“23 Januari. Bagaimanakah Tuhan Boleh Membantu Saya Melayani dengan Lebih Beriman? Kejadian 5; Musa 6,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022 (2021)
“23 Januari. Bagaimanakah Tuhan Boleh Membantu Saya Melayani dengan Lebih Beriman?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2022
23 Januari
Bagaimanakah Tuhan Boleh Membantu Saya Melayani dengan Lebih Beriman?
Berunding Bersama
Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; 10–20 minit
Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun. Kemudian, pimpin perbincangan tentang pekerjaan penyelamatan dan permuliaan menggunakan satu atau beberapa soalan berikut atau soalan anda sendiri (lihat General Handbook, 10.2, 11.2, ChurchofJesusChrist.org). Rancang cara untuk bertindak berdasarkan perbincangan.
-
Menjalankan injil. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita?
-
Jaga mereka yang memerlukan bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita terilham untuk lakukan demi membantu mereka?
-
Jemput semua untuk menerima injil. Bagaimanakah kita boleh menjadi cahaya kepada ahli keluarga atau rakan yang tidak berkongsi kepercayaan kita?
-
Satukan keluarga untuk keabadian. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan lebih banyak kasih dan sokongan kepada keluarga kita serta membawa perbezaan positif di rumah kita?
Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:
-
Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.
-
Ingatkan ahli kelas atau kuorum tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.
Mengajar Ajaran
Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; 25–35 minit
Mempersiapkan Diri Secara Rohani
Apabila Henokh menerima panggilannya untuk melayani Tuhan, dia merasa sangat serba kekurangan (lihat Musa 6:31). Namun, Tuhan tidak setakat menyuruh Henokh melakukan kerja-Nya; Dia telah berjanji kepada Henokh bahawa Dia akan melindungi dan membantu Henokh (lihat Musa 6:32–34).
Anda mungkin boleh mengaitkan perasaan serba kekurangan Henokh dalam usaha anda sendiri semasa anda melakukan pelayanan. Sesetengah pelayanan kita diberikan melalui panggilan Gereja. Pada masa lain, kita melihat keperluan dan didorong oleh Roh untuk menunjukkan kasih serta sokongan kita. Sekiranya peluang itu datang, kita boleh memberanikan diri, seperti yang dilakukan oleh Henokh, dengan mengetahui bahawa Tuhan akan membantu kita apabila kita menerima jemputan-Nya untuk “berjalan bersama-Ku” (Musa 6:34).
Apabila anda bersedia untuk mengajar tentang bantuan yang boleh kita terima daripada Tuhan semasa kita melayani orang lain, semak Musa 6 dan fikirkan pengalaman anda ketika melayani orang lain. Bagaimanakah Tuhan telah membantu anda semasa anda berusaha? Apakah yang anda mengharapkan agar ahli kelas atau kuorum anda belajar daripada teladan Henokh dan orang lain? Anda juga boleh membaca salah satu pesanan oleh Presiden Henry B. Eyring: “Berjalan dengan Saya” (Liahona, Mei 2017, 82–85) atau “Wanita Perjanjian Bersama dengan Tuhan” (Liahona, Nov. 2019, 70–73).
Belajar Bersama
Perbuatan melayani orang lain menyediakan peluang untuk “berjalan bersama [Tuhan]” dan kita akan menerima bantuan-Nya semasa kita melayani (Musa 6:34). Untuk membantu ahli kelas atau kuorum mula membincangkan hal ini, anda boleh meminta mereka mencari Musa 6:32–39 untuk tahu bagaimana Tuhan telah bersama Henokh sepanjang pelayanannya. Bagaimanakah Tuhan membantu kita apabila kita melayani-Nya? Idea berikut boleh membantu anda memimpin perbincangan tentang bantuan ilahi yang kita terima semasa kita melayani orang lain.
-
Tulisan suci kaya dengan ajaran tentang pelayanan (lihat, misalnya, Matius 25:31–40; Lukas 10:25–37; Mosia 2:17). Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas berkongsi petikan tulisan suci yang mengilhami mereka untuk melayani orang lain. Anda boleh meminta mereka bersedia terlebih dahulu untuk berkongsi petikan tulisan suci tentang pelayanan atau contoh pelayanan. Jika mereka memerlukan bantuan, galakkan mereka untuk membaca “Pelayanan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita terilham untuk lakukan berdasarkan pembacaan kita?
-
Juruselamat telah melayani orang lain sepanjang pelayanan-Nya. Apakah yang kita pelajari daripada teladan-Nya yang boleh membantu kita semasa kita melayani? Untuk menjawab soalan ini, setiap ahli kelas atau kuorum boleh membaca salah satu ayat suci berikut, untuk mencari apa yang ia ajarkan tentang contoh pelayanan Juruselamat: Matius 14:13–21; Yohanes 9:1–11, 35–38; 13:4–5, 12–17; 3 Nefi 17:5–9. Jemput mereka untuk berkongsi penemuan mereka. Berikan masa kepada setiap ahli untuk fikirkan seseorang yang mereka boleh layani dan bagaimana mereka akan mengikut teladan Juruselamat dalam pelayanan mereka.
-
Kadang-kadang kita menganggap pelayanan bermaksud melakukan sesuatu yang besar dan memakan masa. Itulah salah satu sebab mengapa kita tidak melayani sebanyak yang boleh. Anda boleh menunjukkan bahawa Juruselamat lazim melayani orang-orang yang Dia temu dalam kehidupan seharian-Nya (lihat, misalnya, Matius 12:9–13; Markus 5:21–34; Lukas 19:1–10; Yohanes 4:3–26). Minta para remaja untuk berkongsi pendapat mereka. Apakah tindakan kecil yang pernah kita lihat orang lain lakukan? Apakah yang kita terilham untuk lakukan? Jemput setiap ahli untuk melengkapkan penyataan berikut: “Saya boleh melayani orang lain dengan …” dan “Saya akan meminta bantuan Tuhan dalam usaha saya dengan …” Kemudian, minta beberapa orang untuk berkongsi penyataan mereka.
Bertindak dengan Iman
Galakkan ahli kelas atau kuorum untuk merenungkan dan mencatatkan perkara yang mereka akan lakukan untuk bertindak menurut tanggapan yang mereka terima. Jika sudi, mereka boleh berkongsi idea mereka. Jemput mereka untuk fikirkan bagaimana hubungan mereka dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh diperkukuhkan semasa mereka bertindak mengikut tanggapan.
Sumber-sumber Berkaitan
-
Bonnie L. Oscarson, “Keperluan Di Depan Kita” (Liahona, Nov. 2017, 25–27)