2010–2019
Kebapaan—Takdir Abadi Kita
April 2015


10:29

Kebapaan—Takdir Abadi Kita

Diharapkan kita semua menikmati kepenuhan berkat Bapa dalam hidup ini dan pemenuhan kerja-Nya dan kemuliaan-Nya dengan menjadi bapa untuk keluarga kita selama-lamanya.

Bapa saya mengajar saya satu pengajaran yang bererti apabila saya muda. Dia mengesan bahawa saya terlalu terpikat dengan benda duniawi. Apabila saya ada duit, Saya akan menggunakannya dengan serta-merta—hampir selalunya untuk diri saya sendiri.

Painting of a father talking to son in front of window with a view of the city below

Pada satu tengah hari dia membawa saya untuk membeli beberapa kasut baru. Di tingkat kedua kedai itu, dia menjemput saya untuk melihat keluar tingkap bersamanya.

“Apa yang kamu nampak?” dia tanya.

“Bangunan, langit, orang”adalah jawapan saya.

“Berapa?”

“Banyak!”

Kemudian, dia mengeluarkan duit syiling dari sakunya. Apabila dia memberi syiling itu pada saya, dia bertanya, “Apakah ini?”

Saya tahu dengan serta-merta: “Satu dolar perak!”

Menggunakan pengetahuan kimianya, dia berkata, “Jika kamu leburkan dolar perak ini dan campurkannya dengan bahan yang betul, kamu akan mendapat nitrat perak. Jika kita menyalutkan tingkap ini dengan nitrat perak, apa yang kamu akan lihat?”

Saya tidak tahu langsung, jadi dia mengiringi saya ke sebuah cermin penuh-panjang dan menanya, “Sekarang apa yang kamu nampak?”

Father and son looking in a mirror at a clothing store.

“Saya nampak diri saya.”

“Tidak”, dia membalas, “apa yang kamu lihat adalah perak mencerminkan kamu. Jika kamu focus keatas perak, semua yang kamu akan lihat adalah diri kamu, dan seperti tabit, ia akan menghalang kamu daripada melihat dengan jelas takdir abadi Bapa di Syurga telah sediakan khas untuk kamu.”

“Larry,”dia bersambung, ‘“jangan mencari dahulu benda duniawi … pertamanya … kerajaan Tuhan, dan untuk menubuhkan kebenaran [Dia], dan semua perkara ini akan ditambahkan kepada kamu”’ ( Perterjemahan Joseph Smith, Matius 6:38 [in Matius 6:33, nota kaki a]).

Dia memberitahu saya untuk menyimpan duit itu dan untuk tidak menghilangkannya. Setiap kali saya melihatnya, saya harus berfikir tentang takdir abadi yang Bapa di Syurga sediakan untuk saya.

Saya menyayangi bapa saya dan cara dia mengajar. Saya ingin menjadi seperti dia. Dia menanamkan dalam hati saya keinginan untuk menjadi bapa yang baik, dan harapan saya yang paling dalam adalah untuk hidup setaraf contohnya.

Nabi yang dikasihi kita, Presiden Thomas S. Monson selalu berkata bahawa pilihan kita menentukan takdir kita dan mempunyai akibat yang kekal (lihat “Decisions Determine Destiny” [Church Educational System fireside, Nov. 6, 2005], 3, lds.org/broadcasts).

Tidakkah kita, perlu, membangunkan visi yang jelas tentangtakdir abadi kita, terutamanya yang Bapa di Syurga inginkan kita capai-kebapaan abadi? Biarkan takdir abadi memajukan semua keputusan kita. Tidak kira betapa sukarnya keputusan itu akan menjadi, Bapa akan mengekalkan kita.

Saya belajar mengenai visi ini apabila saya menyertai anak lelaki yang berumur 12 dan 13 tahun dalam pertandingan 50/20. Pertandingan 50/20 termasuk berjalan 50 batu (80 km) dalam kurang 20 jam. Kami bermula pada 9:00 p.m. dan berjalan sepanjang malam itu dan kebanyakan hari berikutnya. Ia adalah 19 jam yang amat menyeksakan, tetapi kami berjaya.

Apabila kami pulang ke rumah, kami sebenarnya merangkak kedalam rumah, isteri yang hebat dan ibu telah menyediakan makan malam yang sedap, yang kami tidak sentuh. Anak lelaki saya yang bongsu terus baring di atas sofa, sementara anak saya yang sulung merangkak ke tingkat bawah ke biliknya.

Selepas berehat sementara yang menyakitkan, saya pergi ke anak bongsu saya untuk memastikan yang dia masih hidup.

“Kamu OK?” Saya bertanya.

“Bapa, itu adalah perkara yang paling menyusahkan yang pernah saya lakukan, dan saya tidak mahu lakukannya lagi.”

Saya tidak mahu berkata pada dia bahawa saya pun tidak mahu melakukannya lagi. Jadi, saya memberitahu dia betapa bangganya saya pada dia kerana dia menghabiskan perkara yang amat susah. Saya tahu bahawa ia akan menyediakan dia untuk perkara yang lebih susah di masa hadapan. Dengan fikiran itu, saya berkata, “Anak, saya berjanji pada kamu. Apabila kamu pergi melayani misi, kamu tidak akan berjalan 50 batu dalam satu hari.”

“Bagus, Ayah! Kalau begitu, saya akan pergi.”

Perkataan yang mudah itu memenuhi diri saya dengan kegembiraan dan terima kasih.

Saya turun ke bawah ke anak sulung saya, Saya berbaring sebelah dia—kemudian menyentuh dia. “Anak, adakah kamu berasa bagus?”

“Bapa, itu adalah perkara yang paling susah pernah saya lakukan dalam hidup saya, dan saya tidak akan melakukannya lagi.” Matanya menutup—kemudian buka—dan dia berkata, “Kecuali jika anak mahukan saya lakukannya.”

Air mata melinang keluar apabila saya memberitahu bagaimana saya berterima-kasih untuk dia. Saya memberitahunya bahawa saya tahu dia akan menjadi seorang bapa yang lebih bagus dari saya. Hati saya penuh kerana pada usia yang muda dia sudah mengetahui bahawa salah satu tanggungjawab imamat adalah untuk menjadi seorang bapa. Dia tidak takut untuk peranan dan tajuk itu—tajuk yang Tuhan sendiri mahu kita gunakan untuk bercakap dengan Dia. Saya tahu bahawa saya mempunyai tanggungjawab untuk memupuk bara kebapaan yang membakar dalam anak saya.

Perkataan ini dari Juruselamat mempunyai erti yang lebih mendalam apabila saya menjadi seorang bapa:

“Percayalah, Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak. (Yohanes 5:19).

“Aku lakukan menurut kehendak-Ku sendiri. Aku hanya mengatakan apa yang diarahkan oleh Bapa kepada-Ku.” (Yohanes 8:28).

Saya amat menyayangi menjadi seorang suami dan bapa—berkahwin dengan seorang anak perempuan yang mempunyai ibubapa syurgawi. Ia adalah antara perkara yang penuh dalam hidup saya. Harapan saya adalah supaya lima anak lelaki saya dan adik perempuan mereka akan sentiasa melihat kegembiraan saya yang datang dari perkahwinan abadi, kebapaan dan keluarga.

Para bapa, saya pasti anda pernah mendengar ungkapan “Khutbahkan Injil pada setiap masa, dan apabila perlu gunakan perkataan” (atribut kepada Francis dari Assisi). Setiap hari kamu mengajar anak kamu bagaimana untuk menjadi seorang bapa. Kamu meletakkan batu asas untuk generasi yang akan datang. Anak lelaki kamu akan belajar bagaimana untuk menjadi suami dan bapa dengan memerhati bagaimana kamu memenuhi peranan ini. Sebagai contoh:

Adakah mereka tahu seberapa banyak kamu menyayangi dan menghargai ibu mereka dan berapa banyak kamu sayang menjadi bapa mereka?

Mereka akan belajar bagaimana untuk melayani isteri dan anak mereka di masa hadapan apabila mereka melihat kamu melayani setiap satu daripada mereka sama seperti apa yang akan dilakukan Bapa di Syurga.

Melalui teladan anda, mereka akan belajar untuk menghormati dan melindungi kewanitaan.

Dalam rumah anda mereka boleh belajar untuk mempengerusikan keluarga mereka dalam kasih sayang dan kebenaran. Mereka boleh belajar untuk menyediakan keperluan hidup dan perlindungan untuk keluarga mereka—secara fana dan rohani. (lihat “Keluarga: Suatu Pengisytiharan Kepada Dunia,”Ensign atauLiahona, Nov. 2010, 129).

Saudara, dengan semua kuasa dalam diri saya, saya menanya anda untuk mempertimbangkan soalan ini: Adakah anak lelaki anda melihat anda berusaha untuk melakukan apa yang Bapa Di-Syurga akan meminta mereka lakukan?

Saya berdoa bahawa jawapannya adalah ya. Jika jawapannya adalah tidak, masih tidak lambat untuk berubah, tapi kamu mesti bermula hari ini. Saya bersaksi bahawa Bapa di Syurga akan menolong kamu.

Para remaja putera sekalian, yang saya amat kasihi, kamu tahu bahawa kamu sedang bersedia untuk menerima Imamat Melkisedek, menerima tatacara suci bait suci, memenuhi tanggungjawab dan kewajipan untuk melayani misi, dan kemudian, tanpa menunggu terlalu lama, berkahwin dalam bait suci kepada anak perempuan Tuhan dan mempunyai keluarga. Kamu kemudian akan memimpin keluarga anda dalam perkara rohani seperti dibimbing oleh Roh Kudus. (lihat A&P 20:44; 46:2; 107:12).

Saya sudah menanya ramai lelaki muda diseluruh dunia, “Kenapa anda berada disini?”

Sehingga sekarang, tidak ada yang menjawab, “Untuk belajar menjadi seorang bapa, supaya saya boleh bersedia dan ditauliahkan untuk menerima semua yang Bapa Di-Syurga ada.”

Mari kita mengkaji tanggungjawab Imamat Harun anda seperti diterangkan di Bahagian 20 Ajaran dan Perjanjian. Rasa peka terhadap apa yang anda rasa apabila kamu menggunakan tanggungjawab ini pada layanan dalam keluarga kamu.

“mengajak semua [keluarga anda] orang untuk datang kepada Kristus.” (ayat 59).

“untuk mengawasi [mereka] selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka” (ayat 53).

“berkhutbah, mengajar, memaparkan, mengimbau, dan membaptis” ahli keluarga kamu (ayat 46).

“mengimbau mereka untuk berdoa dengan bersuara dan secara rahasia dan melaksanakan segala kewajiban keluarga.” (ayat 47).

“tidak ada kedurhakaan di dalam [keluarga anda], tidak juga perilaku kasar satu sama lain, tidak juga pendustaan, pemfitnahan, tidak juga pembicaraan jahat” (ayat 54).

“memastikan bahwa [keluarga anda] sering bertemu bersama” (ayat 55).

Menolong bapa anda dalam tanggungjawabnya sebagai penatua. Menyokong ibu anda dengan kekuatan imamat apabila bapa anda tidak ada (lihat ayat 52, 56).

Apabila diminta, “menahbiskan imam lain, pengajar, dan diaken.” dalam keluarga anda (ayat 48).

Bukankah ini bunyinya seperti kerja dan peranan seorang bapa?

A young man reading a a Church publication.

Memenuhi tanggungjawab Imamat Harun anda adalah menyediakan diri anda remaja putra untuk kebapaan. Buku Duty to God adalah sumber yang boleh menolong anda untuk belajar pelan yang khusus untuk memenuhi tanggungjawab anda. Ia boleh berkhidmat sebagai panduan dan pertolongan apabila kamu mencari keinginan Bapa diSyurga dan menetapkan matlamat untuk mencapainya.

Bapa di Syurga telah membawa anda ke sini, pada masa ini untuk suatu kerja yang istimewa dan sebab abadi. Dia mahukan anda untuk memahami dengan jelas dan memahami apa tujuan itu. Dia adalah Bapa kamu, dan anda sentiasa boleh berpaling kepada Dia untuk panduan.

Saya tahu bahawa Bapa di Syurga amat prihatin tentang semua kita secara individu dan mempunyai pelan yang peribadi untuk kita mencapai takdir abadi kita. Dia menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, untuk menolong kita mengatasi ketidaksempurnaan melalui Penebusan. Dia telah memberkati kita dengan Roh Kudus sebagai saksi, teman, dan panduan ke destinasi abadi kita jika kita bergantung kepada Dia. Saya berharap kita semua boleh menikmati kepenuhan berkat Bapa dalam hidup ini dan pemenuhan kerja-Nya dan kemuliaan-Nya dengan menjadi bapa untuk selama-lamanya (lihat Musa 1:39). Dalam nama Yesus Kristus, amin.