2010–2019
Kesejatian
April 2015


17:51

Kesejatian

Saya doa agar kita menentang godaan untuk menarik perhatian terhadap diri, sebaliknya berusaha untuk peroleh hormat yang lebih: menjadi pengikut Yesus Kristus yang sejati dan rendah hati.

Pada akhir kurun ke-18, Catherine Hebat Rusia mengumumkan bahawa dia akan melawat bahagian selatan kerajaannya, dan akan didampingi oleh beberapa duta asing. Pemerintah wilayah kawasan itu, Grigory Potemkin, ingin mengkagumi pelawat-pelawatnya. Dia berusaha dengan tekun untuk menayangkan kejayaan negaranya.

Sebahagian dari perjalanan itu, Catherine menggunakan kapal disepanjang sungai Dnieper, dan dengan bangganya menunjuk kepada duta-duta, kampung-kampung makmur yang berdekatan sungai tersebut, dipenuhi rakyat yang rajin dan gembira. Namun, terdapat satu masalah: ia hanyalah suatu pameran. Potemkin telah mendirikan rumah dan kedai palsu yang diperbuat daripada papan nipis. Dia juga telah menyusunkan rakyat-rakyat supaya mereka tampak sibuk dan makmur. Sebaik sahaja rombongan itu berlalu, orang Potemkin akan mengumpul kampung palsu tersebut dan bergegas ke lokasi baru di tepi sungai untuk mempamerkan suatu lagi kampung apabila rombongan Catherine berlalu lagi.

Ramai sejarahwan moden menyoal kebenaran cerita ini, namun peribahasa “Kampung Potemkin” telahpun muncul dalam perbendaharaan kata dunia. Sekarang ia merujuk kepada apa jua percubaan untuk membuatkan orang lain percaya bahawa kita lebih baik dari realiti.

Adakah Kita Berniat Baik?

Manusia, dengan semula jadi ingin menayangkan imej yang terbaik. Itulah sebab mengapa kita semua tekun berusaha untuk mencantikkan sekitar rumah dan sebab mengapa saudara-saudara Imamat Harun memastikan rambut disikat rapi, agar tampak segak apabila berjumpa dengan orang istimewa tersebut. Tidak salah untuk mengilatkan kasut, berbau wangi, atau menyembunyikan pinggan mangkuk kotor sebelum pengajar keluarga datang melawat. Namun, apabila keterlaluan, keinginan untuk tampak terbaik boleh berubah dari berguna ke satu penipuan.

Nabi-nabi Tuhan sentiasa memberi suara peringatan terhadap mereka yang “mendekati [kepada Tuhan] dengan mulut mereka, dan dengan bibir mereka menghormati [Nya], tetapi telah mengalih hati mereka jauh dari [Nya].”1

Juruselamat memahami dan berbelas kasihan terhadap pendosa yang rendah hati dan ikhlas. Tetapi dengan berpatutan, dia naik marah terhadap orang munafik contohnya para jurutulis, Farisi, dan orang Saduki—mereka yang tampak baik hanya untuk memperoleh pujian, pengaruh, dan kekayaan duniawi, sambil menindas mereka yang perlu diberkat. Juruselamat menyamakan mereka dengan “kubur bercat putih, baik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.”2

Hari ini, Tuhan punyai kata-kata kesat bagi pemegang imamat yang cuba “menutupi dosa-dosa [mereka], atau untuk memuaskan kesombongan [mereka], cita-cita [mereka] yang sia-sia.” Apabila mereka berbuat sedemikian, Dia berkata, “syurga menarik dirinya; Roh Tuhan dipilukan; dan ketika itu ditarik, tamatlah imamat atau wewenang orang itu.”3

Mengapa ini berlaku? Mengapa kita kadang-kala cuba kelihatan aktif, makmur, dan berdedikasi secara luaran tetapi di dalam—bagai Pengwahyu berkata mengenai orang Efesus—kita telah “tidak mengasihi seperti semula”?4

Dalam kes tertentu, ia mungkin kerana kita telah hilang perhatian terhadap tujuan utama injil, menyalah anggap bahawa “rupa bentuk ketuhanan” adalah “kuasa dinyatakan.”5 Ini sangatlah bahaya apabila kita mengarah ungkapan pengikut secara luaran untuk memperoleh untung atau pengaruh. Pada masa itulah kita berisiko untuk menjadi bagai orang Farisi, dan kita perlu meneliti isi hati dan dengan segera membetulkannya.

Rancangan-rancangan Potemkin

Godaan untuk tampak lebih baik dari sebenarnya bukan sahaja wujud dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam tugas-tugasan Gereja kita.

Contohnya, saya ketahui satu pancang di mana pemimpin-pemimpinnya menentukan matlamat yang tinggi untuk tahun tersebut. Sasaran mereka tampak berbaloi, namun mereka menumpukan perhatian pada deklarasi yang sangat tinggi dan hebat atau terhadap angka dan peratusan.

Setelah matlamat tersebut dibincang dan disetujui, presiden pancang mulai berasa gelisah. Dia terfikir mengenai ahli-ahli dalam pancangnya—seperti balu baru yang masih punyai anak-anak kecil. Dia terfikir akan ahli-ahli yang digeluti keraguan atau kesunyian atau kesihatan yang menyusut tanpa punyai insuran. Dia terfikir akan ahli-ahli yang menghadapi penceraian, penagihan, menganggur, dan kesakitan mental. Semakin dia memikirkan tentang mereka, semakin dia tertanya-tanya kepada dirinya: adakah cita-cita baru ini akan memberi perbezaan dalam kehidupan ahli-ahli tersebut?

Dia mula menyoal perbezaan matlamat pancang jika mereka bertanya di permulaannya, “Apakah kementerian kita?”

Presiden pancang berjumpa kembali bersama majlis-majlisnya, dan bersama mereka mengalihkan perhatian mereka. Keputusan di buat bahawa mereka tidak akan membenarkan “mereka yang lapar, … yang memerlukan, … yang telanjang, … yang sakit dan yang sengsara melepasi [mereka], dan tidak mempedulikan mereka.”6

Mereka membuat matlamat baru, dan mengenali bahawa kejayaan matlamat-matlamat tersebut sering kali tidak akan dapat diukur, oleh manusia—kerana bagaimanakah seseorang boleh mengukur kesaksian peribadi, kasih terhadap Tuhan atau belas kasihan terhadap orang lain?

Mereka juga ketahui bahawa “banyak pekara yang boleh dikira, tidak penting. Banyak pekara yang tidak dapat dikira, sangat penting.”7

Kadang kala saya tertanya-tanya jika matlamat organisasi dan peribadi kita adalah persamaan moden kampung Potemkin. Kampung tersebut tampak hebat dari jauh tetapi ia gagal untuk membantu memenuhi keperluan rakyat tersayang?

Rakan-rakan dan pemegang imamat sekalian, jika Yesus Kristus duduk bersama kita dan meminta keterangan pengwakilan kita, saya tidak pasti jika Dia akan menumpukan perhatian lebih terhadap rancangan-rancangan dan statistik. Juruselamat mungkin hanya ingin tahu isi hati kita. Dia ingin ketahui bagaimana kita telah mengasihi dan membantu mereka yang dibawah jagaan kita, bagaimana kita menunjukkan kasih sayang terhadap isteri dan keluarga, dan bagaimana kita meringankan beban harian. Juruselamat juga ingin tahu bagaimana kamu dan saya mendekati-Nya dan Bapa Syurgawi kita.

Mengapakah Kita Di Sini?

Ia mungkin bermanfaat untuk meneliti isi hati kita sendiri. Contohnya, kita mungkin boleh bertanyakan diri, mengapa kita melayan dalam Gereja Yesus Kristus?

Kita mungkin boleh bertanya, mengapa kita berada di pertemuan hari ini?

Jika saya perlu menjawab soalan itu dengan cetek, saya boleh berkata bahawa saya berada di sini kerana Presiden Monson menyuruh saya untuk berucap.

Jadi saya tidak punyai pilihan lain.

Selain itu, isteri saya yang disayangi, mengharapkan saya untuk hadir. Bagaimana saya boleh berkata tidak kepada dia?

Tetapi kita semua tahu terdapat sebab yang lebih baik untuk menhadiri pertemuan-pertemuan dan menjalani kehidupan sebagai pengikut Yesus Kristus yang setia.

Saya berada di sini kerana saya ingin mengikut Tuan saya, Yesus Kristus dengan sepenuh hati. Saya ingin lakukan semua yang disuruh olehNya. Saya ingin diperbaikkan oleh Roh Kudus dan mendengar suara Tuhan apabila Dia berucap melalui hamba pilihanNya. Saya berada di sini supaya saya menjadi lelaki yang lebih baik, dipertinggikan oleh contoh saudara-saudari dalam Kristus yang mengilhamkan, dan pelajari bagaimana untuk melayan dengan lebih bermakna terhadap mereka yang memerlukannya.

Ringkasannya, saya berada di sini kerana saya sayangi Bapa Syurgawi dan Anak-Nya, Yesus Kristus.

Saya pasti ini alasan kamu juga. Inilah sebab mengapa kita ingin berkorban dan bukan sahaja berkata kosong untuk mengikut Juruselamat. Inilah sebab mengapa kita memikul imamat suci-Nya dengan hormat.

Dari Percikan ke Unggun Api

Tidak kira jika kesaksian kamu sedang berkembang dan sihat atau aktiviti Gereja kamu bagaikan kampung Potemkin, berita baiknya ialah kamu boleh membina apa jua kekuatan yang wujud dalam diri. Di Gereja Yesus Kristus, kamu boleh matang secara rohani dan mendekati Juruselamat dengan mengaplikasikan Injil dan prinsip-prinsipnya setiap hari.

Dengan tekad kesabaran dan ketekunan, tindakan kecil sebagai pengikut atau kepercayaan yang berbara kecil boleh menjadi unggun api besar bagi kehidupan yang disucikan. Dan biasanya begitulah unggun api bermula—dengan satu percikan api.

Jadi jika kamu rasa kecil dan lembik, datanglah kepada Kristus, yang akan menjadikan hal-hal lemah menjadi kuat.8 Mereka yang paling lemah diantara kita, melalui belas kasihan Tuhan boleh menjadi kuat secara rohani kerana Tuhan “memperlakukan semua orang sama.”9 Dialah “Tuhan yang setia, yang memenuhi janji dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi nya dan yang taat kepada hukumnya.”10

Saya yakin jika Tuhan dapat membantu seorang pelarian Jerman dari keluarga sederhana dalam negara jauh dari ibu pejabat besar Gereja yang dihancuri peperangan, maka Dia boleh mencapai kamu.

Saudara-saudara Kristus yang dikasihi, Tuhan Segalanya, yang memberi kehidupan kepada alam semesta, sudah tentu punyai kuasa untuk memberi kehidupan kepada kamu. Saya pasti Dia boleh membuatkan kamu sejati, mahkluk rohani yang bercahaya dan jujur sepertimana kamu hendaki.

Janjian-janjian Tuhan yakin dan pasti. Kita boleh diampuni dosa-dosa dan dibersihkan dari segala perbuatan salah.11 Jika kita seterusnya menerima dengan penuh dan hidup berkadaran prinsip-prinsip benar dalam perihal peribadi dan juga keluarga, kita akan capai tahap di mana kita “tidak akan lapar ataupun dahaga lagi. … kerana Anak Domba yang ditengah-tengah takhta itu akan mengembala [kita], dan Dia akan memimpin [kita] ke sumber air yang memberikan hidup: dan Tuhan akan menyapu air mata [kita].”12

Gereja adalah Tempat untuk Sembuh, Bukanlah untuk Bersembunyi

Ini tidak dapat berlaku jika kita bersembunyi di sebalik peribadi, agama atau organisasi yang palsu. Mengikut dengan palsu bukan sahaja mencegah kita dari melihat diri secara ikhlas, tetapi ia juga mencegah kita dari bertukar sepenuhnya melalui mukjizat Korban Tebusan Juruselamat.

Gereja bukanlah bilik pertunjukkan kereta—di mana kita meletakkan diri untuk ditayang agar orang ramai boleh mengagumi kerohanian, kebolehan atau kemakmuran kita. Ia lebih seperti pusat servis, di mana kereta-kereta yang perlu dibaiki datang untuk dipelihara dan dipulih.

Apakah kita, semua, perlu dibaiki, dipelihara dan dipulih?

Kita datang ke gereja bukanlah untuk menyembunyikan masalah tetapi untuk memulihkannya.

Sebagai pemegang imamat, kita punyai tanggungjawab tambahan—untuk “jaga jemaah Tuhan … , jangan dengan berat hati, tetapi senang hati; bukan untuk mendapat [ganjaran persendirian], tetapi dengan bersungguh-sungguh; janganlah bertindak sebagai penguasa terhadap orang yang dipercayakan kepada kamu, tetapi jadilah [teladan] kepada mereka.”13

Ingatlah, saudara sekalian, “Tuhan menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”14

Lelaki yang paling hebat, berkebolehan, tercapai yang pernah berjalan di bumi ini jugalah yang paling rendah hati. Dia melaksanakan layanan yang paling hebat pada ketika persendirian, dengan hanya beberapa saksi, yang telah dilarang untuk memberitahu sesiapaun apa yang telah dia lakukan.15 Apabila Dia dipanggil “baik”, Dia mengelak pujian tersebut, dan mendesak bahawa hanya Tuhan sahaja yang baik.16 Jelas pujian duniawi tidak bermakna bagiNya; tujuan utama adalah untuk melayan Bapa-Nya dan “melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”17 Kita akan berfaedah jika mengikuti teladan Tuan kita.

Kita boleh Kasihi bagaikan Dia Telah Kasihi

Saudara sekalian, inilah panggilan tinggi dan suci kita—menjadi wakil Yesus Kristus, mengasihi bagaikan dia telah mengasihi, melayan bagaikan Dia melayan, “angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkan lutut yang lunglai,”18 untuk “memerhatikan yang miskin dan yang membutuhkan,”19 dan menjaga balu-balu dan yatim-yatim.20

Saya doa, saudara sekalian, apabila kita melayan keluarga, kuorum, bahagian, pancang, masyarakat dan negara, kita menentang godaan untuk menarik perhatian terhadap diri, sebaliknya berusaha untuk peroleh hormat yang lebih: menjadi pengikut Yesus Kristus yang sejati dan rendah hati. Apabila kita berbuat demikian, kita akan berjalan di lorong yang paling terbaik, paling sejati dan paling mulia. Saya bersaksikan semua ini dalam nama Tuan kita, Yesus Kristus, amin.