Laporan Jabatan Audit Gereja, 2014
Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
Saudara yang terkasih: Macam diarahkan oleh wahyu dalam bahagian 120 Ajaran dan Perjanjian, majlis untuk penggunaan persepuluhan—yang terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama—mengizinkan penggunaan dana Gereja. Entiti Gereja menggunakan dana itu selaras dengan belanjawan, dasar, dan prosedur yang diluluskan.
Jabatan Audit Gereja, yang terdiri dari profesional dengan bukti kelayakan dan adalah bebas dari semua jabatan Gereja yang lain, ada tugas untuk membuat audit untuk memberikan jaminan yang munasabah tentang sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan perlindungan harta Gereja.
Berdasarkan audit yang dibuat, Jabatan Audit Gereja berpendapat bahawa, dalam semua aspek penting, sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan harta Gereja untuk tahun 2014 sudah dicatat dan digunakan selaras dengan belanjawan Gereja, dasar, dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja ikut amalan yang diajar kepada ahlinya untuk ikut belanjawan, menghindari hutang, dan menyimpan untuk sebuah masa keperluan.
Diberikan dengan hormat,
Jabatan Audit Gereja
Kevin R. Jergensen
Pengarah Urusan