Ya, Kita Boleh dan Akan Menang!
Kita mesti pegang lebih kuat pada kesaksian kita mengenai Injil Yesus Kristus. Kemudian kita akan menang pertempuran harian terhadap kejahatan.
Saudara dikasihi, saya rendah hati dengan peluang ini untuk berucap dengan anda, para pemegang kuasa imamat Tuhan melalui Gereja pada hari ini.
Presiden Thomas S. Monson telah menyatakan:
“Kadang-kadang bumi ini boleh menjadi tempat yang menakutkan. Seolah-olah kain moral masyarakat sedang dihancur dengan cepat. Tiada orang—muda atau tua atau di antara—yang tidak kena oleh perkara yang berpotensi menghancurkan kita. …
“… Tetapi janganlah putus asa. … Kita berperang dengan dosa. … Ialah perang yang kita boleh dan akan menang. Bapa kita di Syurga telah memberi kita alat-alat yang kita perlukan untuk buat demikian.”1
Kita semua, muda dan tua, dihadapi perang seharian yang dikata oleh Presiden Monson. Musuh dan para malaikatnya cuba mengganggu perhatian kita. Tujuan mereka adalah menyesatkan kita dari perjanjian yang telah kita buat dengan Tuhan. Ini menyebabkan kita lupa akan pewarisan abadi kita. Mereka tahu rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak-Nya, kerana mereka hadir bersama kita dalam Majlis besar di Syurga apabila semuanya diumumkan. Mereka cuba mengunakan kelemahan dan ketidaksempurnaan kita, menipu kita dengan “kabus kegelapan …, yang membutakan mata, dan mengeraskan hati anak-anak menusia, dan menuntun mereka pergi ke dalam jalan-jalan lebar, agar mereka binasa dan tersesat.”2
Walaupun tentangan yang kita hadapi, seperti Presiden Monson mengajari, inilah perang yang kita boleh dan akan menang. Tuhan percaya dalam kebolehan dan penentuan kita untuk berbuat demikian.
Tulisan-tulisan suci berisi contoh-contoh yang tak terhitung dari mereka yang sudah menang dalam perang mereka walau dalam situasi yang bermusuhan. Salah satu daripada contoh-contoh itu ialah Kapten Moroni dalam Kitab Mormon. Lelaki muda ini yang hebat mempunyai keberanian untuk membela kebenaran pada masa penuh dengan perselisihan dan perang, yang mengancam kehidupan seluruh bangsa Nefi. Walaupun dia memang pintar dalam malaksanakan tanggung jawab-nya, Moroni masih rendah hati. Ini bersama dengan sifat-sifat lain membuat dia alat yang hebat dalam tangan Tuhan pada masa itu. Kitab Alma menjelaskan bahawa kalau semua menusia menyerupai Moroni, “kekuatan neraka pun akan tergoncang selama-lamanya; ya, iblis sama sekali tidak akan memiliki kuasa atas hati anak-anak manusia”3 Semua sifat Moroni berasal dari iman besarnya dalam Tuhan dan dalam Yesus Kristus4dan penentuan teguh dia untuk mengikuti suara Tuhan dan para nabi-Nya.5
Secara kiasan, kita semua harus mengubah diri untuk menjadi Kapten Moroni moden agar kita menang perang ini terhadap kejahatan. Saya kenal seorang diaken muda yang sudah mengubah dirinya untuk menjadi Kapten Moroni moden. Oleh kerana dia cuba mengikuti nasihat dari ibu bapanya dan para pemimpin Gereja, iman dan penentuan dicubai setiap hari, bahkan pada usia muda dia. Dia memberitahu saya bahawa satu hari dia terkejut dalam situasi yang sangat susah dan tidak selesa—kawan-kawan dia mengakses gambar lucah dalam telefon bimbit mereka. Pada saat itu, lelaki muda ini mesti memutuskan apa yang paling penting—popularitinya atau kesolehannya. Dalam beberapa saat berikut, dia dipenuhi dengan keberanian dan menyuruh kawan-kawannya bahawa apa yang mereka buat adalah tidak baik. Seterusnya, dia suruh mereka berhenti apa yang mereka buat atau mereka akan menjadi sebagai hamba kepada itu. Kebanyakan kawannya tidak suka nasihatnya, mengatakan bahawa ini adalah sebahagian cara hidup yang tidak salah. Walaubagaimanapun, ada satu daripada mereka yang mendengar nasihat lelaki muda itu dan memutuskan untuk berhenti apa yang dia lakukan.
Teladan diaken ini berpengaruh baik bagi satu daripada kawan-kawannya. Tentunya, dia dan kawannya menghadapi penghinaan dan penganiayaan kerana keputusan itu. Tetapi, mereka telah mengikuti nasihat Alma kepada umatnya apabila dia mengatakan, “keluarlah kamu daripada yang jahat, dan asingkanlah dirimu, dan janganlah menyentuh benda mereka yang tidak bersih.”6
Risalah For the Strength of Youth mengandungi nasihat ini dari Presidensi Utama kepada remaja Gereja: “Kamulah bertanggungjawab bagi keputusan yang kamu buat. Tuhan mengenali kamu dan dia akan menolong kamu memilih yang benar, walaupun jika keluarga dan kawan anda menggunakan hak pilihan mereka secara tidak benar. Milikilah keberanian moral untuk berdiri teguh dalam mematuhi kehendak Tuhan, walaupun kamu mungkin berdiri bersendirian. Semasa kamu buat demikian, kamu menjadi sebuah teladan untuk mereka ikuti.”7
Peperangan di antara baik dan jahat akan diteruskan melalui kehidupan kita kerana iblis bertujuan buat semua orang sesengsara seperti dia. Satan dan para malaikat-nya akan cuba mengganggu fikiran kita dan megawalkan kita melalui menggodai kita berdosa. Kalau mungkin, mereka akan merosakkan semua yang baik. Namun, memang penting kita faham bahawa mereka cuma dapat berkuasa atas kita kalau kita membenarkannya.
Tulisan-tulisan suci pun berisi berberapa contoh dari mereka yang memberi kebenaran kepada satan dan menjadi keliru dan pun dihancurkan, seperti Nehor, Korihor, dan Sherem. Kita perlu perhatian mengenai bahaya ini. Kita tidak dapat benarkan kita diri dikelirukan oleh mesej popular yang senang diterima oleh manusia dan yang bertentangan dengan ajaran dan prinisp benar dalam Injil Yesus Kristus. Ramai mesej duniawi ini sebenarnya usaha masyarakat kita menjustifikasikan dosa. Kita mesti ingat, pada akhirnya, semua akan berdiri terhadap Kristus untuk dihakimi bagi perkerjaan kita, sama ada baik ataupun jahat.8 Semasa kita menghadapi mesej duniawi ini, kita memerlukan keberanian yang besar dan pengetahuan teguh mengenai rancangan Bapa Syurgawi untuk memilih yang benar.
Kita boleh menerima kekuatan untuk memilih yang benar jika kita mencari Tuhan dan meletakan segala kepercayaan dan iman kepada-Nya. Tetapi, seperti diajar dalam tulisan suci, kita harus memiliki “hati yang tulus” dan “niat yang bersungguh-sungguh.” Kemudian Tuhan, dalam belas kasihan-Nya yang tiada batas, “akan menyatakan kebenarannya kepada [kita], melalui kuasa Roh Kudus. Dan melalui kuasa Roh Kudus kamu dapat mengetahui kebenaran mengenai semua hal.”9
Pengetahuan ini diterima melalui Roh Kudus sebenarnya kesaksian kita, yang mendorong iman dan penentuan kita untuk mengikuti ajaran Injil pemulihan pada zaman akhir ini, tidak kira mesej popular yang kita dengar dari dunia ini. Kesaksian kita akan menjadi sebagai perisai yang melindungi kita dari panah berapi daripada serangan musuh kepada kita.10 Ia akan membimbing kita melalui kegelapan dan kekeliruan yang ada di dunia pada hari ini.11
Saya belajar pinsip ini semasa saya melayani sebagai mubaligh. Saya dengan rakan-ku melayani di cabang Gereja yang kecil dan berjauhan. Kami cuba bercakap dengan setiap orang di kota itu. Mereka menerima kami dengan baik, tetap mereka suka membahaskan tulisan-tulisan suci dan meminta bukti kukuh mengenai kebenaran ajaran kami.
Saya masih ingat setiap kali saya dan rakan-ku cuba membuktikan sesuatu kepada seorang, Roh Tuhan meninggalkan kami dan kami merasa keliru dan sesat. Kami merasa bahawa kami harus mempersamakan kesaksian dengan kebenaran Injil semasa kami mengajar. Dari masa itu, saya ingat semasa kami memberi kesaksian dengan semua hati, kuasa yang senyap dari Roh Khudus mengisi biliknya, dan tiada ruang bagi kekeliruan atau perbincangan. Saya belajar bahawa tiada kuasa jahat yang dapat mengelirukan, menipu atau mengalahkan kuasa kesaksian yang tulus dari murid Yesus Kristus yang benar.
Seperti Juruselamat Sendiri mengajar, Satan ingin menapis kita sebagai gandum, menyebabkan kita hilang kebolehan kita mempengaruhi dunia ini bagi kebaikan.12
Saudara yang dikasihi, kerana ombak kekeliruan dan keraguan yang meliputidunia hari ini, kita mesti memegang kepada kesaksian kita mengenai Injil Yesus Kristus dengan lebih kuat. Kemudian kita akan menang pertempuran harian terhadap kejahatan, dan tidak akan jatuh pada medan perang kehidupan, tetapi kita akan mendorong orang lain mengikuti standard Tuhan.
Saya menjemput semua mencari keselamatan dalam ajaran tulisan-tulisan suci. Kapten Moroni menyelaraskan imannya dalam Tuhan dan kesaksiannya mengenai kebenaran dan bijaksana dalam tulisan-tulisan suci. Dalam cara ini, dia percaya dia akan menerima berkat-berkat dari Tuhan dan akan memperoleh banyak kemenangan, yang benar-benar terjadi.
Saya menjemput kamu semua mencari keselamatan dalam kata-kata nabi yang hidup. Presiden Thomas S. Monson mengatakan: “Kita yang ditetapkan kepada Imamat Tuhan boleh membawa perubahan. Apabila kita menjaga kesucian peribadi dan menghormati imamat kita, kita menjadi contoh yang soleh yang orang lain boleh mengikuti … [dan kita] tolong menerangi dunia ini yang semakin gelap.” 13
Saya menjemput semua percaya dalam merit dan kuasa Pendamaian Yesus Kristus. Melalui korban tebusan-Nya, kita boleh dapatkan keberanian untuk menang semua peperangan masa kini, pun di antara semua kesusahan, cabaran, dan godaan kita. Marilah kita semua percaya dalam kasih-sayang dan kuasa-Nya untuk menyelamatkan Kita. Yesus Sendiri katakan:
“Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan: tiada orang yang datang kepada Bapa, kecuali melalui Aku.”14
“Akulah cahaya dunia: dia yang mengikuti-ku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi akan memiliki cahaya kehidupan.”15
“Perkara-perkara ini telah Aku katakana kepadamu, supaya kamu boleh memperoleh keamanan. Dalam dunia ini kamu akan menderita: tetapi gembiralah; Aku telah mengatasi dunia.”16
Saya bersaksi tentang semua kebenaran ini dalam nama suci Yesus Kristus, amin.