“9 Januari. Bagaimanakah Tuhan Mahu Saya Menjaga Ciptaan-Nya, termasuk Tubuh Saya? Kejadian 1–2; Musa 2–3; Abraham 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“9 Januari. Bagaimanakah Tuhan Mahu Saya Menjaga Ciptaan-Nya, termasuk Tubuh Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
9 Januari
Bagaimanakah Tuhan Mahu Saya Menjaga Ciptaan-Nya, termasuk Tubuh Saya?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah yang kita bincangkan pada kali terakhir dan apakah jemputan atau tugasan yang telah dibuat? Apakah yang telah kita lakukan untuk memenuhi jemputan atau tugasan tersebut?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Apakah yang boleh kita katakan atau lakukan untuk membantu mereka yang rasa bersendirian atau jauh daripada Bapa Syurgawi?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Apakah beberapa cara yang kita boleh membantu orang lain merasai kasih Yesus Kristus?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Apakah idea yang boleh kita kongsi dengan satu sama lain untuk membantu mengukuhkan keluarga kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Belajar Bersama
Untuk membantu para remaja mempertimbangkan hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk menjaga ciptaan Tuhan dengan lebih baik, tulis berikut di papan tulis: Pencipta, Penciptaan dan Tanggungjawab Kita. Minta mereka menyemak Kejadian 1–2 dan tulis perkara yang mereka pelajari tentang Pencipta dan Penciptaan. Apakah yang kita pelajari tentang tanggungjawab kita? (lihat terutamanya Kejadian 1:26–28; 2:15). Idea-idea yang berikut boleh membantu para remaja membincangkan tanggungjawab kita untuk menjaga ciptaan Tuhan.
-
Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas fahami bahawa tubuh mereka merupakan ciptaan kudus Tuhan? Misalnya, anda boleh menanya mereka perkara yang kita pelajari tentang tubuh kita daripada 1 Korintus 6:19–20; Musa 2:26–27; Abraham 4:26–27. Apakah maksud perkataan “rupa” dan “kemiripan”? Bekerjasama untuk menyenaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menjaga tubuh kita. (Lihat “Kesihatan Fizikal dan Emosi”, dalam Untuk Kekuatan Remaja [buku kecil, 2011], 25–27.)
-
Golongan remaja sering berhadapan dengan hal-hal yang menyebabkan mereka merasa kurang yakin dengan tubuh mereka. Apakah yang boleh kita kongsikan untuk membantu rakan atau ahli keluarga yang merasa tidak yakin dengan tubuhnya?
-
Jemput para remaja membaca satu atau beberapa ayat berikut dengan senyap, untuk tahu mengapa Tuhan mencipta bumi dan bagaimana Dia mahu kita menjaga bumi ini: Kejadian 1:26–28; 2:15; 1 Nefi 17:36; Ajaran dan Perjanjian 49:19–21; 59:15–20; 104:13–18; Musa 2:26–31; 3:15. Minta mereka untuk berkongsi pandangan mereka tentang setiap petikan tulisan suci ini. Kemudian, jemput mereka bekerjasama untuk membuat senarai perkara yang mereka boleh lakukan secara individu atau secara berkumpulan untuk memenuhi tanggungjawab mereka menjaga bumi ini (lihat idea dalam “Sumber-sumber Berkaitan”). Apakah perubahan dari segi pemikiran dan tindakan yang perlu kita lakukan agar menjaga bumi ini dengan lebih baik?
-
Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas atau kuorum datang ke pertemuan dengan membawa sesuatu yang menunjukkan keindahan bumi yang dicipta oleh Tuhan, seperti sebuah lukisan, foto atau puisi. Jemput mereka untuk berkongsi benda yang dibawa oleh mereka dan perasaan mereka terhadap ciptaan Tuhan ini.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang diterima oleh mereka pada hari ini. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
Cara-cara kita boleh menjaga bumi ini:
-
Tanam biji benih, pokok atau kebun.
-
Kutip sampah di komuniti anda.
-
Aturkan projek gotong-royong atau kitar semula di kawasan kejiranan.
-
Berjalan kaki dan renungkan perkara yang anda rasa bersyukur.
-
Hasilkan karya seni dari bahan-bahan kitar semula dan kongsi karyaan tersebut dalam pameran seni kumpulan.
-
Putuskan cara yang anda boleh menjimatkan tenaga dan air.