“Bukankah Ini Sumbangan Puasa yang Sudah Saya Pilih?”
Sumbangan puasa kamu akan membuat lebih dari membantu memberikan makanan dan pakaian saja. Ia akan menyembuh dan mengubah hati.
Saudara-saudariku yang terkasih, saya bergembira bahawa saya boleh menyatakan kasih sayangku terhadap kamu dalam Persidangan Umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ini. Kegembiraan itu datang dari kesaksian Roh bahawa kasih sayang Juruselamat menyentuh setiap dari kamu dan semua anak Bapa Syurgawi. Bapa Syurgawi kita mahu memberkati anak-anak-Nya secara rohani mahupun secara jasmani. Dia memahami keperluan, kesakitan, dan harapan mereka.
Apabila kita memelihara sesiapa pun, Juruselamat merasa itu seperti kita memelihara Dia sendiri.
Dia memberitahu kita bahawa itu benar apabila dia menjelaskan satu saat kita semua akan alami pada masa depan apabila kehidupan kita dalam dunia ini sudah habis. Sebuah gambar hari itu sudah menjadi lebih jelas dalam fikiran saya dalam hari semasa saya berdoa and berpuasa untuk tahu apa yang harus saya ucapkan pada hari ini. Penjelasan Tuhan tentang temu duga itu pada masa depan sudah diberikan kepada murid-Nya, dan ia menjelaskan apa yang kita mahu dengan semua hati kita untuk menjadi benar bagi diri kita juga:
“Dan Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya: Mari, hai kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku, terimalah Kerajaan yang telah disediakan bagimu sejak dunia dijadikan.
“Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum; ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan;
“Ketika Aku telanjang, kamu memberi Aku pakaian; ketika Aku sakit, kamu melawat Aku; ketika Aku di dalam penjara, kamu mengunjungi Aku.
“Maka orang-orang benar itu akan menjawab Dia, katanya: Tuhan, bilamanakah kami melihat Engkau lapar dan kami memberi Engkau makan, atau haus dan kami memberi Engkau minum?
“Bilamanakah kami melihat Engkau sebagai orang asing, dan kami memberi Engkau tumpangan, atau telanjang dan kami memberi Engkau pakaian?
“Bilamanakah kami melihat Engkau sakit atau dalam penjara dan kami mengunjungi Engkau?
“Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku.”1
Kamu dan saya mahu sambutan yang mesra itu daripada Juruselamat. Tetapi macam mana boleh kita mendapatnya. Ada terlalu banyak anak Bapa Syurgawi yang lapar, tidak berumah, dan sunyi sampai kita tidak boleh membantu semuanya. Dan nombor orang begitu terus bertambah.
Jadi Tuhan memberi kita sesuatu yang kita boleh buat. Ia adalah perintah yang sederhana sampai anak kecil pun boleh memahaminya. Ia adalah perintah dengan perjanjian yang hebat bagi orang yang perlu dan bagi kita.
Ia adalah hukum puasa. Perkataan dalam kitab Yesaya adalah penjelasan Tuhan tentang perintah itu dan berkat yang ada bagi kita dalam Gereja-Nya:
“Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kealiman dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya dan mematahkan setiap kuk,
“supaya engkau memecah-mecah rotimu bagi orang yang lapar dan membawa ke rumahmu orang miskin yang tak punya rumah, dan apabila engkau melihat orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian dan tidak menyembunyikan diri terhadap saudaramu sendiri!
“Pada waktu itulah terangmu akan merekah seperti fajar dan lukamu akan pulih dengan segera; kebenaran menjadi barisan depanmu dan kemuliaan Tuhan barisan belakangmu.
Pada waktu itulah engkau akan memanggil dan Tuhan akan menjawab, engkau akan berteriak minta tolong dan Dia akan berkata: Ini Aku! Apabila engkau tidak lagi mengenakan kuk kepada sesamamu dan tidak lagi menunjuk-nunjuk orang dengan jari dan memfitnah,
“apabila engkau menyerahkan kepada orang lapar apa yang kauinginkan sendiri dan memuaskan hati orang yang tertindas maka terangmu akan terbit dalam gelap dan kegelapanmu akan seperti rembang tengah hari.
“Tuhan akan menuntun engkau senantiasa dan akan memuaskan hatimu di tanah yang kering, dan akan membaharui kekuatanmu; engkau akan seperti taman yang diairi dengan baik dan seperti mata air yang tidak pernah mengecewakan.”2
Jadi Tuhan sudah memberi kita sebuah perintah yang sederhana dengan perjanjian yang menakjubkan. Dalam Gereja kita diberi peluang untuk berpuasa sekali sebulan dan memberi sebuah sumbangan puasa dengan murah hati melalui uskup atau presiden cabang kita untuk memanfaatkan yang miskin dan yang memerlukan. Sebahagian dari sumbangan kamu akan digunakan untuk membantu mereka di sekeliling kamu, mungkin seorang dalam keluarga kamu. Hamba Tuhan akan berdoa dan berpuasa untuk menerima wahyu yang akan memberitahu mereka siapa mereka harus bantu dan bantuan apa yang harus diberikan. Yang tidak diperlukan untuk membantu orang dalam unit Gereja setempat kamu akan digunakan untuk memberkati ahli gereja lain di seluruh dunia yang memerlukannya.
Perintah itu untuk berpuasa bagi yang miskin ada banyak berkat yang dikaitkan dengannya. Presiden Spencer W. Kimball menganggap kegagalan untuk ikut perintah itu sebuah dosa peninggalan dengan denda yang berat. Dia menulis: “Perjanjian yang hebat diberikan oleh Tuhan kepada mereka yang berpuasa dan membantu yang miskin. … Ilham dan bimbingan rohani akan datang dengan kesolehan dan kerapatan dengan Bapa Syurgawi kita. Untuk gagal membuat tindakan soleh berpuasa akan menhalangi kita daripada berkat itu.”3
Saya sudah terima satu dari berkat itu hanya beberapa minggu lalu. Sebab persidangan umum diadakan pada hujung minggu yang biasanya akan termasuk pertemuan puasa dan kesaksian, saya berpuasa dan berdoa untuk tahu bagaimana saya harus terus ikut perintah untuk memelihara yang miskin.
Pada suatu hari Sabtu, semasa masih berpuasa, saya bangun pada pukul 6:00 pagi dan berdoa lagi. Saya rasa terdesak untuk membaca berita dunia. Di situ saya membaca laporan ini:
Siklon Tropika Pam menghancurkan banyak rumah apabila ia melandasi Port Vila, ibu negara Vanuatu. Siklon itu membunuh sekurang-kurangnya enam orang di Vanuatu, yang pertama mengesahkan satu dari ribut yang paling ganas yang pernah ada.
Tidak banyak pokok yang berdiri tegak [semasa siklon itu] terus melintasi” negara pulau Pasifik itu.4
“Pasukan kecemasan World Vision merancang untuk memeriksa semua kerosakan selepas ribut itu habis.
Mereka menasihati penduduk untuk mencari perlindungan di bangunan yang kuat macam universiti-universiti atau sekolah-sekolah.
Selepas itu mereka bercakap: “Yang paling kuat dari bangunan mereka adalah gereja simen,” kata Inga Mepham [dari] CARE International. … ‘Sebahagian dari mereka tak ada itu juga. Memang susah untuk cari sebuah bangunan yang boleh bertahan sebuah (ribut) kategori 5.’”5
Apabila saya membaca itu, saya mengingati apabila saya melawat rumah-rumah kecil di Vanuatu. Saya boleh membayangkan dalam fikiran saya orang-orang yang menunggu dalam rumah yang dihancurkan angin. Dan kemudian saya ingat sambutan yang mesra kepada saya daripada orang Vanuatu. Saya berfikir tentang mereka dan jiran-jiran berlari ke keselamatan dalam gereja simen kami.
Selepas itu saya berfikir tentang uskup dan Presiden Lembaga Pertolongan yang akan berjalan di antara mereka, dengan memberikan penghiburan, selimut, makanan, dan air. Saya berfikir tentang kanak-kanak yang duduk bersama dalam ketakutan.
Mereka memang jauh dari rumah di mana saya membaca laporan itu, tetapi pada saat itu saya tahu apa Tuhan akan buat melalui hamba-Nya. Saya tahu bahawa apa yang membolehkan mereka untuk memelihara anak Bapa Syurgawi adalah sumbangan puasa, yang diberikan dengan bebas oleh murid Tuhan yang jauh dari mereka tetapi rapat dengan Tuhan.
Jadi saya tidak tunggu sampai hari Ahad. Saya membawa sumbangan puasa kepada uskup saya pada hari itu. Saya tahu bahawa sumbangan saya mungkin akan digunakan oleh uskup dan presiden Lembaga Pertolongan untuk membantu seorang dalam kawasan saya. Sumbangan kecil saya mungkin tidak akan diperlukan dekat dengan kawasan saya dan keluargaku, tetapi kelebihan sumbangan tempatan saya mungkin akan sampai sejauh ke Vanuatu.
Tetapi ribut dan kemalangan lain akan terjadi di seluruh dunia kepada orang yang Tuhan sayangi dan yang kedukaan mereka Dia rasa. Sebahagian dari sumbangan puasa kamu dan saya bulan ini akan digunakan untuk membantu seorang, di sebuah tempat, dan Tuhan akan rasa kelegaan mereka macam itu kelegaan Dia sendiri.
Sumbangan puasa kamu akan membuat lebih dari membantu memberikan makanan dan pakaian saja. Ia akan menyembuh dan mengubah hati. Buah dari sebuah sumbangan yang diberikan dengan bebas mungkin akan menjadi keinginan dalam hati si penerima untuk membantu orang lain yang memerlukan. Itu terjadi di seluruh dunia.
Itu terjadi dalam kehidupan Sister Abie Turay, yang tinggal di Sierra Leone. Sebuah perang saudara terjadi pada tahun 1991. Ia menghancurkan negara itu selama bertahun-tahun. Pada saat itu Sierra Leone sudah satu dari negara yang paling miskin di dunia. “Semasa perang itu, tidaklah ketara siapa yang mengawal negara—bank … [dan] pejabat pemerintahan ditutup, pasukan polis [tidak efektif terhadap pasukan pemberontak], … dan ada kekacauan, pembunuhan dan kedukaan. Beribu-ribu orang hilang kehidupan mereka, dan lebih dari dua juta orang dipaksa dari rumah mereka supaya tidak dibunuh.6
Bahkan dalam masa begitu, Gereja Yesus Kristus Orang Suci terus bertumbuh.
Satu dari cabang pertama diorganisasi dalam bandar Sister Turay. Suaminya presiden cabang yang pertama. Dia melayan sebagai presiden daerah semasa perang saudara.
“Apabila pelawat melawat rumah Sister Turay [sekarang], dia suka menunjuk kepada mereka dua [harta berharga] dari perang: sehelai kemeja yang berjalur biru dan putih [yang dia mendapati] dari sebuah himpunan pakaian yang sudah dipakai [yang diberikan oleh ahli Gereja] dan satu selimut, yang sekarang haus dan penuh dengan lubang.”7
Dia kata, “Kemeja ini adalah pakaian yang pertama yang saya [terima]. … Dulu saya memakainya untuk pergi ke kerja—ia sangat baik. [Kemeja itu membuat saya rasa cantik.] Saya tidak ada pakaian lain.
“Semasa perang, selimut itu membantu kami tetap hangat, saya dan anak-anakku. Apabila pemberontak datang untuk menyerang kami, ia satu-satunya barang yang saya boleh bawa semasa kami [melarikan diri ke hutan untuk menyembunyikan diri]. Jadi kami membawa selimut itu bersama kami. Ia membantu kami tetap hangat dan melindungi kami dari nyamuk.”8
“Sister Turay bercakap tentang rasa kesyukurannya terhadap seorang presiden misi yang pergi ke sebuah negara dalam perang dengan membawa [duit] dalam sakunya.” Dana itu, dari sumbangan puasa orang ramai macam kamu, membolehkan para Orang Suci untuk membeli makanan yang kebanyakan orang di Sierra Leone tidak mampu.9
Sister Turay, semasa bercakap tentang mereka yang cukup murah hati untuk memberi sumbangan puasa supaya mereka boleh terus hidup, berkata, “Apabila saya berfikir tentang orang yang membuat ini… Saya rasa bahawa [mereka] dihantar Tuhan, sebab orang manusia yang biasa membuat ini bagi [kami].”10
Seorang pelawat dari Amerika Syarikat duduk dengan Abie di rumahnya tidak lama lalu. Apabila bersama dia, matanya terdorong kepada kitab suci yang ada pada meja.” Dia boleh nampak bahawa kitab suci itu sebuah harta berharga, “penuh dengan nota di kolum. Muka surat [haus;] sebahagian terkoyak. Kulitnya tidak tetap terikat.”
Dia memegang tulisan suci itu dalam “tangannya dan menyelak-nyelak muka suratnya. Semasa [dia buat begitu, dia menjumpai] sebuah salinan kuning dari slip sumbangan persepuluhan. [Dia] boleh faham bahawa, dalam sebuah negara di mana [satu dolar seberharga] emas, Abie Turay telah membayar satu dolar sebagai persepuluhannya, satu dolar kepada dana mubaligh, dan satu dolar sebagai sumbangan puasa bagi mereka yang, dalam perkataannya, adalah ‘benar-benar miskin.’”
Pelawat itu menutup kitab suci Sister Turay dan berfikir, semasa dia berdiri dengan ibu Afrika setia ini, bahawa dia berdiri pada tanah yang suci.11
Seperti penerimaan berkat sumbangan puasa kamu dan saya boleh mengubah hati, berpuasa bagi pihak orang lain boleh buat begitu juga. Bahkan sebuah anak boleh merasainya.
Banyak kanak-kanak, dan sebahagian orang dewasa, mungkin bagi alasan peribadi menganggap bahawa berpuasa 24 jam susah. Ia boleh, dalam perkataan Yesaya, rasa bahawa puasa itu “menyakitkan jiwa mereka.” Ibu bapa yang bijak faham kemungkinan itu dan berhati-hati untuk ikut nasihat Presiden Joseph F. Smith: “Lebih baik untuk mengajar mereka asasnya dan biar mereka mengikutnya apabila mereka cukup berumur untuk memilih dengan pintar.”12
Saya mengenal berkat dalam nasihat itu baru-baru ini. Satu dari cucuku belajar bahawa dia tidak boleh bertahan berpuasa selama 24 jam. Tetapi ibu bapa yang bijaknya mengajar asas itu sampai ia masuk hati cucuku. Baru-baru ini, satu dari kawan sekolahnya kehilangan seorang sepupu muda yang mati dalam kemalangan. Cucuku bertanya kepada ibunya pada hari berpuasa, pada masa bila puasanya terlalu susah untuk diteruskan, kalau kawannya yang berduka akan rasa lebih baik kalau dia terus berpuasa.
Soalannya adalah pengesahan kepada nasihat Presiden Joseph F. Smith. Cucuku bukan saja faham asas puasa, tetapi asas itu masuk ke dalam hatinya. Dia boleh rasa bahawa puasa dan doanya boleh memdatangkan sebuah berkat daripada Tuhan bagi seorang yang memerlukannaya. Kalau dia ikut asas ini cukup kerap kali, ia akan mendatangkan berkat yang indah ke dalam kehidupannya sendiri yang dijanjikan Tuhan. Dia akan menerima berkat kekuatan rohani untuk menerima ilham dan keupayaan yang lebih besar untuk menahan godaan.
Kita tidak tahu semua alasan Yesus Kristus pergi ke padang belantara untuk berpuasa dan berdoa. Tetapi kita tahu satu dari kesannya: Juruselamat menahan godaan Satan untuk menyalahgunakan kuasa ilahi-Nya dengan sempurna.
Masa singkat kita berpuasa setiap bulan dan sumbangan kecil yang kita berikan untuk yang miskin mungkin akan memberi kita sedikit dari perubahan dalam sifat kita supaya kita tidak berkeinginan untuk membuat yang jahat. Tetapi ada perjanjian yang hebat, bahkan semasa kita membuat semua yang munasabah kita boleh untuk berdoa, berpuasa, dan menyumbang bagi mereka yang memerlukan:
“Pada waktu itulah terangmu akan merekah seperti fajar dan lukamu akan pulih dengan segera; kebenaran menjadi barisan depanmu dan kemuliaan Tuhan barisan belakangmu.
“Pada waktu itulah engkau akan memanggil dan Tuhan akan menjawab, engkau akan berteriak minta tolong dan Dia akan berkata: Ini Aku!”13
Saya berdoa agar kita semua akan mendapat berkat besar itu bagi diri kita dan keluarga kita.
Saya bersaksi bahawa Yesus adalah Kristus, bahawa dalam Gereja-Nya kita dijemput untuk membantu-Nya semasa Dia memelihara yang miskin dalam cara-Nya, dan bahawa Dia berjanji bahawa berkat abadi akan datang semasa kita membantu Dia. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.