dan penuh kasih dalam kehidupan saya.

Walaupun dengan kelemahan yang ada, pemahaman yang mendalam terhadap Yesus Kristus akan memberi harapan yang lebih untuk masa depan dan, lebih keyakinan untuk mencapai matlamat kita. Ini juga akan memberi kita keinginan yang lebih untuk melayani sesama manusia.

Tuhan berfirman, “[Pandanglah] kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.”1 Mencari Tuhan dan merasa kehadiran-Nya adalah usaha pancarian harian, dan ia adalah usaha yang berbaloi.

Saudara dan saudari, terutamanya zaman ini, kita mempunyai banyak peluang dan sumber untuk mendalamkan pemahaman kita terhadap ajaran Yesus Kristus dan Penebusan-Nya. Penggunaan sumber ini dengan betul akan menolong kita menghidupi satu hidup berfaedah dan yang dipenuhi kegembiraan.

Dalam metafora Juruselamat tentang pokok dan dahan, Dia berkata: “Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Cabang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku”2

Apabila kita memahami lebih peranan hebat Yesus Kristus dalam kehidupan, kita semakin sedar tujuan kefanaan, iaitu untuk memperoleh kegembiraan. Namun, kegembiraan tersebut, tidak menghalang kita dari mengalami percubaan dan kesusahan, sesetengahnya sangat hebat dan rumit sehingga ia menyebabkan kita meragui kemungkinan untuk berasa gembira dalam keadaan sedemikian.

Melalui pengalaman sendiri, saya tahu bahawa kegembiraan melalui kehidupan yang baik dan kepatuhan kepada Kristus boleh berterusan walaupun dengan kesusahaan ciri kefanaan. Akhirnya, kesengsaraan tersebut sering kali memperkaya, menghalusi dan membimbing kita ke pemahaman yang lebih berkenaan kewujudan fana dan Penebusan Yesus Kristus. Sesungguhnya, kegembiraan yang sempurna hanya boleh dicapai melalui Yesus Kristus.3

Dia berfirman, “Akulah pokok anggur dan kamu cabang-cabangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa.”4

Saya percaya apabila kita meningkatkan pemahaman terhadap Juruselamat, kita akan berkeinginan lebih untuk hidup dengan gembira dan percaya bahawa kegembiraan adalah mungkin. Dengan itu, kita akan mempunyai kebolehan yang lebih untuk menempuh hidup dengan bersemangat setiap hari dan untuk mengikuti perintah Tuhan, walaupun dalam masa yang mencabar.

Janganlah kita tangguhkan perkara yang boleh dilakukan hari ini. Sekaranglah masa untuk kita datang kepada Kristus kerana “jika [kita] memercayai-[Nya], [kita] akan bekerja saat disebut hari ini.”5

Kita patut melibatkan interaksi yang kerap dengan ajaran Kristus setiap hari. Gerakan mudah dan kecil yang dilakukan setiap hari akan:

  1. Meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan Tuhan dalam hidup kita, dan

  2. Menolong kita untuk mengongsikan pemahaman ini dengan generasi baru, yang akan merasai kasih sayang Bapa di Syurga dan Anak-Nya, Yesus Kristus, apabila mereka melihat contoh kehidupan Injil ikhlas kita.

Jadi apakah beberapa tingkah laku mudah dalam zaman moden ini yang boleh menjadi balsam untuk roh kita dalam menguatkan kesaksian terhadap Kristus dan misi-Nya?

Woman on a train with a cell phone illuminating her face.

Pada tahun 2014, pertandingan fotografi National Geographic telah menerima lebih daripada 9,200 serahan daripada jurugambar professional dan peminat dari lebih 150 negara. Foto yang menang menunjukkan seorang wanita di dalam keretapi yang dipenuhi penumpang-penumpang. Cahaya yang datang daripada telefon menerangi mukanya. Dia memberitahu satu mesej yang jelas kepada penumpang lain: walaupun dia berada di sana secara jasmani, tetapi dia sebenarnya tiada di sana.6

Data mobil, telefon pintar dan rangkaian sosial telah mengubah cara kita berada dalam dunia dan cara kita berkomunikasi dengan orang lain.

Dalam era digital ini, kita boleh menghantar diri dengan cepat ke lokasi atau aktiviti yang mengeluarkan kita dari asas kehidupan yang dipenuhi kegembiraan berterusan.

Kehidupan berangkaian ini akan, jika dibiarkan, memberi keutamaan kepada hubungan dengan orang yang tidak dikenali atau tidak pernah dijumpai daripada orang yang kita hidup bersama—iaitu keluarga kita sendiri!

Namun, kita semua tahu kita diberkati dengan sumber dalam talian yang amat baik, termasuklah perkara yang dibina oleh Gereja seperti versi teks dan audio ayat-ayat suci dan persidangan umum, produksi video kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus Kristus, aplikasi untuk merakam sejarah keluarga dan peluang untuk mendengari muzik yang mengilhamkan.

Apa yang dipilih dan keutamaan yang diberi ketika kita dalam talian adalah penting. Ia boleh menetapkan kemajuan rohani dan kematangan Injil dan keinginan kita untuk menyumbang ke arah dunia yang lebih baik dan untuk hidup secara lebih produktif.

Oleh kerana itu, hari ini saya ingin menyebutkan tiga tabiat mudah yang akan menubuhkan aktiviti online yang sihat. Tabiat ini akan menjana pemikiran harian peribadi yang perlu untuk berkembang lebih ke arah ajaran Bapa di Syurga dan Anak-Nya, Yesus Kristus.

Tabiat Nombor 1: Melawat Tapak Web Rasmi Gereja untuk sumber.

Lawatan mingguan yang kerap ke sumber-sumber ini akan membantu kita menjadi lebih peka kepada ajaran-ajaran Injil dan menggalakkan keluarga dan kawan kita untuk berfikir dan merenungkan perkara yang lebih penting.

Tabiat Nombor 2: Melanggani Rangkaian Sosial Rasmi Gereja.

Pilihan ini akan membawa kandungan yang penting ke skrin kamu untuk meningkatkan pencarian terhadap Tuhan dan Ajaran-ajaran-Nya dan ia akan menguatkan keinginan kamu untuk memahami Injil. Terutama sekali, ini akan menolong kamu untuk mengingati apa yang Kristus harapkan daripada kita.

Sama seperti “tidak ada tanah subur yang tanpa petani yang bagus,”7 begitu juga tidak akan ada tuaian yang bagus jika dari permulaan kita tidak mengutamakan perkara yang boleh dicapai oleh jari dan minda kita sendiri.

Tabiat Nombor 3: Berikan Masa Untuk Mengetepikan Alat-alat Mobil Kamu.

Ia amat menyegarkan untuk mengetepikan alat elektronik buat sementara dan mengambil masa untuk membelek muka surat ayat-ayat suci atau untuk bersembang dengan keluarga dan kawan-kawan. Terutamanya pada hari Tuhan, alami keamanan dalam pertemuan sakramen tanpa desakan untuk sentiasa melihat sama ada kamu mempunyai mesej baru atau pos baru.

Tabiat untuk mengetepikan alat mobil untuk seketika akan memperkaya dan melebarkan penglihatan kamu tentang kehidupan, kerana kehidupan tidak terhad kepada skrin yang berukuran empat-inci (10-cm) sahaja.

Tuhan Yesus Kristus telah berfirman, “Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi.” 8Tuhan inginkan kita untuk mempunyai kegembiraan dan merasai kasih sayang-Nya. Kristus membuat kegembiraan sebegitu satu kemungkinan untuk kita semua. Kita mempunyai cara untuk lebih mengetahui Nya dan menghidupi Injil-Nya

Saya memberi kesaksian tentang kegembiraan yang wujud apabila kita mentaati perintah-perintah dan keamanan dan keselamatan yang kita rasai apabila kita mematuhi dalam kasih sayang Bapa di Syurga dan Anak-Nya, Juruselamat kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.